April 2017 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: April 2017
Cyber Bookfair 2017

Cyber Bookfair 2017

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

CYBER BOOKFAIR (17 - 25 April 2017)

Inilah saat-saat yang ditunggu oleh peminat buku. 
Walau di mana berada, semua orang berhak menikmati tawaran diskaun berganda untuk buku kegemaran masing-masing.
=======
CYBER BOOKFAIR (17 - 25 April 2017)
=======
Untuk pilih buku, layari bukulelong.com
Untuk pembelian, whatsapp sekarang juga: www.wasap.my/60129636285
=======
TAWARAN MELELEH, DISKAUN BERGANDA
=======
1. Diskaun 60% untuk 300 tajuk terpilih.
2. Diskaun 20% untuk 500 tajuk terpilih.
3. Diskaun 15% untuk 100 tajuk terpilih.
Ribuan tajuk buku pelbagai kategori disediakan untuk
Setiap pembelian akan menerima DVD resipi percuma (tiada syarat pembelian minimum).
========
JAMINAN KAMI
========
1. Penghantaran dibuat setiap hari bekerja (Isnin - Jumaat).
2. Buku dibalut kemas dengan bubble wrap.
3. Buku yang rosak akan diganti baru.
Jangan tunggu lagi. Dapatkan buku pilihan anda sekarang juga.
Untuk pilih buku, layari bukulelong.com
Untuk pembelian, whatsapp sekarang juga: www.wasap.my/60129636285
Kencing Manis Semasa Hamil Bahagian 2

Kencing Manis Semasa Hamil Bahagian 2

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Kita sambung lagi cerita pasal kencing manis semasa hamil. Selepas diambil darah kali kedua, Kak Imah dibenarkan pulang.

Dah dapat pulang tu, apa lagi Kak Imah makan la dengan senang hati. Maklum la, lapar betul perut ni. Macam tak makan seminggu dah rasanya. Tak lama lepas makan tu, tengah ralit duk buat kerja rumah, Kak Imah dapat panggilan daripada Klinik Kesihatan memaklumkan tentang keputusan lepas minum air gula tadi.

Jururawat tersebut maklumkan bahawa kadar gula dalam darah Kak Imah terlalu tinggi. Keputusannya 10.6. Aras yang sepatutnya adalah di bawah 7.8 untuk dikategorikan tiada kencing manis. Ini bermakna Kak Imah ada kencing manis ketika hamil atau dalam istilah perubatan sebagai GDM.

Jadi, selepas dapat keputusan itu, dengan rasminya Kak Imah disahkan penghidap kencing manis dan perlu melalui rutin bulanan yang berbeza sedikit daripada ibu-ibu hamil biasa yang lain. Jururawat yang buat panggilan itu minta Kak Imah datang ke Klinik pada jam 5 petang untuk dibuat ujian darah BSP. Pada awalnya jururawat minta Kak Imah datang buat ujian darah itu pada pukul 1 petang. Tapi disebabkan Kak Imah dah bedal makan nasi lemak jam 11 pagi tadi, Jadinya perlu buat ujian darah jam 5 petang pula.

Maka bermulalah rutin berulang alik ke Klinik Kesihatan sebanyak 4 kali sehari, bagi sekali setiap bulan untuk buat ujian BSP. Kak Imah perlu ke Klinik Kesihatan pada pukul 8 pagi, 1 petang, 5 petang dan 9 malam. Mimpi ngeri betul la hendak berulang alik ke klinik ni. Penat dan ianya boleh menganggu masa kerja suami yang terpaksa hantar Kak Imah setiap kali ke klinik. Apabila kandungan sudah masuk ke fasa tismester, KakImah perlu buat ujian BSP selang 2 minggu. Rutin ujian darah BSP ini akan berjalan selagi belum bersalin.

WaAllahua'lam.

Kencing Manis Semasa Hamil Bahagian 1

Kencing Manis Semasa Hamil Bahagian 1

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Assalamualaikum.

Hari ini Imah nak kongsi sikit berkaitan dengan penyakit kencing manis semasa dalam tempoh hamil.
Semalam, Kak Imah ada temujanji di klinik kesihatan untuk minum air gula. Tujuan minum air gula ni adalah untuk memeriksa samada ada penyakit kencing manis atau tidak semasa hamil.

Pada malam sehari sebelum minum air gula, Kak Imah perlu berpuasa bermula jam 10 malam.  Pada pagi semalam, Kak Imah ke klinik kesihatan. Selepas pendaftaran, Imah ke kaunter untuk ambil botol sampel dan kemudian berjumpa jururawat untuk diambil darah.

Tak tahu la kenapa sejak hamil anak sulung, payah betul jururawat nak mencari urat lengan untuk ambil sampel darah. Dulu semasa bujang, mudah je nak cari urat. Kak Imah siap derma darah 3, 4 kali lagi. Suka nak hulur lengan nak ambil darah. Tapi sekarang ni, seram nak hulur lengan sebab susah sangat nak cari urat. Siap kena cucuk kedua-dua belah lengan nak dapatkan darah. Ni hamil anak kedua pun sama, susah nak cari urat lengan.

Lepas jururawat ambil sampel darah, Kak Imah diminta minum segelas air gula. Mak oi, punya la manis air gula kali ini, dah la suam-suam panas sikit airnya. Jadi tak boleh telan sekaligus, kena minum sikit-sikit. Lagi la terasa mual perut. 

Masa trimester pertama dulu kena minum juga air gula ni, tapi tak adalah manis sangat dan tak la suam sangat. Dah nak sejuk, jadi senang la hendak telan.

Selepas minum air gula, Kak Imah perlu tunggu 2 jam untuk diambil sampel darah kali kedua. Punyalah manis betul air gula itu, sampaikan rasa hendak termuntah isi perut yang kosong (sebab berpuasa) ni.

Lepas 2 jam, kira-kira pukul 10.30 pagi Kak Imah perlu 'serah diri' sekali lagi untuk diambil sampel darah kali kedua. Sama juga, urat darah susah nak jumpa. Jenuh jururawat pusing-pusing jarum kiri ke kanan, nak dapatkan urat. Main-main betul la urat ni. Dah lah sakit sesekali bila jarum dihala ke kiri kanan tu. Alhamdulillah nasib baik dapat juga ambil sampel darah.

Lepas ambil sampel darah kali kedua tu, Kak Imah dibenarkan pulang dan makan. Keputusan akan dimaklumkan nanti.
Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com