Kencing Manis Semasa Hamil Bahagian 1 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Kencing Manis Semasa Hamil Bahagian 1

04 April 2017

Kencing Manis Semasa Hamil Bahagian 1

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Assalamualaikum.

Hari ini Imah nak kongsi sikit berkaitan dengan penyakit kencing manis semasa dalam tempoh hamil.
Semalam, Kak Imah ada temujanji di klinik kesihatan untuk minum air gula. Tujuan minum air gula ni adalah untuk memeriksa samada ada penyakit kencing manis atau tidak semasa hamil.

Pada malam sehari sebelum minum air gula, Kak Imah perlu berpuasa bermula jam 10 malam.  Pada pagi semalam, Kak Imah ke klinik kesihatan. Selepas pendaftaran, Imah ke kaunter untuk ambil botol sampel dan kemudian berjumpa jururawat untuk diambil darah.

Tak tahu la kenapa sejak hamil anak sulung, payah betul jururawat nak mencari urat lengan untuk ambil sampel darah. Dulu semasa bujang, mudah je nak cari urat. Kak Imah siap derma darah 3, 4 kali lagi. Suka nak hulur lengan nak ambil darah. Tapi sekarang ni, seram nak hulur lengan sebab susah sangat nak cari urat. Siap kena cucuk kedua-dua belah lengan nak dapatkan darah. Ni hamil anak kedua pun sama, susah nak cari urat lengan.

Lepas jururawat ambil sampel darah, Kak Imah diminta minum segelas air gula. Mak oi, punya la manis air gula kali ini, dah la suam-suam panas sikit airnya. Jadi tak boleh telan sekaligus, kena minum sikit-sikit. Lagi la terasa mual perut. 

Masa trimester pertama dulu kena minum juga air gula ni, tapi tak adalah manis sangat dan tak la suam sangat. Dah nak sejuk, jadi senang la hendak telan.

Selepas minum air gula, Kak Imah perlu tunggu 2 jam untuk diambil sampel darah kali kedua. Punyalah manis betul air gula itu, sampaikan rasa hendak termuntah isi perut yang kosong (sebab berpuasa) ni.

Lepas 2 jam, kira-kira pukul 10.30 pagi Kak Imah perlu 'serah diri' sekali lagi untuk diambil sampel darah kali kedua. Sama juga, urat darah susah nak jumpa. Jenuh jururawat pusing-pusing jarum kiri ke kanan, nak dapatkan urat. Main-main betul la urat ni. Dah lah sakit sesekali bila jarum dihala ke kiri kanan tu. Alhamdulillah nasib baik dapat juga ambil sampel darah.

Lepas ambil sampel darah kali kedua tu, Kak Imah dibenarkan pulang dan makan. Keputusan akan dimaklumkan nanti.

No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com