May 2017 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: May 2017
Minyak Kelapa

Minyak Kelapa

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum.

Dulu kan, masa zaman kecil-kecil, arwah nenek dan moyang Kak M selalu membebel kalau rambut kami adik beradik ni kering kontang. Kalau nampak je rambut kering, mesti ditariknya kita lepas itu disentalnya kepala kita dengan minyak kelapa. Habis satu kepala bau kelapa. Berminyak berkilat rambut dan kulit kepala kita ni.

Sudahnya hitam legam ler rambut jadinya. Hitam dan bersinar-sinar gitu kan. Bila acap-acap kali lumur minyak kelapa ni, rambut pun jadi makin tebal.

Masih lagi Kak M ingat, dulu nak buat minyak kelapa ni bukan senang. Nak kena tanak dalam periuk dulu, sampai kering santan kelapa tu lepas itu baru keluar minyak dia. Sampai hangit hitam bontot periuk nak bagi keluar minyak kelapa tu.

Mula-mula masak tu bukan main banyak santan nak ditanak. Tapi bila dah masak jadi minyak tu, alahai sikit benar hasil dia. Tapi kan, bila dah letak minyak tu sikit je kat kepala memang mujarab la.

Hampas-hampas santan yang tak jadi minyak tu pula bila masak akan termendap di dasar periuk jadi warna kekuningan, tu namanya tahi minyak. Kak M suka benar makan tahi minyak ni, rasa lemak masin-masin sikit, makan ratah-ratah macam tu je. Sedap. terbayang-bayang rasanya macamana.

Tapi, itu dulu la. Punyalah susah nak hasilkan sebotol minyak kelapa untuk lembapkan rambut dan kulit kepala. Zaman sekarang ni payah bebenar nak tengok penghasilan minyak kepala cara tradisional macam dulu (tanak dalam periuk). 

Tapi sekarang ni semua benda dah mudah. Tinggal nak kena keluar modal dari poket saja. Keluar duit seketul, dapat satu barang. Tak perlu fikir-fikir dah nak proses semua tu.


Samalah macam Wonder Hair Oil ni. Nama saja orang putih. Tapi dalam bahasa melayunya minyak rambut. Bahan utamanya minyak kelapa tau. Jadinya ianya memang betul-betul minyak kelapalah. Original dan natural. Tanpa bahan kimia yang berbahaya tu. Dengan teknologi sekarang ni, tambahan bahan semulajadi seperti minyak oren, minyak biji bunga matahari dan vitamin pro B5 menambahkan lagi khasiat dan mengurangkan bau kelapa tu. 

Bila pakai je minyak kelapa Wonder Hair Oil ni, teringat zaman kecil-kecil dulu. Cuma yang bezanya tidak adalah bau kelapa itu. Bau wangi oren saja di atas kepala ni ha.

Bagi anda yang hendak cuba dan rasai kesegaran minyak kelapa Wonder Hair Oil ini, bolehlah dapatkan di SINI ya. Nanti Kak M beritahu macam mana penggunaan dan kelebihan minyak rambut ini lebih lanjut. 

Oh ya, sekarang ni tengah PROMOSI tau, sehingga 23 Julai 2017. Beli minyak rambut Wonder Hair Oil ini, Kak M bagi FREE shampoo santan. Pakej terus, shampoo dan minyak rambut. Dan Kak M bagi FREEGIFT juga.

Kalau yang nak cuba Wonder Hair Oil ni saja pun boleh, ada pengurangan harga juga sekarang ni. berbaloi-baloi.

HUBUNGI Kak M sekarang tau. 0105511909 (whatsapp)


Promosi Ramadhan

Promosi Ramadhan

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Assalamualaikum. 

Tak lama dah, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan bakal berkunjung tiba. Bersediakah kita menerima tetamu agung ini?.

Bila tiba Ramadhan tahun ini, debaran Kak M pun makin kuat. Debaran menyambut Ramadhan, dapatkah Kak M lalui Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya. Dan juga, debaran bakal menyambut kelahiran anak kedua. Jangkaan bersalin beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Moga Allah berikan kekuatan untuk Kak M berpuasa sebaik mungkin tahun ini. Aminn.

Sempena ketibaan Ramadhan ini, Kak M nak buat offer sikitlah. PROMOSI bagi pembelian Shampoo santan dan juga Wonder Hair Oil.

Promosi berlangsung selama 2 bulan tau, bermula 23 Mei 2017 hingga 23 Julai 2017. Sempatlah jika anda hendak melaram lawa-lawa untuk raya ni. Di pagi raya nanti, pakaian kita hendak cantik-cantik. Rambut pun hendaklah wangi-wangi juga kan.

Tapi kalau pakaian di pagi raya dah cantik lip lap lip lap, tapi asyik tidak senang duduk asyik tergaru-garu gatal kepala, nanti hilang seri cantik tu tau.

Jadi, untuk mencantik dan mewangikan rambut tu, jomlah kita sama-sama pakai shampoo santan dan diserikan dengan minyak rambut Wonder Hair Oil. Insya Allah puas hati, rambut lembut, hilang masalah kulit kepala.

Untuk tempoh 2 bulan ni, ini promosinya ya:

1) Pendaftaran agen baru RM190 dengan hanya pembelian shampoo santan sebanyak 10 botol. 


2) Promosi pembelian 2 botol shampoo santan dengan harga RM55. (Harga asal sebotol shampoo santan adalah RM29). Penjimatan RM3.

2) Promosi beli Wonder Hair Oil 100ml berharga RM69, dapat PERCUMA shampoo santan. (Harga shampoo santan ini RM29 sebotol, Kak M bagi FREE je dengan pembelian sebotol Wonder Hair Oil).



3) Promosi beli Wonder Hair oil 100ml dengan harga RM59 sebotol. (Harga asal Wonder Hair Oil adalah RM69 sebotol. Penjimatan RM10).



Produk shampoo santan dan minyak rambut Wonder Hair Oil ni produk natural tau.  Jadi, jomlah kita bertukar daripada menggunakan produk berasaskan bahan kimia kepada produk natural yang dijamin selamat dan berkesan. InsyaAllah.

Untuk order, 

HUBUNGI   010-5511909 (Kak M).
Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com