Minyak Kelapa - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Minyak Kelapa

24 May 2017

Minyak Kelapa

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum.

Dulu kan, masa zaman kecil-kecil, arwah nenek dan moyang Kak M selalu membebel kalau rambut kami adik beradik ni kering kontang. Kalau nampak je rambut kering, mesti ditariknya kita lepas itu disentalnya kepala kita dengan minyak kelapa. Habis satu kepala bau kelapa. Berminyak berkilat rambut dan kulit kepala kita ni.

Sudahnya hitam legam ler rambut jadinya. Hitam dan bersinar-sinar gitu kan. Bila acap-acap kali lumur minyak kelapa ni, rambut pun jadi makin tebal.

Masih lagi Kak M ingat, dulu nak buat minyak kelapa ni bukan senang. Nak kena tanak dalam periuk dulu, sampai kering santan kelapa tu lepas itu baru keluar minyak dia. Sampai hangit hitam bontot periuk nak bagi keluar minyak kelapa tu.

Mula-mula masak tu bukan main banyak santan nak ditanak. Tapi bila dah masak jadi minyak tu, alahai sikit benar hasil dia. Tapi kan, bila dah letak minyak tu sikit je kat kepala memang mujarab la.

Hampas-hampas santan yang tak jadi minyak tu pula bila masak akan termendap di dasar periuk jadi warna kekuningan, tu namanya tahi minyak. Kak M suka benar makan tahi minyak ni, rasa lemak masin-masin sikit, makan ratah-ratah macam tu je. Sedap. terbayang-bayang rasanya macamana.

Tapi, itu dulu la. Punyalah susah nak hasilkan sebotol minyak kelapa untuk lembapkan rambut dan kulit kepala. Zaman sekarang ni payah bebenar nak tengok penghasilan minyak kepala cara tradisional macam dulu (tanak dalam periuk). 

Tapi sekarang ni semua benda dah mudah. Tinggal nak kena keluar modal dari poket saja. Keluar duit seketul, dapat satu barang. Tak perlu fikir-fikir dah nak proses semua tu.


Samalah macam Wonder Hair Oil ni. Nama saja orang putih. Tapi dalam bahasa melayunya minyak rambut. Bahan utamanya minyak kelapa tau. Jadinya ianya memang betul-betul minyak kelapalah. Original dan natural. Tanpa bahan kimia yang berbahaya tu. Dengan teknologi sekarang ni, tambahan bahan semulajadi seperti minyak oren, minyak biji bunga matahari dan vitamin pro B5 menambahkan lagi khasiat dan mengurangkan bau kelapa tu. 

Bila pakai je minyak kelapa Wonder Hair Oil ni, teringat zaman kecil-kecil dulu. Cuma yang bezanya tidak adalah bau kelapa itu. Bau wangi oren saja di atas kepala ni ha.

Bagi anda yang hendak cuba dan rasai kesegaran minyak kelapa Wonder Hair Oil ini, bolehlah dapatkan di SINI ya. Nanti Kak M beritahu macam mana penggunaan dan kelebihan minyak rambut ini lebih lanjut. 

Oh ya, sekarang ni tengah PROMOSI tau, sehingga 23 Julai 2017. Beli minyak rambut Wonder Hair Oil ini, Kak M bagi FREE shampoo santan. Pakej terus, shampoo dan minyak rambut. Dan Kak M bagi FREEGIFT juga.

Kalau yang nak cuba Wonder Hair Oil ni saja pun boleh, ada pengurangan harga juga sekarang ni. berbaloi-baloi.

HUBUNGI Kak M sekarang tau. 0105511909 (whatsapp)


No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com