April 2018 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: April 2018
Berapa Kerap Perlu Cuci Rambut?

Berapa Kerap Perlu Cuci Rambut?

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat sejahtera la ya. Musim panas begini penyakit demam, selsema, batuk selalu sangat datang kat kita kan. Sakit kepala pun cepat saja menyerang kita kan.Korang yang sedang diuji dengan ujian kesihatan itu, Kak M doakan moga-moga dipermudahkan dan diberi kesembuhan. Aminn

Okey,hari ini Kak M nak kongsi sikit berkenaan kekerapan mencuci rambut. Korang biasa cuci rambut berapa kali sehari? Atau berapa hari sekali?

Dua soalan nampak macam sama kan. Tapi cuba baca betul-betul. 



Soalan kekerapan cuci rambut ini selalu ditanya pada Kak M. Biasanya customer la yang selalu tanya. Dan kebiasaannya mencuci rambut tiap-tiap hari, dan setiap kali mandi perlu cuci rambut. Tambah-tambah musim panas-panas macam sekarang ni kan.

Ramai yang menganggap mencuci rambut setiap hari itu boleh buat rambut kita bersih dan sihat. Kak M dulu pun beranggapan begini. Tiap kali mandi mesti nak kena basuh kepala.

Dan ada juga yang beranggapan mencuci rambut tiap hari tidak bagus untuk kesihatan rambut. Boleh merosakkan rambut.

Aish, macam mana tu ya? Yang mana satu betul? 

Sebenarnya begini, kekerapan untuk mencuci rambut bergantung kepada jenis rambut tau. Bukan semua orang perlu cuci rambut dengan kekerapan yang sama.

Bagi mereka yang kondisi rambut berminyak (makna kata kulit kepala berminyak), sebaiknya mereka perlu mencuci rambut setiap hari. 

Bagi yang mempunyai rambut kering, cucilah rambut anda seminggu sekali supaya rambut tidak makin kering. Eh, eh kenapa macam tu pula? Bukankah bila cuci lagi kerap rambut jadi lagi lembap? Begini ceritanya, rambut kering ini disebabkan oleh kekurangan serum (minyak semulajadi) dari kulit kepala kita. Jadi, kalau kita kerap cuci rambut (kepala), serum akan makin kurang. Jadinya rambut akan makin kering. Oleh itu, kita perlu jarakkan cucian rambut unuk bagi ruang kepada serum semulajadi itu keluar bagi melembapkan kulit kepala kita.  

Bagi mereka yang kondisi rambut normal, cukuplah sekadar mencuci rambut purata 2-3 kali seminggu.

Sebenarnya kan, kita tak digalakkan untuk mencuci rambut setiap hari, apatah lagi mencuci rambut dengan syampu setiap hari. Sebabnya, minyak semulajadi (serum) yang keluar dari kulit kepala tidak sempat nak serap ke akar rambut tapi telah dicuci bersih oleh air dan syampu yang biasanya mempunyai agen pembersih kimia seperti Sodium Louryl Sulphate (SLS) tersebut. Jadi, sebab itulah rambut menjadi kering dan tidak kuat.

Tapi kan, kalau ada yang sudah terbiasa mencuci rambut setiap hari, jangan risau. Anda boleh pakai syampu yang bebas SLS seperti Shampoo Santan My Home Lab.

Shampoo santan ini bebas SLSbebas Silikon (yang menyelaputi permukaan rambut dan memberi efek licin yang palsu), dan juga bebas Paraben (bahan pengawet merbahaya yang boleh menyebabkan kanser). Jadi, tak perlu risau jika rambut kering, rambut berminyak mahu pun rambut normal. Semuanya boleh menggunakan Shampoo Santan. 

Jika korang berminat ingin mencuba shampoo santan, boleh hubungi kak M di SINI ya. Atau boleh juga terus whatsapp Kak M di talian 6010-5511909.

Rambut itu mahkota setiap insan. Jadi jagalah ia sebaik mungkin. 

Okey la, sekadar itulah dahulu celoteh Kak M. Nanti ada kesempatan Kak M kongsikan lagi tips-tips berkenaan rambut ya. Assalamualaikum.
Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com