Kencing Manis Semasa Hamil Bahagian 2 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Kencing Manis Semasa Hamil Bahagian 2

04 April 2017

Kencing Manis Semasa Hamil Bahagian 2

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Kita sambung lagi cerita pasal kencing manis semasa hamil. Selepas diambil darah kali kedua, Kak Imah dibenarkan pulang.

Dah dapat pulang tu, apa lagi Kak Imah makan la dengan senang hati. Maklum la, lapar betul perut ni. Macam tak makan seminggu dah rasanya. Tak lama lepas makan tu, tengah ralit duk buat kerja rumah, Kak Imah dapat panggilan daripada Klinik Kesihatan memaklumkan tentang keputusan lepas minum air gula tadi.

Jururawat tersebut maklumkan bahawa kadar gula dalam darah Kak Imah terlalu tinggi. Keputusannya 10.6. Aras yang sepatutnya adalah di bawah 7.8 untuk dikategorikan tiada kencing manis. Ini bermakna Kak Imah ada kencing manis ketika hamil atau dalam istilah perubatan sebagai GDM.

Jadi, selepas dapat keputusan itu, dengan rasminya Kak Imah disahkan penghidap kencing manis dan perlu melalui rutin bulanan yang berbeza sedikit daripada ibu-ibu hamil biasa yang lain. Jururawat yang buat panggilan itu minta Kak Imah datang ke Klinik pada jam 5 petang untuk dibuat ujian darah BSP. Pada awalnya jururawat minta Kak Imah datang buat ujian darah itu pada pukul 1 petang. Tapi disebabkan Kak Imah dah bedal makan nasi lemak jam 11 pagi tadi, Jadinya perlu buat ujian darah jam 5 petang pula.

Maka bermulalah rutin berulang alik ke Klinik Kesihatan sebanyak 4 kali sehari, bagi sekali setiap bulan untuk buat ujian BSP. Kak Imah perlu ke Klinik Kesihatan pada pukul 8 pagi, 1 petang, 5 petang dan 9 malam. Mimpi ngeri betul la hendak berulang alik ke klinik ni. Penat dan ianya boleh menganggu masa kerja suami yang terpaksa hantar Kak Imah setiap kali ke klinik. Apabila kandungan sudah masuk ke fasa tismester, KakImah perlu buat ujian BSP selang 2 minggu. Rutin ujian darah BSP ini akan berjalan selagi belum bersalin.

WaAllahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com