2020 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: 2020
TIPS TURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS RAYA

TIPS TURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS RAYA



Kita perasan tak selepas raya berat badan kita naik semula. Sesetengah individu kenaikannya dalam kadar yang sedikit dan ada yang naik secara mendadak. Rusau kan? Tapi ramai yang sedia maklum kenaikan berat badan lepas raya disebabkan oleh penerimaan makanan secara berlebihan jika dibandingkan dengan bulan puasa. Mungkin istilah yang lebih tepat adalah “balas dendam” setelah 30 hari berpuasa dan ditambah lagi dengan juadah hari raya yang hanya setahun sekali kita jumpa. Keenakkan pelbagai menu pasti membuatkan kita semua tidak sanggup untuk menolaknya kan.

Tak salah pun kita nak merasai pelbagai juada hari raya. Nanti tak rasa macam raya pula kan? Cuma perlulah kita bersederhana supaya kita dapat maintain berat badan. Jika naik tidaklah secara mendadak dan kita juga dapat mengatasinya secara mudah dan terkawal. Ada ke kawan-kawan Imah yang dapat maintain berat badan masa raya? Atau masing-masing dah rasa baju semakin ketat? Hari ini Imah nak share beberapa tips untuk turunkan berat badan selepas raya. Jadi kawan-kawan boleh cuba ya.

Ok jom tengok apa Tips Menurunkan Berat Badan Lepas Raya.

1.    Set Mindset

Perkara yang paling utama sebelum perkara-perkara lain adalah dengan set mindset terlebih dahulu. Jadi mindset kita adalah mahu turunkan berat badan. Penting untuk kita setkan mindset untuk pastikan yang kita dapat mengawal pemakanan kita walaupun kita hanya duduk rumah sahaja. Jika kita tidak setkan mindset dengan betul kita akan mudah tergoda dengan juadah yang terhidang di depan mata. Orang kata jin lapar mula menguasai diri sehingga lupa ikrar untuk turunkan berat badan. Raya tetap raya, tapi kita perlu tahu had pemakanan kita. Istilah “Eat Clean” memang agak mustahil untuk dilakukan dalam suasana dan mood raya lagi. Jadi yang penting jaga had pemakanan dan juga akal kita supaya kita cepat-cepat sedar akan tujuan sebenar kita apabila melihat juadah yang enak-enak.

2.    Lakukan senaman walaupun sekejap tapi konsistem

Jika anda nak kurus jangan anggap bahawa senaman tidak penting. Dengan senamanlah badan kita dapat merangsang pertumbuhan tisu metabolisma dan mengurangkan berat badan melalui proses pembakaran lemak yang terkumpul di dalam badan. Jadi lakukanlah senaman setiap hari walaupun sekejap. Memadai dengan lompat setempat dan lompat bintang. Tapi untuk hasil yang lebih baik dan cepat dan kalau ada waktu yang banyak, Imah sarankan supaya lakukan senaman mengangkat beban terlebih dahulu sepeti bermain dumble dan kemudian diakhiri dengan senaman kardio. Hasilnya memang sagat memuaskan.

3.    Amalkan pemakanan seimbang

Untuk menurunkan berat badan dengan mudah, pakar nutrisi dan jurulatih senaman bersetuju bahawa 80 peratus daripada usaha tersebut adalah mengamalkan cara pemekanan yang seimbang dan 20 peratus lagi daripada aktiviti senaman. Ini bermaksud adalah sangat penting untuk kita berhati-hati dengan apa yang kita makan sehari-hari, kuantiti makanan dan juga bila waktu kita makan. Mengetahui kalori setiap makanan yang diambil juga sangat membantu kepada proses penurunan berat badan dengan cepat. Ramai yang diet tetapi tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Keadaan ini menyebabkan ramai yang cepat berputus asa kerana menganggap usaha mereka sia-sia sahaja.

4.    Amalkan pengambilan suplemen Shaklee

Ada yang tanya Imah, kepana perlu ambil suplemen kalau nak kuruskan badan? Cara yang terbukti untuk menurunkan berat badan adalah dengan memakan makanan yang sihat, kurangkan kalori, dan juga aktif secara fizikal. Namun untuk anda membuat perubahan gaya hidup ini memang sangat tidak mudah. Kalau sebelumnya kita makan dengan tanpa menghiraukan jumlah kalori, bahkan kurang aktiviti senaman atau mungkin tidak buat langsung, adakah kita rasa perlu untuk mengambil suplemen sebagai langkah awal untuk membantu proses penurunan berat badan dalam norma baru gaya hidup kita? jadi cuba tanya diri sendiri.

Imah lebih arif dengan produk Shaklee untuk turunkan berat badan dengan pengambilan suplemen seperti Lecithin dan Omega Guard. Jadi sorotan tips keempat ini Imah akan tekankan untuk produk Shaklee ini sahaja ya.

Sebenarnya sudah ada bukti sainstifik daripada kajian yang dilakukan oleh para saintis berkaitan dengan fungsi-fungsi Omega Guard dan Lecithin untuk membantu menurunkan berat badan. Jadi persoalannya kenapa perlu suplemen untuk turunkan berat badan?


Tujuan pengambilan suplemen adalah:

1.    Untuk menampung nutrisi.

     Kita akan kurang makan apabila kita sedang berdiet. Jadi adakah kita yakin         cukup nutrisi kita ambil? Adakah cukup nutrisi yang kita ambil hanya                 daripada  pemakanan sahaja? Jadi suplemen dapat membantu untuk                     menampung zat yang tidak terdapat dalam makanan.

2.    Mengelakkan kesan sampingan.

Tujuan pengambilan suplemen juga adalah untuk mengelakkan berlakunya kesan sampingan. Ini kerana ketika diet kita alami kesan daripada diet itu. Kesan ini adalah disebabkan oleh kurangnya nutrisi yang menyebabkan ia memberi signal kepada kita.

3.    Membantu organ berfungsi dengan efisyen

Penting untuk pastikan organ kita berfungsi dengan baik ketika kita melakukan diet. Kita perlu ingat, bukan serta merta penyakit itu datang. Kesan daripada kurang nutrisi pada tubuh badan kita akan menyebabkan pelbagai penyakit dimasa akan datang

4.    Melancarkan proses penurunan berat badan

Pengambilan kedua-dua suplemen ini dapat melancarkan lagi proses penurunan berat badan kerana badan kita cukup dengan nutrisi yang diperlukan. Maka hasilnya lebih cepat. Hal ini kerana, apabila kita dalam fasa diet untuk turunkan berat badan maka kita akan kurangkan makan. Secara tak langsung dengan sendirinya akan memperlahankan metabolisma dan melambatkan proses penurunan berat badan dengan sempurna. Bila ambil suplemen, ia akan berfungsi untuk meningkatkan metabolism dan sekaligus mengekalkan otot-otot badan daripada dibakar bersama lemak. Tak adalah badan menjadi menggeleber nanti.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendaopatkan produk Shaklee atau ingin menyetai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama bejaya.

SV Siti Rahimah
No Tel: 01156241909
Your Trusted Shaklee Independent Distributor



JOM JANA PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN BIZ SHAKLEE

JOM JANA PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN BIZ SHAKLEE


Alhamdulillah..
Jumlah jualan Mei 2020 sedikit sahaja lagi nak cecah angka 10k..
Tahniah semua warga team Diamond Legacy. Seronok bila buat bisnes secara berjemaah ni. Ukhwah tu terasa walau tak pernah berjumpa. hanya kenal di alam maya.Tapi sama-sama jana income.


Ucapan tahniah juga untuk anak-anak bisnes Imah. Baru saja 2-3 bulan memulakan bisnes Shaklee, terus dah boleh buat sales sehingga 4 angka.
Salah seorangnya bernama Fatin. Masih bergelar pelajar. Tapi dalam kesibukan menyiapkan assignment, pembentangan, online class, tapi masih dapat buat sales sehingga cecah angka 2k sebulan.
Siapa cakap pelajar tak pandai berbisnes, tak boleh pegang duit sendiri. Semua bergantung pada diri masing-masing.


Seorang lagi Wani, dalam kesibukan bekerja, balik kerja uruskan rumahtangga anak lagi.. Tapi sempat  buat sales sehingga 4k. Bisnes Shaklee untuk semua tau. Tak mengira pangkat, darjat, akademik.. Suri rumah pun boleh dapat income 4-5 angka dengan bisnes Shaklee ni.


Imah nak bantu anda yang nak jana income unlimited dengan Shaklee. Jadi, yang nak jana income dari rumah atau on the go dengan Shaklee, hubungi Imah www.wasap.my/601156241909/ShakleeBiz 



SV Siti Rahimah

No Tel: 01156241909
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

🥰


HARI ULANG TAHUN PERKAWINAN DAPAT TELEFON BARU

HARI ULANG TAHUN PERKAWINAN DAPAT TELEFON BARU


Assalamualaikum wbt.



Tanggal 31 Mei lepas genaplah 7 tahun usia perkahwinan Imah dan suami. Sekejap sangat rasa masa berlalu. Dalam tempoh ini macam-macam telah kami lalui bersama. Dalam tempoh ni juga kami dikurniakan tanda cinta dua orang puteri yang comel-comel belaka. Nur Rabi’atul Adawiyah dan Nur Raudhatul Jannah. Alhamdulillah syukurnya. Kehadiran mereka berdua pelengkap dalam rumah tangga kami. 

Cuma yang kelakarnya kenapalah tahun ini Imah boleh lupa pula hari ulang tahun perkahwinan kami. Sibuk sangat dengan biz Shaklee yang makin berkembang ni sampai terlupa pula. Tapi cik suami tak lupa, cuma dia buat diam jer. kononnya nak buat kejutan la katanya. Ok Imah tunggu la apa kejutan tu.Tunggu punya tungu dua tiga hari lepas cik suami pun ajaklah pusing-pusing bandar Kuala Terengganu. Dah orang ajak keluar jalan-jalan kan siapa tak nak. Tapi yang tak sukanya kita pula yang kena bawa kerata. Dia yang ajak tapi kita pula yang kena bawa kerata. Adududu… Cik suami memang suka mengelat. Kalau dia bawak kereta, Imah yang kena belanja beli air dan keropok tepi jalan. Kalau Imah yang bawa jadi cik suami yang kena belanja. Jadi Imah cakap Imah nak bawa. Hahaha.. Setakat bawa kereta jer pun. Jadi ronda-rondalah kami empat beranak. 

Tengah syok bawa kereta cik suami suruh bagi signal kiri dan berhenti betul-betul depan kedai telefon. Amboi dah macam abang JPJ dah dia punya gaya.  Cik suami cakap tunggu dalam kereta sebab dia nak masuk dalam kedai telefon sekejap. Dalam 15 minit lebih kurang cik suami call minta Imah masuk dalam kedai jap. “abang beli telefon baru untuk sayang. Ok tak ni?” waktu ni Imah tak tahu nak cakap apa dah. suka hati sangat-sangat. Kalau ikutkan masa tu juga nak peluk cik suami.. hahaha.. Nasib ada orang jer.. Sebenarnya dah lama Imah plan nak beli telefon baru. Tapi tak sangka pula cik suami hadiahkan dulu. Lagi seronok sebab dapat Realme 6 pro. Dari segi kualiti gambar dan video mamang terbaik.  Alhamdulillah rezeki kan. 




Patutla seminggu dua ni cik suami duk kaji macam-macam jenis telefon yang bagus untuk kamera dan video. Terima kasih cik suami. Jadi petang kemarin kami pun jalan-jalanlah ambil angin di luar sambil ambil gambar guna telefon baru. Hahahaha. Terima kasih cik suami sebab hadiahkan telefon baru ya. Kepada kawan-kawan semua doakan rumahtangga kami bahagia hingga ke jannah ya. 






KENAPA PERLU MULAKAN BISNES SHAKLEE DARI SEKARANG?

KENAPA PERLU MULAKAN BISNES SHAKLEE DARI SEKARANG?


 7 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MULAKAN BISNES SHAKLEE SEKARANG






    Daftar keahlian serendah RM35 SAHAJA.

-       Memulakan bisnes Shaklee anda tak perlukan modal sampai beribu-ribu pun. Hanya RM35.00 sahaja. Ya memang itulah jumlahnya. Seterusnya anda perlu pilih upline atau leader yang bakal membimbing anda untuk berjaya. Nak senang wasap saja Imah www.wasap.my/601156241909 Imah bantu dari A to Z.

2   Bisnes yang sangat mudah.

-       Ya bisnes Shaklee adalah bisnes yang paling mudah untuk dijalankan. Hanya ‘duplicate’ apa yang Imah telah buat untuk menikmati bonus beribu-ribu dari Shaklee setiap bulan. Apa yang paling penting adalah kesanggupan untuk belajar dan komited. Imah dah alami sendiri jadi Imah nak bantu share kepada anda semua. Biar kita sama-sama berjaya dan bebas kewangan.

 Kita sebagai duta kepada produk yang kita jual

-       Sebelum kita jual produk kita kepada orang lain, kita sendiri mesti merasai kebaikan-kebaikan yang ada pada produk-produk Shaklee. Tapi bukanlah semua produk. Sekurangnya cubalah satu dulu pun dah bagus. Kita mungkin pernah rasa tak sedap badan seperti lenguh-lenguh badan atau tekena selsema kan. Jadi kita boleh buca salah satu daripada produk Shaklee. Sebabnya Shaklee menyediakan solusi untuk setiap masalah begini. Contohnya pil kalsium Shaklee iaitu Ostematrix sangat sesui untuk masalah lenguh-lenguh badan. Maka kitalah yang menjai duta kepada produk yang kita jual. Kan lebih baik kita sendiri merasi kebaikan dan kita kongsikan manfaat kepada orang lain.

4    Dapat kongsikan kebaikan Shaklee

-       Konsep yang sama kalau kita makan Tom Yam di kedai Mak Cik Kiah. Lazatnya sampai tejuih-juih mulut kita menelannya sebab betapa sedap dan lazatnya tom yam kedai Mak Cik Kiah tu kan. Jadi kita akan share kepada kenalan-kenalan kita supaya mereka pun turut mencuba juga tom yam kat kedai tu tanpa ada sesiapa yang paksa kan. Dengan rela hati kita buat kan. Jadi begitu juga dengan bisnes Shaklee ni. Lepas kita dah cuba dan tahu sendiri kebaikan produk Shaklee, maka dengan senang hati kita dapat share kebaikan yang ada pada Shaklee kepada orang lain. Nak share pula ada pelbagai meduim kita boleh gunakan. Samaada secara online ataupun offline. Kalau suka oline, pilih saja sama ada nak share melalui fb, ig, blog atau youtube. Bergantung kepada kekuatan kita. Kalau lebih suka cara offline pun tak ada masalah. Boleh share kepada saudara mara, jiran-jiran atau rakan sekerja. Mudah kan?

5    Dapat bantu ramai orang untuk menikmati hidup sihat dan bebas kewangan.

-       Imah selalu tanamkan dalam hati buat bisnes Shaklee ni sebab nak bantu ramai orang hidup dengan lebih sihat dan bantu mereka jana pendapatan bersama. Setiap orang mempunyai impian untuk menikmati kehidupan yang berkualiti dan bebas daripada masalah kewangan kan. Sebab itu anda semua perlu join bisnes Shaklee ni. Bisnes yang semudah teknik ASB ini akan membantu mengatasi masalah anda.

§  A – Apply
Guna sendiri produk Shaklee. Rasai sendiri kebaikan dan jadi duta kepada bisnes sendiri.
§  S – Share
Kongsi kebaikan produk dan bisnes Shaklee kepada orang lain.
§  B – Build
Bina group yang bekerja bersama-sama untuk capai target dan bebas kewangan dan masa.

6    Bisnes Shaklee sesuai untuk semua golongan.

-       Ya, bisnes Shaklee memang sesuai untuk semua golongan. Sebab bisnes ini mempromosikan kesihatan. Jadi siapa sahaja berhak untuk berbisnes dengan Shaklee. Dalam bisnes Shaklee telah ada mereka yang berstatus pelajar pelajar tetapi berjaya menjana pendapatan puluhan ribu ringgit. Bahkan siap dapat beri duit poket kepada mak di kampung setiap bulan. Ada juga juga orang kampung yang nak dapatkan makanan pun susah. Tetapi lepas diperkenalkan dengan bisnes Shaklee alhamdulillah mereka dapat menikmati kehidupan lebih sempurna. Dalam bisnes Shaklee ni yang penting adalah tindakan. Tak ada istilah duduk saja atau goyang kaki dapat duit. Kalau difikirkan secara logik scamer pun call orang setiap masa kan untuk dapat income. Jadi nak dapat lebih perlu berusaha dengan gigih.

7    Bonus 3C Shaklee yang memang best.

-       Bagi Imah part ni lah yang paling best. Shaklee menawarkan ganjaran 3C kepada semua yang aktif dan berjaya mencapay tahap tertentu dalam Shaklee. C yang pertama adalah cash atau ganjaran wang secara tunai. Apabila seseorang pengedar Shaklee berjaya mendapatkan point terterntu dalam jualan, makan dia akan mendapat ganjaran bonus wang tunai. Begitu juga dengan pengedar yang berjaya naik rank dan berjaya membantu bisnes patner yang lain untuk naik rank, Shaklee akan memberikan ganjaran bonus cash. Banyak lagi bonus cash yang Shaklee berikan. Kalau nak dapat join la Shaklee dengan team Imah ya.

-       C yang kedua adalah ganjaran CAR iaitu Sahklee memberikan ganjaran sebuah kereta. Shaklee membuka peluang kepada semua pengedarnya yang berada dalam dalam rank Supervisor dan ke atas untuk menikmati bonus kereta apabila memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Shaklee. Tak susah pun syaratnya. Sebab dah ramai yang dah dapat kereta. Bestye...

-       C yang terakhir adalah convention iaitu trip percutian dan pelancongan secara percuma ke pelbagai destinasi hebat seluruh dunia. Nak pergi buat umrah pun boleh tau. Paling best Shaklee tangung sepenuhnya tau.

Jadi kalau anda benar-benar berminat nak jana pendapatan dan ingin menikmati kehidupan yang lebih berkualiti, sihat dan bebas kewangan, bebas masa, inilah masanya anda join Shaklee  dengan menjadi bisnes patner Imah untuk Imah bantu anda semua. Anda tak tahu nak mula macam mana? Jangan risau Imah akan bimbing anda dari awal hingga berjaya. Jadi apa tunggu lagi call Imah sekarang di talian 011-56241909 atau tekan saja di link ini www.wasap.my/601156241909

NUTRIFERON – MELINDUNGI KETAHANAN BADAN SECARA SEMULAJADI

NUTRIFERON – MELINDUNGI KETAHANAN BADAN SECARA SEMULAJADI






Pernah dengar tak NUTRIFERON? Tahu tak apa itu  NUTRIFERON? Ok..petang ni Imah nak share sikit pengetahuan Imah tentang Nutriferon ni. Kalau nak tahu Nutriferon ni salah satu suplimen yang wajib ada di rumah Imah tau. 


Oleh sebab anak-anak Imah suka makan Nutriferon ni Imah terpaksa simpan di tempat yang susah jumpa. Kalau tak mau satu hari habis ni. Lagipun Nutriferon ni bukan ubat ya kawan-kawan.



Nutriferon ni sebenarnya diformulasi untuk menjaga sistem pertahanan badan kita supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat, dan berfungsi secara semulajadi. Semulajadi tau.. maksudnya tidak ada penggunaan bahan kimia pun. Jadi sangat selamat diamalkan. Bila kita dah selalu ambil Nutriferon, badan kita dengan pantas dapat mengaktifkan perisai semulajadi dan menjadikan sistem pertahanan badan lebih kuat.


Ibarat dalam sebuah kem askar, Askar yang sado-sado semua. Tapi kalau tak ada komander, siapa nak gerakkan batalion askar tu bila kena berperang? Musuh dah masuk, komander tak tiup wisel. Tak bagi signal untuk askar-askar bertindak. Nayeee kan?

Silap-silap habis semua askar pun kena kepung. Jadi Nutriferon ni bertindak sebagai komander yang menjadi penggera kepada sistem pertahanan tubuh badan kita.

Jadi sekarang boleh faham tak tugas NUTRIFERON?
SIAPA YANG PERLU AMBIL NUTRIFERON ? Siapa sahaja boleh mengamalkan nutriferon ni. Sebaiknya setiap rumah perlu ada satu kotak sekurang-kurangnya untuk langkah berjaga-jaga.

Apa kandungan dalam Nutriferon?
Nutriferon mengandungi campuran proprietari empat ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago, dan bunga japanese honeysuckle. Empat bahan utama dalam Nutriferon ini secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan kesihatan dan menguatkan badan.

1. Biji labu 
- Merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh

2. Biji plantago asiatica 
- Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.

3. Honeysuckle Jepun 
- Menentang penceroboh virus dan kuman.

4. Bunga safflower 
-Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.




Keistimewaan Nutriferon Granules Shaklee - Penemuan Dr Kojima
Nutriferon adalah hasil daripada penyelidikan dan penghasilan yang mengambil masa bertahun-tahun. Pada tahun 1970, Dr Yasuhiko Kojima, ahli imunologi terkenal di dunia, bersama rakan-rakan penyelidiknya, menyaring, menguji, dan menilai lebih daripada 200 ramuan yang berbeza. Akhirnya empat bahan botani berasal daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago, dan bunga japanese honeysuckle dipilih untuk campuran Nutriferon kerana keberkesanannya dalam mengekalkan kesihatan yang baik.



Manfaat Nutriferon Granules Shaklee
Antara manfaat Nutriferon adalah:-
  1. Membantu mengurangkan hipertensi tahap kolestrol yang tinggi.
  2. Membantu mempertingkatkan sistem imun badan
  3. Merangsang pengeluaran mikrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman
  4. Membantu melindungi tubuh daripada virus, mikrob, termasuk flu dan influenza
  5.  Membantu mengurangkan simpton PMS
  6. Menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk membunuh bakteria
  7.   Membantu mengurangkan infeksi dan pesakit Hepatitis B dan C
  8. Membantu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kimoterapi.

Fungsi Utama Nutriferon Shaklee
  1. Mengaktifkan interferon tubuh untuk menguatkan fungsi sistem imun / pertahanan badan
  2. Melindungi tubuh badan dari jangkitan selsema, flu, viral, fungal, bacteria, dan kanser.


Siapakah yang memerlukan Nutriferon?
  1. Sesiapa sahaja yang kerap demam, batuk, dan selesema.
  2. Sesiapa sahaja yang terkena jangkitan Penyakit Tangan Kaki dan Mulut atau Hand Foot  Mouth Disease (HFMD).
  3. Sesiapa sahaja yang mengalami Chicken Pox.
  4. Sesiapa sahaja yang terkena jangkitan Kayap.
  5. Sesiapa sahaja yang mengalami demam Denggi.
  6. Sesiapa sahaja yang ingin menguatkan imun badan diri dan ahli keluarga

Bagaimana cara pengambilan Nutriferon?

Cara pengambilannya mudah saja iaitu seminggu sekali sahaja bagi orang yang sihat. Atau satu paket sehari (atau, jika perlu) diambil bersama air. Kalau Imah dan anak-anak hanya kemam sahaja dalam mulut lepas tu Nutriferon serap sendiri. Oh ya, Nutriferon ni serbuk jer tau. Nanti lepas buka cepat-cepat tuang dalam mulut sebab ia mudah larut dalam udara yang lembab.


  Pakaging Baru


Tonton cara makan Nutriferon: Anak memang suka sangat la ni..





TESTIMONI PENGGUNA NUTRIFERON





"Anak dah tak kerap masuk wad"




"Dah tak kerap demam lag"



"Antibodi anak kuat. Tiada Eczema selepas setahun"



"Dalam masa 24jam ceri beri semakin positif"



"Asbab makan Nutriferon badan dah tak demam"




"8 bulan dah anak tak masud wad. Biasa 3-4 bulan sekali anak masuk wad. Asbab makan Nutriferon"




 "Demam denggi pulih lepas makan Nutriferon"


HAA.... KALAU ANDA SEMUA NAK DAPATKAN NUTRIFERON NI BOLEH HUBINGI IMAH YA.

011-56241909

ATAU WASSAP SAJA IMAH DI SINI



Salam Ramadan Al-Mubarak

Salam Ramadan Al-Mubarak


Assalamualaikum wbt.


Rasanya belum terlambat lagi untuk Imah mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada pembaca blog Imah semua. Semoga kita semua dapat menunaikan kewajipan bulan Ramadan musim PKP ini dengan penuh keinsafan. 

Ramadan kali ini sangat berlainan dengan bulan-bulan Ramadan sebelumnya. Inilah kali pertama rasanya dalam hidup Imah terpaksa berdepan dengan situasi hari ini. orang lain pun sama kan. Puasa tahun ini tiada lagi bazar ramadan, tiada lagi terawih di masjid atau surau-surau. Kita terpaksa melalui semua ini sehinggalah COVID 19 betul2 dihapuskan di negara kita ni.

Tapi jika dilihat dari satu sudut, ada hikmah apa yang berlaku sekarang. Kita berpuasa dengan tiada lagi bazar-bazar ramadan untuk kita kunjungi sepeti kebiasaan di bulan puasa. Maka kita secara tidak langsung dapat mengawal nafsu untuk membeli pelbagai jenis juadah sehingga mengundang kepada pembaziran. Bukan itu jer, mata pun terpelihara kan. yerla yang datang bazar tu macam-macam orang.

Ramadan kali ni juga telah melahirkan imam-imam terawih yang baru..hahaha..yerla, tak boleh nak pergi solat terawih kat masjid dah kan, jadi suami-suami kena la jadi imam kat rumah ya. Kalau tak kerana covid19 ni suami-suami pasti jadi makmum lagi kan kat masjid. Tapi Imah nak pesan, jangan la menyindir kalau-kalau suami kita hanya baca 3 Qul jer.





Lepas solat, salam, cium tangan dia dan ucap terima kasih padanya yang sudi imamkan solat tarawih. Itu yang sebaiknya. Rahsia kita suami isteri, aib suami, aib isteri tak perlu canang pada media sosial. Tak perlu lah tag suami pada gambar kartun menunjukkan suami tidak tahu baca surah panjang. Pada kita mungkin gurauan, tapi mana tahu perbuatan kita tu boleh mengguris hati suami kan. Suami pulak jangan la nak mengelak pulak ya. 



Nak kekal betenaga dan tak rasa letih atau mengantuk lepas berbuka, Imah cadangkan ambil minuman Performance Drink (PD) semasa bebuka. Insyaallah pasti akan rasa bertenaga nak buat terawih. Tak lah rasa lemau-lemau.






BERMINAT UNTUK DAPATKAN PERFORMANCE DRINK?

CALL/WHATSAPP 011-56241909


ATAU KLIK SAJA DI SINI




Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com