Salam Ramadan Al-Mubarak - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Salam Ramadan Al-Mubarak

26 April 2020

Salam Ramadan Al-Mubarak


Assalamualaikum wbt.


Rasanya belum terlambat lagi untuk Imah mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada pembaca blog Imah semua. Semoga kita semua dapat menunaikan kewajipan bulan Ramadan musim PKP ini dengan penuh keinsafan. 

Ramadan kali ini sangat berlainan dengan bulan-bulan Ramadan sebelumnya. Inilah kali pertama rasanya dalam hidup Imah terpaksa berdepan dengan situasi hari ini. orang lain pun sama kan. Puasa tahun ini tiada lagi bazar ramadan, tiada lagi terawih di masjid atau surau-surau. Kita terpaksa melalui semua ini sehinggalah COVID 19 betul2 dihapuskan di negara kita ni.

Tapi jika dilihat dari satu sudut, ada hikmah apa yang berlaku sekarang. Kita berpuasa dengan tiada lagi bazar-bazar ramadan untuk kita kunjungi sepeti kebiasaan di bulan puasa. Maka kita secara tidak langsung dapat mengawal nafsu untuk membeli pelbagai jenis juadah sehingga mengundang kepada pembaziran. Bukan itu jer, mata pun terpelihara kan. yerla yang datang bazar tu macam-macam orang.

Ramadan kali ni juga telah melahirkan imam-imam terawih yang baru..hahaha..yerla, tak boleh nak pergi solat terawih kat masjid dah kan, jadi suami-suami kena la jadi imam kat rumah ya. Kalau tak kerana covid19 ni suami-suami pasti jadi makmum lagi kan kat masjid. Tapi Imah nak pesan, jangan la menyindir kalau-kalau suami kita hanya baca 3 Qul jer.





Lepas solat, salam, cium tangan dia dan ucap terima kasih padanya yang sudi imamkan solat tarawih. Itu yang sebaiknya. Rahsia kita suami isteri, aib suami, aib isteri tak perlu canang pada media sosial. Tak perlu lah tag suami pada gambar kartun menunjukkan suami tidak tahu baca surah panjang. Pada kita mungkin gurauan, tapi mana tahu perbuatan kita tu boleh mengguris hati suami kan. Suami pulak jangan la nak mengelak pulak ya. 



Nak kekal betenaga dan tak rasa letih atau mengantuk lepas berbuka, Imah cadangkan ambil minuman Performance Drink (PD) semasa bebuka. Insyaallah pasti akan rasa bertenaga nak buat terawih. Tak lah rasa lemau-lemau.






BERMINAT UNTUK DAPATKAN PERFORMANCE DRINK?

CALL/WHATSAPP 011-56241909


ATAU KLIK SAJA DI SINI




No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com