2023 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: 2023
Jantung Lebih Sihat dengan CoQ-Trol Plus

Jantung Lebih Sihat dengan CoQ-Trol Plus

 


Anda rasa badan lemah?

Anda mudah mengantuk?

Anda cepat penat?

Anda ada masalah jantung? 


Walaupun baru je lepas makan, tapi badan tetap rasa lemah, penat dan mudah mengantuk. Badan rasa tidak bertenaga. 

Sekiranya anda alami situasi begini, mungkin anda mempunyai masalah kekurangan CoQ10 dalam badan.



Apa itu CoQ10? 


Co-enzyme Q10 (juga disebut CoQ10 atau Q10) adalah nutrien larut lemak yang mengandungi banyak unsur antioksida semulajadi yang berfungsi melawan radikal bebas yang merosakkan sistem kardiovaskular. Ia juga amat diperlukan dalam mitochondria (pusat penghasilan tenaga) yang berada dalam sel badan.


CoQ10 ditemui di dalam organ badan yang bekerja keras dan memerlukan tenaga seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. 



Bagaimana CoQ10 berfungsi.


CoQ10 bertindak sebagai palam pencucuh sel (spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP). Proses penghasilan tenaga ini akan berlaku berulang-ulang dan berterusan supaya sel badan sentiasa mempunyai tenaga yang cukup untuk berfungsi dengan cekap. 


Tanpa CoQ10 yang mencukupi, sel-sel badan tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ badan tidak dapat berfungsi dengan baik. 




CoQ10 paling banyak didapati di jantung kerana ia menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan. 


Jadi, CoQ10 sangat diperlukan sebagai antioksida dan juga nutrien yang penting dalam penghasilan tenaga. Kedua-dua fungsi CoQ10 ini akan meningkatkan fungsi jantung dan memastikan kesihatan jantung yang lebih sihat. 


Manfaat CoQ10 Kepada Jantung

CoQ10 memberi banyak manfaat kepada jantung:


• Menguatkan otot jantung.

• Peredaran darah yang sihat.

• Mengurangkan risiko penyakit jantung.

• Meningkatkan tahap tenaga yang lebih baik kepada mereka yang mengambil statin. 

 

Tubuh badan kita boleh menghasilkan CoQ10, namun keupayaan ini akan mula menurun pada usia 20 tahun dan makin berkurangan secara mendadak pada usia 40 tahun berterusan sehingga usia 80 tahun. 



Jadi, kita juga memerlukan suplemen CoQ10 bagi meningkatkan penghasilan tenaga dalam badan. 



Keistimewaan CoQ-Trol Plus Shaklee


Shaklee mempunyai suplemen CoQ10 yang terbaik yang dikenali dengan nama CoQ-Trol Plus.




Keistimewaan CoQ-Trol Plus:

✓ Membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. 


✓ Dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan optimum. 


✓ Formulasi berpaten untuk meningkatkan penyerapan CoQ10. (Paten No. MY-139379-A).


Kebaikan CoQ-Trol Plus


1. Menyokong kesihatan fungsi otak dan meningkatkan memori serta fokus. 


2. Memberi perlindungan optimum dan meremajakan kulit. 


3. Memberikan tenaga dan menguatkan otot jantung.


4. Mempercepat proses penyembuhan luka.


5. Menyokong sistem reproduktif yang sihat.


6. Menyokong peredaran darah yang sihat.

 


Semoga bermanfaat! 


Sekiranya anda dapat sesuatu manfaat daripada perkongsian tentang CoQ10 di atas, dan mahu mencuba suplemen CoQ-Trol Plus, boleh terus hubungi saya ya. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Terengganu




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Vitamin E: Betul ke Bukan Sekadar Untuk Cantik?

Vitamin E: Betul ke Bukan Sekadar Untuk Cantik?

Betul ke vitamin E hanya untuk nak cantik?


Bila sebut tentang vitamin E, sering dikaitkan dengan vitamin untuk cantik. Namun sebenarnya bukan itu sahaja, vitamin E juga mempunyai manfaat lain juga. Jom kita kenali vitamin E dengan lebih terperinci.


 Apa itu vitamin E?


Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ badan berfungsi dengan baik.


Vitamin E adalah vitamin larut lemak dan mempunyai ciri antioksidan yang berfungsi melawan radikal bebas dalam badan. 


Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan. 


Sumber vitamin E


Badan kita tidak mampu menghasilkan vitamin E, justeru kita perlu mengambil vitamin E menerusi sumber lain dalam pemakanan harian. 




Sumber makanan yang mengandungi vitamin E:

> Minyak sayuran

> Sayuran berdaun hijau gelap

> Kekacang

> Biji bijian dan semua bijirin

> Beras perang

> Jagung 

> Telur

> Rumpai laut

> Susu

> Oat

> Kacang Soya

> Ubi kentang

> Gandum



Tips Memilih suplemen Vitamin E Yang Terbaik


1. Pastikan vitamin E dari sumber semulajadi dengan melihat pada label, ada huruf 'd' kecil (d-alfa-tocoferol). Sekiranya ada huruf 'l' atau 'dl' menunjukkan ianya daripada sumber kimia atau tiruan. 

2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label. 

3. Pilih vitamin E yang mengandungi Selenium. 

Selenium berfungsi membantu tubuh dalam menghasilkan protein khas yang berperanan dalam mencegah kerosakan sel. 

Membantu fungsi kognitif (pembelajaran).

Meningkatkan sistem imunisasi badan.

Memelihara kesuburan kepada wanita dan lelaki.

Menyumbang dalam penghasilan DNA. 


Keistimewaan Vitamin E Complex Shaklee 

Suplemen vitamin E Shaklee dikenali dengan nama Vitamin E Complex dan mempunyai keistimewaan berbeza dengan produk vitamin E jenama lain di pasaran.


Di dalam 1 kapsul vitamin E Complex Shaklee mengandungi;


> 400IU vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk d-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh. 


> 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum. 


> 39.4mg ekstrak biji anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mengandungi antioksidan yng bagus. 


> Vitamin E Shaklee juga mempunyai kandungan Selenium iaitu sejenis mineral yang mempunyai fungsi antioksidan yang kuat. Selenium bekerjasama untuk menyokong fungsi vitamin E.



10 Manfaat Vitamin E Shaklee




Manfaat Vitamin E;

1# Membantu mengurangkan kesan keradangan (inflamation) 

2# Membantu mengurangkan risiko penyakit Parkinson.

3# Membantu penyembuhan luka lebih cepat. 

4# Membantu meningkatkan fungsi kesihatan mata. 

5# Membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah beta- thalasemia dan vitamin E deficiency. 

6# Membantu mempercepat pertumbuhan sel kulit. 

7# Membantu meningkatkan fungsi sistem saraf. 

8# Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang. 

9# Membantu merawat luka kecil di dalam tulang dan otak bayi pramatang. 

10# Membantu mengurangkan risiko kulit 'sunburn'. 



Testimoni Vitamin E Shaklee









Bagi anda yang ingin mendapatkan Vitamin E yang organik, terbaik dan berkesan, boleh hubungi saya ya. 



Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Terengganu




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu / Kuala Nerus

Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu / Kuala Nerus

 Assalamualaikum dan salam ceria para pengunjung blog kak Imah.


Bagi yang belum mengenali, saya Siti Rahimah juga dikenali dengan panggilan Kak Imah, merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu sejak tahun 2018. 


Bagi anda yang berada di kawasan sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang memerlukan suplemen dan khidmat nasihat tentang pemakanan tambahan boleh terus hubungi saya. Kak Imah menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery (COD) bagi kawasan berdekatan dan juga pengeposan bagi anda yang berada di luar kawasan. 


Untuk lebih penjimatan, kak Imah sangat sarankan anda untuk berdaftar sebagai Ahli Shaklee dan nikmati banyak kelebihan dengan Shaklee. Ahli Shaklee akan mempunyai akses terus ke laman web Shaklee di mana banyak maklumat tentang produk dan info kesihatan boleh diperoleh. 


Sebagai ahli Shaklee, anda juga akan sentiasa diguide  bersama group support khas yang disediakan spesial untuk ahli Shaklee, serta akan turut mempunyai kelebihan untuk mendapatkan tips kesihatan daripada pakar nutrisi Shaklee juga. 


Kak Imah juga merupakan Business Leader Shaklee yang sah. Sejak berbisnes Shaklee, Alhamdulillah kak Imah sentiasa mendapat duit pendapatan terus dari Shaklee setiap bulan tanpa gagal.


Dan untuk makluman para pembaca, setiap ahli Shaklee yang menjalankan bisnes Shaklee berpeluang untuk mendapat 3C iaitu Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Trip daripada pihak Shaklee. Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai 3C ini, anda boleh berhubung dengan kak Imah ya. 


Dan sekiranya anda para pembaca sedang mencari peluang untuk mendapat pendapatan tambahan, kak Imah sangat mengalukan anda untuk join Kak Imah segera.  Anda boleh terus hubungi kak Imah 011-56241909 ya. Kak Imah bersedia untuk guide anda cara untuk menjana pendapatan dari bisnes Shaklee setiap bulan. 


Bagi anda yang berada di sekitar Kuala Terengganu serta Kuala Nerus, dan ingin bersua muka dengan kak Imah untuk mendapatkan produk Shaklee mahupun untuk memulakan bisnes Shaklee, jangan segan silu klik link di bawah ya untuk kita berjanji temu. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Pengalaman Peritnya Alahan Teruk Semasa Hamil: Apa Perlu Buat

Pengalaman Peritnya Alahan Teruk Semasa Hamil: Apa Perlu Buat

ALAHAN TERUK MASA HAMIL TAPI BADAN TETAP CERGAS 


Assalamualaikum dan salam ceria. Terima kasih kerana sudi membaca coretan kak Imah. Entri kali ini kak Imah nak bercerita sedikit tentang pengalaman kak Imah alami alahan teruk semasa hamil tapi badan tetap cergas.


Teringat semasa mengandungkan anak ketiga 2 tahun lepas. Perit betul alahan ketika itu hampir 8 bulan alami alahan.


Mengandungkan si kakak-kakaknya sebelum itu masuk 4-5 bulan dah kembali normal dah hilang alahan. Tapi giliran mengandungkan si adik ketiga ni sampaikan 7-8 bulan masih lagi terasa alahan tu. 


Alahan bau yang teruk, tak boleh makan nasi putih walau sesuap pun, ayam pun tak boleh telan. Berat badan turun mendadak. 


Memang perit betul. Paling teruk siap warded hospital masuk air sebab kurang air dalam badan. Tapi nurse Klinik Kesihatan yang mengiringi semasa dalam ambulans masa tu rasa pelik sebab badan kak Imah nampak sihat segar je, macam normal tak sakit, sembang kencang masa kat klinik dan dalam ambulans. Tapi sebab result air kencing tak cantik. Terus pecut naik ambulan ke hospital.


Mujur masa tu dah kenal Shaklee dah. Vitamin untuk ibu hamil 1 set lengkap wajib ambil tiap hari. 


Dan salah satu vitamin yang paling membantu semasa alahan tu adalah Hero Kiddo. Sejenis vitamin dalam bentuk gummies yang kaya dengan  ekstrak vitamin C, vitamin D, Zink dan Elderberry. 





Masa alahan tu, tekak selalu mual. Hero Kiddo ni memang wajib kak Imah bawa ke mana-mana. Ketika tengah mual, saya kemam dan kunyah Hero Kiddo. Kurang sikit rasa nak muntah. Lagi pula Hero Kiddo ini rasa sangat sedap, malahan anak-anak kak Imah pun menggemari vitamin Hero Kiddo ni. 


Dan satu lagi best, semasa sepanjang kehamilan tu kak Imah tak ada masalah sembelit. Salah satu sebabnya Hero Kiddo ni bantu pelawasan juga, selain pil kalsium Ostenutrix yang bantu melembutkan najis. Jadi, semasa hamil saya tiada isu 'berkampung' di tandas sebab sembelit. 



Alhamdulillah suplemen set hamil  Shaklee banyak bantu bagi tenaga dan cukupkan nutrien bayi sepanjang kehamilan. 


Dan memudahkan proses bersalin juga. Memudahkan bukaan jalan ketika bersalin. Ketika dalam labor room hendak bersalin, sekejap je teran terus keluar puteri ketiga ini. Awalnya doktor anggarkan jam 10.30 malam bersalin sebab bukaan baru 4-5cm. Tapi, tak dijangka jam 8.30 malam dah bukaan penuh rasa nak teran dengan nurse dan doktor sorang pun tiada kat bilik (sebab mereka dah set 10.30 malam baru dijangka bukaan penuh, jadi mereka berkejar fokus kat bilik bersalin yang lain).


Mujur tiba-tiba ada sorang doktor masuk bilik untuk tengok rekod pada laptop, terus kak Imah cakap tak tahan dah nak teran. Rupanya kepala bayi dah kat hujung nampak rambut dah. Terus kelam kabut nurse dan doktor. Siap nurse bebel kenapa tak jerit panggil staf, kelakar betul bila ingat kembali.


Alhamdulillah, syukur ditemukan dengan suplemen best Shaklee ni. Sangat membantu kehamilan dan juga sepanjang penyusuan selepas bersalin. Sehingga sekarang kak Imah masih setia dengan suplemen Shaklee kerana badan rasa lebih sihat lepas amalkan suplemen Shaklee. 


Dan suka juga untuk kak Imah kongsikan pengalaman dan testimoni Shaklee ini kepada pembaca sekalian. Moga- moga sedikit sebanyak dapat membantu dapat manfaat bagi pembaca yang sedang mengalami alahan ketika hamil. 


Sekiranya ada di kalangan pembaca yang mengalami alahan dan sedang mencari suplemen untuk atasi alahan, boleh hubungi kak Imah ye. InshaAllah kak Imah bantu selagi terdaya. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Vita-Lize : Multivitamin Shaklee Berwajah Baharu

Vita-Lize : Multivitamin Shaklee Berwajah Baharu

Multivitamin Shaklee kini berwajah baru. Bakal memasuki pasaran pada Jun 2023. 

Vita-Lize berwajah baru bakal memasuki pasaran Malaysia Jun 2023. 


Jika sebelum ini, multivitamin Shaklee ni dikenali dengan nama Vitalea, identiti barunya bakal diganti dengan nama baharu Vita-Lize seiring dengan penambahbaikan bahan dalam kandungannya.


Tahukah anda, Vita-Lize ini merupakan multivitamin tertua di dunia seusia satu abad dan dihasilkan oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1915. Semasa awal kewujudannya dikenali dengan nama Vitalized Mineral. Dan daripada singkatan "Vitalized Mineral" inilah yang terhasilnya perkataan "Vitamin". 


Multivitamin pertama dunia Vitalized Mineral kini berwajah baru dengan nama Vita-Lize


Seiring dengan inovasi dan kajian demi kajian, sentiasa ada penambahbaikan dalam penghasilan multivitamin ini. Daripada namanya Vitalized Mineral, dinaiktaraf menjadi vitalea dan kini dengan formulasi baru ianya bakal dikenali dengan nama Vita-Lize. 












 

Hidup Ini Satu Ujian

Hidup Ini Satu Ujian

Hidup ini tidak selalunya indah. Akan ada masanya kita akan ditimpa masalah yang bertimpa-timpa. Ketika ditimpa masalah dan rasa down, kita perlukan kata-kata motivasi yang boleh menaikkan kembali semangat hidup. 


Hidup ini adalah ujian. Sebaik mana pun diri kita, kita tetap akan diuji. 

Ujian hidup kita tidak sama dengan orang lain.


Kita mungkin tidak diuji dengan soal harta, kita punyai harta yang makan 7 keturunan tak habis. Tapi dalam masa yang sama mungkin kita diuji dengan soal pasangan.  


Kita mungkin punyai keluarga bahagia, anak-anak cantik sihat, suami penyayang. Namun, mungkin kita akan diuji dengan ibu ayah yang sedang sakit atau soal masalah mertua ipai duai. 


Jika kita tidak diuji dengan soal keluarga, ibu bapa, mertua atau ipar duai, mungkin juga Allah datangkan ujian dengan pekerjaan atau perniagaan. 


Mungkin kita tidak diuji dengan soal pekerjaan,  dan perniagaan kita sentiasa maju, tapi Allah hadirkan ujian kesihatan untuk kita.


Jika kita tidak diuji dengan soal kesihatan, maka mungkin juga kita diuji dengan iman. 


Dan bermohonlah pada Allah moga-moga kita sentiasa diteguhkan iman, dan tidak dibolakbalikkan hati kita dari pandangan Allah. Kerana dengan iman yang kuat, InshaAllah segala ujian yang Allah hadirkan dapat kita jalani dengan tenang. 


Adakah ujian tanda Allah murka atau tidak sayangkan kita?


Pelbagai lagi situasi ujian yang Allah hadirkan. Namun percayalah di sebalik setiap ujian, Allah akan hadirkan hikmah yang cantik kejadiannya di hujung ujian. 


Setiap ujian yang Allah hadirkan untuk kita itu sebenarnya mematangkan kita. Dan mungkin juga melalui ujian yang kita hadapi itu satu jalan yang Allah sediakan untuk mengangkat darjat kita di SisiNya. 


Apa yang penting, kita lalui setiap ujian dengan husnuzon bersangka baik dengan takdir Allah, sabar dan sentiasa tenang. 


Janganlah kita jadikan ujian itu sebagai jarak untuk kita jauh dari Allah. Tapi jadikanlah ujian sebagai tali penguat pengikat kita dengan Yang Maha Esa.


Dan ingatlah, dunia ini merupakan satu tempat ujian bukan tujuan. Sepertimana kita belajar di sekolah, perlu lalui ujian dan peperiksaan untuk lulus ke next level. 


Begitu jugalah ujian hidup yang Allah aturkan untuk kita lalui ini juga cara untuk Allah ganjarkan nikmat next level (mungkin syurga ganjarannya) bagi yang berjaya lulus ujianNya. 


SesungguhNya Allah Maha Mengatur dan Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. 


NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Mudahnya Renew Keahlian Shaklee

Mudahnya Renew Keahlian Shaklee

 Assalamuaikum dan salam sejahtera semua. 

Hari ini Kak Imah nak kongsi cara mudah nak renew keahlian Shaklee. Bagi yang sudah berdaftar sebagai ahli Shaklee, tahniah Kak Imah ucapkan kerana telah memilih suplemen terbaik Malaysia untuk kesihatan anda. Bagi yang belum berdaftar sebagai ahli Shaklee, boleh JOIN SHAKLEE sekarang dan nikmati pelbagai kelebihan sebagai ahli Shaklee. 


Boleh hubungi Kak Imah tau untuk tahu lebuh lanjut mengenai kelebihan sebagai ahli Shaklee. 


Bagi yang sudah berdaftar dan mempunyai ID Shaklee, tentu sedia maklum yang keahlian Shaklee perlu diperbaharui setiap tahun tau.  Pihak Shaklee tetapkan untuk renew keahlian Shaklee setiap tahun sebagai cara untuk mendapatkan rekod kemaskini data customer yang aktif dari semasa ke semasa. 


Menjadi perkara biasa jika kita berdaftar dan menjadi ahli dengan mana-mana organisasi, perlu untuk perbaharui keahlian dalam tempoh tertentu bagi memudahkan pihak organisasi mengenalpasti customer yang betul-betul aktif berada dalam organisasi. 


Untuk Renewal Shaklee sebenarnya sangat mudah tau. 

Shaklee menetapkan tarikh lahir kita sebagai tarikh tamat tempoh keahlian bagi tiap tahun supaya mudah untuk kita ingat. 


Dan untuk memperbaharui keahlian Shaklee, cukup mudah. Setiap ahli Shaklee hanya perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya satu produk Shaklee yang mempunyai UV point dan automatik keahlian Shaklee akan terus dikemaskini sebagai aktif. Tidak perlu untuk buat apa-apa pembayaran yuran tambahan, hanya perlu kekal aktif dengan hanya membuat pembelian menggunakan ID sendiri. 


Pihak Shaklee juga akan remind kita dalam  tempoh 3 bulan sebelum tamat tempoh keahlian. Dan ahli yang membuat sebarang pembelian dalam tempoh 3 bulan sebelun tamat keahlian pun boleh dikira renew dan ID automatik aktif sehingga tamat tempoh tahun hadapan.


Macamana   cara nak renew keahlian?

Ahli Shaklee boleh terus buat pembelian di website SHAKLEE menggunakan ID serta kata laluan masing-masing dan jangan lupa untuk klik ✅ Renewal untuk mengaktifkan keahlian. 

Selain itu, jika ahli Shaklee berada berdekatan dengan mana-mana branch Shaklee seluruh Malaysia, anda juga boleh terus renew keahlian di kaunter branch sambil mencuci mata serta shopping di branch sekali. 

Jika anda sebelun ini berdaftar keahlian dengan Kak Imah, anda juga boleh hubungi KAK IMAH untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara renew. InshaAllah kak Imah akan cuba bantu anda. 

Peluang Renewal Keahlian dengan pakej murah


Oh ya, jika ada di kalangan anda yang tempoh keahlian Shaklee bakal tamat dalam tempoh lagi 3 bulan, kak Imah mahu khabarkan satu berita gembira. 

Pada bulan ini, pihak Shaklee ada buat promosi kaw kaw tau. Setiap pembelian set di bawah ini, anda boleh terus renew keahlian juga secara automatik. 




Setiap pembelian twinpack Vitamin C atau ESP dengan harga tak masuk akal RM99 sahaja, anda boleh terus perbaharui keahlian anda. 








Juga pembelian mana-mana set Rahmah juga boleh terus aktifkan kembali ID Shaklee.  

Kedua-dua promosi Flash Sale dan promosi Set Rahmah ni amatlah murah tau. Memang rugi jika tak dapatkan set ini. Sudah alang-alang mahu renew keahlian, apa kata rebut peluang penjimatan sekali. 


Promosi ini bakal berakhir pada 31 Mei 2023, lagi 5 hari tau. 

Dan bagi yang belum berdaftar sebagai ahli Shaklee, juga boleh rebut peluang untuk mendapatkan keahlian PERCUMA dengan pembelian set promosi ini juga. Jimat RM35 yuran pendaftaran keahlian tau. 


Sekiranya anda berminat untuk mendaftar keahlian, boleh DAFTAR AHLI hari ini.  Jika ada sebarang kemusykilan dan perlukan khidmat nasihat, anda boleh terus hubungi kak Imah ya. 

Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Cara Dapatkan Vitamin Percuma dan Cash Rebate

Cara Dapatkan Vitamin Percuma dan Cash Rebate

 Assalamualaikum. Salam Zulkaedah 1444H. 

Sudah habis mood beraya kan? Duit dah banyak berhabis untuk beraya, best kan kalau boleh dapat benda free je waktu-waktu tengah tenat kewangan ni kan. 

Jom Kak Imah kongsi macamana cara nak dapatkan duit tepi a.k.a cash rebate sekaligus dapat jaga kesihatan dengan makan vitamin secara percuma.


Seronok kan bila berbelanja tapi dapat balik duit. 
 

Anda rasa suka tak bila membeli sesuatu barang kemudian dapat balik cash rebate daripada pembelian barangan tersebut? Cash itu pula automatik masuk dalam akaun bank kita. Siapa tak suka kan? Beli barang, dapat duit kita balik.


Nak tahu tak, dengan pembelian setiap vitamin Shaklee, anda boleh dapat CASH REBATE. Makin banyak anda berbelanja, makin banyak cash rebate yang anda boleh dapat setiap bulan tau. 


Macamana caranya tu?


Cash Rebate dari Shaklee 

Setiap vitamin Shaklee mempunyai nilai UV (point) tersendiri dan melalui pengumpulan point UV ini kita boleh dapat cash rebate. Setiap pembelian minimum 150UV (anggaran pembelian RM510) dan ke atas, kita boleh dapat cash rebate sekurang-kurangnya RM25 ke atas. 


Dan makin banyak pembelian, kita bolehl dapat lagi banyak cash rebate sehingga 21% iaitu lebih kurang RM2000 tau. Itu bagi yang beli untuk makan sendiri sahaja, bukan untuk tujuan berbisnes. Banyak kan?Dah macam dapat gaji sebulan bekerja pula kan. 


Bayangkan jika buat Shaklee sebagai bisnes, sudah tentu lagi banyak kita boleh dapat income seiring dengan usaha kita dalam aktiviti bisnes. Pendapatan daripada bisnes Shaklee ni boleh dapat unlimited tau. 


Nak tahu lebih detail mengenai bisnes Shaklee, boleh klik SINI tau.


Peluang untuk mendapat Cash Rebate sehingga RM2000 tau. 


Bagi yang hanya buat pembelian untuk tujuan makan sendiri sahaja pun berpeluang untuk mendapatkan cash rebate sehingga RM2000, dengan syarat merupakan ahli berdaftar Shaklee dan mempunyai ID Shaklee. Setiap pembelian produk menggunakan ID sendiri akan dikira UV point dan jumlah terkumpul setiap hujung bulan akan dikira untuk cash rebate. 


NAK DAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, BOLEH KLIK >>> SINI


Sekiranya anda buat pembelian vitamin untuk seisi keluarga atau kawan-kawan juga menggunakan ID anda, UV point bagi ID akan turut dikira terkumpul. Dan secara tak langsung jumlah cash rebate yang bakal anda perolehi juga akan lebih banyak. 


Secara tak langsung anda bukan hanya boleh mendapat cash rebate dari pembelian produk Shaklee, tapi anda juga telah berkongsi manfaat dan kebaikan vitamin Shaklee kepada kesihatan saudara mara serta kawan-kawan juga. 


Bukan itu sahaja, anda juga dapat makan vitamin Shaklee secara percuma juga tau.

Macamana tu?


Makan Vitamin Secara PERCUMA


Dengan hasil cash rebate yang diperoleh daripada pengumpulan UV point di atas pembelian produk Shaklee tadi, anda boleh gunakan semula duit cash rebate tersebut untuk membuat pembelian vitamin Shaklee untuk tujuan makan sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal daripada poket atau simpanan. 


Bayangkan anda dapat cash rebate sebanyak RM500, anda sudah boleh dapatkan satu set vitamin untuk kesihatan dan juga boleh dapat cash rebate kembali.

Lebih jimat kan. 


Macamana Nak Order untuk pengumpulan UV point? 

Terdapat 3 cara yang boleh anda gunakan untuk pembelian produk bagi melayakkan anda mengumpul point UV.

1# Pembelian terus daripada website Shaklee (menggunakan ID sendiri). Mahu dapatkan ID berdaftar dengan Shaklee, boleh dapatkan di SINI


 2# Pembelian melalui Kak Imah (upline anda). 

Boleh HUBUNGI KAK IMAH untuk buat order pembelian. 

 

 3# Pembelian di cawangan Shaklee seluruh Malaysia. 

Malaysia mempunyai cawangan Shaklee di : 

Home Office: Selangor

Branch Kuala Lumpur

Branch  Pulau Pinang

Branch Perak

Branch Kelantan

Branch Johor Bahru

Branch Sabah


 Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, mahupun ingin menyertai Kak Imah atau ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan produk serta bisnes Shaklee boleh terus hubungi Kak Imah ya. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Cara Turunkan Berat Badan Berkesan

Cara Turunkan Berat Badan Berkesan

 Hari Raya dah nak sampai ke penghujungnya, lagi beberapa hari saja nak habis bulan Syawal. 

Apa khabar berat badan anda?

Badan makin slim melim ke atau berat badan makin naik?


Masa beraya, kita berayalah juga. Tapi kesihatan tetap kena jaga tau. Sentiasa kawal pemakanan, ambil portion makan yang betul semasa berhari raya. Juadah raya pelbagai jenis, semua kita nak rasa kan? Pastikan ambil dalam kuantiti yang sedikit dan berpada-pada. Perbanyakkan minum air kosong, dan kawal pengambilan air manis terutamanya air bikarbonat. 


Pentingnya menjaga kesihatan dan kawal pemakanan semasa beraya supaya kita dapat mengelakkan bertandangnya penyakit tidak diingini selepas raya seperti kolesterol, kencing manis, tekanan darah tinggi dan tekanan jantung. 


Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Shaklee ada buat promosi best tau. Khas untuk mereka yang nak kurus bergaya walapun sakan beraya. 




Set Hello New You Promosi Mei 2023

Untuk bulan Mei 2023 ini Shaklee ada buat Promosi Set Hello New You. 


Anda yang sedang berdiet tu jom cuba Set Hello New You ini. Satu set ini berfungsi lengkap dan berkesan untuk menurunkan serta mengekalkan berat badan ideal. 


Set Hello New You bekerja dengan 3 cara:

#MEMBINA

#MEMBAKAR

#MEMBUANG


Vitamin Set Hello New You bekerja secara Membina, Membakar dan Membuang. 


1#MEMBINA 

Cinch Shake 

Cinch Shake merupakan protein tumbuhan daripada sumber soya non-gmo yang memberi tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama. 

Cinch Shake mengandungi leucine yang berfungsi membina otot badan semasa dalam proses penurunan berat badan, serta mengelakkan badan menjadi meggeleber akibat penurunan berat mendadak dan kekurangan otot. 

Cinch Shake juga membantu badan kehilangan inci lebih cepat dan mengempiskan perut. 


2#MEMBAKAR

Lecithin 

Lecithin merupakan pengelmusi lemak dalam salur darah. Ianya membantu penyerapan vitamin larut lemak.  

Dalam proses berdiet, lecithin berperanan penting dalam memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan menjadi lebih kecil supaya mudah dicerna keluar dari badan. 

Lecithin juga berfungsi membantu mengurangkan masalah sembelit. 



Omega Guard

Omega Guard merupakan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3. 

Dalam proses penurunan berat badan, Omega Guard berperanan dalam membakar lemak-lemak dalam organ serta menghalang pengumpulan kolesterol dalam badan. 

Pengambilan Omega Guard membantu penurunan berat badan dengan cepat. 


 
Untuk mendapatkan set Promosi Hello New You ini, boleh terus hubungi saya ya. 




Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Meriahnya Menu Open House Raya

Meriahnya Menu Open House Raya

Puasa Ramadhan sebulan. Hari Raya pun sebulan juga la kan? Meskipun berbaki lagi seminggu saja lagi bulan Syawal, tapi hari raya tetap masih disambut kan. Rumah terbuka sana sini, masih lagi meriah. 


Kak Imah pun baru sahaja pulang dari rumah terbuka anjuran sekolah anak-anak pagi ini. Dia punya makanan Hari Raya Open House tu meriah betul. Lagi pula konsep potluck, ibu ayah sediakan makanan serba sedikit, memang banyak betul la juadahnya. 


Tak kurang juga Open House rumah saudara mara, meriah dengan juadah beserta kehadiran sanak saudara juga. 




Bagi yang sedang dalam usaha menjaga badan a.k.a nak kurus sihat, tentu seram bila mengenangkan menu hari raya yang semuanya sedap tetapi cukup tinggi kalori kan. Nak menahan diri agak sukar memandangkan raya setahun sekali, menu raya pun setahun sekali dapat merasa makanan sedap-sedap. Sudahnya, melantak juga la makan serba sedikit.


Untuk mereka yang tengah dalam tempoh diet, Kak Imah cadangkan untuk sediakan suplemen sesuai sebelum menjamu juadah raya. 


Ada ke suplemen untuk raya? 


Tentulah ada. Khas untuk mereka yang nak mantain kurus sepanjang berhari raya. 


4 suplemen khas untuk Raya Aidilfitri


Omega Guard 


 


Lecithin 






Alfalfa Complex




Herblax 



Kesimpulannya, nak beraya sakan makan juadah raya tanpa rasa bersalah boleh sahaja. Tapi pastikan tahu tips dan pemakanan yang betul semasa beraya. Dan jangan lupa sediakan suplemen yang sesuai. 




Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus



#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Indahnya Raya dengan Shaklee

Indahnya Raya dengan Shaklee

 Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidiflitri semua. Salam 10 Syawal. Rasanya belum terlambat untuk Kak Imah ucapkan Selamat Hari Raya, mohon maaf segala salah silap. 


Apa tema raya tahun ni? 

Kak Imah tahun ini raya bertemakan peach pink. Pakaian anak-anak ikut selera masing-masing asalkan warna hampir sama. Almaklumlah dah makin besar ni, masing-masing dah pandai memilih pakaian cantik di mata sendiri. Tak nak sedondon baju design yang sama.

Raya 2023 / 1 Syawal 1444H

Sudah masuk hari ke 10 Syawal ni, sudah selesai puasa enam ke? Ramai yang sudah mula berpuasa enam kan. Dan ramai juga yang masih penuh jadual jemputan open house raya. Apa-apa pun, sama-samalah kita jaga kesihatan. 


Sebulan kita berpuasa, jaga makan minum dan berat badan pun berkurangan. Jangan pula seminggu raya berat badan mencanak naik bagai dipam-pam sudah la.


Yang pastinya, untuk kekalkan berat badan dan tahap kesihatan yang baik sudah tentu berbaloi bila Raya dengan Shaklee


RAYA DENGAN SHAKLEE

Tahun ini kita beraya dalam cuaca panas yang sangat ekstrim kan. Ramai yang mengalami demam dan batuk berpanjangan sejak puasa lagi. Dan tak kurang juga kita dikejutkan dengan kes strok haba. 



Tingkatkan Tahap Imuniti Badan

Oleh itu, dinasihatkan semua untuk tingkatkan tahap imuniti badan. Sentiasa banyakkan minum air kosong dan kurangkan aktiviti fizikal luar rumah. Dan juga jangan lupa sentiasa sediakan bekalan suplemen yang diperlukan untuk kuatkan sistem imun badan. 

 

Suplemen yang dicadangkan untuk kuatkan imun badan 

Kekalkan Berat Badan Ideal

Selama sebulan kita berpuasa, berat badan turut menurun dan badan juga makin kurus kan. Namun, menjelang raya menjadi satu kesukaran untuk kekalkan penurunan berat badan disebabkan banyak makanan sedap-sedap terhidang. Tambahan pula, jemputan open house yang tidak putus-putus dengan juadah raya yang enak sangat menggugat iman. 


Bagaimana nak kekalkan berat badan ideal di musim raya?

'Raya dengan Shaklee' ada penyelesaiannya.


Suplemen khas untuk Raya Aidilfitri.









Antara suplemen yang wajib ada semasa beraya adalah:

#1.  Omega Guard

#2. Lecithin 

#3. Alfalfa

#4. Herblax 


Empat suplemen ini berfungsi dalam proses pembakaran lemak, dan detoks badan memandangkan hidangan makanan di hari raya kebanyakannya berkalori tinggi serta mudah 'menternak' lemak dalam badan kita. 

Jadi, badan kita perlukan makanan tambahan seperti suplemen untuk membantu menyahkan lemak serta detoks badan 

Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock


Tawaran Insentif Bisnes Paling Best di Malaysia

Tawaran Insentif Bisnes Paling Best di Malaysia

Alhamdulillah sedar tak sedar rupanya sudah 9 tahun kak Imah jadi pengguna Shaklee. Pada awalnya dulu kenal dengan set detox badan kerana masalah sembelit kemudian diikuti dengan produk ESP semasa dalam tempoh berpantang anak sulung sehinggalah sekarang jadi pengguna tegar Shaklee dan telah menggunakan hampir kesemua produk Shaklee yang ada di pasaran. 


Dah alang-alang menggunakan produk Shaklee dan dapat kesan yang baik untuk kesihatan, kak Imah mula berkongsi kebaikan Shaklee kepada sahabat-sahabat mukabuku (facebook) dan tidak menyangka dengan hanya berkongsi manfaat Shaklee boleh mendatangkan sumber pendapatan.  


Masa awal-awal mulakan bisnes Shaklee dulu, fokus kak Imah hanya untuk berkongsi manfaat dan mendapatkan duit tambahan sahaja tanpa mengetahui tentang tawaran insentif yang Shaklee bagi kepada setiap pengedarnya. 


Modal Rendah Hanya RM35 sahaja?

Setelah beberapa ketika memulakan bisnes dengan hanya bermodal RM65 (ketika itu)  untuk pendaftaran, (sekarang modal untuk bermula bisnes hanyalah RM35 sahaja tau)  rupa-rupanya mendatangkan hasil yang tidak disangka-sangka. 


Dengan hanya bermodalkan RM35 sahaja, tetapi pengedar Shaklee boleh dapat hasil sehingga ribu-ribu sebulan. Malah ramai pengedar yang sudah mendapat pendapatan puluh ribu ringgit hingga ratus ribu ringgit sebulan. Bayangkan modal 2 angka (RM35) sahaja, tapi boleh dapat pendapatan hingga 5-6 angka sebulan. Sudah mengalahkan gaji menteri tau. 



Bukan itu sahaja, setelah berkecimpung dalam bisnes Shaklee ini, barulah kak Imah tahu rupanya Shaklee juga ada offer insentif lain yang cukup lumayan untuk setiap pengedarnya. Jom kak Imah ceritakan apa yang kita sebagai pengedar Shaklee boleh dapat daripada bisnes Shaklee ni.


Insentif Shaklee: 3C


Insentif Shaklee tawarkan untuk setiap pengedarnya cukup lumayan iaitu merangkumi 3C. 

Apa itu 3C? 

3C yang ditawarkan oleh Shaklee adalah Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Trip. 

#1. Cash Bonus

Cash Bonus atau Bonus Tunai merupakan insentif Shaklee yang paling asas. Setiap ahli yang berdaftar dengan Shaklee dan membuat pembelian dengan nilai 150uv point layak untuk mendapatkan bonus tunai ini. Tak perlu jadi pengedar Shaklee, hanya berdaftar jadi pengguna sahaja pun sudah boleh dapat Cash Bonus ni tau. Apatah lagi bila dah jadi pengedar Shaklee, lagi banyak Cash Bonus lain yang boleh kita dapat. 



Cash Bonus asas yang ditawarkan oleh Shaklee.


Bagi yang baru bermula jadi pengedar Shaklee, secara asasnya boleh dapat bonus 21% pendapatan sehingga RM2000 tau. Jadual pendapatan ini hanyalah anggaran sahaja tau. Malah sudah ramai pengedar yang baru bermula bisnes dan sudah dapat pendapatan lebih dari ini. Pendek kata, kita akan dapat bonus berdasarkan apa yang kita usahakan. 



Oh ya, ini merupakan bonus tunai yang Shaklee bayar tau secara bulanan, tidak termasuk untung runcit sehingga 25% hasil jualan tiap-tiap produk yang kita jual. Jika dikira untung runcit juga, lagi banyak pendapatan yang kita boleh dapat. 



Malah, bukan ini sahaja Cash Bonus yang Shaklee bayar tau. 


Lagi banyak Insentif Shaklee offer untuk pengedar yang aktif.




Selain bonus tunai asas (Bonus runcit dan Bonus Kumpulan Peribadi), Shaklee juga membayar bonus lain juga kepada pengedarnya yang layak seperti Leadership Bonus (Bonus kepimpinan) dan juga Infinity Bonus (Bonus Infiniti tanpa had) sehingga 1.5%. 


Bonus-bonus ini merupakan insentif Shaklee bayar kepada pengedar atas usaha mereka mengembangkan bisnes masing-masing. Lagi kuat kita usaha, lagi banyak offer Shaklee yang kita boleh capai. 


Menarik bukan? 

Jadi, anda yang berminat ingin tahu lebih detail tentang Insentif Shaklee ini boleh Tanya Imah, Imah sedia bantu.



#2. Car Bonus


Selain bonus tunai, Shaklee juga menawarkan Car Bonus (Bonus Kereta) kepada pengedarnya yang layak.


Master Maisarah, salah seorang penerima Bonus Kereta yang menggunakan bonus tersebut untuk belikan kereta untuk dihadiahkan kepada ayahnya tersayang



Bonus kereta yang Shaklee tawarkan ini bukan dalam bentuk sebiji kereta tau, tapi dalam bentuk tunai (Cash) iaitu pembayaran wang terus ke dalam akaun pengedar. Dan pihak Shaklee tidak menghadkan kita gunakan duit tersebut untuk kegunaan kereta sahaja. Terpulang pada kita nak buat apa dengan duit bonus kereta tersebut sama ada nak buat bayar kereta bulan-bulan, atau nak shopping barang peribadi mahupun untuk simpanan. 



Super upline master saya yang manfaatkan bonus kereta untuk kegunaan seisi keluarga dan untuk simpanan masa depan juga. Best kan?!


Dan lagi best, bonus kereta yang Shaklee tawarkan ini sekali kita berjaya capai, kita akan sentiasa dapat bonus ini tiap bulan sampai bila-bila tau. Seumur hidup. 


Shaklee tidak limitkan tempoh tertentu pembayaran bonus kereta, selagi mana kita aktif berbisnes Shaklee selagi itu kita akan dapat bonus kereta ini. Paling minima bonus RM500 sehingga unlimited. Malahan ada pengedar yang dapat bonus kereta ribu hingga puluh ribu sebulan. Bonus kereta sahaja, tidak termasuk bonus tunai lain. 


Best bukan? 

Tawaran yang mungkin tidak tercapai dek akal kita, tapi percayalah melalui bisnes Shaklee sudah ramai yang berjaya ubah hidup kepada yang lebih baik. 



#3. Convention Trip

Satu lagi Insentif Shaklee yang cukup lumayan ditawarkan adalah Convention Trip (Trip Percutian). 



Mungkin di kalangan kita ramai yang mempunyai impian untuk travel ke luar negara tapi terpaksa kuburkan impian tersebut kerana sukar untuk dicapai, tambah lagi dengan keadaan ekonomi zaman sekarang agak membebankan. 
Banyak lagi keperluan hidup yang lain yang jauh lebih penting.


Namun, jika anda ada impian untuk melancong, bercuti atau travel ke luar negara, anda boleh realisasikan impian tersebut dengan Shaklee. 


Tiket trip ke Switzerland tahun 2022. 

Antara momen-momen ketika berada di Switzerland 2022.  




Shaklee menawarkan percutian 5  hingga 6 bintang kepada pengedarnya yang layak merangkumi 2 trip setahun iaitu insentif Percutian Regional dan International. 


Untuk tahun 2024, Shaklee tawarkan trip travel menaiki Cruise Singapore to Phuket (Regional) dan trip travel ke Jepun (International). 



Trip percutian dengan Shaklee sangat best tau. Semua diuruskan oleh pihak pengurusan Shaklee, dari segi pengangkutan, penginapan, makanan semua PERCUMA. 


Hotel yang disediakan oleh Shaklee bukan calang-calang tau. Memang hotel 5-6 bintang punya lah. 




Ya, semua Shaklee belanja. Kita hanya bawa diri dan pakaian sahaja. Urusan lain-lain Shaklee yang uruskan. Dan trip melalui Shaklee ini sangat eksklusif tau, pengangkutan dan penginapan terbaik Shaklee sediakan, bab makanan Shaklee pastikan betul-betul penyediaan makanan adalah halal dan bersih. Jadi, kita tidak perlu khuatir dan was was untuk makan setiap hidangan. 



Shaklee siap sediakan hadiah juga untuk setiap pengedar yang mengikuti trip. Dan ini merupakan salah satu hadiah eksklusif jam tangan berjenama, hadiah daripada CEO Shaklee sendiri.



Untuk insentif Percutian International, Shaklee turut offer pakej umrah secara percuma sekiranya kita tidak berminat mengikuti trip ke lokasi yang ditawarkan. 

Jadi, kita boleh pilih samada mahu ke negara pilihan Shaklee atau menunaikan umrah melalui pakej umrah bersama Shaklee. 


Shaklee sediakan gift alat kelengkapan umrah

Boleh bawa ahli keluarga terdekat juga untuk umrah bersama Shaklee



Dan pakej umrah yang pihak Shaklee tawarkan cukup eksklusif, dari segi penerbangan yang terbaik, hotel penginapan yang paling dekat dengan masjidilharam (bagi memudahkan jemaah), makanan yang terbaik. Dan semua yang ditawarkan adalah percuma, jemaah hanya bawa diri dan pakaian sahaja. Tidak perlu risau tentang perbelanjaan kerana urusan semua diuruskan oleh pihak Shaklee.


Sudah ramai pengedar Shaklee yang sebelum ini tidak terlintas di fikiran pun akan menjejakkan kaki ke negara orang, tapi melalui bisnes Shaklee ini mereka berani untuk berimpian serta telah menjejakkan kaki ke luar negara. 


Kami mengalu-alukan anda yang berminat untuk turut serta bersama kami realisasikan impian dengan Shaklee. Untuk tahu lebih detail dan join kami boleh  Tanya Imah, Imah sedia bantu.



 Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklcee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com