Hidup Ini Satu Ujian - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Hidup Ini Satu Ujian

03 June 2023

Hidup Ini Satu Ujian

Hidup ini tidak selalunya indah. Akan ada masanya kita akan ditimpa masalah yang bertimpa-timpa. Ketika ditimpa masalah dan rasa down, kita perlukan kata-kata motivasi yang boleh menaikkan kembali semangat hidup. 


Hidup ini adalah ujian. Sebaik mana pun diri kita, kita tetap akan diuji. 

Ujian hidup kita tidak sama dengan orang lain.


Kita mungkin tidak diuji dengan soal harta, kita punyai harta yang makan 7 keturunan tak habis. Tapi dalam masa yang sama mungkin kita diuji dengan soal pasangan.  


Kita mungkin punyai keluarga bahagia, anak-anak cantik sihat, suami penyayang. Namun, mungkin kita akan diuji dengan ibu ayah yang sedang sakit atau soal masalah mertua ipai duai. 


Jika kita tidak diuji dengan soal keluarga, ibu bapa, mertua atau ipar duai, mungkin juga Allah datangkan ujian dengan pekerjaan atau perniagaan. 


Mungkin kita tidak diuji dengan soal pekerjaan,  dan perniagaan kita sentiasa maju, tapi Allah hadirkan ujian kesihatan untuk kita.


Jika kita tidak diuji dengan soal kesihatan, maka mungkin juga kita diuji dengan iman. 


Dan bermohonlah pada Allah moga-moga kita sentiasa diteguhkan iman, dan tidak dibolakbalikkan hati kita dari pandangan Allah. Kerana dengan iman yang kuat, InshaAllah segala ujian yang Allah hadirkan dapat kita jalani dengan tenang. 


Adakah ujian tanda Allah murka atau tidak sayangkan kita?


Pelbagai lagi situasi ujian yang Allah hadirkan. Namun percayalah di sebalik setiap ujian, Allah akan hadirkan hikmah yang cantik kejadiannya di hujung ujian. 


Setiap ujian yang Allah hadirkan untuk kita itu sebenarnya mematangkan kita. Dan mungkin juga melalui ujian yang kita hadapi itu satu jalan yang Allah sediakan untuk mengangkat darjat kita di SisiNya. 


Apa yang penting, kita lalui setiap ujian dengan husnuzon bersangka baik dengan takdir Allah, sabar dan sentiasa tenang. 


Janganlah kita jadikan ujian itu sebagai jarak untuk kita jauh dari Allah. Tapi jadikanlah ujian sebagai tali penguat pengikat kita dengan Yang Maha Esa.


Dan ingatlah, dunia ini merupakan satu tempat ujian bukan tujuan. Sepertimana kita belajar di sekolah, perlu lalui ujian dan peperiksaan untuk lulus ke next level. 


Begitu jugalah ujian hidup yang Allah aturkan untuk kita lalui ini juga cara untuk Allah ganjarkan nikmat next level (mungkin syurga ganjarannya) bagi yang berjaya lulus ujianNya. 


SesungguhNya Allah Maha Mengatur dan Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. 


NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock





No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com