March 2023 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: March 2023
MERIAHNYA SHAKLEE FUN DAY 2023

MERIAHNYA SHAKLEE FUN DAY 2023

 Assalamualaikum dan salam ceria. 
Entri kali ini saya sangat teruja hendak kongsikan tentang satu event anjuran Shaklee di seluruh Malaysia, yang dinamakan Shaklee Fun Day.

Event ini telah diadakan pada 18 Mac 2023 yang lepas. Cukup meriah eventnya. 






Shaklee Fub Day ini diadakan di empat cawangan Shaklee terpilih iaitu Home Office Shaklee Petaling Jaya, Branch Johor Bahru, Branch Kota Bharu dan Branch Kuala Lumpur. 

Istimewanya pada hari tersebut, semua boleh hadir memeriahkan majlis, boleh bawa keluarga dan rakan-rakan juga. Dan Shaklee memberi banyak kelebihan dan tawaran kepada ahli sedia ada dan juga ahli yang baru mendaftar pada hari tersebut. 

Antara kelebihan yang ditawarkan oleh Shaklee pada hari tersebut adalah seperti:

UNTUK AHLI SEDIA ADA

  1. Setiap pembelian 100uv point dalam satu resit layak untuk mendapat gift Punch & Ceramic Mug with Lid 400ml percuma.
  2. Setiap pembelian 150uv point dalam satu resit layak untuk mendapat gift Punch & Ceramic Mug with Lid 400ml percuma dan notebook. 
  3. Setiap pembelian 200uv point dalam satu resit layak untuk mendapat gift Punch & Ceramic Mug with Lid 400ml percuma, notebook, dan Blue Shimmer Cosmetic Case.
  4. Setiap pembelian 300uv point dalam satu resit layak untuk mendapat gift Punch & Ceramic Mug with Lid 400ml percuma, notebook, Blue Shimmer Cosmetic Case,  Youth Cleanser dan Firm Device.
  5. Setiap pembelian 500uv point dalam satu resit layak untuk mendapat gift Punch & Ceramic Mug with Lid 400ml percuma, notebook, Blue Shimmer Cosmetic Case,  Youth Cleanser, Firm Device, vitamin Alfalfa Complex saiz L dan Shaklee Grocery Bag Device. 

UNTUK AHLI BARU

  1. Ahli baru yang mendaftar dengan bayaran pendaftaran RM35 atau pembelian produk Shaklee bernilai 100uv point (anggaran RM450) pada hari berkenaan akan mendapat percuma payung. 
  2. Pembelian berikutnya 150uv point dalam satu resit akan mendapat percuma payung dan notebook. 
  3. Pembelian berikutnya 200uv point dalam satu resit akan mendapat percuma payung notebook, dan City Bag.
  4. Pembelian berikutnya 300uv point dalam satu resit akan mendapat percuma payung, notebook,  City Bag dan D'Daun Bag 
  5. Pembelian berikutnya 500uv point dalam satu resit akan mendapat percuma payung, notebook, City Bag, D'Daun Bag dan vitamin Alfalfa Complex saiz L.




Makna kata, semakin banyak kita membeli, semakin banyak kita akan freegift yang akan kita perolehi. 

Anggaran Harga Setiap Item Freegift di Shaklee Fun Day

  • Payung Shaklee, RM28
  • Notebook, RM12.90
  • City Bag, RM25
  • D'Daun Bag, RM52
  •  Alfalfa Complex, RM92
  • Ceramic Mug with Lid 400ml, RM28.80
  • Shaklee Shopping Grocery Bag, RM25

Jika dilihat pada harga setiap item, bukan calang-calang freegift yang Shaklee tawarkan. Berbaloi sangat bila dapat membeli dan dapat percuma banyak gift.

Dan sambutam untuk event Shaklee Fun Day ini tersangatlah meriah. Keempat-empat cawangan Shaklee yang terlibat suasana penuh dengan pengunjung, sejak awal pagi. 






KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU


5 KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU 









Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang  Intermittent Fasting, salah satu kaedah diet yang mudah dan berkesan untuk turunkan berat badan.

Sekarang ini sudah menjadi trend ramai yang pernah dan sedang buat Intermittent Fasting ini. Namun, ada beberapa perkara yang sering kebanyakan orang terlepas pandang mengenai keburukan Intermittent Fasting.





Tidak adil rasanya jika disembunyikan tentang keburukan Intermittent Fasting ini dan hanya dedahkan kebaikan semata-mata. 

Jom kita semak 5 keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu. 


1. Tiada Panduan Khusus Pelan Pemakanan Harian


Intermittent Fasting merupakan satu kaedah diet dengan menghadkan tempoh makan, contohnya kita ada eating window selama 8 jam dan berpuasa selama 16 jam. Namun tiada kaedah atau panduan mengenai pelan pengambilan pemakanan yang khusus.


Ada orang yang buat Intermittent Fasting ini tanpa pelan pemakanan khusus dan akhirnya berat turun hanya 2kg sahaja untuk tempoh 4 bulan.


Di samping itu, tanpa panduan pemakanan juga akan menyebabkan kita makan berlebihan pada waktu eating window. Ianya seolah-olah tiada kelebihan dari melakukan Intermittent Fasting tersebut.

Jadi, tanpa panduan pemakanan yang khusus ketika intermittent fasting boleh memberi kesan:

• Tidak berjaya kuruskan badan.
• kebarangkalian untuk terlebih makan.


2. Kadar Kolagen Badan Berkurang 90% 


Intermittent fasting akan menyebabkan kesan kepada kulit kita dari segi penuaan kulit (kulit menjadi kering) dan hilang keanjalan disebabkan kekurangan 90% kolagen daripada badan. 

Jika kita perhatikan, ada yang buat intermittent fasting mendapat manfaat dengan dapat kuruskan badan, tapi dalam masa yang sama kulit mereka juga makin mengendur dan kering, seolah-olah nampak lebih tua.

Kenapa hal ini terjadi?


Apabila kolagen berkurangan dalam badan, kulit kita akan menjadi semakin kurang elastik dan ini akan menyebabkan kulit kendur dan kedutan mulai timbul. Sebab itulah muka kita akan nampak lebih tua. 


3. Kulit Menjadi Gatal


Lagi satu keburukan Intermittent fasting adalah kulit menjadi gatal. Simptom kulit gatal ini bukan disebabkan intermittent fasting tetapi disebabkan oleh dehidrasi (kurangnya air di dalam badan). Bahkan semasa berpuasa Ramadhan atau puasa sunat juga ramai yang mengalami kulit kering dan menggelupas yang menyebabkan kegatalan serta boleh jadi menyakitkan juga. 


4. Gangguan Tidur @ Imsomnia 


Gangguan tidur atau imsomnia juga merupakan satu lagi keburukan intermittent fasting. Apabila tidak ada panduan pemakanan khusus boleh menjadi punca kita menahan lapar sehingga waktu tidur. 


Rasa lapar yang teruk akan meningkatkan tahap kortisol kita menyebabkan terhentinya  pengeluaran melatonin yang kita perlukan untuk berasa mengantuk dan terus tidur. Apabila ianya berterusan selama beberapa hari, kesan daripada tidak cukup tidur akan menyebabkan badan tidak dapat memecahkan lemak, tahap tenaga badan berkurangan, dan boleh mempengaruhi keadaan mood juga. 


Inilah yang menjadi sebab mereka yang mengalami imsomnia semasa berpuasa atau ketika intermittent fasting. 


5. Sakit badan, otot dan Mood Swing


Antara kesan sampingan kebiasaan yang dialami oleh mereka yang berpuasa termasuk intermittent fasting adalah sakit kepala, kekejangan otot dan keletihan. Simptom-simptom ini adalah disebabkan oleh kekurangan elektrolit dalam badan. 

Kekurangan elektrolit ini boleh diperbaiki dan dicegah dengan cara memastikan badan kekal terhidrat dengan menambah sedikir suplemen elektrolit. 

Salah satu minuman elektrolit yang boleh dicadangkan adalah Performance Drink. 
 
 
Perfomance Drink merupakan minuman tenaga yang membekalkan elektrolit dan pastikan badan sentiasa terhidrat.


Selain itu, mereka yang buat diet termasuk intermittent fasting, kebanyakannya selalu akan cepat moody, rasa kemurungan, cepat rasa lapar dan pening. 




Jadi, buat intermittent fasting tidak salah. Tetapi buatlah dengan ilmu beserta dengan support group yang betul untuk elakkan kita membuat kesilapan yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Dan jangan lupa untuk lengkapkan nutrisi badan dengan pengambilan Supplement Terbaik yang bersesuaian seperti yang dicadangkan.


 

Kaitan Autophagy dan Intermittent Fasting


Terdapat satu manfaat daripada perlaksanaan Intermittent Fasting (IF) iaitu autophagy. 

Autophagy adalah merupakan cara sel-sel membersihkan dirinya yang rosak, untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat.

'Auto' bermaksud diri, dan 'phagy' bermaksud makan. Jadi, autophagy bermaksud "makan sendiri". Ia juga dirujuk sebagai "self eating" yang memberi manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan. 








KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENTS TERBAIK DI MALAYSIA

KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENTS TERBAIK DI MALAYSIA

Hari ini kita lihat terdapat banyak jenama produk suplemen makanan tambahan di Malaysia. Namun, bagi saya Shaklee merupakan suplemen terbaik yang pernah saya amalkan dan masih setia dengan produk Shaklee sejak tahun 2018 sehingga hari ini. 

Anda juga boleh lihat artikel saya yang sebelum ini berkenaan Set Kurus Shaklee yang merupakan salah satu set vitamin terbaik Shaklee tahun ini. 


Kenapa saya memilih jenama Shaklee dan yakin Shaklee merupakan suplemen terbaik?

Pada entri kali ini saya akan kongsikan kenapa Shaklee merupakan suplemen terbaik di Malaysia.



Kenapa Shaklee Supplement Terbaik Malaysia


Anugerah Trusted Brand Reader Digest


Alhamdulillah, Shaklee Malaysia telah diiktiraf sebagai Trusted Brand Reader Digest di Malaysia, bagi kategori vitamin dan suplemen untuk dua tahun berturut-turut iaitu tahun 2021 dan 2022. Shaklee memenangi Gold Award yang mana ianya sebaris dengan jenama terkenal yang lain.

Saya sebagai pengguna dan pengedar Shaklee, saya begitu teruja dan bangga apabila Shaklee dinobatkan sebagai vitamin dan suplemen terbaik di Malaysia. Anugerah yang bukan calang-calang boleh dapat ni. 



Shaklee memenangi Gold Award Trusted Brand Digest Reader bagi kategori Vitamin dan Suplemen untuk 2 tahun berturut-turut. 



Anugerah ini merupakan anugerah berprestij yang dijalankan oleh pihak ketiga yang menjalankan tinjauan awam terhadap pembaca Digest Reader dan tidak berpihak kepada mana-mana organisasi. 


Yang menariknya kebanyakan pembaca  Reader Digest ini terdiri daripada golongan elit seperti para doktor, jurutera, peguam, CEO Syarikat, ahli korporat dan sebagainya. 



Masters yang turut bersama meraikan kejayaan Shaklee. Master Siti Nurazlina (4 dari kiri) dan Master Zainul Anuar (5 dari kiri) merupakan upline master saya 



Lagi membanggakan, semasa penyampaian anugerah ini, dua orang super duper upline master saya iaitu Master Coordinator Siti Nurazlina bt Noh & Zainul Anuar bin Samni yang merupakan Shaklee Ellite Master merangkap ahli jawatankuasa Majlis Penasihat Lapangan Shaklee  juga dijemput hadir bagi meraikan penghormatan tersebut.



Melangkaui Organik


Produk Shaklee merupakan produk yang berasaskan sumber semulajadi dan melangkaui organik.


Shaklee amat menitikberatkan sumber bahan mentah yang akan digunakan untuk menghasilkan produknya. Akan diuji berkali-kali bagi memastikan produk selamat.



Pendekatan Shaklee adalah untuk uji, uji, dan uji setiap kali bahan mentah sampai. Istilah ini dinamakan beyond organic di mana Shaklee akan lakukan segala yang boleh untuk memastikan bahan mentah yang diterima tidak tercemar dan sekiranya terdapat bahan tercemar, maka bahan mentah tersebut akan ditolak dan tidak digunakan sama sekali. 


Bahkan Shaklee sangat menitikberatkan sumber bahan mentah tersebut dipantau dari aspek biji benih yang digunakan serta sumber tanah untuk tanaman terdiri daripada tanah yang tidak menggunakan bahan kimia. 

Hal ini bagi memastikan setiap hasil akhir produk yang akan dikeluarkan dalam keadaan yang terbaik untuk pengguna mendapat kesan terbaik. 


Terbukti Semulajadi, Selamat dan Berkesan


Setiap bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan produk Shaklee perlu melalui 350 ujian untuk memastikan ianya sentiasa berkualiti dan bebas daripada sumber bahan tercemar, serta racun serangga. 


Shaklee sentiasa komited dengan ujian untuk setiap bahan dan hasil produk yang dihasilkan. 



Selain itu, Shaklee juga sangat komited dalam menghasilkan produk terbaik dengan menjalankan lebih 100,000 ujian setiap tahun. 


Landmark Study 


Salah satu kelebihan yang ada pada Shaklee adalah Landmark Study. 




Landmark Study merupakan satu kajian yang dilakukan untuk membuktikan sesuatu perkara itu dinilai dan dilihat oleh semua orang. Landmark Study yang dijalankan untuk Shaklee adalah dilakukan oleh pihak ketiga iaitu pihak yang tiada kaitan dengan Shaklee yang membuktikan ketelusan hasil kajian. 

Kajian ini dilakukan oleh Dr Gladys Block iaitu wakil daripada satu institusi penyelidikan yang hebat iaitu University of California, Berkeley (UC-Berkeley) bersama pasukan pengkajinya. 

Dr Gladys Block ini bukan calang-calang orang tau. Beliau merupakan tokoh hebat dalam bidang Epidemiologi & Public Health Nutrition yang mana setiap hasil dari ujikaji beliau yang baik atau buruk tetap akan dipublishkan. Ini bermaksud bukan keputusan yang baik sahaja yang akan ditonjolkan tapi setiap hasil ujian akan diterbitkan.

Dan Dr Gladys Block juga yang menghasilkan piramid makanan yang kita sering gunakan itu. Hebat bukan?

Produk Shaklee juga termasuk dalam ujikaji beliau, dan ternyata hasil kajian membuktikan mereka yang memakan suplemen dan vitamin Shaklee jauh lebih baik kualiti hidupnya berbanding mereka yang makan vitamin jenama lain mahupun mereka yang tidak memakan apa-apa suplemen.  


Vitamin Tertua di Dunia 


Shaklee juga merupakan suplemen terbaik di Malaysia kerana mempunyai satu-satunya multivitamin yang tertua di dunia iaitu Vitalea. 



Vitamin pertama yang dihasilkan di dunia, Vitalized Minerals. Kini dikenali dengan nama Vitalea.



Dr. Forest C Shaklee iaitu pengasas produk Shaklee juga merupakan pengasas kepada nama 'vitamin' itu sendiri asalnya dari perkataan Vitalized Mineral dan merupakan vitamin pertama di dunia. Kini, Vitalized Mineral dikenali dengan nama Vitalea dan masih berada di pasaran sehingga hari ini. 


Vitamin pertama dunia kiii dikenali dengan nama Vitalea Iron Plus




Walaupun sudah lebih separuh abad di pasaran, tapi masih menjadi salah satu multivitamin terbaik yang menjadi rebutan. 


Ini membuktikan setiap produk vitamin dan suplemen yang dihasilkan oleh Shaklee adalah yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan. Jika tidak, manakan dapat bertahan selama berpuluh tahun di pasaran kan. 



Jadi, memang tak syak lagi Shaklee merupakan Supplements Terbaik di Malaysia. 

Sekiranya anda nak cuba suplemen terbaik Shaklee ini, boleh terus hubungi saya ya.


Rahimah, 

No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus






#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock

---------------



PENAFIAN: 
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


KURUS SEBELUM RAYA DENGAN SET KURUS SHAKLEE

KURUS SEBELUM RAYA DENGAN SET KURUS SHAKLEE

Hari raya merupakan hari paling kita nanti-nantikan setiap tahun kan. Kenapa tidak? Di hari raya inilah semua sanak saudara berkumpul sama-sama dan masing-masing berpakaian cantik untuk abadikan gambar kenangan sekeluarga. Masing-masing berusaha untuk nampak cantik dalam gambar kan. Untuk itu, sebelum raya ramai yang berusaha untuk nampak KURUS SEBELUM RAYA. 



Bergaya di hari raya yang lepas


Jom kita kurus sebelum raya. Berazam nak kurus sebelum raya tapi sempat ke? Lagi sebulan sahaja nak raya ni. Insha Allah saya ada satu penyelesaiannnya dengan produk Shaklee. Anda boleh baca artikel saya yang lepas mengenai pengalaman puasa saya bersama SET PUASA SHAKLEE. Set Puasa Shaklee ini merupakan satu set yang paling asas yang membantu menurunkan berat badan semasa berpuasa. 

Tetapi dalam masa sama, untuk dapat result yang terbaik untuk kurus, kita perlu buat perubahan dalam 3 perkara: 

✅ Ubah gaya hidup lebih aktif
✅ Ubah diet pemakanan lebih sihat
✅ Ubah kepada mindset positif yang kita boleh kurus


Untuk kesan yang lebih cepat kurus sebelum raya, saya sarankan pengambilan Set HELLO NEW YOU Shaklee yang merupakan set lengkap bagi mereka yang nak menurunkan berat dengan cepat. 




Apa kelebihan Set Hello New You ni? 

Cinch Shake

💚 Mengurangkan nafsu makan dan kekal kenyang dalam tempoh yang lama.
💚 Membantu bina otot semasa proses penurunan berat badan.
💚 Membekalkan lebih tenaga yang berpanjangan.
💚 Membantu proses penurunan berat badan yang lebih cepat.



Omega Guard

💙 Membakar lemak. 
💙 Mengurangkan penghasilan lemak.
💙 Mengurangkan selera makan dan rasa kenyang lebih lama.



Lecithin

💟 Menyerap vitamin larut lemak A,D,E,K.
💟 Memecahkan lemak dan kolesterol.
💟 Meringankan sembelit, meleraikan toksin dalam usus.


Herblax 

💛 Berfungsi sebagai pelawas.
💛 Detox usus besar dan membantu membawa keluar toksin dari badan 
💛 Membantu masalah sembelit.



Satu set Hello New You Shaklee ini sangat membantu dalam menurunkan berat badan dengan cepat di samping membina otot badan yang cantik juga. 

Khas untuk bulan Ramadhan kali ini, Shaklee sediakan promosi untuk Set kurus Shaklee ini tau. Promosi bakal berakhir akhir Mac 2023. Bagi yang betul-betul mahu kuruskan badan dengan berkesan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan set kurus ini tau. 


Namun, dalam masa yang sama jangan lupa untuk ubah gaya hidup yamg lebih sihat dengan bersenam dan jaga pemakanan yang seimbang serta yakin yang kita boleh kurus sebelum raya. 


Jom kita turunkan berat badan dengan selamat dan berkesan dengan SET KURUS SHAKLEE. 


Sekiranya anda ingin mendapatkan set kurus shaklee ini, boleh terus hubungi saya ya. 



Rahimah, 

No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus





#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock

-----------

PENAFIAN: 
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.









ALHAMDULILLAH, DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE

ALHAMDULILLAH, DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE

Assalamualaikum. Salam sejahtera. 

Tahun ini kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih awal kan. Dijangka 1 Syawal kan jatuh pada tarikh 22 April 2023. 




Dan bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, ianya menjadi tempoh yang agak perit kerana pertengahan bulan Mac 2023 ini sesi bari persekolahan turut akan dibuka. Ibu ayah perlu menyediakan persiapan untuk persekolahan anak-anak, dalam masa yang sama perlu menyediakan persiapan untuk Ramadhan serta baju raya Aidilfitri untuk sekeluarga juga. 

Satu tempoh yang struggle buat ibu bapa. 

Namun Alhamdulillah bagi kami pengedar Shaklee, sedikit sebanyak masalah ini dapat diatasi kerana kami akan dapat 'duit raya' awal daripada Shaklee. 


'Duit raya' yang dimaksudkan adalah pendapatan daripada bonus Shaklee akan masuk lebih awal daripada tarikh pembukaan sesi persekolahan, permulaan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Bonus bulanan Shaklee kebiasaannya masuk tepat pada tarikh 14 habribulan setiap bulan tanpa gagal. 


Jadi, bagi ibu bapa yang merupakan pengedar Shaklee dan menjalankan bisnes Shaklee bakal menerima bonus lebih awal. Dan ini memberi kelegaan kepada kami. Alhamdulillah. 


APA YANG BOLEH DIBUAT DENGAN DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE

Bonus Shaklee akan masuk tanggal 14 haribulan, dan selalu juga masuk lebih awal dari tarikh tersebut setiap bulan. Untuk bulan Mac dan bulan April nanti kita akan hadapi beberapa peristiwa penting.

Jadi, bonus Shaklee yang masuk awal sangat membantu. 


Persiapan Persekolahan Anak-anak

Sesi baru persekolahan bakal dibuka lagi seminggu dari sekarang. Manakala bonus Shaklee akan masuk lagi 2 hari. Jadi, masih sempat untuk sediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak sebelum bermula sesi baru.


Persiapan Ramadhan

Ramadhan pula akan tiba beberapa hari selepas buka sesi persekolahan. Jadi, lebihan bonus Shaklee boleh digunakan untuk mempersiapkan diri untuk menerima tetamu Ramadhan. 

Persiapan Hari Raya

'Duit raya' dapat awal, sudah tentulah digunakan untuk persiapan Hari Raya. Beli baju raya untuk anak-anak lebih awal sebelum menjelang puasa Ramadhan menjadi keutamaan. 


Hari Raya Aidilfitri tahun ini pula dijangka jatuh pada 22 haribulan April. Manakala bonus Shaklee akan masuk 14 haribulan. Duit bonus untuk April boleh digunakan untuk tambahan persiapan raya seperti perbelanjaan pulang ke kampung, persiapan duit raya untuk keluarga dan sanak saudara, pembelian barangan keperluan hari raya. 


Pendek kata, bonus Shaklee a.k.a duit raya awal dari Shaklee tahun ini sangat syok. 

Jika ada di kalangan anda yang juga ingin mendapat 'duit raya' awal dari Shaklee, masih sempat lagi dapat duit raya sebelum hari raya. Jom sama-sama jana pendapatan dari Shaklee.

Boleh hubungi saya ya untuk pendaftaran. 

Anda boleh juga baca lagi artikel tentang Duit Raya. Jemput baca ya. 


Hubungi saya, 

Rahimah, 

No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus





#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock

-----------

PENAFIAN: 
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.









PENGALAMAN RAMADHAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE

PENGALAMAN RAMADHAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE

Ramadhan bakal menjelma lagi beberapa hari sahaja. Kurang 2 minggu lagi kita akan menerima tetamu Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan tahun ini. Ãmīn.. 

Bercerita tentang Ramadhan, entri kali ini saya nak kongsi sedikit pengalaman saya berpuasa dengan Set Puasa Shaklee. 









Set Puasa Shaklee


Berpuasa dengan Set Puasa Shaklee sangat best sebab ianya sangat membantu memudahkan perjalanan puasa dan ibadah sepanjang Ramadhan. 

Set Puasa Shaklee terdiri daripada 3 minuman tenaga ini iaitu Performance Drink, ESP dan Cinch Shake.



Sahur dengan ESP 

Bersahur dengan ESP Shaklee sangat best. Saya pernah merasa dua keadaan berpuasa dengan ESP Shaklee iaitu ketika hamil dan juga puasa normal biasa.


Selalunya ketika bersahur saya wajibkan ambil ESP. Ketika berpuasa normal biasa, saya bersahur hanya dengan ESP yang dipelbagaikan. Istimewanya ESP ni, kita boleh pelbagaikan penyediaannya. Untuk bersahur biasanya saya akan bancuh campur bahan-bahan lain juga seperti buah-buahan dan susu segar. Bancuhan ESP bersama buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai smoothies, lebih sedap dan menyelerakan. Selain itu, ESP juga boleh disediakan dengan cara dicampur ke dalam Overnight Oat. Cara ini menjadikan hidangan sahur lebih mengenyangkan.

Penyediaan menu ESP ketika sahur yang sangat mudah dan menjimatkan masa memudahkan para ibu. Sekiranya terlajak tidur dan bangun di hujung-hujung waktu sahur pun masih sempat untuk bersahur dengan ESP. Tempoh penyediaannya 5 minit pun sudah mencukupi untuk bersahur. 


ESP sangat membantu ibu hamil ketika berpuasa


Manakala berpuasa semasa hamil pula amatlah mencabar kerana perasaan risau akan keadaan diri dan juga bayi dalam kandungan. Kadang-kadang menjelang tengahari perut sudah mula rasa lapar. Ketika hamil, saya masih wajibkan bersahur dengan ESP tapi perlu juga ambil makanan asas lain serta vitamin tambahan untuk mencukupkan keperluan bayi dalam kandungan. 

Memang banyak perbezaan berpuasa dahulu (sebelum kenal Shaklee) dan selepas amalkan sahur dengan ESP Shaklee. Badan lebih bertenaga, tiada masalah mengantuk dan rasa kenyang lebih lama hingga ke petang. Berbanding sewaktu bersahur dengan makanan berat (kebiasaanya nasi) tanpa ESP, menjelang tengahari perut mulai lapar, mata cepat mengantuk dan badan mula lesu. Ingin cepat-cepat berbuka kan.



KENAPA ESP BAGUS DIAMBIL KETIKA BERSAHUR? 



ESP mempunyai indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39 sahaja. Indeks Glisemik  berfungsi mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat akan meningkatkan paras gula dalam darah selepas kita makan makanan tersebut. 

G.I. yang rendah  ini menjadikan gula dalam darah kita tidak meningkat secara mendadak dan memberi rasa kenyang yang lebih lama. Tenaga dilepaskan secara perlahan-lahan menjadikan badan lebih bertenaga sepanjang hari. 

Berbanding apabila kita makan nasi (iaitu G.I. tinggi), kita akan cepat rasa kenyang dan cepat juga untuk rasa lapar kemudiannya kerana gula daripada nasi meningkat dengan cepat dalam badan memyebabkan kita cepat rasa lapar. 

Oleh itu untuk waktu sahur adalah lebih baik ambil makanan yang rendah G.I. seperti ESP.



ESP paling juga mudah diserap dalam badan dan mendapat skor tertinggi PDCAAS (Protein Digestibilty Corrected Amino Acid Score) iaitu 1.0. 


ESP tinggi dengan kalsium dan 5 jenis vitamin B.  ESP tidak mengandungi trans-fatty acid dan kolesterol. 


Iftar dengan Performance Drink 

Berbuka puasa merupakan saat yang dinantikan selepas seharian berpuasa kan. Selalunya kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan, lauk pauk serta kuih ketika berpuasa. 

Untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik dan cepat kurus ketika berpuasa, seeloknya amalkan pemakanan sederhana dan seimbang mengikut konsep "Suku-Suku-Separuh". 

Dan setelah seharian tanpa makanan dan minuman, seeloknya ambil juga minuman Performance Drink untuk menghilangkan dahaga dan memastikan badan kita kekal terhidrat. 

Performance Drink ada 2 perisa iaitu Oren dan Lemon-Lime



Semasa pelancaran Performance Drink perisa Lemon-Lime dahulu, saya telah diperkenalkan dengan menu baru untuk berbuka puasa dengan minuman yang sedap dan dapat hidangkan dahaga selepas berpuasa sepanjang hari. Pertama kali saya sediakan menu minuman sebegini. Rupanya rasa dia sangatlah sedap dan menghilangkan dahaga. 



Bancuhan Performance Drink, dicampurkan dengan serai, daun pudina, lemon dan asam boi. Disimpan sejuk sebelum berbuka, rasanya tersangatlah sedap.


Sejak itu setiap kali puasa Ramadhan, menu Performance Drink menjadi kewajipan di atas meja tiap kali berbuka. 


APA YANG BESTNYA PERFORMANCE DRINK KETIKA BERBUKA?

Performance Drink mengandungi optilyte (campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat) yang mampu  memberikan hidrasi kepada badan kita dengan cepat dan memberikan tenaga segera. Ketika dehidrasi, badan kita bukan hanya perlukan air semata-mata tapi juga perlukan garam dan elektrolit. Performance Drink mengandungi elektrolit yang mampu mengekalkan bendalir badan dan mengelakkan hidrasi (kurang air dalam badan).

Ketika puasa juga  sesetengah otot kita mudah cramp disebabkan kekurangan mineral dalam badan. Pengambilan minuman Performance Drink yang kaya dengan 6 jenis elektrolit yang penting termasuk kalsium dan magnesium, mencukupkan mineral dalam badan seterusnya mengelakkan kekejangan otot badan. 



Performance Drink tiada gula tambahan menjadikan ianya minuman yang lebih sihat.

Minum air manis yang bergula putih ketika berbuka ditambah pula dengan makan nasi yang banyak beserta kuih manis-manis biasanya akan menyebabkan kita cepat rasa mengantuk selepas berbuka. Dan ini menyukarkan untuk solat terawih. Terasa liat betul nak habiskan solat terawih penuh kan.

Sebaliknya lebih baik digantikan air manis tersebut dengan minuman Performance Drink yang sedap dan memberi tenaga tanpa menyebabkan mengantuk.  


Moreh dengan Cinch Shake 

Selepas terawih kebiasaannya perut kita mulai kembali rasa lapar. Hendak ambil makanan berat sudah lewat untuk rehat tidur dan boleh meningkatkan kalori badan. Lagi pula ambil makanan berat yang terlalu mengenyangkan boleh menyebabkan kita badan cepat letih dan sukar untuk bangun mengerjakan solat malam serta bersahur. 


Pengambilan Cinch Shake ketika moreh amatlah digalakkan. 

Cinch Shake didatangkan dengan 3 perisa iaitu Coklat, Vanila dan Cafe Latte yang sedap. 




KELEBIHAN CINCH SHAKE DIAMBIL KETIKA MOREH (LEPAS TERAWIH).


Cinch Shake merupakan meal replacement yang mengenyangkan ketika sedang kelaparan yang melampau tanpa meningkatkan kalori badan. 

Cinch Shake mengandungi protein, dan vitamin yang diperlukan badan. Cinch Shake bukan sahaja kaya dengan sumber protein (yang memberikan rasa kenyang lebih lama), malah ia juga mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5, B7, B9, B12, Vitamin C, D3, Vitamin E, Kalsium, Zat besi, Fosforus, Magnesium, Zink, Selenium, Tembaga, Mangan, Natrium, dan Kalium. Jadi, Cinch Shake membantu kita melengkapkan nutrisi badan semasa kita berpuasa. 


Cinch Shake juga mempunyai Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah. Ia memberi rasa kenyang yang lebih lama. Jadi elok diambil ketika moreh sebagai pengganti kepada makanan berat. 


Cinch Shake mengandungi tinggi leucine. Bagi mereka yang sedang dalam fasa untuk mengurangkan berat badan dan nak dapat berat badan ideal, Cinch Shake adalah pilihan terbaik kerana kandungan leucine dalam Cinch Shake membantu percepatkan penurunan berat badan dan membina otot yang lebih tegap tanpa lemak serta meningkatkan metabolisme untuk pembakaran lemak badan. 

Pengambilan Cinch Shake ketika puasa memudahkan lagi pembakaran lemak dalam usaha menurunkan berat badan. 




Anak-anak berpuasa dengan Mealshake


Menjelang puasa, ibu bapa paling risau bilamana ada anak-anak yang mula belajar berpuasa kan. Samalah dengan saya, sebagai seorang ibu yang mempunyai anak yang sedang belajar berpuasa, saya amat menitikberatkan apa menu bersahur yang terbaik untuk anak agar nutrisi badan anak mencukupi. 


Adalah menjadi perkara biasa dalam beberapa hari pertama puasa menjadi kesukaran bagi anak-anak  yang pertama kali berpuasa. Ibu bapa perlu menyediakan sumber pemakanan yang terbaik bagi memudahkan perjalanan puasa si manja.  Salah satunya ada minuman Meal Shakes Shaklee. 






Meal Shakes ini merupakan salah satu minuman kegemaran anak-anak saya. Semasa berpuasa, saya sentiasa sediakan segelas Meal Shake untuk mereka ketika sahur dan juga segelas ketika berbuka (iftar). Meal Shake mengandungi vitamin dan mineral bagi memastikan anak-anak kenyang lebih lama.


Selain menjadi kewajipan untuk minum Meal Shakes, semasa sahur juga perlu disediakan pemakanan bertenaga tinggi seperti susu dan telur serta tidak lupa sediakan juga buah-buahan dan sayuran sebagai sumber serat. 


Semasa berbuka, Meal Shakes juga membantu melegakan perut anak selepas seharian berpuasa dan ia juga dapat menghalang anak-anak daripada makan berlebihan ketika berbuka. 

KENAPA MEAL SHAKES DIGALAKKAN AMBIL UNTUK ANAK-ANAK BERPUASA? 





Meal Shakes mengandungi sumber yang baik untuk serat, protein, kalsium dan zink untuk pertumbuhan dan perkembangan anak yang sihat.

Meal Shakes membantu mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama. 


Meal Shakes mempunyai rasa yang sedap berkrim menarik minat untuk anak-anak lebih bersemangat untuk berpuasa. 


Pendek kata, pemakanan ketika bersahur, berbuka dan moreh memainkan peranan yang penting dalam melancarkan perjalanan berpuasa dan beribadah dalam bulan Ramadhan. Pengambilan minuman tambahan seperti ESP, Cinch Shake, Performance Drink dan Meal Shakes menjadikan puasa Ramadhan kita jadi lebih bermakna. 

Anda boleh baca lagi artikel berkenaan Set Puasa Shaklee yang dikongsikan ini ya. 


Sekiranya anda ada pertanyaan mahupun ingin mencuba Set Puasa Shaklee, boleh taip di ruangan komen atau terus hubungi saya. 

Siti Rahimah, 

No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus





#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock

-----------

PENAFIAN: 
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.















 



Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com