5 KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU
Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang Intermittent Fasting, salah satu kaedah diet yang mudah dan berkesan untuk turunkan berat badan.
Sekarang ini sudah menjadi trend ramai yang pernah dan sedang buat Intermittent Fasting ini. Namun, ada beberapa perkara yang sering kebanyakan orang terlepas pandang mengenai keburukan Intermittent Fasting.
Tidak adil rasanya jika disembunyikan tentang keburukan Intermittent Fasting ini dan hanya dedahkan kebaikan semata-mata.
Jom kita semak 5 keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu.
1. Tiada Panduan Khusus Pelan Pemakanan Harian
Intermittent Fasting merupakan satu kaedah diet dengan menghadkan tempoh makan, contohnya kita ada eating window selama 8 jam dan berpuasa selama 16 jam. Namun tiada kaedah atau panduan mengenai pelan pengambilan pemakanan yang khusus.
Ada orang yang buat Intermittent Fasting ini tanpa pelan pemakanan khusus dan akhirnya berat turun hanya 2kg sahaja untuk tempoh 4 bulan.
Di samping itu, tanpa panduan pemakanan juga akan menyebabkan kita makan berlebihan pada waktu eating window. Ianya seolah-olah tiada kelebihan dari melakukan Intermittent Fasting tersebut.
Jadi, tanpa panduan pemakanan yang khusus ketika intermittent fasting boleh memberi kesan:
• Tidak berjaya kuruskan badan.
• kebarangkalian untuk terlebih makan.
2. Kadar Kolagen Badan Berkurang 90%
Intermittent fasting akan menyebabkan kesan kepada kulit kita dari segi penuaan kulit (kulit menjadi kering) dan hilang keanjalan disebabkan kekurangan 90% kolagen daripada badan.
Jika kita perhatikan, ada yang buat intermittent fasting mendapat manfaat dengan dapat kuruskan badan, tapi dalam masa yang sama kulit mereka juga makin mengendur dan kering, seolah-olah nampak lebih tua.
Kenapa hal ini terjadi?
Apabila kolagen berkurangan dalam badan, kulit kita akan menjadi semakin kurang elastik dan ini akan menyebabkan kulit kendur dan kedutan mulai timbul. Sebab itulah muka kita akan nampak lebih tua.
3. Kulit Menjadi Gatal
Lagi satu keburukan Intermittent fasting adalah kulit menjadi gatal. Simptom kulit gatal ini bukan disebabkan intermittent fasting tetapi disebabkan oleh dehidrasi (kurangnya air di dalam badan). Bahkan semasa berpuasa Ramadhan atau puasa sunat juga ramai yang mengalami kulit kering dan menggelupas yang menyebabkan kegatalan serta boleh jadi menyakitkan juga.
4. Gangguan Tidur @ Imsomnia
Gangguan tidur atau imsomnia juga merupakan satu lagi keburukan intermittent fasting. Apabila tidak ada panduan pemakanan khusus boleh menjadi punca kita menahan lapar sehingga waktu tidur.
Rasa lapar yang teruk akan meningkatkan tahap kortisol kita menyebabkan terhentinya pengeluaran melatonin yang kita perlukan untuk berasa mengantuk dan terus tidur. Apabila ianya berterusan selama beberapa hari, kesan daripada tidak cukup tidur akan menyebabkan badan tidak dapat memecahkan lemak, tahap tenaga badan berkurangan, dan boleh mempengaruhi keadaan mood juga.
Inilah yang menjadi sebab mereka yang mengalami imsomnia semasa berpuasa atau ketika intermittent fasting.
5. Sakit badan, otot dan Mood Swing
Antara kesan sampingan kebiasaan yang dialami oleh mereka yang berpuasa termasuk intermittent fasting adalah sakit kepala, kekejangan otot dan keletihan. Simptom-simptom ini adalah disebabkan oleh kekurangan elektrolit dalam badan.
Kekurangan elektrolit ini boleh diperbaiki dan dicegah dengan cara memastikan badan kekal terhidrat dengan menambah sedikir suplemen elektrolit.
Salah satu minuman elektrolit yang boleh dicadangkan adalah Performance Drink.
Perfomance Drink merupakan minuman tenaga yang membekalkan elektrolit dan pastikan badan sentiasa terhidrat. |
Selain itu, mereka yang buat diet termasuk intermittent fasting, kebanyakannya selalu akan cepat moody, rasa kemurungan, cepat rasa lapar dan pening.
Jadi, buat intermittent fasting tidak salah. Tetapi buatlah dengan ilmu beserta dengan support group yang betul untuk elakkan kita membuat kesilapan yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Dan jangan lupa untuk lengkapkan nutrisi badan dengan pengambilan Supplement Terbaik yang bersesuaian seperti yang dicadangkan.
Kaitan Autophagy dan Intermittent Fasting
Terdapat satu manfaat daripada perlaksanaan Intermittent Fasting (IF) iaitu autophagy.
Autophagy adalah merupakan cara sel-sel membersihkan dirinya yang rosak, untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat.
'Auto' bermaksud diri, dan 'phagy' bermaksud makan. Jadi, autophagy bermaksud "makan sendiri". Ia juga dirujuk sebagai "self eating" yang memberi manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan.
No comments:
Post a Comment