March 2019 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: March 2019
Cara Kecutkan Fibroid

Cara Kecutkan Fibroid



Zaman sekarang ni kita kerap diberitakan tentang penyakit yang seringkali dialami oleh kaum wanita seperti fibroid, cyst, PCOS dan endometriosis bukan? Jika dahulu, penyakit sebegini sangat jarang didengar malah ada yang tidak pernah dikenali pun.

Tahukah anda, penyakit-penyakit yang saya sebutkan tadi sebenarnya boleh mempengaruhi tahap kesuburan wanita dan menyukarkan pasangan untuk mendapatkan cahaya mata.

Hari ini, saya hendak kongsikan dengan anda tentang salah satu daripadanya iaitu penyakit fibroid.





APA ITU FIBROID?


Fibroid adalah sejenis ketumbuhan sel yang tidak normal pada dinding rahim (uterus). Ianya juga dipanggil sebagai leiomyoma. Terdapat pelbagai jenis fibroid merangkumi saiz yang berbeza dan lokasinya pada dinding rahim. Pelbagai saiz fibroid yang ditemui dari saiz milimeter sehingga boleh menjadi sebesar lebih 10cm.

Walaupun fibroid ini merupakan ketumbuhan tidak berbahaya, anda juga perlu tahu bahawa kurang 1% daripada fibroid ini boleh bertukar menjadi fibroid jenis berbahaya yang dinamakan leiomyosarcoma.

Fibroid seringkali berlaku pada wanita. Nisbah kekerapannya dalam 3 orang wanita, seorang akan mempunyai fibroid. Kadangkala kewujudannya tidak disedari pun.
Fibroid berlaku berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Oleh kerana itu fibroid berkait dengan obesiti. Hal ini adalah kerana lemak-lemak degil yang terkumpul dalam badan menyimpan hormon, dan seterusnya menyumbang kepada terjadinya fibroid.

Bagi wanita yang mempunyai fibroid dan kemudian putus haid (menopouse), mereka kehilangan bekalan hormon-hormon ini dan ini menyebabkan saiz fibroid akan mengecut. Tetapi jika wanita yang sudah putus haid dan fibroid tidak mengecut sebaliknya makin membesar atau makin bertambah jumlahnya, kemungkinan fibroid ini adalah dari jenis bahaya (leiomyosarcoma).

Bagi mereka yang hamil dan mempunyai fibroid besar di bahagian bawah rahim, ia boleh mengganggu pemusingan bayi dalam rahim. Kemungkinan bayi akan tiba-tiba berada dalam keadaan songsang atau melintang disebabkan fibroid besar yang menghalang bayi berpusing kepalanya ke bawah.







Gejala-gejala Fibroid

Antara tanda-tanda fibroid adalah:
1   1)    Kitaran haid yang tidak normal
-       Darah haid keluar berwarna gelap atau keluar tanpa henti sehingga boleh menyebabkan anemia.  
-       Sakit senggugut yang teruk.

2   2)    Perut terasa buncit
-       Mungkin disangka lemak terkumpul yang menyebabkan perut buncit tapi sebenarnya bengkak dari rahim atau ovari.

3   3)    Kerap terasa ingin buang air (kecil/besar)
-       Terasa seperti ada ‘benda’ yang menekan bahagian pundi kencing pada rektum.

4   4)    Rasa sakit di bawah perut yang mencucuk-cucuk
-       Terasa sakit pada hari biasa walaupun bukan ketika waktu haid. Hal ini adalah disebabkan berlaku perubahan degenerative pada fibroid yang menyebabkan sakit.
-       Fibroid yang besar jenis tergantung di luar rahim boleh terpintal (torsion) dan menyebabkan rasa sakit.

5    5)    Susah untuk hamil
-       Mereka yang mempunyai fibroid sukar untuk hamil. Jika mereka hamil pun, janin tidak lekat lama. Fibroid pada dinding rahim yang melibatkan penempelan boleh menjejaskan proses penempelan janin dan berakhir dengan keguguran.  

6    6)    Ketidakselesaan ketika bersama suami yang boleh mengganggu hubungan suami isteri



Apa Perlu Buat Jika Anda Alami Simpton-simpton Ini?


Kebiasaannya mereka yang mempunyai fibroid akan merasa sakit yang kuat pada bahagian sekitar perut seolah-olah sedang mengalami contraction untuk bersalin.
Sekiranya anda mengalami simpton-simpton sebegini, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor.

Apa rawatan yang biasa doktor lakukan?

Sekiranya anda didapati mempunyai fibroid, kebiasaannya doktor akan sentiasa memantau keadaan pesakit fibroid bagi memastikan saiz fibroid tidak membesar dan tidak akan secara drastik melakukan pembedahan bagi masalah fibroid.

Fibroid yang tidak menimbulkan masalah atau fibroid yang bersaiz kecil tidak perlu dibuang. Ianya akan kecut dan hilang dengan sendiri apabila sudah menopouse.

Tetapi sekiranya saiz fibroid membesar dan boleh memudaratkan pesakit, jalan penyelesaian yang akan diambil adalah dengan melakukan pembedahan untuk membuang fibroid tersebut. Pembedahan merupakan pilihan terakhir jika semua rawatan tidak berhasil merawat fibroid.

Dan pesakit perlu jelas tentang beberapa risiko yang mungkin dialami selepas pembedahan fibroid seperti risiko fibroid tumbuh semula, pendarahan dalam rahim, dan rahim terpaksa dibuang.


Cara Menangani Masalah Fibroid

Bagi menangani masalah fibroid, pesakit perlu menjaga pola pemakanan seharian dan berhenti mengambil makanan yang boleh menyebabkan fibroid menjadi semakin besar. 


Selain itu, pengambilan suplemen yang tepat sangat membantu.
Pengambilan suplemen yang bersesuaian sangat penting bagi menangani masalah fibroid. Dan saya sangat cadangkan mereka yang mengalami masalah fibroid untuk mengambil suplemen Shaklee. Ianya boleh mengecilkan saiz fibroid dan juga mampu mengecutkan fibroid sepenuhnya.




Antara vitamin suplemen Shaklee yang sesuai diambil bagi masalah fibroid:

1    1)    Vivix
-       Kandungan Vivix adalah tinggi antioksida dan phytokimia. Ia membantu untuk melindungi dan memperbaiki sel-sel yang telah rosak. Bagi pesakit fibroid, Vivix sangat membantu untuk mengecutkan fibroid.

2     2)    Carotomax
-       Carotomax merupakan vitamin A, dan berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel teroksida dan juga mengurangkan radikal bebas. Kehadiran fibroid menyebabkan darah keluar dengan banyak daripada badan. Vitamin A daripada suplemen Carotomax membantu dalam pembentukan darah merah dalam badan. 

3      3)    Vitamin C
-       Vitamin C membantu untuk mengurangkan kekejangan dan kesakitan pada rahim. Salah satu tanda fibroid, pesakit akan kerap merasa sakit yang mencucuk-cucuk di perut seolah-olah kontraksi. Vitamin C berfungsi melegakan tekanan kesakitan tersebut. Vitamin C juga mempercepatkan penyerapan vitamin dan mineral dalam badan.
 
4       4)    Vitamin E
-       Vitamin E sangat membantu bagi mengurangkan gejala estrogen berlebihan yang menjadi penyebab kesakitan pada perut dan senak akibat fibroid. Vitamin E membantu melegakan simpon-simpton perubahan mood disebabkan hormon tidak stabil.
5        5)    Omega Guard
-       Kandungan Omega-3 dalam Omega Guard sangat bagus untuk pesakit fibroid kerana ia dapat mengurangkan inflamasi (keradangan) akibat tekanan fibroid.

6        6)    Vitalea
-       Kandungan zat besi dalam vitalea sangat penting untuk membantu pembentukan darah merah. Pesakit fibroid mudah mengalami anemia kerana kerap kehilangan darah yang banyak. Jadi, mereka memerlukan dos zat besi yang berganda untuk proses pembentukan darah merah.



Jadi, bagi anda yang mempunyai tanda-tanda dan simpton fibroid, silalah berjumpa doktor anda segera. Hal ini penting kerana jika betul ianya adalah fibroid, kita dapat mencegah fibroid daripada tumbuh membesar dalam badan serta dapat mengelakkan risiko berbahaya kepada nyawa kita.


TESTIMONIAL PESAKIT FIBROID


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Pencegahan Fibroid Shaklee ini, anda boleh terus order di sini.
ORDER NOW


Dan sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan khidmat nasihat PERCUMA serta cara untuk mendapatkan keahlian secara PERCUMA, anda boleh terus hubungi saya. Saya akan berikan konsultasi terbaik untuk kesihatan anda.

Siti Rahimah
Whatsapp : 010-5511909

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com