October 2018 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: October 2018
Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Keistimewaan Shaklee.

Apa keistimewaan vitamin C shaklee ini yang membezakan dengan vitamin C lain?

Vitamin C Shaklee atau nama panjang dia Sustained Release Vita-C Plus™ adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Kalau kita ambil vitamin C daripada makanan seharian kita dalam kuantiti yang banyak sekaligus kononnya nak dapatkan hasil yang optimum sekalipun, belum tentu badan kita akan serap semua vitamin C tersebut kerana vitamin C sejenis mineral yang larut air. Badan akan serap vitamin C dalam kadar tertentu, manakala baki vitamin C yang selebihnya akan dibuang oleh sistem perkumuhan kita dan tidak akan disimpan dalam badan. Jadi, rugi bukan?

Sustained Release Vita-C Plus shaklee mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurangkan pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam. 

Selain itu, vitamin C shaklee juga diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

Jadi, anda rasa vitamin C shaklee ni bagus ke sangat bagus? 

Nak dapatkan vitamin C shaklee ini di mana ya?

Jangan khuatir, boleh dapatkan vitamin C shaklee ini daripada kekmah. Pm je kekmah ye. jangan malu jangan segan. Ada sebarang  kemusykilan, kekmah akan cuba selesaikan. Free Konsultansi.
#PengedarShakleeKualaNerus
#GongBadakKualaTerengganu
#whatsapp0105511909
Tips Berhenti Merokok

Tips Berhenti Merokok

Assalamualaikum. Hai semua.

Hari ini Kekmah nak kongsi sedikit mengenai salah satu cara untuk berhenti merokok.

Sebelum itu, anda tahu tak perokok ni ada dua jenis tau. Perokok Primer dan Perokok Sekunder.

Apa pula perokok primer, sekunder ini? Dah kalau mereka yang letak rokok kat mulut lepas itu sedut asap rokok itu namanya perokoklah kan? Ada pula yang sekunder tu apakah ia?

Sebenarnya orang yang merokok letak rokok pada mulut dan sedut asap secara terus itu namanya Perokok Primer. Manakala jenis yang sekunder ini adalah orang sekeliling yang tidak merokok tapi menyedut asap rokok hasil daripada perokok primer.

Golongan sekunder ini sebenarnya lagi terdedah dengan bahaya bahan kimia daripada asap rokok berbanding perokok premier itu tadi. Kesannya boleh menyebabkan terjadinya kanser tau. Kebiasaannya golongan sekunder ini terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak yang mana suami/bapa merokok (perokok primer) kerana mereka lebih mudah terdedah dengan asap rokok siang dan malam.

Bagi golongan wanita (seorang ibu) mana yang tidak ingin suami berhenti merokok kan?. Apatah lagi bila sudah mempunyai anak kecil. Kesihatan anak menjadi keutamaan kan. Tapi hendak berhenti merokok itu bukanlah semudah berbicara ABC. Tambah lagi jika suami perokok tegar, amat sukar untuk jauhkan diri dari rokok.

Jadi, hari ini Kekmah nak kongsikan satu alternatif cara berhenti merokok.



Kebiasaannya salah satu punca mereka yang merokok adalah untuk mendapatkan ketenangan dan menghilangkan tekanan. Kesan ketenangan daripada merokok ini adalah disebabkan oleh fungsi nikotin daripada rokok yang masuk ke badan dan terus ke pusat saraf yang seterusnya memberikan rasa tenang kepada perokok.

Untuk pengetahuan anda, mereka yang merokok terus ini mempunyai banyak toksin terkumpul dalam badan. Toksin terhasil daripada kandungan bahan kimia daripada rokok seperti nicotine, ammonia, arsenic, stearic acid dan sebagainya. Bahan kimia bertoksin ini apabila terlalu banyak berkumpul dalam badan akan memberi bebanan kepada organ paling penting badan iaitu organ hati perokok dan boleh merosakkan fungsi hati.

Jadi untuk rawatannya, organ hati perlulah didetox untuk melancarkan lagi fungsi hati tersebut. Macam mana hendak detox hati? Kekmah cadangkan mengambil suplemen DTX Complex untuk detox hati.


DTX Complex bertindak sebagai penapis toksin dalam badan dan membantu menyingkirkan racun dan bahan toksin yang berkumpul dalam hati. DTX Complex juga menggalakkan fungsi hati yang sihat. DTX Complex mengandungi bahan semulajadi Milk Thistle Seed (ekstrak biji benih pokok susu tisel) yang menyokong keupayaan badan untuk mengekalkan hati yang lebih sihat.




Selain DTX Complex, dicadangkan juga pengambilan Vivix bagi perokok. Vivix mempunyai antioksidan yang sangat tinggi dan ianya membantu menyingkirkan toksin terkumpul dalam badan sekaligus membaikpulih sel-sel badan yang sudah rosak. Tambah lagi sel badan perokok sangat cepat rosak disebabkan tindakbalas pelbagai bahan kimia daripada rokok yang berkumpul bertahun-tahun di dalam badan. Jadi, Kekmah sangat cadangkan pengambilan Vivix sebagai suplemen pembaikpulih semula sel badan yang telah rosak.

Pengambilan DTX Complex dan Vivix secara konsisten akan memberikan kesan tidak selesa, pahit dan meloyakan apabila perokok kembali merokok. Keadaan ini akan menyebabkan perokok semakin menjauhkan rokok.


Bagi golongan sekunder yang sentiasa terdedah dengan asap rokok, anda juga perlu menguatkan antibodi badan bagi menapis toksin asap rokok daripada memasuki badan. Bagi golongan sekunder ini, Kekmah cadangkan anda mengambil suplemen vitamin C (Vita-C Plus) secara konsisten untuk menguatkan antibodi dan sebagai perlindungan daripada toksin asap rokok. Penyakit datang tidak berbau. Mungkin dengan menghidu asap rokok secara tidak sengaja boleh menyebabkan penyakit kepada diri kita kan. Kata orang, mencegah itu lebih baik dari merawati.   

Semoga perkongsian Kekmah berkenaan salah satu ikhtiar berhenti merokok bagi perokok premier dan tips mencegah bagi perokok sekunder ini memberi manfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sekiranya anda ingin mencuba set Shaklee tersebut di atas, jangan segan silu berhubung terus dengan Kekmah ya. Boleh terus hubungi Kekmah di SINI.






Apa Kata Pengguna Vitamin C

Apa Kata Pengguna Vitamin C

Assalamualaikum. Selamat pagi semua.

Ramai yang cakap vitamin C ini bagus untuk rawat masalah kesihatan kita terutamanya masalah kulit. Tapi apa buktinya?

Pagi-pagi ini jom kita cerahkan biji mata kita lihat apa kata pelanggan tentang vitamin C shaklee.


  

"Saya suka Vitamin C kerana ia membantu parut jerawat saya lebih cepat pudar".

(Nisak Shukor, pengguna Vita-C Plus)


"Saya suka C Vitamin C kerana ia bantu kulit makin cerah, jerawat cepat mengecut dan tiada parut jerawat. Paling best selsema dan demam pun dah lama tak menyinggah."
(Mylea Abdullah, pengguna Vita-C Plus).



"Sejak saya amalkan Vitamin C, masalah kulit semakin baik. Tona kulit semakin sekata, kulit sudah tidak berminyak dan tidak lagi kusam. Kulit saya semakin berseri. Satu bonus pula sistem imun badan saya makin kuat. Kalau sebelum ini, saya akan cepat demam dan selsema. Tapi sejak ambil Vitamin C, saya susah untuk dapat demam."

(Puan Irahartatik Rusdi, Pengguna Vitamin C Shaklee sejak tahun 2016)


"Vitamin C banyak bantu masalah saya seperti masalah kulit berjerawat dan kulit berminyak. Saya juga perlukan Vitamin C untuk menguatkan antibodi saya. Dulu kulit saya kusam. Alhamdulillah, sekarang sudah nampak glowing sedikit. Tambah lagi saya juga pakai skincare youth (shaklee). Memang terbaik."

(Puan Izni Malek, Pengguna Vitamin C sejak tahun 2015) 



"Vitamin C pilihan saya kerana selain untuk mendapatkan kulit yang cantik, ia juga menguatkan imun badan saya. Waktu pagi saya selalu pening-pening. Selepas ambil sebiji Vitamin C bersama air, terus selesai masalah pening saya. I love Vitamin C Shaklee."
(Puan Nursalwa binti Ibrahim, Pengguna Vitamin C Shaklee)


Sudah jelas Vita-C Plus (Vitamin C Shakelee) terbukti membantu mengatasi banyak masalah kulit dan menguatkan sistem imun tubuh badan kita.

Amalkan ambil vitamin C setiap hari selain boleh mencantikkan kulit, yang lagi best ianya boleh meningkatkan sistem imun badan, antibodi badan jadi lebih kuat. Itu perkara yang penting yang perlu sangat kita jaga. Kalau badan sudah cantik luaran tapi antibodi tidak kuat, penyakit mudah menyerang. Cantik itu sudah tidak lagi bermakna apabila badan kita sakit. Betul tak?

Jadi, anda yang inginkan kulit cantik dan sihat serta kuat tubuh badan, jom amalkan Vitamin C dalam diet seharian anda. Boleh hubungi Kekmah untuk order dan konsultasi percuma.



whatsapp: 010-5511909
Facebook: Siti Rahimah
Page: Pengedar Shaklee Kuala Nerus
Instagram: Shaklee Kuala Nerus

Kepentingan Vitamin B Complex Untuk Badan Kita

Kepentingan Vitamin B Complex Untuk Badan Kita

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Anda sudah ambil vitamin B belum hari ini?

Vitamin B ni penting sangat untuk fungsi tubuh kita kerana ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga untuk sel-sel badan kita.

Awal pagi badan memanglah terasa segar dan cergas lagi bukan? Tetapi nanti apabila sudah petang, selepas sudah penat buat kerja itu dan ini, tubuh badan pun sudah lesu tidak bermaya.

Amalkanlah Vitamin B Complex shaklee.







Kepentingan Vitamin B Complex Shaklee


Vitamin B Complex shaklee dilengkapi dengan kesemua lapan vitamin B yang diperlukan badan, iaitu Vitamin B12, Riboflavin, Tiamin, Niasin, Asid Pantotenik, Biotin, Vitamin B6 dan Asid Folik.

Kesemua lapan vitamin B ini sangat diperlukan untuk menjadikan tubuh badan kita sihat.


Antara fungsi Vitamin B Complex shaklee:

Antara fungsi Vitamin B Complex Shaklee:

1) Menghasilkan tenaga dan membantu meningkatkan kemampuan berfikir.
2) Merangsang pertumbuhan kanak-kanak
3) Penting untuk kesihatan kulit, mata, kuku dan rambut
4) Mencegah stres dan menguatkan antibodi tubuh
5) Mencegah anemia dan penting untuk proses pembaikan sel darah merah

Untuk ibu hamil sangat digalakkan pengambilan Vitamin B Complex shaklee ini kerana ianya sudah All in One. Tidak perlulah hendak telan pil asid folik yang memang betul-betul mencabar lidah semasa hamil.

Kekmah faham sangat bagaimana rasanya seksa hendak makan tiap 4 jenis pil wajib untuk ibu hamil sepanjang kehamilan. Tambah-tambah pil asid folik warna kuning kecil itu bukan? Sangat susah hendak menelannya kerana rasa pahitnya itu yang melekat pada lidah boleh membuatkan kita rasa hendak muntahkan balik segala isi perut.

Dengan vitamin B Complex Shaklee ini sudah dilengkapi dengan asid folik sekali dalam satu tablet, jadi selamatlah lidah anda dari rasa pahit ubat kuning kecil itu.

Untuk mendapatkan kesan optimum untuk kulit serta kesihatan ibu dan anak, anda digalakkan mengamalkan set kehamilan shaklee. Ianya sudah cukup lengkap dengan segala keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh sepanjang kehamilan dan ianya boleh juga terus diamalkan ketika daIam pantang dan selepas habis pantang. Sangat menjimatkan bukan?





Terbukti Mudah dan berkesan.

Jadi yang hendak order atau inginkan khidmat nasihat berkaitan kesihatan boleh hubungi kekmah ya.

whatsapp: 010-5511909
Facebook: Siti Rahimah
Page: Pengedar Shaklee Kuala Nerus
Instagram: Shaklee Kuala Nerus

Hidup Sihat, Hidup Hebat

Hidup Sihat, Hidup Hebat



Kesihatan yang baik adalah perkara yang paling berharga di dunia. Sebanyak mana harta, sekaya mana pun kita, jika kesihatan tidak dijaga tiada gunanya.

Apabila datang satu penyakit, harta kekayaan tidak lagi mampu membeli nilai kesihatan. Oleh itu, selagi kita sihat jagalah nikmat kesihatan kita dengan baik.

Antara perkara yang disarankan untuk anda menjaga kesihatan anda adalah:




 1) Makan Secara Sihat.
Anda boleh merancang pelan pemakanan sihat anda dengan membuat pilihan makanan yang menyihatkan seperti pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijian penuh, dan produk susu bebas lemak atau rendah lemak.



2) Bersenam dan Capai Berat Yang Sihat.
Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan anda untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh serta dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.



3) Pilihlah Suplemen Secara Bijak.

  a) Suplemen Multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D. Pengambilan suplemen dengan kadar ini sudah memadai dan munasabah.

  b) Pastikan anda mengambil protein yang mencukupi setiap hari kerana protein adalah bahan pembina tubuh yang paling asas. Protein penting untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat.

  c) Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak omega 3, EPA dan DHA. Ketiga-tiganya mempunyai fungsi penting yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindakbalas metabolik dan keradangan.

  d) Pastikan anda mengambil antioksidan seperti vitamin C dan E, serta beta karotena. Nutrien antioksidan ini penting dalam membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan.

  e) Pastikan pengambilan vitamin B cukup yang penting seperti asid folik, vitamin B6 dan B12, untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat.

  f) Dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.

Semua suplemen baik yang sangat diperlukan badan ini ada dalam set SHAKLEE. Anda boleh amalkan suplemen/vitamin SHAKLEE tanpa ragu-ragu.

Suplemen / Vitamin daripada SHAKLEE adalah suplemen yang SEMULAJADI SELAMAT, TERBUKTI DAN BERKESAN SELAMA LEBIH 100 TAHUN.

Nak order set SHAKLEE dengan Kekmah, boleh terus whatsapp Kekmah ya. Boleh terus order di SINI


Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com