Hidup Sihat, Hidup Hebat - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Hidup Sihat, Hidup Hebat

13 October 2018

Hidup Sihat, Hidup Hebat



Kesihatan yang baik adalah perkara yang paling berharga di dunia. Sebanyak mana harta, sekaya mana pun kita, jika kesihatan tidak dijaga tiada gunanya.

Apabila datang satu penyakit, harta kekayaan tidak lagi mampu membeli nilai kesihatan. Oleh itu, selagi kita sihat jagalah nikmat kesihatan kita dengan baik.

Antara perkara yang disarankan untuk anda menjaga kesihatan anda adalah:




 1) Makan Secara Sihat.
Anda boleh merancang pelan pemakanan sihat anda dengan membuat pilihan makanan yang menyihatkan seperti pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijian penuh, dan produk susu bebas lemak atau rendah lemak.



2) Bersenam dan Capai Berat Yang Sihat.
Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan anda untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh serta dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.



3) Pilihlah Suplemen Secara Bijak.

  a) Suplemen Multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D. Pengambilan suplemen dengan kadar ini sudah memadai dan munasabah.

  b) Pastikan anda mengambil protein yang mencukupi setiap hari kerana protein adalah bahan pembina tubuh yang paling asas. Protein penting untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat.

  c) Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak omega 3, EPA dan DHA. Ketiga-tiganya mempunyai fungsi penting yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindakbalas metabolik dan keradangan.

  d) Pastikan anda mengambil antioksidan seperti vitamin C dan E, serta beta karotena. Nutrien antioksidan ini penting dalam membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan.

  e) Pastikan pengambilan vitamin B cukup yang penting seperti asid folik, vitamin B6 dan B12, untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat.

  f) Dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.

Semua suplemen baik yang sangat diperlukan badan ini ada dalam set SHAKLEE. Anda boleh amalkan suplemen/vitamin SHAKLEE tanpa ragu-ragu.

Suplemen / Vitamin daripada SHAKLEE adalah suplemen yang SEMULAJADI SELAMAT, TERBUKTI DAN BERKESAN SELAMA LEBIH 100 TAHUN.

Nak order set SHAKLEE dengan Kekmah, boleh terus whatsapp Kekmah ya. Boleh terus order di SINI


No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com