Tips Berhenti Merokok - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Tips Berhenti Merokok

18 October 2018

Tips Berhenti Merokok

Assalamualaikum. Hai semua.

Hari ini Kekmah nak kongsi sedikit mengenai salah satu cara untuk berhenti merokok.

Sebelum itu, anda tahu tak perokok ni ada dua jenis tau. Perokok Primer dan Perokok Sekunder.

Apa pula perokok primer, sekunder ini? Dah kalau mereka yang letak rokok kat mulut lepas itu sedut asap rokok itu namanya perokoklah kan? Ada pula yang sekunder tu apakah ia?

Sebenarnya orang yang merokok letak rokok pada mulut dan sedut asap secara terus itu namanya Perokok Primer. Manakala jenis yang sekunder ini adalah orang sekeliling yang tidak merokok tapi menyedut asap rokok hasil daripada perokok primer.

Golongan sekunder ini sebenarnya lagi terdedah dengan bahaya bahan kimia daripada asap rokok berbanding perokok premier itu tadi. Kesannya boleh menyebabkan terjadinya kanser tau. Kebiasaannya golongan sekunder ini terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak yang mana suami/bapa merokok (perokok primer) kerana mereka lebih mudah terdedah dengan asap rokok siang dan malam.

Bagi golongan wanita (seorang ibu) mana yang tidak ingin suami berhenti merokok kan?. Apatah lagi bila sudah mempunyai anak kecil. Kesihatan anak menjadi keutamaan kan. Tapi hendak berhenti merokok itu bukanlah semudah berbicara ABC. Tambah lagi jika suami perokok tegar, amat sukar untuk jauhkan diri dari rokok.

Jadi, hari ini Kekmah nak kongsikan satu alternatif cara berhenti merokok.



Kebiasaannya salah satu punca mereka yang merokok adalah untuk mendapatkan ketenangan dan menghilangkan tekanan. Kesan ketenangan daripada merokok ini adalah disebabkan oleh fungsi nikotin daripada rokok yang masuk ke badan dan terus ke pusat saraf yang seterusnya memberikan rasa tenang kepada perokok.

Untuk pengetahuan anda, mereka yang merokok terus ini mempunyai banyak toksin terkumpul dalam badan. Toksin terhasil daripada kandungan bahan kimia daripada rokok seperti nicotine, ammonia, arsenic, stearic acid dan sebagainya. Bahan kimia bertoksin ini apabila terlalu banyak berkumpul dalam badan akan memberi bebanan kepada organ paling penting badan iaitu organ hati perokok dan boleh merosakkan fungsi hati.

Jadi untuk rawatannya, organ hati perlulah didetox untuk melancarkan lagi fungsi hati tersebut. Macam mana hendak detox hati? Kekmah cadangkan mengambil suplemen DTX Complex untuk detox hati.


DTX Complex bertindak sebagai penapis toksin dalam badan dan membantu menyingkirkan racun dan bahan toksin yang berkumpul dalam hati. DTX Complex juga menggalakkan fungsi hati yang sihat. DTX Complex mengandungi bahan semulajadi Milk Thistle Seed (ekstrak biji benih pokok susu tisel) yang menyokong keupayaan badan untuk mengekalkan hati yang lebih sihat.




Selain DTX Complex, dicadangkan juga pengambilan Vivix bagi perokok. Vivix mempunyai antioksidan yang sangat tinggi dan ianya membantu menyingkirkan toksin terkumpul dalam badan sekaligus membaikpulih sel-sel badan yang sudah rosak. Tambah lagi sel badan perokok sangat cepat rosak disebabkan tindakbalas pelbagai bahan kimia daripada rokok yang berkumpul bertahun-tahun di dalam badan. Jadi, Kekmah sangat cadangkan pengambilan Vivix sebagai suplemen pembaikpulih semula sel badan yang telah rosak.

Pengambilan DTX Complex dan Vivix secara konsisten akan memberikan kesan tidak selesa, pahit dan meloyakan apabila perokok kembali merokok. Keadaan ini akan menyebabkan perokok semakin menjauhkan rokok.


Bagi golongan sekunder yang sentiasa terdedah dengan asap rokok, anda juga perlu menguatkan antibodi badan bagi menapis toksin asap rokok daripada memasuki badan. Bagi golongan sekunder ini, Kekmah cadangkan anda mengambil suplemen vitamin C (Vita-C Plus) secara konsisten untuk menguatkan antibodi dan sebagai perlindungan daripada toksin asap rokok. Penyakit datang tidak berbau. Mungkin dengan menghidu asap rokok secara tidak sengaja boleh menyebabkan penyakit kepada diri kita kan. Kata orang, mencegah itu lebih baik dari merawati.   

Semoga perkongsian Kekmah berkenaan salah satu ikhtiar berhenti merokok bagi perokok premier dan tips mencegah bagi perokok sekunder ini memberi manfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sekiranya anda ingin mencuba set Shaklee tersebut di atas, jangan segan silu berhubung terus dengan Kekmah ya. Boleh terus hubungi Kekmah di SINI.






No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com