June 2020 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: June 2020
TIPS TURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS RAYA

TIPS TURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS RAYA



Kita perasan tak selepas raya berat badan kita naik semula. Sesetengah individu kenaikannya dalam kadar yang sedikit dan ada yang naik secara mendadak. Rusau kan? Tapi ramai yang sedia maklum kenaikan berat badan lepas raya disebabkan oleh penerimaan makanan secara berlebihan jika dibandingkan dengan bulan puasa. Mungkin istilah yang lebih tepat adalah “balas dendam” setelah 30 hari berpuasa dan ditambah lagi dengan juadah hari raya yang hanya setahun sekali kita jumpa. Keenakkan pelbagai menu pasti membuatkan kita semua tidak sanggup untuk menolaknya kan.

Tak salah pun kita nak merasai pelbagai juada hari raya. Nanti tak rasa macam raya pula kan? Cuma perlulah kita bersederhana supaya kita dapat maintain berat badan. Jika naik tidaklah secara mendadak dan kita juga dapat mengatasinya secara mudah dan terkawal. Ada ke kawan-kawan Imah yang dapat maintain berat badan masa raya? Atau masing-masing dah rasa baju semakin ketat? Hari ini Imah nak share beberapa tips untuk turunkan berat badan selepas raya. Jadi kawan-kawan boleh cuba ya.

Ok jom tengok apa Tips Menurunkan Berat Badan Lepas Raya.

1.    Set Mindset

Perkara yang paling utama sebelum perkara-perkara lain adalah dengan set mindset terlebih dahulu. Jadi mindset kita adalah mahu turunkan berat badan. Penting untuk kita setkan mindset untuk pastikan yang kita dapat mengawal pemakanan kita walaupun kita hanya duduk rumah sahaja. Jika kita tidak setkan mindset dengan betul kita akan mudah tergoda dengan juadah yang terhidang di depan mata. Orang kata jin lapar mula menguasai diri sehingga lupa ikrar untuk turunkan berat badan. Raya tetap raya, tapi kita perlu tahu had pemakanan kita. Istilah “Eat Clean” memang agak mustahil untuk dilakukan dalam suasana dan mood raya lagi. Jadi yang penting jaga had pemakanan dan juga akal kita supaya kita cepat-cepat sedar akan tujuan sebenar kita apabila melihat juadah yang enak-enak.

2.    Lakukan senaman walaupun sekejap tapi konsistem

Jika anda nak kurus jangan anggap bahawa senaman tidak penting. Dengan senamanlah badan kita dapat merangsang pertumbuhan tisu metabolisma dan mengurangkan berat badan melalui proses pembakaran lemak yang terkumpul di dalam badan. Jadi lakukanlah senaman setiap hari walaupun sekejap. Memadai dengan lompat setempat dan lompat bintang. Tapi untuk hasil yang lebih baik dan cepat dan kalau ada waktu yang banyak, Imah sarankan supaya lakukan senaman mengangkat beban terlebih dahulu sepeti bermain dumble dan kemudian diakhiri dengan senaman kardio. Hasilnya memang sagat memuaskan.

3.    Amalkan pemakanan seimbang

Untuk menurunkan berat badan dengan mudah, pakar nutrisi dan jurulatih senaman bersetuju bahawa 80 peratus daripada usaha tersebut adalah mengamalkan cara pemekanan yang seimbang dan 20 peratus lagi daripada aktiviti senaman. Ini bermaksud adalah sangat penting untuk kita berhati-hati dengan apa yang kita makan sehari-hari, kuantiti makanan dan juga bila waktu kita makan. Mengetahui kalori setiap makanan yang diambil juga sangat membantu kepada proses penurunan berat badan dengan cepat. Ramai yang diet tetapi tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Keadaan ini menyebabkan ramai yang cepat berputus asa kerana menganggap usaha mereka sia-sia sahaja.

4.    Amalkan pengambilan suplemen Shaklee

Ada yang tanya Imah, kepana perlu ambil suplemen kalau nak kuruskan badan? Cara yang terbukti untuk menurunkan berat badan adalah dengan memakan makanan yang sihat, kurangkan kalori, dan juga aktif secara fizikal. Namun untuk anda membuat perubahan gaya hidup ini memang sangat tidak mudah. Kalau sebelumnya kita makan dengan tanpa menghiraukan jumlah kalori, bahkan kurang aktiviti senaman atau mungkin tidak buat langsung, adakah kita rasa perlu untuk mengambil suplemen sebagai langkah awal untuk membantu proses penurunan berat badan dalam norma baru gaya hidup kita? jadi cuba tanya diri sendiri.

Imah lebih arif dengan produk Shaklee untuk turunkan berat badan dengan pengambilan suplemen seperti Lecithin dan Omega Guard. Jadi sorotan tips keempat ini Imah akan tekankan untuk produk Shaklee ini sahaja ya.

Sebenarnya sudah ada bukti sainstifik daripada kajian yang dilakukan oleh para saintis berkaitan dengan fungsi-fungsi Omega Guard dan Lecithin untuk membantu menurunkan berat badan. Jadi persoalannya kenapa perlu suplemen untuk turunkan berat badan?


Tujuan pengambilan suplemen adalah:

1.    Untuk menampung nutrisi.

     Kita akan kurang makan apabila kita sedang berdiet. Jadi adakah kita yakin         cukup nutrisi kita ambil? Adakah cukup nutrisi yang kita ambil hanya                 daripada  pemakanan sahaja? Jadi suplemen dapat membantu untuk                     menampung zat yang tidak terdapat dalam makanan.

2.    Mengelakkan kesan sampingan.

Tujuan pengambilan suplemen juga adalah untuk mengelakkan berlakunya kesan sampingan. Ini kerana ketika diet kita alami kesan daripada diet itu. Kesan ini adalah disebabkan oleh kurangnya nutrisi yang menyebabkan ia memberi signal kepada kita.

3.    Membantu organ berfungsi dengan efisyen

Penting untuk pastikan organ kita berfungsi dengan baik ketika kita melakukan diet. Kita perlu ingat, bukan serta merta penyakit itu datang. Kesan daripada kurang nutrisi pada tubuh badan kita akan menyebabkan pelbagai penyakit dimasa akan datang

4.    Melancarkan proses penurunan berat badan

Pengambilan kedua-dua suplemen ini dapat melancarkan lagi proses penurunan berat badan kerana badan kita cukup dengan nutrisi yang diperlukan. Maka hasilnya lebih cepat. Hal ini kerana, apabila kita dalam fasa diet untuk turunkan berat badan maka kita akan kurangkan makan. Secara tak langsung dengan sendirinya akan memperlahankan metabolisma dan melambatkan proses penurunan berat badan dengan sempurna. Bila ambil suplemen, ia akan berfungsi untuk meningkatkan metabolism dan sekaligus mengekalkan otot-otot badan daripada dibakar bersama lemak. Tak adalah badan menjadi menggeleber nanti.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendaopatkan produk Shaklee atau ingin menyetai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama bejaya.

SV Siti Rahimah
No Tel: 01156241909
Your Trusted Shaklee Independent Distributor



JOM JANA PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN BIZ SHAKLEE

JOM JANA PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN BIZ SHAKLEE


Alhamdulillah..
Jumlah jualan Mei 2020 sedikit sahaja lagi nak cecah angka 10k..
Tahniah semua warga team Diamond Legacy. Seronok bila buat bisnes secara berjemaah ni. Ukhwah tu terasa walau tak pernah berjumpa. hanya kenal di alam maya.Tapi sama-sama jana income.


Ucapan tahniah juga untuk anak-anak bisnes Imah. Baru saja 2-3 bulan memulakan bisnes Shaklee, terus dah boleh buat sales sehingga 4 angka.
Salah seorangnya bernama Fatin. Masih bergelar pelajar. Tapi dalam kesibukan menyiapkan assignment, pembentangan, online class, tapi masih dapat buat sales sehingga cecah angka 2k sebulan.
Siapa cakap pelajar tak pandai berbisnes, tak boleh pegang duit sendiri. Semua bergantung pada diri masing-masing.


Seorang lagi Wani, dalam kesibukan bekerja, balik kerja uruskan rumahtangga anak lagi.. Tapi sempat  buat sales sehingga 4k. Bisnes Shaklee untuk semua tau. Tak mengira pangkat, darjat, akademik.. Suri rumah pun boleh dapat income 4-5 angka dengan bisnes Shaklee ni.


Imah nak bantu anda yang nak jana income unlimited dengan Shaklee. Jadi, yang nak jana income dari rumah atau on the go dengan Shaklee, hubungi Imah www.wasap.my/601156241909/ShakleeBiz 



SV Siti Rahimah

No Tel: 01156241909
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

🥰


HARI ULANG TAHUN PERKAWINAN DAPAT TELEFON BARU

HARI ULANG TAHUN PERKAWINAN DAPAT TELEFON BARU


Assalamualaikum wbt.



Tanggal 31 Mei lepas genaplah 7 tahun usia perkahwinan Imah dan suami. Sekejap sangat rasa masa berlalu. Dalam tempoh ini macam-macam telah kami lalui bersama. Dalam tempoh ni juga kami dikurniakan tanda cinta dua orang puteri yang comel-comel belaka. Nur Rabi’atul Adawiyah dan Nur Raudhatul Jannah. Alhamdulillah syukurnya. Kehadiran mereka berdua pelengkap dalam rumah tangga kami. 

Cuma yang kelakarnya kenapalah tahun ini Imah boleh lupa pula hari ulang tahun perkahwinan kami. Sibuk sangat dengan biz Shaklee yang makin berkembang ni sampai terlupa pula. Tapi cik suami tak lupa, cuma dia buat diam jer. kononnya nak buat kejutan la katanya. Ok Imah tunggu la apa kejutan tu.Tunggu punya tungu dua tiga hari lepas cik suami pun ajaklah pusing-pusing bandar Kuala Terengganu. Dah orang ajak keluar jalan-jalan kan siapa tak nak. Tapi yang tak sukanya kita pula yang kena bawa kerata. Dia yang ajak tapi kita pula yang kena bawa kerata. Adududu… Cik suami memang suka mengelat. Kalau dia bawak kereta, Imah yang kena belanja beli air dan keropok tepi jalan. Kalau Imah yang bawa jadi cik suami yang kena belanja. Jadi Imah cakap Imah nak bawa. Hahaha.. Setakat bawa kereta jer pun. Jadi ronda-rondalah kami empat beranak. 

Tengah syok bawa kereta cik suami suruh bagi signal kiri dan berhenti betul-betul depan kedai telefon. Amboi dah macam abang JPJ dah dia punya gaya.  Cik suami cakap tunggu dalam kereta sebab dia nak masuk dalam kedai telefon sekejap. Dalam 15 minit lebih kurang cik suami call minta Imah masuk dalam kedai jap. “abang beli telefon baru untuk sayang. Ok tak ni?” waktu ni Imah tak tahu nak cakap apa dah. suka hati sangat-sangat. Kalau ikutkan masa tu juga nak peluk cik suami.. hahaha.. Nasib ada orang jer.. Sebenarnya dah lama Imah plan nak beli telefon baru. Tapi tak sangka pula cik suami hadiahkan dulu. Lagi seronok sebab dapat Realme 6 pro. Dari segi kualiti gambar dan video mamang terbaik.  Alhamdulillah rezeki kan. 




Patutla seminggu dua ni cik suami duk kaji macam-macam jenis telefon yang bagus untuk kamera dan video. Terima kasih cik suami. Jadi petang kemarin kami pun jalan-jalanlah ambil angin di luar sambil ambil gambar guna telefon baru. Hahahaha. Terima kasih cik suami sebab hadiahkan telefon baru ya. Kepada kawan-kawan semua doakan rumahtangga kami bahagia hingga ke jannah ya. 






Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com