Assalamualaikum wbt.
Tanggal 31
Mei lepas genaplah 7 tahun usia perkahwinan Imah dan suami. Sekejap sangat rasa
masa berlalu. Dalam tempoh ini macam-macam telah kami lalui bersama. Dalam tempoh
ni juga kami dikurniakan tanda cinta dua orang puteri yang comel-comel belaka. Nur Rabi’atul
Adawiyah dan Nur Raudhatul Jannah. Alhamdulillah syukurnya. Kehadiran mereka
berdua pelengkap dalam rumah tangga kami.
Cuma yang kelakarnya kenapalah tahun ini Imah boleh lupa pula hari ulang tahun perkahwinan kami. Sibuk sangat dengan biz
Shaklee yang makin berkembang ni sampai terlupa pula. Tapi cik suami tak lupa, cuma
dia buat diam jer. kononnya nak buat kejutan la katanya. Ok Imah tunggu la apa kejutan tu.Tunggu punya tungu
dua tiga hari lepas cik suami pun ajaklah pusing-pusing bandar Kuala Terengganu.
Dah orang ajak keluar jalan-jalan kan siapa tak nak. Tapi yang tak sukanya kita pula yang kena bawa kerata. Dia yang ajak tapi kita pula yang kena bawa kerata. Adududu… Cik suami memang suka mengelat. Kalau dia bawak kereta, Imah
yang kena belanja beli air dan keropok tepi jalan. Kalau Imah yang bawa jadi cik suami
yang kena belanja. Jadi Imah cakap Imah nak bawa. Hahaha.. Setakat bawa kereta jer pun. Jadi ronda-rondalah kami empat beranak.
Tengah syok bawa kereta cik suami suruh bagi signal kiri dan berhenti betul-betul depan
kedai telefon. Amboi dah macam abang JPJ dah dia punya gaya. Cik suami cakap tunggu dalam kereta sebab dia nak masuk dalam kedai telefon sekejap.
Dalam 15 minit lebih kurang cik suami call minta Imah masuk dalam kedai jap. “abang
beli telefon baru untuk sayang. Ok tak ni?” waktu ni Imah tak tahu nak cakap apa
dah. suka hati sangat-sangat. Kalau ikutkan masa tu juga nak peluk cik
suami.. hahaha.. Nasib ada orang jer.. Sebenarnya dah lama Imah plan nak beli telefon baru. Tapi tak sangka pula cik suami hadiahkan dulu. Lagi seronok sebab dapat Realme 6 pro. Dari segi kualiti gambar dan video mamang terbaik. Alhamdulillah rezeki
kan.
Patutla seminggu dua ni cik suami duk kaji macam-macam jenis telefon yang bagus
untuk kamera dan video. Terima kasih cik suami. Jadi petang kemarin kami pun
jalan-jalanlah ambil angin di luar sambil ambil gambar guna telefon baru. Hahahaha. Terima kasih cik suami sebab hadiahkan telefon baru ya. Kepada kawan-kawan semua doakan rumahtangga kami bahagia hingga ke jannah ya.
No comments:
Post a Comment