September 2017 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: September 2017
Rambut perlu conditioner ke tak?

Rambut perlu conditioner ke tak?

Ada yang bertanya, dah pakai shampoo santan ni, tak ada perapi/conditioner ke?

Ini jawab dia.. 👇👇👇

Dah pakai Shampoo Santan, tak pakai conditioner pun tak apa. Sebabnya dah ada perapi semulajadi dalam shampoo santan tu sendiri. Pati Santan dlm shampoo tu dah boleh melembutkan rambut secara semulajadi. Tak perlu nak beli conditioner asing-asing dah.

Tapi kann..

Kalau nak rasa lebih AWESOME lagi,  boleh pakai dengan Wonder Hair Oil tau. Rambut akan jadi lebih cantik bersinar.

Wonder Hair Oil ni pakai seminggu sekali pun cukup berkesan. Tapi nak pakai hari-hari pun boleh. Macam minyak wangi. Tak perlu bilas. Bau dia pun best sangat.. Oren segar gitu. Sekarang ni dah upgrade dengan peppermint oil pula. Lagi syokkk tau.

Ni dia bahan-bahan dalam Wonder Hair Oil:
🌴Minyak kelapa
🌻Minyak biji matahari
💊Vitamin Pro B5
💊 Vitamin E
🍊Minyak Oren
🍀 Peppermint Oil

Kelebihan:
1. Menguat & melembutkan rambut
2. Menghalang kelumumur & menghalang kerosakkan rambut
3. Melembap secara mendalam bagi merawat rambut rosak
4. Melawan pertumbuhan uban
5. Sebagai pengganti conditioner

PROMOSI set combo shampoo santan + wonder hair oil masih berjalan tau. Sehingga 30 September 2017.

Jom grab sekarang. Hubungi 012-9636285

Manfaat Ivkids untuk Si Kecil

Manfaat Ivkids untuk Si Kecil

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Seprti yang dijanjikan, hari ini Kak M nak share sikit la tentang ivkids yang Kak M sebut-sebut semalam tu kan. 




Apa manfaat dia?

Kita selalu risau bila anak-anak batuk, selsema, demam kan. Ini dia satu alternaif cara penyelesaian untuk anak-anak tanpa menggunakan ubat bahan kimia. Ivkids ni khas untuk kanak-kanak dan bayi kecil tau. Memandangkan anak-anak kecil terutamanya yang berumur bawah umur 1 tahun tidak digalakkan diberi ubat sembarangan tanpa nasihat doktor, jadi ivkids inilah alternatifnya. Ivkids ni berasaskan bahan-bahan semulajadi yang terjamin suci dan selamat untuk bayi.

Antara manfaat ivkids ni adalah membantu melegakan:
~ Ruam
~ Kembung
~ Selsema
~ Bengkak
~ Kahak
~ Gigitan Nyamuk
~ Luka Kecil
~ Kudis

Dan pelbagai lagi manfaat lain.

Yang penting ibu bapa tidak perlu risau kerana kandungan ivkids ni terdiri daripada 100% bahan semulajadi. Cuma perlu sembur-sembur je segar. Insya Allah.

Bagi ibu bapa yang nak mencuba ivkids ni, boleh la hubungi Kak M tau di talian Whatsapp 010-5511909. Atau boleh terus order di SINI

Si Kecil dan Cuaca

Si Kecil dan Cuaca

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Assalamualaikum semua.

Kat tempat Kak Imah sekarang ni kan cuaca waktu pagi dan tengahari bukan main panas terik. Tapi bila masuk petang dan malam je selalu hujan ribut. Mungkin sudah nak masuk musim tengkujuh agaknya ni kan. Risau juga Kak Imah. Ramai kawan-kawan duk sebut anak demam la, batuk selsema. Mungkin faktor cuaca juga kot kan.

Kat tempat anda cuaca macam mana? Hujan dan panas juga ke?

Risau juga kalau anak-anak demam kan. Tapi sekarang ni kan lepas menggunakan ivkids ni Kak Imah dah tak risau sangat nak ke mana-mana. Bila nampak anak macam tak selesa badan je, Kak Imah ambil pendekatan sembur je ivkids tu kat anak.

Lega sikit bila anak dah nampak tenang. Lepas mandi pun Kak Imah suka urut-urut si adik baby Jannah ni sambil sembur ivkids. Si kakak Adawiyah pun kadang-kadan nak join sekali diurut.

Nanti Kak Imah share sikit apa manfaat ivkids ni ye. Banyak sangat manfaatnya untuk anak-anak kecil kita tau.


 
Bagus ke Tidak?

Bagus ke Tidak?



IVMist merupakan salah satu alternatif kepada rawatan pelbagai penyakit. Ianya dihasilkan dengan teknologi Nano yang berupaya merawat penyakit deperti Resdung, Stres, Pening Kepala, Migrain,  hidung tersumbat dan Selsema, Batuk, Sakit Gigi, Jerawat, Buasir Luaran, Sakit Leher, Tersalah tidur, Sakit Bahu, Sakit Sendi, Teseliuh, Bengkak, Gatal-gatal, Kurap, Panau dan pelbagai lagi penyakit.

Apa yang menjadikan IVMist ini satu produk unik yang perlu anda pilih sebagai satu cara rawatan penyakit anda?

IvMist diformulasikan daripada ramuan herba-herba  terpilih, 100% sumber bahan semulajadi yang tidak memberi mudarat kepada tubuh badan anda. IVMist juga telah mendapat kelulusan daipada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa bahan-bahan yang terdapat dalam IVMist?

  • Habbatus Sauda 

Habbatus Sauda atau Black Cumin (Nigella Sativa) Seed kaya dengan kandungan nutrisi Monosaccharides (molkul gula tunggal) dalam bentuk glukosa rhamnose, xlose, dan arabinose. Black Cumin (Nigella Sativa) Seed menganungi non-starch polysaccharide yang berfungsi sebagai sumber serat diet yang sangat berguna. Lima belas asid amino membenuk protein yang mengadungi Black Cumin (Nigella Sativa) Seed, termasuk lapan dari asid amino penting. Asid amino tidak dapat disentesis secara cukup di dalam tubuh kita, sedangkan kita memerlukannya untuk menjaga berat badan. Black Seed mengandungi Arginine yang penting pada masa pertumbuhan.   

  • Saffron

Saffron adalah sejenis pokok herba dari Loridacces denan  ketinggian 10 hingga 30 cm. Ia mempunyai 3 kelopak bunga dan dan 3 kelopak daun yang berwarna ungu. Ia juga tergolong antara bahan termahal di dunia yang mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. 
Khasiat utama Saffron a.k.a Za'faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Antara khasiat lainnya adalah membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut, menambahkan tenaga zahir dan batin, masalah mati pucuk, sembelit, pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak, awet muda dengan kulit  cerah dan bersih, bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing dan lain-lain lagi.
  •  Serai
Doktor dan saintis telah menemui bahawa 1 gram serai mengandungi Citral yan mencukupi untuk mematikan sel kanser. Cital terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel kanser. 
Kegunaan serai adalah anti-oksidan, detoksifikasi iaitu proses pembuangan toksin dari badan, menstabilkan tekanan darah dan kolestrol, sembelit, demam dan selsema, senak perut, anti-bakteria dan anti-kulat, artritis, gout dan sakit sendi, angin di dalam perut, mengatasi masalah sakit semasa menstruasi (haid) serta terbukti untuk merawat jerawat dan jeragat. 


  • Limau Purut
Limau purut mempunyai khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Ia mengandungi bahn aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septik, anti bakteria dan banyak lagi.
Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.  Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. 
Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan giigan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.


  • Minyak Argan

Buah Argan dari pohon Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa ialah sejenis pokok yang tergolong di dalam keluarga Sapotaceae. Ia berasal dari era Tertiary dan merangkumi sebahagian besar kawasan Maghribi.
Manfaat minyak argan adalah tidak hanya terhad kepada kulit, rambut dan kuku, tetapi juga untuk kesihatan badan dalaman. Ia juga dikenali untuk melegakan dan memberikan kelegaan daripada kesakitan yang disebabkan oleh penyaki sendi dan artritis. Minyak Argan mempunyai kesan positif terhadap kolestrol dan ateroskleosis.   


  • Minyak Eucalyptus

Haruman minyak Eucalyptus mirip dengan minyak kayu putih. Ciri-ciri dari warna minyak ini agak sedikit kuning lutsinar dengan haruman yang sangat segar.  
Minyak Eucalyptus banyak digunakan unuk aromaterapi dan memiliki banyak kegunaan dalam bidang kesihatan. Ada penelitian melaporkan bahawa dengan membakar campuran minyak Eucalptus dengan air dalam ruangan boleh membunuh 70% bakteria yang ada. Oleh sebab itu, minyak ini juga sangat baik untuk melancarkan pernafasan. 
Bagi pesakit asthma juga boleh menghirup wap air panas yang sudah dicampu dengan minyak Eucalyptus untuk terapi. Aromaterapi dengan minyak Eucalyptus bole digunakan untuk kanak-kanak atau bayi, tetapi dengan dos yang ringan.

  • Minyak Kelapa Dara

Antara khasiat minyak kelapa dara berfungsi untuk mengurangkan parut jerawat dan stretchmark bagi wanita yang hamil, tiada masalah keputihan ketika hamil, kulit yang tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak dan kering, membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolisme, melembutkan kulit muka dan memberikan perlindungan dari sinaran matahari, meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental, memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin, melawaskan pembuangan air besa dan kecil, melindungi tubuh daripada kanser, jerawat cepat susut, sistem penghadaman lebih baik, meningkatkan kesuburan, agen pelincir dalam hubungan suami isteri, melancarkan kitaran haid dan mengurangkan rasa senggugut dan banyak lagi.
  • Miyak Halia
 Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.
Ia dikatakan dapat merawat penyakit angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir, dan darah haid berbau hamis. 
Hali ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut dan lain-lain lagi.
  • Ekstrak Pudina
Pudina atau Mentha (B Latin) adalah tumbuhan genus termasuk kira-kira 25 spesis berasal daripada Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Asia. Daun Pudina juga bukan sahaja hebat digunakan untuk masakan tetapi ia juga baik untuk mereka yang gemar berdiet dan menjaga kesihatan diri luar dan dalam. 
Antara khasiat pudina adalah membantu saluran pencernaan. Jika terkena cirit birit atau sakit perut boleh ambil jus pudina untuk rawatan. Pudia membantu betindak menjadi penyejuk kepaa kulit dan membantu dalam masalah kegatalan kulit, membantu mngurangkan sindrom usus, membersihkan perut, menghilangkan masalah kulit seperti jrawat, membantu dalam menghapuskan toksin dari badan, membantu dalam pemutihan gigi serta memerangi nafas berbau dan lain-lain lagi. 
  • Halia Bara
Halia Bara atau nama saintifiknya Zingiber Oficinale Var Rubrum merupakan sejenis halia daripada keluarga Zingiberaceae yang sering dikaitkan dengan dunia perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu Nusantara. 
Antara khasiat halia bara adala seperti kegunaannya dalam menubai penyakit kulit sepeti panau dan kurap. Halia bara mampu menhilankan tompok-tompok panau dengan mujarab. Halia bara juga mampu menghilangkan kelemumur pada rambut serta juga boleh menghilangkan rasa sengal-sengal otot serta sendi uraf saraf. 
Selain itu, halia bara juga didapati dapat menghilankan batuk, meredakan demam malaria, didakwa dapat membantu menghilangkan masalah penyaki gout dan juga merawat penyakit resdung.



Anda mahu cuba produk mujarab ini? Boleh dapatkan di <SINI>

IV Mist Penawar Penyakit

IV Mist Penawar Penyakit

Anda ada masalah resdung? Anda tahu tak apa itu resdung? Dari mana ia datang?





Resdung sebenarnya berpunca daripada jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga sekitar bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sanga kecil yang dipanggil sinus.

Penyaki resdung bukan sekadar mengganggu aktiviti fizikal tetapi juga mengganggu kesihatan mental anda. Ini kerana pesakit resdung sangat mudah mengalami sakit kepala serta kesukaran untuk bernafas sehingga mengganggu aktiviti harian anda.

 Kebiasaannya mereka yang mengalami masalah resdung akan kerap bersin, alami dengkuran kronik, batuk, gatal-gatal hidung serta sentiasa berasa letih dan sakit kepala pada waktu pagi. Jika ianya dibiarkan semakin kronik, ia mampu mengakibatkan telinga pengidap resdung menjadi pekak.

Sakit resdung ini sangat mengganggu aktiviti seharian. Bagaimana nak rawat resdung ya? 
Hari ini kak Imah nak kongsi dengan anda semua tentang salah satu cara merawat resdung secara semulajadi tanpa pengambilan ubat-ubatan kimia. Anda tak perlu ke pusat rawatan resdung yang memakan belanja besar untuk mendapatkan pelbagai jenis rawatan resdung.


Anda pernah dengar tak tentang IV Mist? 




IV Mist merupakan produk berunsurkan bahan-bahan dari alam semulajadi. Tidak sama seperti produk yang lain, IV Mist dicipta khusus untuk membantu mengurangkan penyakit seperti resdung, migrain, asma, dan sebagainya.

Ianya diformulasikan daripada ramuan herba-herba organik terpilih dan dikilangkan oleh pengilang muslim  yang selamat untuk digunakan. Dan yang penting IV Mist ini merupakan produk halal. Ianya 100% bahan organik dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. Ianya juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.


Cara Penggunaan IV Mist

Cara menggunakan IV Mist ini sangat mudah dan mampu menjimatkan masa anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya sembur-sembur sahaja di tempat yang berkenaan. InsyaAllah anda akan kembali segar dan sihat. Ianya selamat, mudah dan InsyaAllah membantu anda menyelesaikan pelbagai penyakit

Bagi yang beragama Islam, sebelum menggunakan IV Mist, mulakan dengan membaca Bismillah dan Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 3 kali. Kemudian sembur IV Mist seperti cara berikut:

Penyakit Resdung dan Selsema
  • Sembur IV Mist di tapak tangan dahulu, kemudian sapu di tepi hidung, dahi, celah/antara kening. Letakkan sedikit di dalam hidung dan sedut baunya.
  • Sembur di leher, dada dan sapu biar rata. Sembur sedikit di atas kepala untuk meringankan rasa berat kepala.



Sakit Gigi
  • Sembur di pipi kawasan yang sakit gigi dan gunakan putik kapas untuk disapukan ke gusi yang sakit atau sapu di celah gigi yang berlubang.



Buasir
  • Sembur dahulu di jari dan lumur di lubang dubur atau jolok ke dalam lubang dubur.
Migrain
  • Sembur di atas ubun-ubun kepala dan kemudian picit-picit atau buat urutan di kepala bagi melegakan sakit kepala.
Senggugut
  • Sapu di bahagian perut (bawah pusat/kawasan pundi kencing).
Jerawat
  • Sembur di tangan dan kemudian sapu pada kawasan jerawat.





Sakit-sakit Lain seperti: 
  1. Sakit Otot
  2. Sakit Pinggang
  3. Lenguh-lenguh
  4. Sakit kepala
  5. Sakit sendi
  6. Sakit perut
  7. Gatal
  8. Kurap 
  9. Panau
  10. Terkena air panas
  11. Gout
  12. Kuku cekam
  13. Terkena gigitan serangga berbisa
  • Hanya perlu semburkan pada kawasan berkenaan dan sapu sehingga rata.




Semua kesan dan kelebihan produk dirujuk pada testimoni dan maklumbalas dari pengguna IV Mist.

Bagi anda yang ingin mendapatkan IV MIst, boleh order di SINI ya.  


Rujukan:
ivmist.com
Kutu dah tak boleh cari makan dah

Kutu dah tak boleh cari makan dah


Anda pernah tak ada kutu kepala? Bila sebut tentang kutu kepala ni kan, terus meremang bulu roma Kak Imah ni. Geli pula rasa dengan kutu kecil-kecil halus tu. Kak Imah pun pernah ada kutu rambut semasa waktu kecil dahulu. Biasalah, dah namanya anak kampung. Main berkawan merata-rata. Memang ada la berjangkit kutu kepala dari orang. 

Emaklah yang susah hati kalau anak-anak ada masalah kutu kepala. Tambah-tambah kalau rambut jenis kerinting. Jenuh nak sikat sebab agak susah nak tarik. Kalau rambut ada biji buah tu lagi la susah, pedih kulit kepala bila nak sikat guna sikat kutu bergigi halus yang rapat-rapat tu.

Hari ini Kak Imah nak kongsi sikit mengenai kutu kepala. Anda penah tak ambil tahu apa itu kutu kepala?





Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup di bahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur sebanyak enam biji sehari. Telur kutu ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur kutu ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal, tudung kepala dan tuala. Pendek kata, apa-apa bahan yang bersentuhan terus dengan rambut boleh menjadi medium penyebaran kutu. 

Kutu boleh dikesan apabila terdapat tanda-tanda seperti:

  •  Rasa gatal yang kuat pada permukaan kulit kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu tersebut.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Telur kutu biasanya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah untuk ditanggalkan. 

Beberapa cara boleh dilakukan untuk menghilangkan kutu. Antaranya adalah seperti:

  • Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
  • Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
  • Basuh cadar, tuala atau sarung bantal dengan air panas.
  • Gunakan vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta.
  • Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya. 
Terdapat beberapa ubat yang boleh digunakan untuk membunuh kutu di kepala iaitu 
  1. Crotamiton
  2. Benzene Hexachloride
  3. Malathion
Cara rawatan ini adalah paling berkesan tapi ianya merupakan rawatan kimia. Ianya mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk berkesan. Walaupun rawatan ini sepatutnya membunuh kutu hidup, ia tidak semestinya memusnahkan semua telur kutu. Kutu juga ada yang telah menjadi kebal kepada beberapa rawatan kimia. Anda dinasihatkan untuk memeriksa rambut anak anda untuk telur kutu dan kutu baru dua atau tiga hari selepas setiap rawatan.

Tapi bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun tidak digalakkan penggunaan ubat-ubatan kimia. Terdapat beberapa cara lain yang boleh membantu menyelesaikan masalah kutu di kepala terutamanya bagi kanak-kanak.


1) Penggunaan shampoo santan My Home Lab
- Basahkan rambut anak anda, dan ratakan shampoo santan di rambut dan kulit kepala anak. Perap selama yang boleh dan kemudian bilas rambut dan kepala anak dengan bersih. Sikat rambut anak dengan sikat kutu bergigi halus untuk menanggalkan telur-telur kutu yan melekat pada rambut. Amalkan pemakaian shampoo santan sehinggalah semua kutu hilang. 

- Shampoo santan merupakan shampoo yang diformulasikan daipada 100% bahan semulajadi dan organik. Ia tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Shampoo santan ini boleh digunakan oleh bayi seawal usia 6 bulan.  Anda boleh dapatkan shampoo santan di SINI atau WHATSAPP KAMI.




2) Penggunaan IVMist 
- Sembur IVMIst di rambut dan kepala anak. Kemudian perap kepala anak dengan tuala selama 15 hingga 30 minit. Kemudian sikat rambut anak menggunakan sikat kutu. 

- IVMist merupakan satu produk berasaskan semulajadi menggunakan teknologi nano yang boleh merawat masalah kutu kepala, resdung, sakit-sakit badan dan banyak lagi masalah harian kita. Boleh dapatkan IVMist di sini.





Apa petua anda untuk menghilangkan kutu kepala anak anda? Jom kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. 


Rujukan:







Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com