Kutu dah tak boleh cari makan dah - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Kutu dah tak boleh cari makan dah

05 September 2017

Kutu dah tak boleh cari makan dah


Anda pernah tak ada kutu kepala? Bila sebut tentang kutu kepala ni kan, terus meremang bulu roma Kak Imah ni. Geli pula rasa dengan kutu kecil-kecil halus tu. Kak Imah pun pernah ada kutu rambut semasa waktu kecil dahulu. Biasalah, dah namanya anak kampung. Main berkawan merata-rata. Memang ada la berjangkit kutu kepala dari orang. 

Emaklah yang susah hati kalau anak-anak ada masalah kutu kepala. Tambah-tambah kalau rambut jenis kerinting. Jenuh nak sikat sebab agak susah nak tarik. Kalau rambut ada biji buah tu lagi la susah, pedih kulit kepala bila nak sikat guna sikat kutu bergigi halus yang rapat-rapat tu.

Hari ini Kak Imah nak kongsi sikit mengenai kutu kepala. Anda penah tak ambil tahu apa itu kutu kepala?





Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup di bahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur sebanyak enam biji sehari. Telur kutu ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur kutu ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal, tudung kepala dan tuala. Pendek kata, apa-apa bahan yang bersentuhan terus dengan rambut boleh menjadi medium penyebaran kutu. 

Kutu boleh dikesan apabila terdapat tanda-tanda seperti:

  •  Rasa gatal yang kuat pada permukaan kulit kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu tersebut.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Telur kutu biasanya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah untuk ditanggalkan. 

Beberapa cara boleh dilakukan untuk menghilangkan kutu. Antaranya adalah seperti:

  • Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
  • Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
  • Basuh cadar, tuala atau sarung bantal dengan air panas.
  • Gunakan vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta.
  • Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya. 
Terdapat beberapa ubat yang boleh digunakan untuk membunuh kutu di kepala iaitu 
  1. Crotamiton
  2. Benzene Hexachloride
  3. Malathion
Cara rawatan ini adalah paling berkesan tapi ianya merupakan rawatan kimia. Ianya mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk berkesan. Walaupun rawatan ini sepatutnya membunuh kutu hidup, ia tidak semestinya memusnahkan semua telur kutu. Kutu juga ada yang telah menjadi kebal kepada beberapa rawatan kimia. Anda dinasihatkan untuk memeriksa rambut anak anda untuk telur kutu dan kutu baru dua atau tiga hari selepas setiap rawatan.

Tapi bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun tidak digalakkan penggunaan ubat-ubatan kimia. Terdapat beberapa cara lain yang boleh membantu menyelesaikan masalah kutu di kepala terutamanya bagi kanak-kanak.


1) Penggunaan shampoo santan My Home Lab
- Basahkan rambut anak anda, dan ratakan shampoo santan di rambut dan kulit kepala anak. Perap selama yang boleh dan kemudian bilas rambut dan kepala anak dengan bersih. Sikat rambut anak dengan sikat kutu bergigi halus untuk menanggalkan telur-telur kutu yan melekat pada rambut. Amalkan pemakaian shampoo santan sehinggalah semua kutu hilang. 

- Shampoo santan merupakan shampoo yang diformulasikan daipada 100% bahan semulajadi dan organik. Ia tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Shampoo santan ini boleh digunakan oleh bayi seawal usia 6 bulan.  Anda boleh dapatkan shampoo santan di SINI atau WHATSAPP KAMI.




2) Penggunaan IVMist 
- Sembur IVMIst di rambut dan kepala anak. Kemudian perap kepala anak dengan tuala selama 15 hingga 30 minit. Kemudian sikat rambut anak menggunakan sikat kutu. 

- IVMist merupakan satu produk berasaskan semulajadi menggunakan teknologi nano yang boleh merawat masalah kutu kepala, resdung, sakit-sakit badan dan banyak lagi masalah harian kita. Boleh dapatkan IVMist di sini.





Apa petua anda untuk menghilangkan kutu kepala anak anda? Jom kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. 


Rujukan:







No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com