December 2017 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: December 2017
Kelebihan santan kelapa untuk rambut

Kelebihan santan kelapa untuk rambut

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

TAHUKAH ANDA?

Santan kelapa mengandungi protein dan zat besi yang bermanfaat untuk kesihatan.
Malah penggunaan santan juga adalah antara kaedah terbaik yang mampu membantu dalam usaha mendapatkan rambut sihat serta cantik bersinar.
Antara cara yang boleh digunakan untuk menghasilkan rambut yang cantik dengan santan:
1)  Ratakan santan ke seluruh rambut dan balutkan rambut anda dalam tempoh satu jam. Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya sekali seminggu dan anda pasti tersenyum melihat hasilnya yang membuatkan rambut anda tidak kusut.
2) Campurkan santan bersama minyak zaitun sebelum diratakan ke seluruh rambut selepas menggunakan syampu, hasilnya memukau dan mampu mengelak masalah rambut gugur.
3) Lumurkan santan pada kepala menjadikan rambut lebih kuat dan tidak mudah putus. Santan juga boleh dijadikan pelembap yang mempunyai lemak dan mampu membantu memperbaiki keadaan kulit kepala.
4) Menambah madu pada santan dan dilumurkan pada rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu membuatkan rambut cantik berkilau dan sihat dari luar dan dalam.
Namun, kebanyakan orang tidak gemar menggunakan santan untuk rambut kerana baunya yang kurang menyenangkan.
Satu lagi cara yang dapat menghasilkan rambut sihat dan pasti tidak meninggalkan bau santan di atas kepala anda adalah dengan penggunaan shampoo santan.
Basahkan rambut dan lumurkan shampoo santan di rambut dan kulit kepala anda. Perap selama 5-10 minit. Kemudian bilas sebersihnya. Shampoo santan mengandungi minyak pati oren yang menghasilkan bau oren segar dalam shampoo santan. Jadi, tiada bau santan selepas menggunakan shampoo santan.
Cara-caranya dah ada, jadi terpulang kepada anda cara manakah yang terbaik untuk anda praktikkan. Yang pasti, kelebihan santan mampu menghasilkan rambut anda cantik menawan...
#santanIsAwesome
#hakakpenjualshampoosantan
#0129636285
Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com