Jantung Lebih Sihat dengan CoQ-Trol Plus - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Jantung Lebih Sihat dengan CoQ-Trol Plus

08 August 2023

Jantung Lebih Sihat dengan CoQ-Trol Plus

 


Anda rasa badan lemah?

Anda mudah mengantuk?

Anda cepat penat?

Anda ada masalah jantung? 


Walaupun baru je lepas makan, tapi badan tetap rasa lemah, penat dan mudah mengantuk. Badan rasa tidak bertenaga. 

Sekiranya anda alami situasi begini, mungkin anda mempunyai masalah kekurangan CoQ10 dalam badan.



Apa itu CoQ10? 


Co-enzyme Q10 (juga disebut CoQ10 atau Q10) adalah nutrien larut lemak yang mengandungi banyak unsur antioksida semulajadi yang berfungsi melawan radikal bebas yang merosakkan sistem kardiovaskular. Ia juga amat diperlukan dalam mitochondria (pusat penghasilan tenaga) yang berada dalam sel badan.


CoQ10 ditemui di dalam organ badan yang bekerja keras dan memerlukan tenaga seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. 



Bagaimana CoQ10 berfungsi.


CoQ10 bertindak sebagai palam pencucuh sel (spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP). Proses penghasilan tenaga ini akan berlaku berulang-ulang dan berterusan supaya sel badan sentiasa mempunyai tenaga yang cukup untuk berfungsi dengan cekap. 


Tanpa CoQ10 yang mencukupi, sel-sel badan tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ badan tidak dapat berfungsi dengan baik. 




CoQ10 paling banyak didapati di jantung kerana ia menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan. 


Jadi, CoQ10 sangat diperlukan sebagai antioksida dan juga nutrien yang penting dalam penghasilan tenaga. Kedua-dua fungsi CoQ10 ini akan meningkatkan fungsi jantung dan memastikan kesihatan jantung yang lebih sihat. 


Manfaat CoQ10 Kepada Jantung

CoQ10 memberi banyak manfaat kepada jantung:


• Menguatkan otot jantung.

• Peredaran darah yang sihat.

• Mengurangkan risiko penyakit jantung.

• Meningkatkan tahap tenaga yang lebih baik kepada mereka yang mengambil statin. 

 

Tubuh badan kita boleh menghasilkan CoQ10, namun keupayaan ini akan mula menurun pada usia 20 tahun dan makin berkurangan secara mendadak pada usia 40 tahun berterusan sehingga usia 80 tahun. 



Jadi, kita juga memerlukan suplemen CoQ10 bagi meningkatkan penghasilan tenaga dalam badan. 



Keistimewaan CoQ-Trol Plus Shaklee


Shaklee mempunyai suplemen CoQ10 yang terbaik yang dikenali dengan nama CoQ-Trol Plus.




Keistimewaan CoQ-Trol Plus:

✓ Membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. 


✓ Dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan optimum. 


✓ Formulasi berpaten untuk meningkatkan penyerapan CoQ10. (Paten No. MY-139379-A).


Kebaikan CoQ-Trol Plus


1. Menyokong kesihatan fungsi otak dan meningkatkan memori serta fokus. 


2. Memberi perlindungan optimum dan meremajakan kulit. 


3. Memberikan tenaga dan menguatkan otot jantung.


4. Mempercepat proses penyembuhan luka.


5. Menyokong sistem reproduktif yang sihat.


6. Menyokong peredaran darah yang sihat.

 


Semoga bermanfaat! 


Sekiranya anda dapat sesuatu manfaat daripada perkongsian tentang CoQ10 di atas, dan mahu mencuba suplemen CoQ-Trol Plus, boleh terus hubungi saya ya. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Terengganu




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock




PENAFIAN: 

Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.









3 comments:

  1. Bagusnya CoQ trol ni. Memang terbaik kesannya. Terima kasih info sahabat

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com