February 2023 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: February 2023
 9 SEBAB KOMUNITI SHAKLEE SANGAT BEST

9 SEBAB KOMUNITI SHAKLEE SANGAT BEST

 9 SEBAB KENAPA KOMUNITI SHAKLEE TERSANGATLAH BEST. 


Berada dalam komuniti SHAKLEE sesungguhnya sangatlah best. Tahun 2023 ini merupakan tahun ke-5 saya bersama Shaklee. Walaupun rasanya masih baru dalam Shaklee ini, tapi keseronokan dan ikatan ukhwah terasa sangat rapat. Bukan hanya dalam komuniti bisnes, tapi ukhwahnya itu ibarat satu keluarga.


Ye ke best? Best atau sangat best? Jom kita tengok. 



Sebahagian kecil team kami. 


1. UKHWAH YANG IKHLAS

Dalam Shaklee, walaupun masing-masing mempunyai latarbelakang berbeza, namun ikatan ukhwah ikhlas tidsk mengenal siapa, ibarat satu keluarga.
 
Ada di kalangan kami yang surirumah, berbisnes sendiri (founder), mahupun bekerjaya hebat seperti pensyarah, doktor, anggota seragam, ahli korporat dan sebagainya. Namun, masing-masing sentiasa berkongsi, saling menyantuni dan hormat dengan adab dan budi bahasa. Dengan itu, antara kami tiada yang rasa jurang yang berbeza. 

Bagi surirumah khususnya, suasana begini sangat diperlukan apatah lagi surirumah sentiasa mengadap kerja rumah dan hanya anak-anak serta suami sahaja tanpa kawan-kawan. Ukhwah saling kebersamaan dapat memberi keyakinan dan membentuk pemikiran positif dalam diri surirumah. 



2. SALING SUPPORT

Walaupun kami menjalankan bisnes yang sama iaitu Shaklee, tetapi masing-masing saling menyokong aktiviti bisnes sesama sendiri. Setiap dari kami tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan tips bisnes, dengan harapan agar semua ahli team dapat meriah kejayaan bersama-sama tanpa ada rasa dengki. Leaders mahupun yang bertaraf master sekalipun sangat supportive sentiasa memberi tips dan ilmu bisnes kepada newbies yang masih baru agar semua dapat merasa pencapaian yang mereka telah rasai. 




3. CIRCLE YANG POSITIF

Komuniti Shaklee tersangat best kerana suasana yang meriah dan dikelilingi mereka yang sangat positif, saling memberi dan menerima. Dalam bisnes, ada 'up and down'. Di saat bisnes jatuh atau perasaan down melanda, ahli team yang lain akan sama-sama support memberi motivasi dan kata-kata semangat untuk bangkit kembali serta saling mendoakan kejayaan bersama.



4. ILMU MARKETING 

Dalam bisnes Shaklee, kami amat digalakkan untuk menerapkan aspek 'marketing langit' iaitu utamakan urusniaga dengan Allah terlebih sebelum urusniaga dengan manusia. Percaya dengan konsep rezeki datang dari Allah menjadikan berbisnes mengharap kebergantungan sepenuhnya 100% kepada Allah. Para leaders selalu berkongsi tips dan doa bagaimana untuk sentiasa bergantung harap pada Allah dalam aktiviti bisnes dan juga aktiviti seharian. 

Nak berjaya, kejarlah akhirat. Nescaya seluruh dunia akan mengejar kita. 

Selain ilmu marketing langit, para masters dan leaders juga sentiasa berkongsi ilmu marketing tanpa mengira. Tiada istilah jika kongsi ilmu kita akan rugi. Malah apabila semakin kita berkongsi ilmu,  semakin murah rezeki kita. 

"The more you give, the more you get back". 

Dan kebanyakan kelas ilmu marketing yang dikongsikan adalah percuma tanpa bayaran tau. 
Orang lain kat luar sana bayar sampai ribu riban untuk dapatkan ilmu marketing, tapi berneza dengan bisnes Shaklee. Sana sini boleh dapat ilmu asalkan rajin untuk aplikasikan sahaja. 

5. ILMU NUTRISI

Dalam bisnes Shaklee, kami bukan hanya dapat ilmu bisnes semata-mata. Malah kami juga didedahkan dengan ilmu kesihatan dan juga ilmu nutrisi. Dan ilmu-ilmu ini disampaikan oleh pakar yang bertauliah, bukan sekadar ilmu dapat dari carian google tau. Shaklee memang ada pakar nutrisi khas yang sentiasa adakan kelas dan sesi untuk berkongsi info nutrisi, kesihatan dan juga bagaimana prosuk shaklee menepati nutrisi basan kita. Selain itu, info berkaitan kesihatan juga diperolehi daripada pakar seperti doktor dan saintis yang berkaitan dengan bidang tersebut.

Sejak berkecimpung dalam bisnes Shaklee ini, banyak ilmu tentang kesihatan diri dan nutrisi badan yang saya timba, yang sebelum ini saya tak pernah tahu pun. Jadi, saya rasa lebih hargai nilai kesihatan yang baik untuk diri saya dan juga keluarga. Terus jatuh cinta dan sayang dengan Shaklee. 

6. TRAVEL BERSAMA-SAMA

Melalui bisnes Shaklee, semua berpeluang untuk merasai tajaan pakej percutian 5 bintang ke luar negara serta lokasi yang menarik. Company Shaklee juga ada menawarkan pakej umrah. Travel bersama-sama ini melalui tajaan company mahupun trip persendirian yang dirancang bersama team lebih mengujakan apabila dapat berkongsi momen detik menyeronokkan bersama mereka yang kita jatuh bangun bersama.


7. TAMBAH KENALAN BARU

Komuniti Shaklee ini sangat besar dan banyak team. Selain berada dalam sekeliling kumpulan yang sama, banyak juga aktiviti berkolaborasi dengan team lain. Perkenalan dengan ahli kumpulan lain banyak bantu upgrade pemikiran, gaya hidup dan ilmu. Jalinan ukhwah walaupun dengan berbeza kumpulan dalam komuniti Shaklee ini memang betul-betul lain dari yang lain. Rasa seperti sudah lama kenal meskipun masih baru berkenalan. 


8. INSENTIF MENARIK


Dalam Shaklee sentiasa ada ganjaran (reward) yang menarik tanpa perlu mengeluarkan modal. Contohnya Projek Blog Mega 1.0 yang lepas, pihak penaja menawarkan hadiah yang cukup lumayan untuk setiap peserta tanpa perlu apa-apa bayaran pun untuk menyertai projek tersebut. 

Selain itu, aktiviti dalam team kami (di bawah team master iReach dan OSF) juga seringkali leaders beri insentif dan hadiah seperti luckydraw dan reward. 

9.  SOKONGAN COMPANY

Pihak company Shaklee tersangatlah supportive, sentiasa memberi sokongan dan galakan agar para pengedar dapat capai impian masing-masing. Selain daripada reward dari team, pihak pengurusan company Shaklee juga sentiasa memberi ganjaran, insentif  dan juga menawarkan pelbagai promosi jualan bagi memudahkan para pengedar. 

Reward dan insentif ini disampaikan dalam satu majlis yang gemilang dan meriah ibarat berada dalam satu majlis korporat. Salah satunya adalah event tahunan Bussiness Leaders National Conference (BLNC). Dalam event ini, kami dijamu dengan makanan yang sedap, dapat gift yang sangat menarik, dan dapat berjumpa dengan rakan-rakan pengedar Shaklee yang lain ibarat reunion yang sangat meriah.  


Sebenarnya banyak lagi kelebihan berada dalam komuniti Shaklee yang tak terucap dengan kata-kata. Nak tahu lebih detail, saya nak jemput semua jom sama-sama kita berada dalam komuniti Shaklee ini dan rasai bagaimana bestnya berada di kalangan mereka yang super duper positif. Suasana yang merubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik. 

Boleh hubungi saya tau. Jom kita sembang dan kongsi cerita kejayaan bersama-sama. 

Hubungi saya, 

Siti Rahimah : 011-56241909



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock




Ulasan Dari Hati: Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Ulasan Dari Hati: Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Menulis merupakan salah satu kegemaran saya. Bila menulis, banyak mengasah minda saya berfikir susunan ayat dan berkongsi ilmu dengan para pembaca. Sebab itu salah satu cara saya meluahkan penulisan dengan berblog. Dan terhasilnya blog ini. Namun, mood dan kekangan masa jadi salah satu sebab blog lama tidak dikemaskini. 

Setelah beberapa lama blog tidak dikemaskini, akhirnya semangat untuk berblog kembali semula selepas join Projek Blog Mega Shaklee selama 2 minggu. Apabila Master Norita maklumkan untuk adakan projek ini, tanpa fikir banyak terus saya hantar penyertaan dengan harapan untuk kembali aktif berblog dan berkongsi ilmu dan pengalaman dengan bimbingan daripada Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn. 

Projek Blog secara berjemaah di bawah master team Euphoria 



Lagi seronok apabila upline saya, bakal master Aziyana juga turut sama join projek ini bersama sideline-sideline lain juga. Rasa lebih bersemangat untuk sama-sama menulis berkongsi cerita. Sambutan penyertaan melebihi 200 peserta lagi memeriahkan projek ini. Rasa sangat teruja untuk sama-sama berkongsi cerita masing-masing. 

Selama 2 minggu projek ini berjalan, kami diwajibkan untuk menyiapkan  dua tugasan. Tugasan pertama berkenaan entri Intermittent Fasting. Kebetulan saya pun baharu sahaja buat diet Intermittent Fasting ini bersama team akhir tahun lalu. Jadi, timbul rasa seronok dan excited untuk berkongsi ilmu yang saya pelajari semasa tempoh diet tersebut dalam entri saya. Terlampau ralit menaip, tak sedar jam 3 pagi siapkan entri. 

Untuk tugasan kedua pula berkenaan entri Set Kurus Shaklee, kesinambungan dari entri tugasan sebelumnya iaitu Interminttent Fasting. Lagi saya teruja nak berkongsi tentang bestnya suplemen Shaklee dalam usaha nak kuruskan badan kerana saya memang amalkan set kurus Shaklee ini semasa diet Intermittent Fasting tersebut. 

Dalam projek ini, kami juga diminta untuk masukkan link sparring partner juga. Jadi secara tak langsung dari projek ini saya belajar untuk bekerja berjemaah bersama pasukan dan belajar untuk bersabar menunggu sparring partner siapkan entri juga. 


Setelah selesai dua tugasan selama 2 minggu, tibalah masanya untuk pengumuman pemenang-pemenang melalui Zoom Meeting. Hadiah bagi pemenang memang cukup lumayan, semua vitamin premium Shaklee iaitu Vivix, Collagen dan Nutriferon. Semua hadiah best.

Alhamdulillah, terpilih untuk menang sekotak Collagen




Syukur Ahamdulillah, ada rezeki saya untuk menang sekotak Collagen (bernilai RM298).  Bukan kaleng-kaleng hadiahnya. Di saat puasa dan raya makin dekat ni, Collagen ni sangat  la membantu saya. Nak solat terawih, collagen ni bantu sendi-sendi lutut lebih kuat, moga dipermudahkan urusan dapat solat terawih penuh tahun ini. Collagen ni bantu cantikkan kulit juga nak beraya ni. Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak penaja untuk hadiah yang best ini. 




Manfaat Collagen untuk kesihatan dan kulit





Selesai pengumuman pemenang-pemenang, maka berakhirlah Projek Blog Mega Shaklee 1.0. Oleh kerana sambutan yang sangat luar biasa, pihak penganjur iaitu Master Norita berbesar hati untuk teruskan dengan Projek Blog Mega Shaklee 2.0 pula. Teruja rasanya nak sertai lagi. Dan khabarnya penaja hadiah, Master Norita akan sediakan hadiah yang lebih lumayan untuk projek kali ke-2 ini. Dan tentunya tugasan bagi projek kedua ini lebih mencabar seiring dengan hadiah yang ditawarkan. 



Kenapa saya sangat teruja dengan Projek Blog Mega Shaklee 2.0? 


Saya melihat Projek Blog Shaklee ini sebagai satu cara yang sangat berkesan untuk lebih aktif berkongsi ilmu kesihatan dan suplemen yang boleh memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Zaman sekarang semua maklumat di hujung jari je kan. Nak sesuatu maklumat atau solusi, taip sahaja di carian google terus dapat info. Dan blog merupakan satu medium mudah untuk bertapak di carian google yang memudahkan ramai mereka yang memerlukan info berkaitan.



Projek Blog Mega Shaklee ini juga menjadi satu cara terbaik untuk mengukuhkan lagi jenama Shaklee sebagai produk kesihatan pilihan utama rakyat Malaysia. Dengan adanya projek blog secara berjemaah ini menjadikan adanya wave yang boleh menaikkan lagi carian produk Shaklee di carian internet. Tiap kali carian tentang sesuatu info yang berkaitan kesihatan dan juga suplemen, akan ditemui artikel daripada blog pengedar Shaklee. Menarik bukan? 



Tambahan pula, mereka yang terlibat dalam Projek Blog Mega Shaklee ni bukan kaleng-kaleng. Mereka terdiri daripada leaders yang 'otai' yang sudah lama berkecimpung dalam organisasi Shaklee. Ada di kalangan mereka yang sudah lebih 20 tahun pengalaman dalam Shaklee dan masih kekal aktif sehingga sekarang dengan medium blog. Ini membuktikan medium blog masih lagi relevan. Ditambah lagi dengan penggunaan media sosial lain juga dalam usaha menaikkan carian artikel blog. Penggunaan hashtag #blogmegashaklee, #shakleethrive2023 dan
#shakleetriumph2023 memudahkan lagi carian dan penemuan berkaitan projek ini serta artikel blog shaklee sekaligus aktiviti perniagaan para pengedar shaklee juga. 



Semoga Projek Blog Mega Shaklee 2.0 akan datang ini akan berjaya menghasilkan gelombang besar buat perniagaan Shaklee sekaligus membuka lebih banyak peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan daripada perniagaan Shaklee. 
Sekiranya anda ingin turut sama merebut peluang bersama kami menjana pendapatan, boleh terus hubungi saya ya. 


Jumpa lagi dalam entri seterusnya melalui Projek Blog Mega Shaklee 2.0!.



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock


----------

Siti Rahimah, 


Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus



PENAFIAN
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.








Set Kurus Shaklee Paling Berkesan

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan

Memiliki berat yang ideal dan badan yang cantik menjadi idaman setiap insan kan. Rasa lebih yakin untuk tampil bergaya bila badan ramping dan sihat. Lagi-lagi Ramadhan dan Syawal dah tak lama nak tiba, tentu sahaja nak pakai baju cantik-cantik bergaya. 




Tapi bukan mudah untuk kurus dan capai BMI badan yang diingini. Pelbagai cabaran dan perlu tekad  dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Di samping corak pemakanan seharian dan aktiviti fizikal, pengambilan suplemen memainkan peranan yang penting untuk memudahkan penurunan berat badan dengan sihat.


Jadi, entri kali ini saya ingin kongsikan tips kurus dengan suplemen Set Kurus Shaklee yang sedang hangat di pasaran sekarang. Set Kurus Shaklee yang paling berkesan terdiri daripada suplemen Lecithin, protein Cinch Shake, Omega Guard, Herblax dan Vivix. 




Set kurus Shaklee meliputi 3 langkah utama

Satu set kurus shaklee ini meliputi 3 langkah utama iaitu pembakaran lemak, detox dan pembinaan sel badan. 




Langkah 1: Pembakaran Lemak


Lecithin



 Fungsi Lecithin dalam set kurus Shaklee


❤️ Berfungsi sebagai pengemulsi semulajadi yang membantu memecahkan lemak dalam proses penghadaman.

❤️ Menjadi ejen untuk memecahkan lemak pada dinding saluran kepada saiz yang lebih kecil supaya senang disingkirkan. 

❤️ Menghalang pembentukan lemak baharu dari makanan yang kita makan.

❤️ Menurunkan LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik) dalam tubuh. 

❤️ Membantu mengawal kandungan gula dalam badan. 



Omega Guard



Fungsi Omega Guard dalam set kurus Shaklee


❤️ Omega-3 membantu meningkatkan kadar metabolik iaitu kadar kalori badan yang dibakar dalam sehari. 

❤️ Meningkatkan kadar pembakaran lemak badan. 

❤️ Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.

❤️ Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan seharian. 

❤️ Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 membantu mengawal atur hormon ghrelin dan leptin iaitu hormon yang mengawal rasa lapar dan kenyang. 

❤️ Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama selepas makan. 

❤️ Meningkatkan kepekaan insulin badan. Semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak.

❤️ Mengurangkan tekanan. Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol ( iaitu hormon tekanan yang menyebabkan kita menyimpan lemak). 


Langkah 2: Pembuangan (Detoks)


Herblax 


Fungsi Herblax dalam set kurus Shaklee


❤️ Melembutkan najis untuk membantu pergerakan dan memberi kelembapan pada usus. 

❤️ Mengandungi daun senna yang berfungsi merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepat proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

❤️ Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan, membantu pencernaan dan mengatasi masalah sembelit, kembung perut atau usus. 

❤️ Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk proses pencernaan.


Langkah 3: Pembinaan Sel Badan 



Protein Cinch Shake 

Cinch Shake datang dalam 3 perisa: Vanila, Café Latte dan Coklat yang sedap.


Fungsi Cinch Shake dalam set kurus Shaklee


❤️ Membekalkan karbohidrat dan kaya dengan protein yang berkualiti tinggi.

❤️ Mengandungi tinggi serat iaitu 6 gram bagi setiap hidangan. 

❤️ Diperkaya dengan Leusina untuk pembantu pembentukan otot dan membakar lemak badan. 

❤️ Sebagai pengganti hidangan (meal replacement) yang lazat dan berkhasiat untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Juga sebagai alternatif hebat kepada makanan ringan yang tidak sihat. 

❤️ Rendah kalori iaitu cuma 180 kalori bagi setiap hidangan. 

❤️ Rendah Indeks Glisemik (G.I.) yang memberikan rasa kenyang lebih lama dan membantu badan bertenaga dalam tempoh yng lama. 


Vivix 

Vivix kaya dengan polifenol iaitu kumpulan sebatian semulajadi yang ditemui dalam tumbuh- tumbuhan, buah beri dan sayur-sayuran yang memberi manfaat antioksidan dan antipenuaan 


Fungsi Vivix dalam set kurus Shaklee


❤️ Meningkatkan tenaga kepada badan. Polifenol dalam vivix membantu meningkatkan prestasi ketika bersenam iaitu dengan membantu mempercepat pengeluaran mitokondria (pengeluar tenaga utama 90% tenaga badan). Peningkatan tahap mitokondria membantu memingkatkan tenaga badan dan mengurangkan keletihan. 

❤️ Polifenol juga membantu tubuh badan memecah lemak dan memperkuat otot rangka (meningkatkan jisim otot) sekaligus meningkatkan prestasi senaman. 

❤️ Vivix juga membantu dalam proses membersih dan detoks. Kajian menunjukkan bahawa polifenol boleh menggalakkan fungsi hati yang normal (detoks hati) dan melindungi hati dengan membantu badan mengawal tekanan, mengurangkan kemerahan dan bengkak, serta mengurangkan sel yang mati pada organ hati. 

❤️ Polifenol membantu menurunkan berat badan dengan merangsang hormon yang meningkat apabila kita mengawal pengambilan kalori. Ianya menyerupai kesan kesihatan daripada berpuasa atau pengurangan kalori. 


Untuk kesan penurunan berat badan yang lebih baik di samping pengambilan suplemen set kurus shaklee, anda juga disarankan untuk melakukan senaman dan diet yang sesuai.


Salah satu diet yang saya kira berkesan dan mudah untuk dilaksanakan bersama set kurus shaklee ni adalah diet Intermittent Fasting (IF). Anda boleh mendapatkan info berkaitan diet Intermittent Fasting yang betul yang boleh membantu proses penurunan berat badan. 


Perlukan bantuan untuk amalkan diet kurus sihat bersama suplemen Shaklee, boleh hubungi saya ya. 

Untuk info lain berkaitan set kurus shaklee, anda boleh juga dapatkan di Nak Kurus Secara Sihat. 



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.




Pilih Cara Diet Intermittent Fasting yang Betul

Pilih Cara Diet Intermittent Fasting yang Betul

Sejak kebelakangan ini diet Intermittent Fasting semakin popular dan sering diamalkan. Tapi tahukah anda bagaimana cara yang betul untuk memulakan diet Intermittent Fasting ni? 

Beberapa bulan lepas, saya juga mengamalkan diet Intermittent Fasting ini. Tetapi saya terpaksa menghentikan diet kerana disahkan hamil. Ibu hamil tidak digalakkan untuk melakukan Intermittent Fasting kerana ibu hamil perlukan pengambilan kalori yang lebih banyak berbanding orang biasa, untuk kesihatan ibu dan perkembangan bayi. Dan selepas melahirkan nanti saya akan cuba mengamalkan kembali diet Interminttent Fasting ini. InshaAllah. Jadi, untuk entri kali ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak kaedah untuk mengamalkan diet Intermittent Fasting ini.

Tapi sebelum itu, jom kita kenali apa itu Diet Intermittent Fasting. 

APA ITU INTERMITTENT FASTING 

Intermittent Fasting atau juga dikenali dengan singkatan nama IF merupakan salah satu  kaedah diet yang menyusun pola pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk berpuasa. Pendek kata, kaedah IF adalah diet dengan cara berpuasa dalam tempoh waktu tertentu. 





Dalam tempoh berpuasa, pengamal Intermittent Fasting tidak boleh mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kalori. Tetapi dibenarkan untuk minum air kosong atau minuman sumber yang tidak berkalori seperti teh atau kopi untuk mengelakkan berlaku dehidrasi badan. 


KELEBIHAN INTERMITTENT FASTING 

Sebelum memulakan diet Intermittent Fasting (IF) ni, kita terlebih dahulu perlu tahu kenapa nak amalkan diet kaedah IF ni. Jika kita tiada tujuan yang jelas untuk amalkan diet IF ni, kita tidak akan dapat hasil seperti yang kita mahukan di akhirnya. 

Setiap orang ada tujuan tersendiri apabila memilih untuk buat Intermittent Fasting (IF). Ada orang buat IF untuk turunkan berat, untuk baiki kesihatan atau untuk kekalkan berat ideal. Dan ada  orang buat IF ni sebagai gaya hidup (lifestyle). Setiap tujuan itu perlukan cara IF yang berbeza untuk mendapatkan kesan yang optimum. 



Kebanyakan mereka yang mengamalkan IF ni adalah untuk mengatasi masalah kesihatan yang mereka alami. Terdapat banyak kelebihan Intermittent Fasting. 

Antaranya seperti:
• Menurunkan kadar insulin 
• Melambatkan proses penuaan
• Mengurangkan berat badan
• Membantu diabetis tahap 2
• Meningkatkan metabolisme
• Menurunkan kolesterol LDL
• Meningkatkan fungsi otak dan kognitif
• Membantu mengawal selera
• Mengawal oxidative stres dan inflamasi dalam badan




Setiap penyakit bermula dari perut, dan ubat untuk penyakit itu juga dimulakan dari perut juga. Berpuasa merupakan cara paling berkesan untuk merawat segala penyakit. Dan salah satu cara berpuasa yang mudah adalah Intermittent Fasting.


Untuk memulakan Intermittent Fasting (IF), kita perlu kenalpasti cara yang sesuai dengan kemampuan tubuh badan kita sendiri, bermula dengan perlahan-lahan dan jangan terburu-buru buat IF dengan ekstrem bagi mengelakkan implikasi terhadap kesihatan badan kita. 

Terdapat pelbagai kaedah Intermittent Fasting yang boleh diamalkan. Jadi, pilihlah kaedah yang terbaik mengikut kemampuan badan masing-masing ya. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. 

7 KAEDAH INTERMITTENT FASTING


1) Overnight Fasting 
Ibarat berpuasa di bulan Ramadhan. Kita berpuasa selama 12 jam (siang atau malam) dan mula makan selepas habis tempoh 12 jam berpuasa. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang baru bermula (beginner). 

2) Time Restricted Fasting (16/8)
Berpuasa 14 hingga 18 jam, dan berbuka puasa (boleh makan) dalam tempoh 8 jam selepas berpuasa. Digalakkan untuk minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi badan. 

3) Wholeday Fasting
Berpuasa selama 24 jam. Hanya boleh diamalkan oleh mereka yang dah biasa buat IF tegar dan biasa berpuasa tempoh yng panjang. Tidak digalakkan bagi mereka yang tidak biasa IF atau baru berjinak-jinak dengan IF. 

4) Alternate Day Fasting
Berpuasa satu hari, dan berbuka satu hari seperti puasa Nabi Daud a.s. Dan semasa hari berbuka, hanya boleh mengambil makanan sebanyak  had 500-600 kalori sahaja sehari. 

5) Skipping Meal Fasting 
Puasa langkau waktu makan, iaitu dengan cara mengurangkan kekerapan waktu makan. Contohnya, kebiasaannya makan 5 kali sehari, tapi dengan kaedah IF yang ini kita perlu 'skip' beberapa waktu makan, mungkin makan 2 @ 3 kali sahaja sehari. 

6) Choose Your Day Fasting 
Berpuasa pada hari-hari tertentu mengikut citarasa sendiri. Contohnya berpuasa Isnin dan Khamis sahaja. Atau berpuasa Ahad hingga Rabu, hari lainnya makan seperti biasa. 

7) 5:2 Fasting
Makan 5 hari seminggu dengan pengambilan 500-600 kalori sehari dan berpuasa 2 hari.


Jadi, di antara 7 kaedah Intermittent Fasting (IF) ini, pilihlah kaedah IF mana yang sesuai dengan kemampuan badan masing-masing ya. 



GOLONGAN YANG TIDAK DIGALAKKAN INTERMITTENT FASTING


Walaupun Intermittent Fasting (IF) ini merupakan salah satu kaedah diet paling berkesan, namun bagi sesetengah golongan tidak digalakkan untuk mengamalkan IF.


Beberapa golongan yang tidak digalakkan untuk melakukan Intermittent Fasting




Terdapat beberapa golongan yang tidak digalakkan untuk mengamalkan Intermittent Fasting seperti:

• Wanita hamil.
• Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, sakit kronik, paru-paru, dan masalah gangguan saluran pencernaan. 
• Mereka yang sedang mengikuti jadual pengambilan ubat atau rawatan dariapda doktor/pakar. 

Jadi, mereka yang tergolong dalam kategori ini diharap tidak ambil mudah untuk tetap melakukan IF ya. Utamakan kesihatan. Jika perlu, rujuk doktor atau pakar terlebih dahulu. 


KEPENTINGAN PEMAKANAN DAN PENGAMBILAN KALORI YANG BETUL


Apa yang penting bagi memulakan Interminttent Fasting (IF) ini, kita perlu melatih diri kita untuk melakukan rutin baru sehingga ianya lama kelamaan menjadi kebiasaan. Pastikan kita mulakan IF berperingkat perlahan-lahan supaya badan tidak 'terkejut' yang boleh memudaratkan kesihatan. Pilihlah kaedah IF yang sesuai dengan kemampuan diri kita. 



Contoh pengambilan makanan untuk IF 12 jam, 16 jam dan 18 jam.



Pemilihan makanan yang tepat semasa berbuka juga memainkan peranan penting untuk menjayakan Intermittent Fasting (IF). Kita perlu memastikan jumlah pengambilan kalori terjaga di samping badan mendapat nutrien secukupnya, serta kita merasa kenyang  dan bertenaga lebih lama dalam tempoh berpuasa. 



Kiraan  pengambilan kalori dalam pemakanan seharian boleh dikira menggunakan aplikasi ini ya. 


Untuk memudahkan kiraan tempoh waktu IF, saya boleh cadangkan anda untuk install aplikasi ini. 



Semasa dalam tempoh diet Intermittent Fasting yang saya amalkan beberapa bulan lepas, selain pemakanan harian biasa, saya juga mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee juga untuk membantu badan lebih bertenaga dengan pengambilan kalori secukupnya.


Comtoh pelan hidangan puasa 12:12 bagi pengambilan Suplemen Shaklee


Antara suplemen Shaklee yang saya amalkan adalah 'protein shake' seperti ESP, Cinch Shake dan Life Shake untuk membekalkan tenaga berpanjangan.

Protein Shake shaklee rendah Indeks Glisemik menjadikan kita kenyang lebih lama dan tenaga berpanjangan.

Selain itu, saya juga ada mengambil vitamin set Detox shaklee seperti Omega Guard, Lecithin, Herblax dan Alfalfa Complex.

Lecithin merupakan vitamin larut lemak yang bertindak memecahkan lemak dan kolesterol badan, serta mengurangkan sembelit dan meleraikan toksin dalam usus. 
Sementara Omega Guard pula bertindak aktif dalam pembakaran lemak badan dan  menghalang penghasilan lemak baru dalam badan. 

Omega Guard dan Lecithin berfungsi memecahkan, membakar dan menghalang penghasilan lemak dalam badan.



Pengambilan 2 vitamin detox usus iaitu Alfalfa Complex dan Herblax sangat membantu pembersihan najis dengan merangsang fungsi usus (melembutkan najis) dan mempercepatkan proses pembersihan usus. Dua vitamin ini juga amat membantu dalam usaha mengatasi masalah sembelit dan mengempiskan perut juga.


Alfalfa Complex dan Herblax membantu detox organ usus.


Oh ya, sebelum anda memulakan diet Interminttent Fasting (IF) ini, jangan lupa untuk mengambil ukuran lilit badan terlebih dahulu ya supaya anda boleh lihat perubahan sebelum dan selepas IF. Catat rekod ukur lilit badan anda di bahagian lengan, dada, pinggang, peha dan pinggul  sebelum IF serta rekod juga perubahan setiap minggu selepas memulakan IF. 


Selamat mencuba!


Bagi anda yang ingin memulakan diet Intermittent Fasting dan perlukan bantuan lanjut, boleh terus hubungi saya.

Jika anda ingin info lagi berkenaan diet Intermittent Fasting, anda juga boleh lihat artikel Intermittent Fasting di sini ye. 

Terima kasih kerana sudi singgah ke entri saya. Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu anda. 



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock




Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Gigi Sakit Ketika Hamil

Gigi Sakit Ketika Hamil

Alhamdulillah, kandungan kak imah telah memasuki usia 20 minggu. Beberapa minggu lepas janjitemu di klinik kesihatan, doktor ada buat imbasan. Alhandulillah, keadaan kandungan dalam keadaan yang baik.


Namun, beberapa minggu lepas kak imah mula rasa ngilu pada gigi. Minum air sejuk sikit rasa ngilu. Begitu juga bila minum sedikit panas pun rasa ngilu. Sekejap-sekejap rasa kemudian hilang. 


Kak imah pun 'search' la tentang fasa perkembangan bayi pada carian google. Rupanya memang dalam fasa trimester kedua ni (usia janin mula sekitar minggu ke-18 dan ke atas) merupakan tempoh paling aktif pembentukan tulang janin. 
 

Pada trimester kedua ni, tubuh ibu mula giat mengirimkan kalsium kepada janin melalui plasenta untuk membantu tulang janin mengeras, lebih kuat dan lebih panjang. Pemindahan kalsium ini akan berterusan sehingga bayi lahir. Janin perlukan 30gram kalsium setiap hari. 


Jadi, ibu perlu ambil kalsium secukupnya. Dan di fasa trimester kedua ni juga ibu mulai rasa pergerakan (getaran n) janin dalam kandungan. Janin sudah dapat menggerakkan anggota tubuhnya dan ibu boleh rasa getaran di awal usia 18 minggu. 


Patutlah sejak beberapa minggu ni bila tiba waktu malam atau awal pagi, kak imah ada terasa getaran pergerakan dalam kandungan. Alhamdulillah, lega bila dah rasa progress. Dan bermula di fasa trimester kedua ni (seawal 18 minggu) juga jantina bayi dapat dikesan. Wah, tak sabar nak ke klinik buat imbasan jantina bayi. Teruja.


Apabila dah tahu perkembangan janin ini, keperluan untuk ambil kalsium yang secukupnya adalah tersangat penting untuk pertumbuhan janin yang sihat. 


Kak imah telah mengamalkan suplemen pil kalsium Ostenutrix Shaklee sejak dari awal kehamilan. Cuma beberapa minggu lepas, mungkin si kecil ni nak bagi 'hint' yang dia tengah nak membentuk tulang agaknya, dia bagi ummi dia ni rasa ngilu gigi sikit. he,he,he. Tambahan pula si kakaknya pula masih lagi menyusu juga sesekali. Jadi kalsium badan ummi dia ni banyak kongsi dengan susu kakak dan pembentukan tulang adik janin juga. 


Jadi, untuk cukupkan kalsium dalam badan, kak imah ambil pil kalsium Ostenutrix secukupnya (1000mg) sehari, di samping minum ESP (juga mengandungi kalsium) selain kalsium dalam sumber makanan harian juga. 


Yang bestnya dalam Ostenutrix Shaklee ni bukan hanya ada Kalsium semata, tapi juga mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang optimum dan memastikan tulang dalam yang terbaik. 


Alhamdulillah, setakat ni masalah ngilu gigi sudah hilang. Kak imah yakin bekalan kalsium badan kak imah cukup untuk bayi dalam kandungan dan si kakaknya yang menyusu badan juga ni. 

Jadi, ibu-ibu hamil yang inginkan perkembangan terbaik untuk bayi dalam kandungan, kak imah sangat cadangkan ambil kalsium Ostenutrix Shaklee, cukup lengkap untuk bekalan kalsium ibu dan pembentukan tulang bayi sekali. 


Yang nak cuba, boleh terus contact kak imah tau. https://www.wasap.my/601156241909/Ostenutrix
Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com