Set Kurus Shaklee Paling Berkesan - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Set Kurus Shaklee Paling Berkesan

14 February 2023

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan

Memiliki berat yang ideal dan badan yang cantik menjadi idaman setiap insan kan. Rasa lebih yakin untuk tampil bergaya bila badan ramping dan sihat. Lagi-lagi Ramadhan dan Syawal dah tak lama nak tiba, tentu sahaja nak pakai baju cantik-cantik bergaya. 




Tapi bukan mudah untuk kurus dan capai BMI badan yang diingini. Pelbagai cabaran dan perlu tekad  dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Di samping corak pemakanan seharian dan aktiviti fizikal, pengambilan suplemen memainkan peranan yang penting untuk memudahkan penurunan berat badan dengan sihat.


Jadi, entri kali ini saya ingin kongsikan tips kurus dengan suplemen Set Kurus Shaklee yang sedang hangat di pasaran sekarang. Set Kurus Shaklee yang paling berkesan terdiri daripada suplemen Lecithin, protein Cinch Shake, Omega Guard, Herblax dan Vivix. 




Set kurus Shaklee meliputi 3 langkah utama

Satu set kurus shaklee ini meliputi 3 langkah utama iaitu pembakaran lemak, detox dan pembinaan sel badan. 




Langkah 1: Pembakaran Lemak


Lecithin



 Fungsi Lecithin dalam set kurus Shaklee


❤️ Berfungsi sebagai pengemulsi semulajadi yang membantu memecahkan lemak dalam proses penghadaman.

❤️ Menjadi ejen untuk memecahkan lemak pada dinding saluran kepada saiz yang lebih kecil supaya senang disingkirkan. 

❤️ Menghalang pembentukan lemak baharu dari makanan yang kita makan.

❤️ Menurunkan LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik) dalam tubuh. 

❤️ Membantu mengawal kandungan gula dalam badan. 



Omega Guard



Fungsi Omega Guard dalam set kurus Shaklee


❤️ Omega-3 membantu meningkatkan kadar metabolik iaitu kadar kalori badan yang dibakar dalam sehari. 

❤️ Meningkatkan kadar pembakaran lemak badan. 

❤️ Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.

❤️ Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan seharian. 

❤️ Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 membantu mengawal atur hormon ghrelin dan leptin iaitu hormon yang mengawal rasa lapar dan kenyang. 

❤️ Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama selepas makan. 

❤️ Meningkatkan kepekaan insulin badan. Semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak.

❤️ Mengurangkan tekanan. Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol ( iaitu hormon tekanan yang menyebabkan kita menyimpan lemak). 


Langkah 2: Pembuangan (Detoks)


Herblax 


Fungsi Herblax dalam set kurus Shaklee


❤️ Melembutkan najis untuk membantu pergerakan dan memberi kelembapan pada usus. 

❤️ Mengandungi daun senna yang berfungsi merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepat proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

❤️ Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan, membantu pencernaan dan mengatasi masalah sembelit, kembung perut atau usus. 

❤️ Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk proses pencernaan.


Langkah 3: Pembinaan Sel Badan 



Protein Cinch Shake 

Cinch Shake datang dalam 3 perisa: Vanila, Café Latte dan Coklat yang sedap.


Fungsi Cinch Shake dalam set kurus Shaklee


❤️ Membekalkan karbohidrat dan kaya dengan protein yang berkualiti tinggi.

❤️ Mengandungi tinggi serat iaitu 6 gram bagi setiap hidangan. 

❤️ Diperkaya dengan Leusina untuk pembantu pembentukan otot dan membakar lemak badan. 

❤️ Sebagai pengganti hidangan (meal replacement) yang lazat dan berkhasiat untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Juga sebagai alternatif hebat kepada makanan ringan yang tidak sihat. 

❤️ Rendah kalori iaitu cuma 180 kalori bagi setiap hidangan. 

❤️ Rendah Indeks Glisemik (G.I.) yang memberikan rasa kenyang lebih lama dan membantu badan bertenaga dalam tempoh yng lama. 


Vivix 

Vivix kaya dengan polifenol iaitu kumpulan sebatian semulajadi yang ditemui dalam tumbuh- tumbuhan, buah beri dan sayur-sayuran yang memberi manfaat antioksidan dan antipenuaan 


Fungsi Vivix dalam set kurus Shaklee


❤️ Meningkatkan tenaga kepada badan. Polifenol dalam vivix membantu meningkatkan prestasi ketika bersenam iaitu dengan membantu mempercepat pengeluaran mitokondria (pengeluar tenaga utama 90% tenaga badan). Peningkatan tahap mitokondria membantu memingkatkan tenaga badan dan mengurangkan keletihan. 

❤️ Polifenol juga membantu tubuh badan memecah lemak dan memperkuat otot rangka (meningkatkan jisim otot) sekaligus meningkatkan prestasi senaman. 

❤️ Vivix juga membantu dalam proses membersih dan detoks. Kajian menunjukkan bahawa polifenol boleh menggalakkan fungsi hati yang normal (detoks hati) dan melindungi hati dengan membantu badan mengawal tekanan, mengurangkan kemerahan dan bengkak, serta mengurangkan sel yang mati pada organ hati. 

❤️ Polifenol membantu menurunkan berat badan dengan merangsang hormon yang meningkat apabila kita mengawal pengambilan kalori. Ianya menyerupai kesan kesihatan daripada berpuasa atau pengurangan kalori. 


Untuk kesan penurunan berat badan yang lebih baik di samping pengambilan suplemen set kurus shaklee, anda juga disarankan untuk melakukan senaman dan diet yang sesuai.


Salah satu diet yang saya kira berkesan dan mudah untuk dilaksanakan bersama set kurus shaklee ni adalah diet Intermittent Fasting (IF). Anda boleh mendapatkan info berkaitan diet Intermittent Fasting yang betul yang boleh membantu proses penurunan berat badan. 


Perlukan bantuan untuk amalkan diet kurus sihat bersama suplemen Shaklee, boleh hubungi saya ya. 

Untuk info lain berkaitan set kurus shaklee, anda boleh juga dapatkan di Nak Kurus Secara Sihat. 



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.




No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com