Ulasan Dari Hati: Projek Blog Mega Shaklee 1.0 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Ulasan Dari Hati: Projek Blog Mega Shaklee 1.0

25 February 2023

Ulasan Dari Hati: Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Menulis merupakan salah satu kegemaran saya. Bila menulis, banyak mengasah minda saya berfikir susunan ayat dan berkongsi ilmu dengan para pembaca. Sebab itu salah satu cara saya meluahkan penulisan dengan berblog. Dan terhasilnya blog ini. Namun, mood dan kekangan masa jadi salah satu sebab blog lama tidak dikemaskini. 

Setelah beberapa lama blog tidak dikemaskini, akhirnya semangat untuk berblog kembali semula selepas join Projek Blog Mega Shaklee selama 2 minggu. Apabila Master Norita maklumkan untuk adakan projek ini, tanpa fikir banyak terus saya hantar penyertaan dengan harapan untuk kembali aktif berblog dan berkongsi ilmu dan pengalaman dengan bimbingan daripada Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn. 

Projek Blog secara berjemaah di bawah master team Euphoria 



Lagi seronok apabila upline saya, bakal master Aziyana juga turut sama join projek ini bersama sideline-sideline lain juga. Rasa lebih bersemangat untuk sama-sama menulis berkongsi cerita. Sambutan penyertaan melebihi 200 peserta lagi memeriahkan projek ini. Rasa sangat teruja untuk sama-sama berkongsi cerita masing-masing. 

Selama 2 minggu projek ini berjalan, kami diwajibkan untuk menyiapkan  dua tugasan. Tugasan pertama berkenaan entri Intermittent Fasting. Kebetulan saya pun baharu sahaja buat diet Intermittent Fasting ini bersama team akhir tahun lalu. Jadi, timbul rasa seronok dan excited untuk berkongsi ilmu yang saya pelajari semasa tempoh diet tersebut dalam entri saya. Terlampau ralit menaip, tak sedar jam 3 pagi siapkan entri. 

Untuk tugasan kedua pula berkenaan entri Set Kurus Shaklee, kesinambungan dari entri tugasan sebelumnya iaitu Interminttent Fasting. Lagi saya teruja nak berkongsi tentang bestnya suplemen Shaklee dalam usaha nak kuruskan badan kerana saya memang amalkan set kurus Shaklee ini semasa diet Intermittent Fasting tersebut. 

Dalam projek ini, kami juga diminta untuk masukkan link sparring partner juga. Jadi secara tak langsung dari projek ini saya belajar untuk bekerja berjemaah bersama pasukan dan belajar untuk bersabar menunggu sparring partner siapkan entri juga. 


Setelah selesai dua tugasan selama 2 minggu, tibalah masanya untuk pengumuman pemenang-pemenang melalui Zoom Meeting. Hadiah bagi pemenang memang cukup lumayan, semua vitamin premium Shaklee iaitu Vivix, Collagen dan Nutriferon. Semua hadiah best.

Alhamdulillah, terpilih untuk menang sekotak Collagen




Syukur Ahamdulillah, ada rezeki saya untuk menang sekotak Collagen (bernilai RM298).  Bukan kaleng-kaleng hadiahnya. Di saat puasa dan raya makin dekat ni, Collagen ni sangat  la membantu saya. Nak solat terawih, collagen ni bantu sendi-sendi lutut lebih kuat, moga dipermudahkan urusan dapat solat terawih penuh tahun ini. Collagen ni bantu cantikkan kulit juga nak beraya ni. Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak penaja untuk hadiah yang best ini. 




Manfaat Collagen untuk kesihatan dan kulit





Selesai pengumuman pemenang-pemenang, maka berakhirlah Projek Blog Mega Shaklee 1.0. Oleh kerana sambutan yang sangat luar biasa, pihak penganjur iaitu Master Norita berbesar hati untuk teruskan dengan Projek Blog Mega Shaklee 2.0 pula. Teruja rasanya nak sertai lagi. Dan khabarnya penaja hadiah, Master Norita akan sediakan hadiah yang lebih lumayan untuk projek kali ke-2 ini. Dan tentunya tugasan bagi projek kedua ini lebih mencabar seiring dengan hadiah yang ditawarkan. 



Kenapa saya sangat teruja dengan Projek Blog Mega Shaklee 2.0? 


Saya melihat Projek Blog Shaklee ini sebagai satu cara yang sangat berkesan untuk lebih aktif berkongsi ilmu kesihatan dan suplemen yang boleh memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Zaman sekarang semua maklumat di hujung jari je kan. Nak sesuatu maklumat atau solusi, taip sahaja di carian google terus dapat info. Dan blog merupakan satu medium mudah untuk bertapak di carian google yang memudahkan ramai mereka yang memerlukan info berkaitan.



Projek Blog Mega Shaklee ini juga menjadi satu cara terbaik untuk mengukuhkan lagi jenama Shaklee sebagai produk kesihatan pilihan utama rakyat Malaysia. Dengan adanya projek blog secara berjemaah ini menjadikan adanya wave yang boleh menaikkan lagi carian produk Shaklee di carian internet. Tiap kali carian tentang sesuatu info yang berkaitan kesihatan dan juga suplemen, akan ditemui artikel daripada blog pengedar Shaklee. Menarik bukan? 



Tambahan pula, mereka yang terlibat dalam Projek Blog Mega Shaklee ni bukan kaleng-kaleng. Mereka terdiri daripada leaders yang 'otai' yang sudah lama berkecimpung dalam organisasi Shaklee. Ada di kalangan mereka yang sudah lebih 20 tahun pengalaman dalam Shaklee dan masih kekal aktif sehingga sekarang dengan medium blog. Ini membuktikan medium blog masih lagi relevan. Ditambah lagi dengan penggunaan media sosial lain juga dalam usaha menaikkan carian artikel blog. Penggunaan hashtag #blogmegashaklee, #shakleethrive2023 dan
#shakleetriumph2023 memudahkan lagi carian dan penemuan berkaitan projek ini serta artikel blog shaklee sekaligus aktiviti perniagaan para pengedar shaklee juga. 



Semoga Projek Blog Mega Shaklee 2.0 akan datang ini akan berjaya menghasilkan gelombang besar buat perniagaan Shaklee sekaligus membuka lebih banyak peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan daripada perniagaan Shaklee. 
Sekiranya anda ingin turut sama merebut peluang bersama kami menjana pendapatan, boleh terus hubungi saya ya. 


Jumpa lagi dalam entri seterusnya melalui Projek Blog Mega Shaklee 2.0!.



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock


----------

Siti Rahimah, 


Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus



PENAFIAN
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.








No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com