Sejak kebelakangan ini diet Intermittent Fasting semakin popular dan sering diamalkan. Tapi tahukah anda bagaimana cara yang betul untuk memulakan diet Intermittent Fasting ni?
Beberapa bulan lepas, saya juga mengamalkan diet Intermittent Fasting ini. Tetapi saya terpaksa menghentikan diet kerana disahkan hamil. Ibu hamil tidak digalakkan untuk melakukan Intermittent Fasting kerana ibu hamil perlukan pengambilan kalori yang lebih banyak berbanding orang biasa, untuk kesihatan ibu dan perkembangan bayi. Dan selepas melahirkan nanti saya akan cuba mengamalkan kembali diet Interminttent Fasting ini. InshaAllah. Jadi, untuk entri kali ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak kaedah untuk mengamalkan diet Intermittent Fasting ini.
Tapi sebelum itu, jom kita kenali apa itu Diet Intermittent Fasting.
APA ITU INTERMITTENT FASTING
Intermittent Fasting atau juga dikenali dengan singkatan nama IF merupakan salah satu kaedah diet yang menyusun pola pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk berpuasa. Pendek kata, kaedah IF adalah diet dengan cara berpuasa dalam tempoh waktu tertentu.
Dalam tempoh berpuasa, pengamal Intermittent Fasting tidak boleh mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kalori. Tetapi dibenarkan untuk minum air kosong atau minuman sumber yang tidak berkalori seperti teh atau kopi untuk mengelakkan berlaku dehidrasi badan.
KELEBIHAN INTERMITTENT FASTING
Sebelum memulakan diet Intermittent Fasting (IF) ni, kita terlebih dahulu perlu tahu kenapa nak amalkan diet kaedah IF ni. Jika kita tiada tujuan yang jelas untuk amalkan diet IF ni, kita tidak akan dapat hasil seperti yang kita mahukan di akhirnya.
Setiap orang ada tujuan tersendiri apabila memilih untuk buat Intermittent Fasting (IF). Ada orang buat IF untuk turunkan berat, untuk baiki kesihatan atau untuk kekalkan berat ideal. Dan ada orang buat IF ni sebagai gaya hidup (lifestyle). Setiap tujuan itu perlukan cara IF yang berbeza untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Kebanyakan mereka yang mengamalkan IF ni adalah untuk mengatasi masalah kesihatan yang mereka alami. Terdapat banyak kelebihan Intermittent Fasting.
Antaranya seperti:
• Menurunkan kadar insulin
• Melambatkan proses penuaan
• Mengurangkan berat badan
• Membantu diabetis tahap 2
• Meningkatkan metabolisme
• Menurunkan kolesterol LDL
• Meningkatkan fungsi otak dan kognitif
• Membantu mengawal selera
• Mengawal oxidative stres dan inflamasi dalam badan
Setiap penyakit bermula dari perut, dan ubat untuk penyakit itu juga dimulakan dari perut juga. Berpuasa merupakan cara paling berkesan untuk merawat segala penyakit. Dan salah satu cara berpuasa yang mudah adalah Intermittent Fasting.
Untuk memulakan Intermittent Fasting (IF), kita perlu kenalpasti cara yang sesuai dengan kemampuan tubuh badan kita sendiri, bermula dengan perlahan-lahan dan jangan terburu-buru buat IF dengan ekstrem bagi mengelakkan implikasi terhadap kesihatan badan kita.
Terdapat pelbagai kaedah Intermittent Fasting yang boleh diamalkan. Jadi, pilihlah kaedah yang terbaik mengikut kemampuan badan masing-masing ya. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza.
7 KAEDAH INTERMITTENT FASTING
1) Overnight Fasting
Ibarat berpuasa di bulan Ramadhan. Kita berpuasa selama 12 jam (siang atau malam) dan mula makan selepas habis tempoh 12 jam berpuasa. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang baru bermula (beginner).
2) Time Restricted Fasting (16/8)
Berpuasa 14 hingga 18 jam, dan berbuka puasa (boleh makan) dalam tempoh 8 jam selepas berpuasa. Digalakkan untuk minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi badan.
3) Wholeday Fasting
Berpuasa selama 24 jam. Hanya boleh diamalkan oleh mereka yang dah biasa buat IF tegar dan biasa berpuasa tempoh yng panjang. Tidak digalakkan bagi mereka yang tidak biasa IF atau baru berjinak-jinak dengan IF.
4) Alternate Day Fasting
Berpuasa satu hari, dan berbuka satu hari seperti puasa Nabi Daud a.s. Dan semasa hari berbuka, hanya boleh mengambil makanan sebanyak had 500-600 kalori sahaja sehari.
5) Skipping Meal Fasting
Puasa langkau waktu makan, iaitu dengan cara mengurangkan kekerapan waktu makan. Contohnya, kebiasaannya makan 5 kali sehari, tapi dengan kaedah IF yang ini kita perlu 'skip' beberapa waktu makan, mungkin makan 2 @ 3 kali sahaja sehari.
6) Choose Your Day Fasting
Berpuasa pada hari-hari tertentu mengikut citarasa sendiri. Contohnya berpuasa Isnin dan Khamis sahaja. Atau berpuasa Ahad hingga Rabu, hari lainnya makan seperti biasa.
7) 5:2 Fasting
Makan 5 hari seminggu dengan pengambilan 500-600 kalori sehari dan berpuasa 2 hari.
Jadi, di antara 7 kaedah Intermittent Fasting (IF) ini, pilihlah kaedah IF mana yang sesuai dengan kemampuan badan masing-masing ya.
GOLONGAN YANG TIDAK DIGALAKKAN INTERMITTENT FASTING
Walaupun Intermittent Fasting (IF) ini merupakan salah satu kaedah diet paling berkesan, namun bagi sesetengah golongan tidak digalakkan untuk mengamalkan IF.
|
Beberapa golongan yang tidak digalakkan untuk melakukan Intermittent Fasting |
Terdapat beberapa golongan yang tidak digalakkan untuk mengamalkan Intermittent Fasting seperti:
• Wanita hamil.
• Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, sakit kronik, paru-paru, dan masalah gangguan saluran pencernaan.
• Mereka yang sedang mengikuti jadual pengambilan ubat atau rawatan dariapda doktor/pakar.
Jadi, mereka yang tergolong dalam kategori ini diharap tidak ambil mudah untuk tetap melakukan IF ya. Utamakan kesihatan. Jika perlu, rujuk doktor atau pakar terlebih dahulu.
KEPENTINGAN PEMAKANAN DAN PENGAMBILAN KALORI YANG BETUL
Apa yang penting bagi memulakan Interminttent Fasting (IF) ini, kita perlu melatih diri kita untuk melakukan rutin baru sehingga ianya lama kelamaan menjadi kebiasaan. Pastikan kita mulakan IF berperingkat perlahan-lahan supaya badan tidak 'terkejut' yang boleh memudaratkan kesihatan. Pilihlah kaedah IF yang sesuai dengan kemampuan diri kita.
|
Contoh pengambilan makanan untuk IF 12 jam, 16 jam dan 18 jam. |
Pemilihan makanan yang tepat semasa berbuka juga memainkan peranan penting untuk menjayakan Intermittent Fasting (IF). Kita perlu memastikan jumlah pengambilan kalori terjaga di samping badan mendapat nutrien secukupnya, serta kita merasa kenyang dan bertenaga lebih lama dalam tempoh berpuasa.
|
Kiraan pengambilan kalori dalam pemakanan seharian boleh dikira menggunakan aplikasi ini ya. |
|
Untuk memudahkan kiraan tempoh waktu IF, saya boleh cadangkan anda untuk install aplikasi ini. |
Semasa dalam tempoh diet Intermittent Fasting yang saya amalkan beberapa bulan lepas, selain pemakanan harian biasa, saya juga mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee juga untuk membantu badan lebih bertenaga dengan pengambilan kalori secukupnya.
|
Comtoh pelan hidangan puasa 12:12 bagi pengambilan Suplemen Shaklee |
Antara suplemen Shaklee yang saya amalkan adalah 'protein shake' seperti ESP, Cinch Shake dan Life Shake untuk membekalkan tenaga berpanjangan.
|
Protein Shake shaklee rendah Indeks Glisemik menjadikan kita kenyang lebih lama dan tenaga berpanjangan. |
Selain itu, saya juga ada mengambil vitamin set Detox shaklee seperti Omega Guard, Lecithin, Herblax dan Alfalfa Complex.
Lecithin merupakan vitamin larut lemak yang bertindak memecahkan lemak dan kolesterol badan, serta mengurangkan sembelit dan meleraikan toksin dalam usus.
Sementara Omega Guard pula bertindak aktif dalam pembakaran lemak badan dan menghalang penghasilan lemak baru dalam badan.
|
Omega Guard dan Lecithin berfungsi memecahkan, membakar dan menghalang penghasilan lemak dalam badan. |
Pengambilan 2 vitamin detox usus iaitu Alfalfa Complex dan Herblax sangat membantu pembersihan najis dengan merangsang fungsi usus (melembutkan najis) dan mempercepatkan proses pembersihan usus. Dua vitamin ini juga amat membantu dalam usaha mengatasi masalah sembelit dan mengempiskan perut juga.
|
Alfalfa Complex dan Herblax membantu detox organ usus. |
Oh ya, sebelum anda memulakan diet Interminttent Fasting (IF) ini, jangan lupa untuk mengambil ukuran lilit badan terlebih dahulu ya supaya anda boleh lihat perubahan sebelum dan selepas IF. Catat rekod ukur lilit badan anda di bahagian lengan, dada, pinggang, peha dan pinggul sebelum IF serta rekod juga perubahan setiap minggu selepas memulakan IF.
Selamat mencuba!
Bagi anda yang ingin memulakan diet Intermittent Fasting dan perlukan bantuan lanjut, boleh terus
hubungi saya.
Terima kasih kerana sudi singgah ke entri saya. Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu anda.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock
Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.
No comments:
Post a Comment