9 SEBAB KENAPA KOMUNITI SHAKLEE TERSANGATLAH BEST.
Berada dalam komuniti SHAKLEE sesungguhnya sangatlah best. Tahun 2023 ini merupakan tahun ke-5 saya bersama Shaklee. Walaupun rasanya masih baru dalam Shaklee ini, tapi keseronokan dan ikatan ukhwah terasa sangat rapat. Bukan hanya dalam komuniti bisnes, tapi ukhwahnya itu ibarat satu keluarga.
Ye ke best? Best atau sangat best? Jom kita tengok.
|
Sebahagian kecil team kami. |
1. UKHWAH YANG IKHLAS
Dalam Shaklee, walaupun masing-masing mempunyai latarbelakang berbeza, namun ikatan ukhwah ikhlas tidsk mengenal siapa, ibarat satu keluarga.
Ada di kalangan kami yang surirumah, berbisnes sendiri (founder), mahupun bekerjaya hebat seperti pensyarah, doktor, anggota seragam, ahli korporat dan sebagainya. Namun, masing-masing sentiasa berkongsi, saling menyantuni dan hormat dengan adab dan budi bahasa. Dengan itu, antara kami tiada yang rasa jurang yang berbeza.
Bagi surirumah khususnya, suasana begini sangat diperlukan apatah lagi surirumah sentiasa mengadap kerja rumah dan hanya anak-anak serta suami sahaja tanpa kawan-kawan. Ukhwah saling kebersamaan dapat memberi keyakinan dan membentuk pemikiran positif dalam diri surirumah.
2. SALING SUPPORT
Walaupun kami menjalankan bisnes yang sama iaitu Shaklee, tetapi masing-masing saling menyokong aktiviti bisnes sesama sendiri. Setiap dari kami tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan tips bisnes, dengan harapan agar semua ahli team dapat meriah kejayaan bersama-sama tanpa ada rasa dengki. Leaders mahupun yang bertaraf master sekalipun sangat supportive sentiasa memberi tips dan ilmu bisnes kepada newbies yang masih baru agar semua dapat merasa pencapaian yang mereka telah rasai.
3. CIRCLE YANG POSITIF
Komuniti Shaklee tersangat best kerana suasana yang meriah dan dikelilingi mereka yang sangat positif, saling memberi dan menerima. Dalam bisnes, ada 'up and down'. Di saat bisnes jatuh atau perasaan down melanda, ahli team yang lain akan sama-sama support memberi motivasi dan kata-kata semangat untuk bangkit kembali serta saling mendoakan kejayaan bersama.
4. ILMU MARKETING
Dalam bisnes Shaklee, kami amat digalakkan untuk menerapkan aspek 'marketing langit' iaitu utamakan urusniaga dengan Allah terlebih sebelum urusniaga dengan manusia. Percaya dengan konsep rezeki datang dari Allah menjadikan berbisnes mengharap kebergantungan sepenuhnya 100% kepada Allah. Para leaders selalu berkongsi tips dan doa bagaimana untuk sentiasa bergantung harap pada Allah dalam aktiviti bisnes dan juga aktiviti seharian.
Nak berjaya, kejarlah akhirat. Nescaya seluruh dunia akan mengejar kita.
Selain ilmu marketing langit, para masters dan leaders juga sentiasa berkongsi ilmu marketing tanpa mengira. Tiada istilah jika kongsi ilmu kita akan rugi. Malah apabila semakin kita berkongsi ilmu, semakin murah rezeki kita.
"The more you give, the more you get back".
Dan kebanyakan kelas ilmu marketing yang dikongsikan adalah percuma tanpa bayaran tau.
Orang lain kat luar sana bayar sampai ribu riban untuk dapatkan ilmu marketing, tapi berneza dengan bisnes Shaklee. Sana sini boleh dapat ilmu asalkan rajin untuk aplikasikan sahaja.
5. ILMU NUTRISI
Dalam bisnes Shaklee, kami bukan hanya dapat ilmu bisnes semata-mata. Malah kami juga didedahkan dengan ilmu kesihatan dan juga ilmu nutrisi. Dan ilmu-ilmu ini disampaikan oleh pakar yang bertauliah, bukan sekadar ilmu dapat dari carian google tau. Shaklee memang ada pakar nutrisi khas yang sentiasa adakan kelas dan sesi untuk berkongsi info nutrisi, kesihatan dan juga bagaimana prosuk shaklee menepati nutrisi basan kita. Selain itu, info berkaitan kesihatan juga diperolehi daripada pakar seperti doktor dan saintis yang berkaitan dengan bidang tersebut.
Sejak berkecimpung dalam bisnes Shaklee ini, banyak ilmu tentang kesihatan diri dan nutrisi badan yang saya timba, yang sebelum ini saya tak pernah tahu pun. Jadi, saya rasa lebih hargai nilai kesihatan yang baik untuk diri saya dan juga keluarga. Terus jatuh cinta dan sayang dengan Shaklee.
6. TRAVEL BERSAMA-SAMA
Melalui bisnes Shaklee, semua berpeluang untuk merasai tajaan pakej percutian 5 bintang ke luar negara serta lokasi yang menarik. Company Shaklee juga ada menawarkan pakej umrah. Travel bersama-sama ini melalui tajaan company mahupun trip persendirian yang dirancang bersama team lebih mengujakan apabila dapat berkongsi momen detik menyeronokkan bersama mereka yang kita jatuh bangun bersama.
7. TAMBAH KENALAN BARU
Komuniti Shaklee ini sangat besar dan banyak team. Selain berada dalam sekeliling kumpulan yang sama, banyak juga aktiviti berkolaborasi dengan team lain. Perkenalan dengan ahli kumpulan lain banyak bantu upgrade pemikiran, gaya hidup dan ilmu. Jalinan ukhwah walaupun dengan berbeza kumpulan dalam komuniti Shaklee ini memang betul-betul lain dari yang lain. Rasa seperti sudah lama kenal meskipun masih baru berkenalan.
8. INSENTIF MENARIK
Dalam Shaklee sentiasa ada ganjaran (reward) yang menarik tanpa perlu mengeluarkan modal. Contohnya Projek Blog Mega 1.0 yang lepas, pihak penaja menawarkan hadiah yang cukup lumayan untuk setiap peserta tanpa perlu apa-apa bayaran pun untuk menyertai projek tersebut.
Selain itu, aktiviti dalam team kami (di bawah team master iReach dan OSF) juga seringkali leaders beri insentif dan hadiah seperti luckydraw dan reward.
9. SOKONGAN COMPANY
Pihak company Shaklee tersangatlah supportive, sentiasa memberi sokongan dan galakan agar para pengedar dapat capai impian masing-masing. Selain daripada reward dari team, pihak pengurusan company Shaklee juga sentiasa memberi ganjaran, insentif dan juga menawarkan pelbagai promosi jualan bagi memudahkan para pengedar.
Reward dan insentif ini disampaikan dalam satu majlis yang gemilang dan meriah ibarat berada dalam satu majlis korporat. Salah satunya adalah event tahunan Bussiness Leaders National Conference (BLNC). Dalam event ini, kami dijamu dengan makanan yang sedap, dapat gift yang sangat menarik, dan dapat berjumpa dengan rakan-rakan pengedar Shaklee yang lain ibarat reunion yang sangat meriah.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan berada dalam komuniti Shaklee yang tak terucap dengan kata-kata. Nak tahu lebih detail, saya nak jemput semua jom sama-sama kita berada dalam komuniti Shaklee ini dan rasai bagaimana bestnya berada di kalangan mereka yang super duper positif. Suasana yang merubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik.
Boleh hubungi saya tau. Jom kita sembang dan kongsi cerita kejayaan bersama-sama.
Hubungi saya,
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock
No comments:
Post a Comment