June 2023 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: June 2023
Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu / Kuala Nerus

Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu / Kuala Nerus

 Assalamualaikum dan salam ceria para pengunjung blog kak Imah.


Bagi yang belum mengenali, saya Siti Rahimah juga dikenali dengan panggilan Kak Imah, merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu sejak tahun 2018. 


Bagi anda yang berada di kawasan sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang memerlukan suplemen dan khidmat nasihat tentang pemakanan tambahan boleh terus hubungi saya. Kak Imah menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery (COD) bagi kawasan berdekatan dan juga pengeposan bagi anda yang berada di luar kawasan. 


Untuk lebih penjimatan, kak Imah sangat sarankan anda untuk berdaftar sebagai Ahli Shaklee dan nikmati banyak kelebihan dengan Shaklee. Ahli Shaklee akan mempunyai akses terus ke laman web Shaklee di mana banyak maklumat tentang produk dan info kesihatan boleh diperoleh. 


Sebagai ahli Shaklee, anda juga akan sentiasa diguide  bersama group support khas yang disediakan spesial untuk ahli Shaklee, serta akan turut mempunyai kelebihan untuk mendapatkan tips kesihatan daripada pakar nutrisi Shaklee juga. 


Kak Imah juga merupakan Business Leader Shaklee yang sah. Sejak berbisnes Shaklee, Alhamdulillah kak Imah sentiasa mendapat duit pendapatan terus dari Shaklee setiap bulan tanpa gagal.


Dan untuk makluman para pembaca, setiap ahli Shaklee yang menjalankan bisnes Shaklee berpeluang untuk mendapat 3C iaitu Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Trip daripada pihak Shaklee. Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai 3C ini, anda boleh berhubung dengan kak Imah ya. 


Dan sekiranya anda para pembaca sedang mencari peluang untuk mendapat pendapatan tambahan, kak Imah sangat mengalukan anda untuk join Kak Imah segera.  Anda boleh terus hubungi kak Imah 011-56241909 ya. Kak Imah bersedia untuk guide anda cara untuk menjana pendapatan dari bisnes Shaklee setiap bulan. 


Bagi anda yang berada di sekitar Kuala Terengganu serta Kuala Nerus, dan ingin bersua muka dengan kak Imah untuk mendapatkan produk Shaklee mahupun untuk memulakan bisnes Shaklee, jangan segan silu klik link di bawah ya untuk kita berjanji temu. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Pengalaman Peritnya Alahan Teruk Semasa Hamil: Apa Perlu Buat

Pengalaman Peritnya Alahan Teruk Semasa Hamil: Apa Perlu Buat

ALAHAN TERUK MASA HAMIL TAPI BADAN TETAP CERGAS 


Assalamualaikum dan salam ceria. Terima kasih kerana sudi membaca coretan kak Imah. Entri kali ini kak Imah nak bercerita sedikit tentang pengalaman kak Imah alami alahan teruk semasa hamil tapi badan tetap cergas.


Teringat semasa mengandungkan anak ketiga 2 tahun lepas. Perit betul alahan ketika itu hampir 8 bulan alami alahan.


Mengandungkan si kakak-kakaknya sebelum itu masuk 4-5 bulan dah kembali normal dah hilang alahan. Tapi giliran mengandungkan si adik ketiga ni sampaikan 7-8 bulan masih lagi terasa alahan tu. 


Alahan bau yang teruk, tak boleh makan nasi putih walau sesuap pun, ayam pun tak boleh telan. Berat badan turun mendadak. 


Memang perit betul. Paling teruk siap warded hospital masuk air sebab kurang air dalam badan. Tapi nurse Klinik Kesihatan yang mengiringi semasa dalam ambulans masa tu rasa pelik sebab badan kak Imah nampak sihat segar je, macam normal tak sakit, sembang kencang masa kat klinik dan dalam ambulans. Tapi sebab result air kencing tak cantik. Terus pecut naik ambulan ke hospital.


Mujur masa tu dah kenal Shaklee dah. Vitamin untuk ibu hamil 1 set lengkap wajib ambil tiap hari. 


Dan salah satu vitamin yang paling membantu semasa alahan tu adalah Hero Kiddo. Sejenis vitamin dalam bentuk gummies yang kaya dengan  ekstrak vitamin C, vitamin D, Zink dan Elderberry. 





Masa alahan tu, tekak selalu mual. Hero Kiddo ni memang wajib kak Imah bawa ke mana-mana. Ketika tengah mual, saya kemam dan kunyah Hero Kiddo. Kurang sikit rasa nak muntah. Lagi pula Hero Kiddo ini rasa sangat sedap, malahan anak-anak kak Imah pun menggemari vitamin Hero Kiddo ni. 


Dan satu lagi best, semasa sepanjang kehamilan tu kak Imah tak ada masalah sembelit. Salah satu sebabnya Hero Kiddo ni bantu pelawasan juga, selain pil kalsium Ostenutrix yang bantu melembutkan najis. Jadi, semasa hamil saya tiada isu 'berkampung' di tandas sebab sembelit. 



Alhamdulillah suplemen set hamil  Shaklee banyak bantu bagi tenaga dan cukupkan nutrien bayi sepanjang kehamilan. 


Dan memudahkan proses bersalin juga. Memudahkan bukaan jalan ketika bersalin. Ketika dalam labor room hendak bersalin, sekejap je teran terus keluar puteri ketiga ini. Awalnya doktor anggarkan jam 10.30 malam bersalin sebab bukaan baru 4-5cm. Tapi, tak dijangka jam 8.30 malam dah bukaan penuh rasa nak teran dengan nurse dan doktor sorang pun tiada kat bilik (sebab mereka dah set 10.30 malam baru dijangka bukaan penuh, jadi mereka berkejar fokus kat bilik bersalin yang lain).


Mujur tiba-tiba ada sorang doktor masuk bilik untuk tengok rekod pada laptop, terus kak Imah cakap tak tahan dah nak teran. Rupanya kepala bayi dah kat hujung nampak rambut dah. Terus kelam kabut nurse dan doktor. Siap nurse bebel kenapa tak jerit panggil staf, kelakar betul bila ingat kembali.


Alhamdulillah, syukur ditemukan dengan suplemen best Shaklee ni. Sangat membantu kehamilan dan juga sepanjang penyusuan selepas bersalin. Sehingga sekarang kak Imah masih setia dengan suplemen Shaklee kerana badan rasa lebih sihat lepas amalkan suplemen Shaklee. 


Dan suka juga untuk kak Imah kongsikan pengalaman dan testimoni Shaklee ini kepada pembaca sekalian. Moga- moga sedikit sebanyak dapat membantu dapat manfaat bagi pembaca yang sedang mengalami alahan ketika hamil. 


Sekiranya ada di kalangan pembaca yang mengalami alahan dan sedang mencari suplemen untuk atasi alahan, boleh hubungi kak Imah ye. InshaAllah kak Imah bantu selagi terdaya. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Vita-Lize : Multivitamin Shaklee Berwajah Baharu

Vita-Lize : Multivitamin Shaklee Berwajah Baharu

Multivitamin Shaklee kini berwajah baru. Bakal memasuki pasaran pada Jun 2023. 

Vita-Lize berwajah baru bakal memasuki pasaran Malaysia Jun 2023. 


Jika sebelum ini, multivitamin Shaklee ni dikenali dengan nama Vitalea, identiti barunya bakal diganti dengan nama baharu Vita-Lize seiring dengan penambahbaikan bahan dalam kandungannya.


Tahukah anda, Vita-Lize ini merupakan multivitamin tertua di dunia seusia satu abad dan dihasilkan oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1915. Semasa awal kewujudannya dikenali dengan nama Vitalized Mineral. Dan daripada singkatan "Vitalized Mineral" inilah yang terhasilnya perkataan "Vitamin". 


Multivitamin pertama dunia Vitalized Mineral kini berwajah baru dengan nama Vita-Lize


Seiring dengan inovasi dan kajian demi kajian, sentiasa ada penambahbaikan dalam penghasilan multivitamin ini. Daripada namanya Vitalized Mineral, dinaiktaraf menjadi vitalea dan kini dengan formulasi baru ianya bakal dikenali dengan nama Vita-Lize. 












 

Hidup Ini Satu Ujian

Hidup Ini Satu Ujian

Hidup ini tidak selalunya indah. Akan ada masanya kita akan ditimpa masalah yang bertimpa-timpa. Ketika ditimpa masalah dan rasa down, kita perlukan kata-kata motivasi yang boleh menaikkan kembali semangat hidup. 


Hidup ini adalah ujian. Sebaik mana pun diri kita, kita tetap akan diuji. 

Ujian hidup kita tidak sama dengan orang lain.


Kita mungkin tidak diuji dengan soal harta, kita punyai harta yang makan 7 keturunan tak habis. Tapi dalam masa yang sama mungkin kita diuji dengan soal pasangan.  


Kita mungkin punyai keluarga bahagia, anak-anak cantik sihat, suami penyayang. Namun, mungkin kita akan diuji dengan ibu ayah yang sedang sakit atau soal masalah mertua ipai duai. 


Jika kita tidak diuji dengan soal keluarga, ibu bapa, mertua atau ipar duai, mungkin juga Allah datangkan ujian dengan pekerjaan atau perniagaan. 


Mungkin kita tidak diuji dengan soal pekerjaan,  dan perniagaan kita sentiasa maju, tapi Allah hadirkan ujian kesihatan untuk kita.


Jika kita tidak diuji dengan soal kesihatan, maka mungkin juga kita diuji dengan iman. 


Dan bermohonlah pada Allah moga-moga kita sentiasa diteguhkan iman, dan tidak dibolakbalikkan hati kita dari pandangan Allah. Kerana dengan iman yang kuat, InshaAllah segala ujian yang Allah hadirkan dapat kita jalani dengan tenang. 


Adakah ujian tanda Allah murka atau tidak sayangkan kita?


Pelbagai lagi situasi ujian yang Allah hadirkan. Namun percayalah di sebalik setiap ujian, Allah akan hadirkan hikmah yang cantik kejadiannya di hujung ujian. 


Setiap ujian yang Allah hadirkan untuk kita itu sebenarnya mematangkan kita. Dan mungkin juga melalui ujian yang kita hadapi itu satu jalan yang Allah sediakan untuk mengangkat darjat kita di SisiNya. 


Apa yang penting, kita lalui setiap ujian dengan husnuzon bersangka baik dengan takdir Allah, sabar dan sentiasa tenang. 


Janganlah kita jadikan ujian itu sebagai jarak untuk kita jauh dari Allah. Tapi jadikanlah ujian sebagai tali penguat pengikat kita dengan Yang Maha Esa.


Dan ingatlah, dunia ini merupakan satu tempat ujian bukan tujuan. Sepertimana kita belajar di sekolah, perlu lalui ujian dan peperiksaan untuk lulus ke next level. 


Begitu jugalah ujian hidup yang Allah aturkan untuk kita lalui ini juga cara untuk Allah ganjarkan nikmat next level (mungkin syurga ganjarannya) bagi yang berjaya lulus ujianNya. 


SesungguhNya Allah Maha Mengatur dan Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. 


NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com