Pengalaman Peritnya Alahan Teruk Semasa Hamil: Apa Perlu Buat - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Pengalaman Peritnya Alahan Teruk Semasa Hamil: Apa Perlu Buat

14 June 2023

Pengalaman Peritnya Alahan Teruk Semasa Hamil: Apa Perlu Buat

ALAHAN TERUK MASA HAMIL TAPI BADAN TETAP CERGAS 


Assalamualaikum dan salam ceria. Terima kasih kerana sudi membaca coretan kak Imah. Entri kali ini kak Imah nak bercerita sedikit tentang pengalaman kak Imah alami alahan teruk semasa hamil tapi badan tetap cergas.


Teringat semasa mengandungkan anak ketiga 2 tahun lepas. Perit betul alahan ketika itu hampir 8 bulan alami alahan.


Mengandungkan si kakak-kakaknya sebelum itu masuk 4-5 bulan dah kembali normal dah hilang alahan. Tapi giliran mengandungkan si adik ketiga ni sampaikan 7-8 bulan masih lagi terasa alahan tu. 


Alahan bau yang teruk, tak boleh makan nasi putih walau sesuap pun, ayam pun tak boleh telan. Berat badan turun mendadak. 


Memang perit betul. Paling teruk siap warded hospital masuk air sebab kurang air dalam badan. Tapi nurse Klinik Kesihatan yang mengiringi semasa dalam ambulans masa tu rasa pelik sebab badan kak Imah nampak sihat segar je, macam normal tak sakit, sembang kencang masa kat klinik dan dalam ambulans. Tapi sebab result air kencing tak cantik. Terus pecut naik ambulan ke hospital.


Mujur masa tu dah kenal Shaklee dah. Vitamin untuk ibu hamil 1 set lengkap wajib ambil tiap hari. 


Dan salah satu vitamin yang paling membantu semasa alahan tu adalah Hero Kiddo. Sejenis vitamin dalam bentuk gummies yang kaya dengan  ekstrak vitamin C, vitamin D, Zink dan Elderberry. 





Masa alahan tu, tekak selalu mual. Hero Kiddo ni memang wajib kak Imah bawa ke mana-mana. Ketika tengah mual, saya kemam dan kunyah Hero Kiddo. Kurang sikit rasa nak muntah. Lagi pula Hero Kiddo ini rasa sangat sedap, malahan anak-anak kak Imah pun menggemari vitamin Hero Kiddo ni. 


Dan satu lagi best, semasa sepanjang kehamilan tu kak Imah tak ada masalah sembelit. Salah satu sebabnya Hero Kiddo ni bantu pelawasan juga, selain pil kalsium Ostenutrix yang bantu melembutkan najis. Jadi, semasa hamil saya tiada isu 'berkampung' di tandas sebab sembelit. 



Alhamdulillah suplemen set hamil  Shaklee banyak bantu bagi tenaga dan cukupkan nutrien bayi sepanjang kehamilan. 


Dan memudahkan proses bersalin juga. Memudahkan bukaan jalan ketika bersalin. Ketika dalam labor room hendak bersalin, sekejap je teran terus keluar puteri ketiga ini. Awalnya doktor anggarkan jam 10.30 malam bersalin sebab bukaan baru 4-5cm. Tapi, tak dijangka jam 8.30 malam dah bukaan penuh rasa nak teran dengan nurse dan doktor sorang pun tiada kat bilik (sebab mereka dah set 10.30 malam baru dijangka bukaan penuh, jadi mereka berkejar fokus kat bilik bersalin yang lain).


Mujur tiba-tiba ada sorang doktor masuk bilik untuk tengok rekod pada laptop, terus kak Imah cakap tak tahan dah nak teran. Rupanya kepala bayi dah kat hujung nampak rambut dah. Terus kelam kabut nurse dan doktor. Siap nurse bebel kenapa tak jerit panggil staf, kelakar betul bila ingat kembali.


Alhamdulillah, syukur ditemukan dengan suplemen best Shaklee ni. Sangat membantu kehamilan dan juga sepanjang penyusuan selepas bersalin. Sehingga sekarang kak Imah masih setia dengan suplemen Shaklee kerana badan rasa lebih sihat lepas amalkan suplemen Shaklee. 


Dan suka juga untuk kak Imah kongsikan pengalaman dan testimoni Shaklee ini kepada pembaca sekalian. Moga- moga sedikit sebanyak dapat membantu dapat manfaat bagi pembaca yang sedang mengalami alahan ketika hamil. 


Sekiranya ada di kalangan pembaca yang mengalami alahan dan sedang mencari suplemen untuk atasi alahan, boleh hubungi kak Imah ye. InshaAllah kak Imah bantu selagi terdaya. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock




PENAFIAN: 

Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


 







1 comment:

  1. Vitamin shaklee memang terbaik. Terima kasih perkongsian sahabat

    ReplyDelete

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com