Bercerita tentang Ramadhan, entri kali ini saya nak kongsi sedikit pengalaman saya berpuasa dengan Set Puasa Shaklee.
Set Puasa Shaklee
Berpuasa dengan Set Puasa Shaklee sangat best sebab ianya sangat membantu memudahkan perjalanan puasa dan ibadah sepanjang Ramadhan.
Set Puasa Shaklee terdiri daripada 3 minuman tenaga ini iaitu Performance Drink, ESP dan Cinch Shake.
Sahur dengan ESP
Bersahur dengan ESP Shaklee sangat best. Saya pernah merasa dua keadaan berpuasa dengan ESP Shaklee iaitu ketika hamil dan juga puasa normal biasa.
Selalunya ketika bersahur saya wajibkan ambil ESP. Ketika berpuasa normal biasa, saya bersahur hanya dengan ESP yang dipelbagaikan. Istimewanya ESP ni, kita boleh pelbagaikan penyediaannya. Untuk bersahur biasanya saya akan bancuh campur bahan-bahan lain juga seperti buah-buahan dan susu segar. Bancuhan ESP bersama buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai smoothies, lebih sedap dan menyelerakan. Selain itu, ESP juga boleh disediakan dengan cara dicampur ke dalam Overnight Oat. Cara ini menjadikan hidangan sahur lebih mengenyangkan.
Penyediaan menu ESP ketika sahur yang sangat mudah dan menjimatkan masa memudahkan para ibu. Sekiranya terlajak tidur dan bangun di hujung-hujung waktu sahur pun masih sempat untuk bersahur dengan ESP. Tempoh penyediaannya 5 minit pun sudah mencukupi untuk bersahur.
Manakala berpuasa semasa hamil pula amatlah mencabar kerana perasaan risau akan keadaan diri dan juga bayi dalam kandungan. Kadang-kadang menjelang tengahari perut sudah mula rasa lapar. Ketika hamil, saya masih wajibkan bersahur dengan ESP tapi perlu juga ambil makanan asas lain serta vitamin tambahan untuk mencukupkan keperluan bayi dalam kandungan.
Memang banyak perbezaan berpuasa dahulu (sebelum kenal Shaklee) dan selepas amalkan sahur dengan ESP Shaklee. Badan lebih bertenaga, tiada masalah mengantuk dan rasa kenyang lebih lama hingga ke petang. Berbanding sewaktu bersahur dengan makanan berat (kebiasaanya nasi) tanpa ESP, menjelang tengahari perut mulai lapar, mata cepat mengantuk dan badan mula lesu. Ingin cepat-cepat berbuka kan.
KENAPA ESP BAGUS DIAMBIL KETIKA BERSAHUR?
ESP mempunyai indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39 sahaja. Indeks Glisemik berfungsi mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat akan meningkatkan paras gula dalam darah selepas kita makan makanan tersebut.
G.I. yang rendah ini menjadikan gula dalam darah kita tidak meningkat secara mendadak dan memberi rasa kenyang yang lebih lama. Tenaga dilepaskan secara perlahan-lahan menjadikan badan lebih bertenaga sepanjang hari.
Berbanding apabila kita makan nasi (iaitu G.I. tinggi), kita akan cepat rasa kenyang dan cepat juga untuk rasa lapar kemudiannya kerana gula daripada nasi meningkat dengan cepat dalam badan memyebabkan kita cepat rasa lapar.
Oleh itu untuk waktu sahur adalah lebih baik ambil makanan yang rendah G.I. seperti ESP.
ESP paling juga mudah diserap dalam badan dan mendapat skor tertinggi PDCAAS (Protein Digestibilty Corrected Amino Acid Score) iaitu 1.0.
ESP tinggi dengan kalsium dan 5 jenis vitamin B. ESP tidak mengandungi trans-fatty acid dan kolesterol.
Iftar dengan Performance Drink
Berbuka puasa merupakan saat yang dinantikan selepas seharian berpuasa kan. Selalunya kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan, lauk pauk serta kuih ketika berpuasa.
Untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik dan cepat kurus ketika berpuasa, seeloknya amalkan pemakanan sederhana dan seimbang mengikut konsep "Suku-Suku-Separuh".
Dan setelah seharian tanpa makanan dan minuman, seeloknya ambil juga minuman Performance Drink untuk menghilangkan dahaga dan memastikan badan kita kekal terhidrat.
Performance Drink ada 2 perisa iaitu Oren dan Lemon-Lime
Semasa pelancaran Performance Drink perisa Lemon-Lime dahulu, saya telah diperkenalkan dengan menu baru untuk berbuka puasa dengan minuman yang sedap dan dapat hidangkan dahaga selepas berpuasa sepanjang hari. Pertama kali saya sediakan menu minuman sebegini. Rupanya rasa dia sangatlah sedap dan menghilangkan dahaga.
Bancuhan Performance Drink, dicampurkan dengan serai, daun pudina, lemon dan asam boi. Disimpan sejuk sebelum berbuka, rasanya tersangatlah sedap.
Sejak itu setiap kali puasa Ramadhan, menu Performance Drink menjadi kewajipan di atas meja tiap kali berbuka.
APA YANG BESTNYA PERFORMANCE DRINK KETIKA BERBUKA?
Performance Drink mengandungi optilyte (campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat) yang mampu memberikan hidrasi kepada badan kita dengan cepat dan memberikan tenaga segera. Ketika dehidrasi, badan kita bukan hanya perlukan air semata-mata tapi juga perlukan garam dan elektrolit. Performance Drink mengandungi elektrolit yang mampu mengekalkan bendalir badan dan mengelakkan hidrasi (kurang air dalam badan).
Ketika puasa juga sesetengah otot kita mudah cramp disebabkan kekurangan mineral dalam badan. Pengambilan minuman Performance Drink yang kaya dengan 6 jenis elektrolit yang penting termasuk kalsium dan magnesium, mencukupkan mineral dalam badan seterusnya mengelakkan kekejangan otot badan.
Performance Drink tiada gula tambahan menjadikan ianya minuman yang lebih sihat.
Minum air manis yang bergula putih ketika berbuka ditambah pula dengan makan nasi yang banyak beserta kuih manis-manis biasanya akan menyebabkan kita cepat rasa mengantuk selepas berbuka. Dan ini menyukarkan untuk solat terawih. Terasa liat betul nak habiskan solat terawih penuh kan.
Sebaliknya lebih baik digantikan air manis tersebut dengan minuman Performance Drink yang sedap dan memberi tenaga tanpa menyebabkan mengantuk.
Moreh dengan Cinch Shake
Selepas terawih kebiasaannya perut kita mulai kembali rasa lapar. Hendak ambil makanan berat sudah lewat untuk rehat tidur dan boleh meningkatkan kalori badan. Lagi pula ambil makanan berat yang terlalu mengenyangkan boleh menyebabkan kita badan cepat letih dan sukar untuk bangun mengerjakan solat malam serta bersahur.
Pengambilan Cinch Shake ketika moreh amatlah digalakkan.
Cinch Shake didatangkan dengan 3 perisa iaitu Coklat, Vanila dan Cafe Latte yang sedap. |
KELEBIHAN CINCH SHAKE DIAMBIL KETIKA MOREH (LEPAS TERAWIH).
Cinch Shake merupakan meal replacement yang mengenyangkan ketika sedang kelaparan yang melampau tanpa meningkatkan kalori badan.
Cinch Shake mengandungi protein, dan vitamin yang diperlukan badan. Cinch Shake bukan sahaja kaya dengan sumber protein (yang memberikan rasa kenyang lebih lama), malah ia juga mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5, B7, B9, B12, Vitamin C, D3, Vitamin E, Kalsium, Zat besi, Fosforus, Magnesium, Zink, Selenium, Tembaga, Mangan, Natrium, dan Kalium. Jadi, Cinch Shake membantu kita melengkapkan nutrisi badan semasa kita berpuasa.
Cinch Shake juga mempunyai Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah. Ia memberi rasa kenyang yang lebih lama. Jadi elok diambil ketika moreh sebagai pengganti kepada makanan berat.
Cinch Shake mengandungi tinggi leucine. Bagi mereka yang sedang dalam fasa untuk mengurangkan berat badan dan nak dapat berat badan ideal, Cinch Shake adalah pilihan terbaik kerana kandungan leucine dalam Cinch Shake membantu percepatkan penurunan berat badan dan membina otot yang lebih tegap tanpa lemak serta meningkatkan metabolisme untuk pembakaran lemak badan.
Pengambilan Cinch Shake ketika puasa memudahkan lagi pembakaran lemak dalam usaha menurunkan berat badan.
Anak-anak berpuasa dengan Mealshake
Menjelang puasa, ibu bapa paling risau bilamana ada anak-anak yang mula belajar berpuasa kan. Samalah dengan saya, sebagai seorang ibu yang mempunyai anak yang sedang belajar berpuasa, saya amat menitikberatkan apa menu bersahur yang terbaik untuk anak agar nutrisi badan anak mencukupi.
Adalah menjadi perkara biasa dalam beberapa hari pertama puasa menjadi kesukaran bagi anak-anak yang pertama kali berpuasa. Ibu bapa perlu menyediakan sumber pemakanan yang terbaik bagi memudahkan perjalanan puasa si manja. Salah satunya ada minuman Meal Shakes Shaklee.
Meal Shakes ini merupakan salah satu minuman kegemaran anak-anak saya. Semasa berpuasa, saya sentiasa sediakan segelas Meal Shake untuk mereka ketika sahur dan juga segelas ketika berbuka (iftar). Meal Shake mengandungi vitamin dan mineral bagi memastikan anak-anak kenyang lebih lama.
Selain menjadi kewajipan untuk minum Meal Shakes, semasa sahur juga perlu disediakan pemakanan bertenaga tinggi seperti susu dan telur serta tidak lupa sediakan juga buah-buahan dan sayuran sebagai sumber serat.
Semasa berbuka, Meal Shakes juga membantu melegakan perut anak selepas seharian berpuasa dan ia juga dapat menghalang anak-anak daripada makan berlebihan ketika berbuka.
KENAPA MEAL SHAKES DIGALAKKAN AMBIL UNTUK ANAK-ANAK BERPUASA?
Meal Shakes mengandungi sumber yang baik untuk serat, protein, kalsium dan zink untuk pertumbuhan dan perkembangan anak yang sihat.
Meal Shakes membantu mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama.
Meal Shakes mempunyai rasa yang sedap berkrim menarik minat untuk anak-anak lebih bersemangat untuk berpuasa.
Pendek kata, pemakanan ketika bersahur, berbuka dan moreh memainkan peranan yang penting dalam melancarkan perjalanan berpuasa dan beribadah dalam bulan Ramadhan. Pengambilan minuman tambahan seperti ESP, Cinch Shake, Performance Drink dan Meal Shakes menjadikan puasa Ramadhan kita jadi lebih bermakna.
Anda boleh baca lagi artikel berkenaan Set Puasa Shaklee yang dikongsikan ini ya.
Sekiranya anda ada pertanyaan mahupun ingin mencuba Set Puasa Shaklee, boleh taip di ruangan komen atau terus hubungi saya.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock
-----------
PENAFIAN:
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.
No comments:
Post a Comment