Namun, beberapa minggu lepas kak imah mula rasa ngilu pada gigi. Minum air sejuk sikit rasa ngilu. Begitu juga bila minum sedikit panas pun rasa ngilu. Sekejap-sekejap rasa kemudian hilang.
Kak imah pun 'search' la tentang fasa perkembangan bayi pada carian google. Rupanya memang dalam fasa trimester kedua ni (usia janin mula sekitar minggu ke-18 dan ke atas) merupakan tempoh paling aktif pembentukan tulang janin.
Pada trimester kedua ni, tubuh ibu mula giat mengirimkan kalsium kepada janin melalui plasenta untuk membantu tulang janin mengeras, lebih kuat dan lebih panjang. Pemindahan kalsium ini akan berterusan sehingga bayi lahir. Janin perlukan 30gram kalsium setiap hari.
Jadi, ibu perlu ambil kalsium secukupnya.
Dan di fasa trimester kedua ni juga ibu mulai rasa pergerakan (getaran
n) janin dalam kandungan. Janin sudah dapat menggerakkan anggota tubuhnya dan ibu boleh rasa getaran di awal usia 18 minggu.
Patutlah sejak beberapa minggu ni bila tiba waktu malam atau awal pagi, kak imah ada terasa getaran pergerakan dalam kandungan. Alhamdulillah, lega bila dah rasa progress. Dan bermula di fasa trimester kedua ni (seawal 18 minggu) juga jantina bayi dapat dikesan. Wah, tak sabar nak ke klinik buat imbasan jantina bayi. Teruja.
Apabila dah tahu perkembangan janin ini, keperluan untuk ambil kalsium yang secukupnya adalah tersangat penting untuk pertumbuhan janin yang sihat.
Kak imah telah mengamalkan suplemen pil kalsium Ostenutrix Shaklee sejak dari awal kehamilan. Cuma beberapa minggu lepas, mungkin si kecil ni nak bagi 'hint' yang dia tengah nak membentuk tulang agaknya, dia bagi ummi dia ni rasa ngilu gigi sikit. he,he,he.
Tambahan pula si kakaknya pula masih lagi menyusu juga sesekali. Jadi kalsium badan ummi dia ni banyak kongsi dengan susu kakak dan pembentukan tulang adik janin juga.
Jadi, untuk cukupkan kalsium dalam badan, kak imah ambil pil kalsium Ostenutrix secukupnya (1000mg) sehari, di samping minum ESP (juga mengandungi kalsium) selain kalsium dalam sumber makanan harian juga.
Yang bestnya dalam Ostenutrix Shaklee ni bukan hanya ada Kalsium semata, tapi juga mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang optimum dan memastikan tulang dalam yang terbaik.
Alhamdulillah, setakat ni masalah ngilu gigi sudah hilang. Kak imah yakin bekalan kalsium badan kak imah cukup untuk bayi dalam kandungan dan si kakaknya yang menyusu badan juga ni.
Jadi, ibu-ibu hamil yang inginkan perkembangan terbaik untuk bayi dalam kandungan, kak imah sangat cadangkan ambil kalsium Ostenutrix Shaklee, cukup lengkap untuk bekalan kalsium ibu dan pembentukan tulang bayi sekali.
Yang nak cuba, boleh terus contact kak imah tau. https://www.wasap.my/601156241909/Ostenutrix
Saya suka ostenutrix ni..
ReplyDeleteI love OsteNutrix
ReplyDelete