Kita perasan tak selepas raya berat
badan kita naik semula. Sesetengah individu kenaikannya dalam kadar yang
sedikit dan ada yang naik secara mendadak. Rusau kan? Tapi ramai yang sedia
maklum kenaikan berat badan lepas raya disebabkan oleh penerimaan makanan
secara berlebihan jika dibandingkan dengan bulan puasa. Mungkin istilah yang
lebih tepat adalah “balas dendam” setelah 30 hari berpuasa dan ditambah lagi
dengan juadah hari raya yang hanya setahun sekali kita jumpa. Keenakkan
pelbagai menu pasti membuatkan kita semua tidak sanggup untuk menolaknya kan.
Tak salah pun kita nak merasai
pelbagai juada hari raya. Nanti tak rasa macam raya pula kan? Cuma perlulah
kita bersederhana supaya kita dapat maintain berat badan. Jika naik tidaklah
secara mendadak dan kita juga dapat mengatasinya secara mudah dan terkawal. Ada
ke kawan-kawan Imah yang dapat maintain berat badan masa raya? Atau
masing-masing dah rasa baju semakin ketat? Hari ini Imah nak share beberapa
tips untuk turunkan berat badan selepas raya. Jadi kawan-kawan boleh cuba ya.
Ok jom tengok apa Tips Menurunkan
Berat Badan Lepas Raya.
1. Set Mindset
Perkara yang paling
utama sebelum perkara-perkara lain adalah dengan set mindset terlebih dahulu.
Jadi mindset kita adalah mahu turunkan berat badan. Penting untuk kita setkan
mindset untuk pastikan yang kita dapat mengawal pemakanan kita walaupun kita
hanya duduk rumah sahaja. Jika kita tidak setkan mindset dengan betul kita akan
mudah tergoda dengan juadah yang terhidang di depan mata. Orang kata jin lapar
mula menguasai diri sehingga lupa ikrar untuk turunkan berat badan. Raya tetap
raya, tapi kita perlu tahu had pemakanan kita. Istilah “Eat Clean” memang agak
mustahil untuk dilakukan dalam suasana dan mood raya lagi. Jadi yang penting
jaga had pemakanan dan juga akal kita supaya kita cepat-cepat sedar akan tujuan
sebenar kita apabila melihat juadah yang enak-enak.
2. Lakukan
senaman walaupun sekejap tapi konsistem
Jika anda nak
kurus jangan anggap bahawa senaman tidak penting. Dengan senamanlah badan kita
dapat merangsang pertumbuhan tisu metabolisma dan mengurangkan berat badan
melalui proses pembakaran lemak yang terkumpul di dalam badan. Jadi lakukanlah
senaman setiap hari walaupun sekejap. Memadai dengan lompat setempat dan lompat
bintang. Tapi untuk hasil yang lebih baik dan cepat dan kalau ada waktu yang
banyak, Imah sarankan supaya lakukan senaman mengangkat beban terlebih dahulu
sepeti bermain dumble dan kemudian diakhiri dengan senaman kardio. Hasilnya
memang sagat memuaskan.
3. Amalkan
pemakanan seimbang
Untuk
menurunkan berat badan dengan mudah, pakar nutrisi dan jurulatih senaman
bersetuju bahawa 80 peratus daripada usaha tersebut adalah mengamalkan cara
pemekanan yang seimbang dan 20 peratus lagi daripada aktiviti senaman. Ini
bermaksud adalah sangat penting untuk kita berhati-hati dengan apa yang kita
makan sehari-hari, kuantiti makanan dan juga bila waktu kita makan. Mengetahui
kalori setiap makanan yang diambil juga sangat membantu kepada proses penurunan
berat badan dengan cepat. Ramai yang diet tetapi tidak mengenali keperluan
kalori seharian masing-masing. Keadaan ini menyebabkan ramai yang cepat
berputus asa kerana menganggap usaha mereka sia-sia sahaja.
4. Amalkan
pengambilan suplemen Shaklee
Ada yang
tanya Imah, kepana perlu ambil suplemen kalau nak kuruskan badan? Cara yang terbukti
untuk menurunkan berat badan adalah dengan memakan makanan yang sihat,
kurangkan kalori, dan juga aktif secara fizikal. Namun untuk anda membuat
perubahan gaya hidup ini memang sangat tidak mudah. Kalau sebelumnya kita makan
dengan tanpa menghiraukan jumlah kalori, bahkan kurang aktiviti senaman atau
mungkin tidak buat langsung, adakah kita rasa perlu untuk mengambil suplemen
sebagai langkah awal untuk membantu proses penurunan berat badan dalam norma
baru gaya hidup kita? jadi cuba tanya diri sendiri.
Imah lebih
arif dengan produk Shaklee untuk turunkan berat badan dengan pengambilan
suplemen seperti Lecithin dan Omega Guard. Jadi sorotan tips keempat ini Imah
akan tekankan untuk produk Shaklee ini sahaja ya.
Sebenarnya
sudah ada bukti sainstifik daripada kajian yang dilakukan oleh para saintis
berkaitan dengan fungsi-fungsi Omega Guard dan Lecithin untuk membantu
menurunkan berat badan. Jadi persoalannya kenapa perlu suplemen untuk turunkan
berat badan?
Tujuan
pengambilan suplemen adalah:
1. Untuk
menampung nutrisi.
Kita akan
kurang makan apabila kita sedang berdiet. Jadi adakah kita yakin cukup nutrisi
kita ambil? Adakah cukup nutrisi yang kita ambil hanya daripada pemakanan
sahaja? Jadi suplemen dapat membantu untuk menampung zat yang tidak terdapat
dalam makanan.
2. Mengelakkan
kesan sampingan.
Tujuan pengambilan suplemen juga adalah untuk mengelakkan
berlakunya kesan sampingan. Ini kerana ketika diet kita alami kesan daripada
diet itu. Kesan ini adalah disebabkan oleh kurangnya nutrisi yang menyebabkan
ia memberi signal kepada kita.
3. Membantu
organ berfungsi dengan efisyen
Penting untuk pastikan organ kita berfungsi dengan baik ketika
kita melakukan diet. Kita perlu ingat, bukan serta merta penyakit itu datang.
Kesan daripada kurang nutrisi pada tubuh badan kita akan menyebabkan pelbagai
penyakit dimasa akan datang
4. Melancarkan
proses penurunan berat badan
Pengambilan kedua-dua suplemen ini dapat melancarkan lagi proses
penurunan berat badan kerana badan kita cukup dengan nutrisi yang diperlukan.
Maka hasilnya lebih cepat. Hal ini kerana, apabila kita dalam fasa diet untuk
turunkan berat badan maka kita akan kurangkan makan. Secara tak langsung dengan
sendirinya akan memperlahankan metabolisma dan melambatkan proses penurunan
berat badan dengan sempurna. Bila ambil suplemen, ia akan berfungsi untuk
meningkatkan metabolism dan sekaligus mengekalkan otot-otot badan daripada
dibakar bersama lemak. Tak adalah badan menjadi menggeleber nanti.
Semoga perkongsian ini bermanfaat
untuk semua dan jika anda ingin mendaopatkan produk Shaklee atau ingin menyetai
Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama bejaya.
SV Siti Rahimah
No Tel: 01156241909
Your Trusted Shaklee Independent
Distributor
No comments:
Post a Comment