Tawaran Insentif Bisnes Paling Best di Malaysia - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Tawaran Insentif Bisnes Paling Best di Malaysia

26 April 2023

Tawaran Insentif Bisnes Paling Best di Malaysia

Alhamdulillah sedar tak sedar rupanya sudah 9 tahun kak Imah jadi pengguna Shaklee. Pada awalnya dulu kenal dengan set detox badan kerana masalah sembelit kemudian diikuti dengan produk ESP semasa dalam tempoh berpantang anak sulung sehinggalah sekarang jadi pengguna tegar Shaklee dan telah menggunakan hampir kesemua produk Shaklee yang ada di pasaran. 


Dah alang-alang menggunakan produk Shaklee dan dapat kesan yang baik untuk kesihatan, kak Imah mula berkongsi kebaikan Shaklee kepada sahabat-sahabat mukabuku (facebook) dan tidak menyangka dengan hanya berkongsi manfaat Shaklee boleh mendatangkan sumber pendapatan.  


Masa awal-awal mulakan bisnes Shaklee dulu, fokus kak Imah hanya untuk berkongsi manfaat dan mendapatkan duit tambahan sahaja tanpa mengetahui tentang tawaran insentif yang Shaklee bagi kepada setiap pengedarnya. 


Modal Rendah Hanya RM35 sahaja?

Setelah beberapa ketika memulakan bisnes dengan hanya bermodal RM65 (ketika itu)  untuk pendaftaran, (sekarang modal untuk bermula bisnes hanyalah RM35 sahaja tau)  rupa-rupanya mendatangkan hasil yang tidak disangka-sangka. 


Dengan hanya bermodalkan RM35 sahaja, tetapi pengedar Shaklee boleh dapat hasil sehingga ribu-ribu sebulan. Malah ramai pengedar yang sudah mendapat pendapatan puluh ribu ringgit hingga ratus ribu ringgit sebulan. Bayangkan modal 2 angka (RM35) sahaja, tapi boleh dapat pendapatan hingga 5-6 angka sebulan. Sudah mengalahkan gaji menteri tau. 



Bukan itu sahaja, setelah berkecimpung dalam bisnes Shaklee ini, barulah kak Imah tahu rupanya Shaklee juga ada offer insentif lain yang cukup lumayan untuk setiap pengedarnya. Jom kak Imah ceritakan apa yang kita sebagai pengedar Shaklee boleh dapat daripada bisnes Shaklee ni.


Insentif Shaklee: 3C


Insentif Shaklee tawarkan untuk setiap pengedarnya cukup lumayan iaitu merangkumi 3C. 

Apa itu 3C? 

3C yang ditawarkan oleh Shaklee adalah Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Trip. 

#1. Cash Bonus

Cash Bonus atau Bonus Tunai merupakan insentif Shaklee yang paling asas. Setiap ahli yang berdaftar dengan Shaklee dan membuat pembelian dengan nilai 150uv point layak untuk mendapatkan bonus tunai ini. Tak perlu jadi pengedar Shaklee, hanya berdaftar jadi pengguna sahaja pun sudah boleh dapat Cash Bonus ni tau. Apatah lagi bila dah jadi pengedar Shaklee, lagi banyak Cash Bonus lain yang boleh kita dapat. 



Cash Bonus asas yang ditawarkan oleh Shaklee.


Bagi yang baru bermula jadi pengedar Shaklee, secara asasnya boleh dapat bonus 21% pendapatan sehingga RM2000 tau. Jadual pendapatan ini hanyalah anggaran sahaja tau. Malah sudah ramai pengedar yang baru bermula bisnes dan sudah dapat pendapatan lebih dari ini. Pendek kata, kita akan dapat bonus berdasarkan apa yang kita usahakan. 



Oh ya, ini merupakan bonus tunai yang Shaklee bayar tau secara bulanan, tidak termasuk untung runcit sehingga 25% hasil jualan tiap-tiap produk yang kita jual. Jika dikira untung runcit juga, lagi banyak pendapatan yang kita boleh dapat. 



Malah, bukan ini sahaja Cash Bonus yang Shaklee bayar tau. 


Lagi banyak Insentif Shaklee offer untuk pengedar yang aktif.




Selain bonus tunai asas (Bonus runcit dan Bonus Kumpulan Peribadi), Shaklee juga membayar bonus lain juga kepada pengedarnya yang layak seperti Leadership Bonus (Bonus kepimpinan) dan juga Infinity Bonus (Bonus Infiniti tanpa had) sehingga 1.5%. 


Bonus-bonus ini merupakan insentif Shaklee bayar kepada pengedar atas usaha mereka mengembangkan bisnes masing-masing. Lagi kuat kita usaha, lagi banyak offer Shaklee yang kita boleh capai. 


Menarik bukan? 

Jadi, anda yang berminat ingin tahu lebih detail tentang Insentif Shaklee ini boleh Tanya Imah, Imah sedia bantu.



#2. Car Bonus


Selain bonus tunai, Shaklee juga menawarkan Car Bonus (Bonus Kereta) kepada pengedarnya yang layak.


Master Maisarah, salah seorang penerima Bonus Kereta yang menggunakan bonus tersebut untuk belikan kereta untuk dihadiahkan kepada ayahnya tersayang



Bonus kereta yang Shaklee tawarkan ini bukan dalam bentuk sebiji kereta tau, tapi dalam bentuk tunai (Cash) iaitu pembayaran wang terus ke dalam akaun pengedar. Dan pihak Shaklee tidak menghadkan kita gunakan duit tersebut untuk kegunaan kereta sahaja. Terpulang pada kita nak buat apa dengan duit bonus kereta tersebut sama ada nak buat bayar kereta bulan-bulan, atau nak shopping barang peribadi mahupun untuk simpanan. 



Super upline master saya yang manfaatkan bonus kereta untuk kegunaan seisi keluarga dan untuk simpanan masa depan juga. Best kan?!


Dan lagi best, bonus kereta yang Shaklee tawarkan ini sekali kita berjaya capai, kita akan sentiasa dapat bonus ini tiap bulan sampai bila-bila tau. Seumur hidup. 


Shaklee tidak limitkan tempoh tertentu pembayaran bonus kereta, selagi mana kita aktif berbisnes Shaklee selagi itu kita akan dapat bonus kereta ini. Paling minima bonus RM500 sehingga unlimited. Malahan ada pengedar yang dapat bonus kereta ribu hingga puluh ribu sebulan. Bonus kereta sahaja, tidak termasuk bonus tunai lain. 


Best bukan? 

Tawaran yang mungkin tidak tercapai dek akal kita, tapi percayalah melalui bisnes Shaklee sudah ramai yang berjaya ubah hidup kepada yang lebih baik. 



#3. Convention Trip

Satu lagi Insentif Shaklee yang cukup lumayan ditawarkan adalah Convention Trip (Trip Percutian). 



Mungkin di kalangan kita ramai yang mempunyai impian untuk travel ke luar negara tapi terpaksa kuburkan impian tersebut kerana sukar untuk dicapai, tambah lagi dengan keadaan ekonomi zaman sekarang agak membebankan. 
Banyak lagi keperluan hidup yang lain yang jauh lebih penting.


Namun, jika anda ada impian untuk melancong, bercuti atau travel ke luar negara, anda boleh realisasikan impian tersebut dengan Shaklee. 


Tiket trip ke Switzerland tahun 2022. 

Antara momen-momen ketika berada di Switzerland 2022.  




Shaklee menawarkan percutian 5  hingga 6 bintang kepada pengedarnya yang layak merangkumi 2 trip setahun iaitu insentif Percutian Regional dan International. 


Untuk tahun 2024, Shaklee tawarkan trip travel menaiki Cruise Singapore to Phuket (Regional) dan trip travel ke Jepun (International). 



Trip percutian dengan Shaklee sangat best tau. Semua diuruskan oleh pihak pengurusan Shaklee, dari segi pengangkutan, penginapan, makanan semua PERCUMA. 


Hotel yang disediakan oleh Shaklee bukan calang-calang tau. Memang hotel 5-6 bintang punya lah. 




Ya, semua Shaklee belanja. Kita hanya bawa diri dan pakaian sahaja. Urusan lain-lain Shaklee yang uruskan. Dan trip melalui Shaklee ini sangat eksklusif tau, pengangkutan dan penginapan terbaik Shaklee sediakan, bab makanan Shaklee pastikan betul-betul penyediaan makanan adalah halal dan bersih. Jadi, kita tidak perlu khuatir dan was was untuk makan setiap hidangan. 



Shaklee siap sediakan hadiah juga untuk setiap pengedar yang mengikuti trip. Dan ini merupakan salah satu hadiah eksklusif jam tangan berjenama, hadiah daripada CEO Shaklee sendiri.



Untuk insentif Percutian International, Shaklee turut offer pakej umrah secara percuma sekiranya kita tidak berminat mengikuti trip ke lokasi yang ditawarkan. 

Jadi, kita boleh pilih samada mahu ke negara pilihan Shaklee atau menunaikan umrah melalui pakej umrah bersama Shaklee. 


Shaklee sediakan gift alat kelengkapan umrah

Boleh bawa ahli keluarga terdekat juga untuk umrah bersama Shaklee



Dan pakej umrah yang pihak Shaklee tawarkan cukup eksklusif, dari segi penerbangan yang terbaik, hotel penginapan yang paling dekat dengan masjidilharam (bagi memudahkan jemaah), makanan yang terbaik. Dan semua yang ditawarkan adalah percuma, jemaah hanya bawa diri dan pakaian sahaja. Tidak perlu risau tentang perbelanjaan kerana urusan semua diuruskan oleh pihak Shaklee.


Sudah ramai pengedar Shaklee yang sebelum ini tidak terlintas di fikiran pun akan menjejakkan kaki ke negara orang, tapi melalui bisnes Shaklee ini mereka berani untuk berimpian serta telah menjejakkan kaki ke luar negara. 


Kami mengalu-alukan anda yang berminat untuk turut serta bersama kami realisasikan impian dengan Shaklee. Untuk tahu lebih detail dan join kami boleh  Tanya Imah, Imah sedia bantu.



 Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklcee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock


 
PENAFIAN: 
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.






No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com