Kebelakangan ini perniagaan atas talian (bisnes online) rancak tumbuh bak cendawan tumbuh lepas hujan. Apatah lagi sekarang zaman serba mudah, semua benda hanya di hujung jari sahaja.
Bagi mereka yang sedang mencari peluang menambahkan pendapatan, bisnes online lebih menjadi keutamaan kerana ianya lebih mudah dari segi akses, target audien serta fleksibiliti masa dan ruang kerja.
Untuk entri kali ini, Kak Imah ingin kongsikan salah satu peluang bisnes online terbaik di Malaysia. Bagi yang sedang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan yang boleh dilakukan bila-bila masa di mana jua anda berada, jom baca entri ini sampai habis tau.
Bagaimana mahu mencari bisnes online yang terbaik? Jom kita semak.
Ciri-ciri bisnes online 2023 paling digemari
1) Zero modal atau modal rendah
Tahun 2023 ini ramai yang terkesan dengan keadaan kewangan yang tidak stabil. Untuk memulakan bisnes, seeloknya carilah bisnes yang tiada modal seperti dropship atau bisnes bermodal rendah tapi dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Bisnes Shaklee merupakan satu bisnes yang bermodal rendah hanya RM35 sahaja untuk memulakan bisnes. Malahan ada juga kaedah untuk memulakan bisnes tanpa modal juga. Namun, pulangan hasil daripada bisnes Shaklee adalah tiada limit (unlimited). Kita yang tentukan berapa pendapatan yang kita mahukan.
2) Tidak perlu simpan stok yang banyak
Kebanyakan bisnes atas talian (online) mahupun offline memerlukan penyimpanan stok yang banyak untuk menampakkan bisnes berjalan. Namun, bisnes Shaklee tidak begitu. Pihak pengurusan Shaklee sendiri tidak menggalakkan setiap pengedar Shaklee menyimpan stok yang terlalu banyak. Cukup sekadar menyediakan stok mengikut keperluan dan permintaan pelanggan sahaja.
Jadi, setiap pengedar Shaklee tidak perlu mengeluarkan kos yang terlalu besar untuk mendapatkan stok daripada HQ.
3) Bisnes yang fleksibel (dari segi masa dan tempat)
Sebuah bisnes yang terbaik merupakan bisne yang dijalankan secara fleksibel dari segi masa dan tempat. Maksudnya walaupun di mana kita berada, kita boleh menjalankan bisnes tanpa perlu risaukan premis ditutup atau staf bercuti. Dan bisnes yang fleksibel dari segi masa di mana kita boleh jalankan bisnes pada bila-bila masa.
Bisnes sebegini ada pada bisnes Shaklee. Setiap pengedar Shaklee boleh jalankan bisnes di mana-mana jua dan bila-bila masa. Tidak perlu menyewa atau menyediakan premis perniagaan, cukup sekadar mempunyai gadjet dan jaringan internet untuk memulakan bisnes. Bahkan ramai pengedar Shaklee yang hanya merupakan surirumah yang hanya menjalankan bisnes dari rumah sahaja.
4) Sistem yang mudah dan senang diakses
Bisnes yang terbaik haruslah mempunyai sistem yang mudah dan memudahkan peniaga. Pengalaman kak Imah pernah menjalankan bisnes online edutoys, barangan kanak-kanak serta penjagaan kesihatan sebelum ini yang memerlukan ejen mendapatkan stok order dari leader atasan. Namun, ia menjadi satu masalah apabila leader atasan sudah tidak aktif dan kita sebagai ejen sukar untuk mendapatkan stok serta berurusan dengan pihak HQ.
Namun, hal ini langsung tidak menjadi masalah sejak Kak Imah menjalankan bisnes Shaklee. Hal ini kerana Shaklee menyediakan sistem website yang lengkap dan mudah diakses. Setiap pengedar malah pengguna Shaklee boleh mendapatkan stok terus daripada website Shaklee secara terus menggunakan id masing-masing tanpa perlu melalui orang tengah (leader atasan).
Dan laman web Shaklee juga lengkap dengan segala info yang diperlukan oleh pengedar untuk mempromosikan produk. Pengguna Shaklee berdaftar juga mempunyai kelebihan yang sama untuk mengakses segala info kesihatan dan produk yang disediakan walaupun mereka tidak menjalankan bisnes.
5) Bisnes secara berjemaah
Menjalankan perniagaan ada pasang surut, turun naiknya. Apabila bisnes berterusan mendapat keuntungan, kita akan rasa semangat dan gembira. Tapi apabila bisnes tidak mendapat sambutan, kita mudah untuk down dan berputus asa.
Apabila bisnes dijalankan secara berjemaah, kita akan berada dalam satu circle bersama mereka yang turut sama ingin berjaya dalam niche bisnes yang sama. Dengan adanya sokongan dan motivasi daripada cirlce jemaah menjadikan kita sentiasa semangat dan tidak akan down berlamaan.
Melalui bisnes Shaklee, Kak Imah dapat rasai suasana jemaah begini. Walaupun masing-masing menjalankan bisnes yang sama dengan kita, tapi mereka saling menyokong antara satu sama lain dan bersaing secara sihat. Malah Kak Imah belajar banyak ilmu agama juga melalui jemaah bisnes Shaklee ini, bukan hanya ilmu bisnes semata-mata.
6) Produk yang sentiasa high demand dan terbukti berkesan serta selamat
Bisnes yang terbaik mestilah berasaskan produk yang sentiasa mempunyai permintaan daripada pengguna.
Shaklee merupakan satu bisnes yang mempunyai permintaan yang tinggi tidak kira masa, maksudnya bisnes yang bukan trending semata-mata yang mana sampai satu masa akan hilang dari radar. Tetapi Shaklee merupakan bisnes yang sentiasa dicari-cari sepanjang masa.
Produk Shaklee mempunyai landmark study dan kajian telah membuktikan produk Shaklee terbukti semulajadi selamat, dan berkesan kepada pengguna. Faktor ini menjadikan bisnes Shaklee sentiasa mendapat permintaan tinggi tak kira masa.
7) Bayaran bonus bulanan yang lumayan dan adil
Walau apa jenis bisnes pun kita inginkan keuntungan bukan? Bisnes yang terbaik merupakan bisnes yang
Kak Imah, 2013 ke 2023? Hihi. Apa pun bisnes Shaklee memang best sepanjang zaman. Tak kira 2013 @ 2023 ❤️
ReplyDelete