Tips Kurus Dengan Cepat Mesti Cuba - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Tips Kurus Dengan Cepat Mesti Cuba

14 April 2023

Tips Kurus Dengan Cepat Mesti Cuba

 Beberapa hari lagi nak tiba raya. Lagu raya dah mula berkumandang, bazar raya mulai dipenuhi pengunjung yang memcari persiapan hari raya. Tidak kurang juga televisyen mula memaparkan episod dan rancangan menarik sepanjang Syawal. 

Itu petanda raya dah nak tiba. 


Tidak kurang juga ramai yang mula update status di media sosial ingin kurus di pagi raya. Persoalannya, sempat ke lagi nak kurus?


Hari ini Kak Imah nak kongsi beberapa tips yang boleh digunakan untuk kurus dengan cepat dan berkesan yang mesti anda cuba.


Sebelum itu, anda kena titikberatkan 2 perkara dalam proses untuk cepat kurus iaitu defisit kalori dan sentiasa bergerak aktif.


1) Defisit Kalori 

Berat badan bertambah atau berkurang adalah berkaitan dengan tenaga dan kalori. Ianya adalah mengenai bagaimana kita megawal atau merancang pengambilan kalori berbanding dengan pengeluaran kalori dari badan kita. Jadi, kita perlu faham konsep pembakaran lemak dalam sistem tubuh badan. 


Defisit kalori terbentuk apabila jumlah tenaga makanan (kalori) yang diambil dari sumber pemakanan adalah berkurangan berbanding jumlah kalori yang sepatutnya badan kita perlukan. Setiap individu mempunyai keperluan kalori harian yang berbeza.



Cara pengiraan keperluan kalori badan. 

Untuk lebih memudahkan cara pengiraan kalori juga boleh diperolehi dengan memuat turun aplikasi yang berkaitan. 

Contoh aplikasi pengiraan kalori yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar. 



Apabila pengambilan kalori daripada pemakanan seharian yang kurang berbanding keperluan kalori badan yang sepatutnya, badan automatik akan 'memaksa' penggunaan lemak-lemak badan untuk proses pembakaran dan menukarkan lemak kepada tenaga untuk digunakan bagi menampung kekurangan akibat defisit kalori tadi. 

Pembakaran lemak sedia ada dalam badan ini akan mempercepat penurunan berat badan.  

 
 

2)  Sentiasa bergerak aktif dan bersenam

Selain faktor defisit kalori, satu lagi perkara yang membolehkan berat badan turun dengan cepat adalah dengan sentiasa bergerak aktif serta bersenam. Kedua-dua perkara ini sangat berkait rapat. 


Apabila seseorang telah mengamalkan defisit kalori yang memaksa lemak badan untuk dibakar, adalah wajar untuknya turut melakukan aktiviti senaman yang dapat mempertingkat lagi proses pembakaran lemak dari badan. 

Badan yang telah kekurangan kalori dan ditambah pula dengan aktiviti senaman yang turut memerlukan tenaga menjadikan badan berhutang lebih banyak tenaga. Tenaga yang diperlukan akan diambil daripada lemak badan. Dengan peningkatan hutang tenaga kepada badan, penurunan berat badan akan lebih cepat berlaku. 


Senaman seeloknya dilakukan 3 kali seminggu secara berkala. Sekiranya tidak dapat melakukan senaman akibat dihambat dengan kesibukan bekerja, pastikan anda sentiasa bergerak aktif. 

Dengan bergerak aktif seperti melakukan kerja rumah dengan kadar lebih laju berbanding biasa, banyakkan pergerakan di dalam pejabat dan melazimi berjalan sedikit jauh dari biasa akan menyebabkan tenaga badan akan lebih banyak digunakan dan kalori badan akan terbakar. 


Tips Kurus Dengan Cepat

#1. Kurangkan Karbohidrat dan Lebihkan Protein


#2. Berhenti pengambilan Makanan Proses


#3. Ikuti saranan pemakanan Suku-Suku-Separuh yang sihat


#4. Elak minuman/makanan manis, cukupkan ambilan air masak

#5. Makan makanan berserat tinggi








Rahimah, 

No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus



#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock


PENAFIAN: 

Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.



1 comment:

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com