Vitamin Wajib Dibawa Semasa Bercuti atau Melancong - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Vitamin Wajib Dibawa Semasa Bercuti atau Melancong

26 January 2019

Vitamin Wajib Dibawa Semasa Bercuti atau Melancong


  • Vitamin yang wajib dibawa Semasa Bercuti atau Melancong




Semasa travel, apa yang biasa anda bawa? Benda yang wajib bawa, tak boleh tinggal?

Perkara paling penting yang sering diambil ringan dan terlepas pandang ketika travel atau bercuti adalah KESIHATAN. Kita biasa buat list pakaian apa hendak dibawa, kelengkapan peribadi seperti toiletries, gajet elektronik (telefon pintar, kamera, chargers, laptop dan lain-lain), keperluan makanan dan sebagainya. Tapi kita sering terlepas pandang aspek kesihatan diri kita semasa packing barang hendak bercuti.

Alaa kita sihat tiada penyakit, kenapa perlu sediakan suplemen @ vitamin? Pentingkah suplemen?
Kita sangka kita sihat, kita tak perlu ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Masa travel, kita perlu tenaga yang kuat bukan?

Bila dah namanya travel makan angin, takkan nak terperap di bilik hotel sehari suntuk sehingga habis percutian kan? Nak kena jalan-jalan pusing-pusing barulah dapat pengalaman di tempat orang. Bak kata pepatah, “jauh perjalanan luas pemandangan”.



Jika bercuti di negara orang, sangat penting untuk kita sediakan keperluan bekalan ubatan dan suplemen terutamanya bagi anda yang bergantung kepada ubat-ubatan tertentu. Bukan senang nak cari sumber ubatan di tempat orang tau? Tambah-tambah di negara dunia ke-3, wujud banyak ubat palsu.

 Vitamin Yang Wajib Dibawa Ketika Bercuti

Ketika bercuti, biasanya kita akan menghadapi beberapa cabaran seperti:
  • ·         Perlu banyak bergerak atau berjalan ke sana-sini.
  • ·         Perubahan cuaca dan persekitaran
  • ·         Kurang rehat dan tidak cukup tidur
  • ·         Makan minum yang tidak menentu dan tidak seimbang
  • ·        Sembelit kerana kurang serat dan air dalam badan


Cabaran-cabaran ini mungkin akan mengganggu tahap kesihatan diri kita dan boleh menyebabkan kita jatuh sakit.

Saya kongsikan antara suplemen/vitamin keperluan wajib dibawa ketika bercuti:

  1. 1)    Ostematrix

Ostematrix ini paling penting perlu ada semasa bercuti. Sebabnya kita perlukan tenaga dan tulang yang kuat bila travel. Confirm penat dan sakit badan serta kaki pun rasa nak tercabut kan.

Dalam ostematrix ni ada kalsium, magnesium, vitamin D, mangan, boron yang sangat penting untuk otot kita. Magnesium di dalam ostematrix akan membantu melegakan otot-otot yang sakit. Ia juga membantu badan kita relaks (terutamanya bagi anda yang selalu alami jet-lag semasa travel) dan mendapatkan tidur yang berkualiti supaya dapat bangun pagi esoknya dengan cergas untuk sambung berjalan.

Ostematrix ni juga bantu supaya kita tak sembelit sepanjang tempoh percutian. Best kan, bercuti dengan senang hati. Kalau bercuti sambil tahan sakit perut (akibat sembelit) memang tak selesa dan boleh mengganggu perjalanan percutian kita kan?

  1. 2)    Vivix

Botol Vivix ni kecil sahaja, senang dibawa dan banyak manfaat terutama semasa bercuti. Bagaimana Vivix membantu semasa travel?

Vivix membantu meningkatkan stamina dan tenaga otot supaya kita kekal cergas untuk berjalan-jalan. Boleh dikatakan Vivix ini ibarat energy booster la. Vivix bertindak terhadap sel badan dan meningkatkan keupayaan mitokondria (iaitu pusat tenaga sel) bagi menghasilkan tenaga kepada badan kita.

Vivix juga membantu memberikan kelegaan pada lutut. Kajian menunjukkan resveratrol (bahan utama dalam Vivix) berkesan dalam mengatasi masalah keradangan sendi. Jadi, sangat penting Vivix dibawa bersama semasa bercuti, kerana kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi. Kemungkinan sakit sendi, tiba-tiba seliuh ke kan. Nauzubillah, minta dijauhkanlah perkara buruk sepanjang tempoh percutian. 


  1. 3)    Vitamin Penguat Antibodi

Badan yang kuat sukar untuk jatuh sakit kan. Macamana nak dapatkan badan yang kuat semasa bercuti? Secara asasnya, kita perlu kuatkan sistem imun badan kita dahulu barulah sukar untuk virus penyakit datang pada kita.

Salah satu cara kuatkan imun badan semasa bercuti adalah dengan NutriFeron sebagai immune booster. NutriFeron dapat mengelakkan diri kita daripada demam selsema dan pertahanan dari penyakit berjangkit.

Selain itu, satu lagi vitamin wajib penguat antibodi adalah Sustained Release Vita-C Plus. Bagi anak-anak, boleh bekalkan mereka dengan Chewable-C Plus, sepanjang tempoh bercuti supaya imun antibodi mereka kuat dan mengelakkan demam. Tentu memenatkan dan tidak selesa percutian jika anak demam kan. Terasa seperti mahu segera pulang berehat di rumah.   

Sebagai persediaan awal, anda juga boleh bawa Garlic Complex yang juga merupakan immune booster. Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang dapat membantu badan kita melawan serangan penyakit. Ia sangat disarankan terutama bagi anda yang ada masalah alahan termasuk alahan terhadap makanan laut (seafood).

  1. 4)    Vitalea

Vitalea merupakan multivitamin pertama yang berusia lebih 100 tahun. Ia berfungsi menambah tenaga segera supaya kita cergas sepanjang percutian.

  1. 5)    B-complex

B-Complex memainkan peranan dalam mengurangkan stres semasa travel terutamanya bagi ibu-ibu yang bercuti bersama anak-anak kecil. Macam-macam ragamnya.
 
  1. 6)    Krim Herbal Blend

Krim serbaguna Herbal Blend sangat penting untuk dibawa bersama semasa bercuti. Krim ini tanpa steroid dan selamat digunakan untuk mengelakkan sunburn dan boleh juga digunakan untuk anak-anak sekiranya terkena gigitan serangga atau ruam-ruam pada kulit anak. Krim ini hanya untuk kegunaan luaran sahaja.

“Mencegah Itu Lebih Baik Dari Merawat”

Jadi, bagi anda yang merancang untuk bercuti bersama keluarga mahupun sahabat handai, di samping senarai kelengkapan diri, jangan lupa sertakan sekali senarai suplemen dan vitamin Shaklee sebagai persediaan kesihatan yang optimum sepanjang percutian.

Selamat bercuti dan nikmatilah percutian dengan seronok tanpa gangguan kesihatan.

Untuk Pertanyaan dan order vitamin Shaklee untuk travel, anda boleh SMS/ Whatsapp/ Telegram +010-5511909 (Kak Imah)

Atau anda juga boleh terus order produk Shaklee secara online menggunakan credit card / debit card. Klik butang ORDER NOW di bawah.


No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com