October 2017 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: October 2017
Cara simpan shampoo santan

Cara simpan shampoo santan

Cara Simpan Shampoo Santan
_________________________

Macam mana nak panjangkan hayat Shampoo Santan?
Pengguna memang sedia maklum nyawa ni Shampoo Santan 4 bulan je sebab bahan-bahan dalam tu semua fresh.

Untuk panjangkan hayat boleh simpan dalam Peti Ais.
Peti ais?? Ye peti ais. Bahagian chiller tu tau, bukan freezer. Kalau letak dalam freezer kang beku susah pulak nak picit time nak guna nanti.

Sebab apa kena simpan dalam peti ais?

Untuk kekalkan kesegaran & panjangkan nyawa sehingga 6 bulan taw.

Jadi kalau beli 3 botol terus tak ada masalah nak kejar habiskan expired date tu.

Minyak Kelapa Dan Rambut

Minyak Kelapa Dan Rambut

Assalamualaikum. Bersiaran lagi kita. Topik kita hari ini adalah berkaitan dengan mimyak kelapa.

Sebut sahaja tentang minyak kelapa, secara automatik mesti kita akan ingat rambut kan. Nenek moyang kita dulu-dulu gunakan minyak kelapa ni la nak dapatkan rambut yang kuat dan cantik.

Jadi, hari ini Kak Imah nak kongsi sikit la apa manfaat minyak kelapa ni.

Manfaat minyak kelapa sangat banyak untuk rambut tau. Bukan untuk rambut sahaja bahkan ianya bermanfaat juga untuk kulit kepala. Sebab itulah minyak kelapa ni dah digunakan sejak dari zaman dulu lagi.

Minyak kelapa mengandungi pelbagai vitamin, mineral & lauric asid.

Antara khasiat yang minyak kelapa mampu beri untuk rambut ialah:

◾Menjaga kulit kepala bebas dari kelemumur.
◾Pelembab semulajadi untuk rambut, so no more conditioner.
◾Paling best sekali menggalakkan rambut baru tumbuh.
◾Mengekalkan protein dalam rambut. Jadi rambut kekal kuat tak mudah gugur.

Nampak tak banyakkan khasiat minyak kelapa untuk rambut kita. Sebab tu Shampoo Santan menggunakan sepenuhnya khasiat minyak kelapa ni & hasilnya memang terbukti.

Walaupun menggunakan minyak kelapa asli dalam penghasilan shampoo santan, namun jangan khuatir. Tiada bau kelapa dalam shampoo santan ni.

Yang ada, bauan segar buah oren. Sebabnya shampoo santan ni juga ada disertakan minyak pati oren. Minyak pati oren ni juga ada manfaatnya untuk rambut tau. Bukan saja-saja letak nak bagi wangi sahaja.

Nak tahu apa khasiat minyak pati oren ni? Next entri Kak Imah kongsi lagi ya. 

Korang yang nak cuba pakai dan bau shampoo santan ni boleh dapatkan di http://rahimahss.wasap.my ya.

Ni bukan cerita P.Ramlee, Tiga Abdul tu ya. Tak boleh makan, boleh ambil bau sahaja. Kalau marah nanti kena jual. Hi hi hi.
Yang shampoo santan ni, jangan risau boleh ambil bau sekali dengan pakai atas kepala lagi.

Doa seorang anak kecil

Doa seorang anak kecil

Sedang tekun ummi bertungkus lumus menyiapkan hidangan tengahari di dapur.
Tiba-tiba ummi terdengar satu suara sedang menyanyi di ruang tamu.

"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Adawiyah
Allah selamatkan kamu"

Ok, itu lagu biasa dia nyanyi. Ummi biarkan aje la.
Kemudian, ummi terdengar lagi.

"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan ummi cantik
Allah selamatkan kamu"

Dan dengan spontan bibir ummi pun tersengih, hidung kembang kempis kembang kempas mendengar pujian dari si anak. Perut dah bergegar tahan gelak.

Kemudian, dengar lagi.

"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan adik Jannah
Allah selamatkan kamu"

Ok, good girl.. Dia tak lupa kat adik dia. Dalam hati ummi terdetik lepas ini mesti dia sebut abi dia. Apa dia nak sebut ya?
Dia sambung nyanyi.

"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan abi sayang
Allah selamatkan kamu"

Amboi, bukan main lagi dia bersayang-sayang lagi dengan abi dia. Nasib baik tadi dia dah sebut ummi cantik. Tak jadi la nak jelesss.

Ummi aminkan saja doa kamu. Moga Allah makbulkan doa seorang anak kecil. Adawiyah, oh Adawiyah.. Sudah besar ya kamu.
Peneman musim tengkujuh

Peneman musim tengkujuh

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Sudah hujung-hujung tahun begini, negeri-negeri di Pantai Timur sudah nak mula musim tengkujuh . Di tempat anda cuaca macam mana? Ok tak?

Bila menghampiri perubahan musim sekejap hujan, sekejap panas ini penyakit berangkai mulalah memunculkan diri. Sakit batuk selsema diikuti dengan demam dan yang sewaktu dengannya.

Dalam keadaan begini, eloklah kita buat persiapan alatan mencegah penyakit tersebut. Salah satunya adalah persiapkan stok ivmist untuk diri sendiri dan juga ivkids untuk anak-anak kita terutamanya bayi kecil. 



Apabila badan terasa lain macam saja, cepat-cepat sembur ivmist atau ivkids itu. InsyaAllah badan akan segar. Saiz botolnya yang kecil sebesar tapak tangan memudahkan ianya dibawa ke mana-mana. Boleh sahaja masukkan ke dalam beg tangan ibu-ibu atau selitkan saja di poket seluar ayah.  

Nak cuba ivmist dan ivkids? Boleh dapatkan di SINI ya. 



Tips keringkan rambut selepas mandi

Tips keringkan rambut selepas mandi

Tips Keringkan Rambut Lepas Mandi
______________________________

1. Perah air rambut guna tangan

2. Kemudian perah guna tuala.

3. Jangan gesel/gosok rambut dengan tuala. Haiipp! Salah tu
(Sebab masa gesel/gosok dengan tuala, vitamin dari rambut akan hilang dan kutikel rambut jadi kasar dan sukar disikat.)

4. Balut kepala dengan tuala. Biarkan seberapa lama yang boleh.

5. Kemudian sikat dengan menggunakan sikat bergigi jarang untuk menguraikan rambut kusut.

Simplekan nak dapatkan rambut cantik.
Jom sama-sama amalkan.

Satu keluarga, satu ivmist satu ivkids

Satu keluarga, satu ivmist satu ivkids

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar


Penyakit datang tanpa diminta. Terutamanya sakit demam, batuk, selsema. Apabila tiba, ianya mudah berpindah kepada individu sekitar terutamanya anak kecil.

Bukan kita minta adanya penyakit. Tapi sebagai persiapan awal, apa kata kita siapkan diri dengan 'senjata perang' bagi melawan virus ini apabila ia tiba-tiba datang. 'Senjata' yang sangat mujarab ini yang dinamakan IvMist (untuk dewasa) dan IvKids (untuk kanak-kanak dan bayi).

Jom kita dapatkan senjata ini. Satu keluarga,  satu Ivmist dan Ivkids. Ianya bukan hanya untuk rawatan biasa, malah mujarab untuk merawat pelbagai penyakit.

Mari kita kenali apa perbezaan IVMmist dan IVKids.



IVMist 

Mempunyai kesan sedikit panas dan berangin yang aromatik dan sangat selesa. Kesan ini bukanlah jangka masa yang lama tetapi hanya sebentar sahaja. Sebab itu disarankan bagi yang kerap mengalami selsema menghidu sedalam dalamnya dan sangat selesa.



IVKids 

Bayi seawal umur sehari sehingga umur 6 tahun boleh menggunakannya. 
Ianya tidak panas tetapi berangin sejuk bagi memberi keselesaan kepada si kecil.
Sangat sesuai digunakan bagi si kecil yang kembung, meragam, batuk-batuk dan sebagainya.
Walaupun ianya tidak panas, namun khasiatnya masih sama seperti ivmist.




Cegah Sebelum Sakit

Marilah kita jadikan amalan harian kita dengan memakai IV mist dan IV kids selepas mandi, solat atau di mana situasi sekalipun terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kulit. 

IVMist juga boleh digunakan untuk membuang angin dalam badan, sengal sengal badan, tegang urat, sakit pinggang,sakit lutut dan lain-lain penyakit.
.
Anda nak cuba dan order ivmist mahupun ivkids, boleh order di SINI ya.  
Tips Pakai Shampoo Santan

Tips Pakai Shampoo Santan

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Assalamualaikum. Selamat petang semua. Buat apa je petang-petang ni? Bersantai ke?

Sambil-sambil santai tu, jom baca sikit tips dari kak imah ni.

Petang ni kak imah nak bagi tips sikit la tentang cara pakai shampoo santan.

TIPS:
Pakai Shampoo Santan
=======================

Pakai shampoo santan ni tak ada pantang larang pun. Pakai macam shampoo biasa cuma kena bilas bersih-bersih lepas pakai tu tau. Sebab kalau tak nanti xanthan gum & guar gum (agen pemekat dalam shampoo) tu tertinggal kat rambut nanti jadi keras sikit.

Bilas shampoo bersih-bersih ya.
Bila bersih, rambut jadi lembut je bila dah kering. Tak perlu conditioner dah. Rambut lembut tapi bukan 'licin' tau. Sebab tak guna silikon macam shampoo komersil biasa.

Nak rambut cantik pun kena la consider tentang bahan dalam shampoo juga kan. Selamat atau tak.. Betul ke betul??

Nak cuba shampoo santan? Boleh order di SINI ya.

Rambut gugur selepas bersalin

Rambut gugur selepas bersalin

Ibu lepas bersalin dan rambut gugur tak dapat dipisahkan kan.. Isu rambut gugur selepas bersalin ni dah jadi perkara wajib.

Sebab apa ya rambut banyak gugur lepas bersalin?

Haa, ni la sebab dia..Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut banyak gugur selepas melahirkan.

Eh, eh, apa pula kaitan hormon estrogen semasa hamil ni dengan isu rambut gugur lepas bersalin?

Iye la sayang. Semasa hamil, pertambahan hormon estrogen menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak. Hanya sedikit rambut yang berada dalam keadaan rehat. Jadi hanya sedikit sahaja rambut yang gugur. Bukan kadar yang sepatutnya rambut gugur.

Sebab itu rambut wanita hamil biasanya lebat, tebal dan sihat.

Tapi....

Selepas bersalin, tahap hormon estrogen menurun (kembali pada paras normal). Jadi, semakin banyak folikel rambut masuk ke fasa berehat. Makanya, dengan kata lain lebih banyak rambut akan gugur.

Jadi, sebab itu 2 -3 bulan selepas bersalin, mereka akan mula mengalami keguguran rambut yang agak banyak disebabkan perubahan hormon estrogen ni.

Jadi, ibu-ibu lepas bersalin tu jangan risau sangat la ye bila rambut anda gugur dengan banyak lepas melahirkan. Itu adalah perkara NORMAL.

Tapi, kalau anda nak pastikan rambut sentiasa sihat dan tidak gugur secara berlebihan (abnormal), salah satu caranya boleh menggunakan shampoo santan My Home Lab yang 100% natural organik.

Simptom resdung

Simptom resdung

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Tahukah anda, antara simptom resdung ialah mata akan berasa gatal, merah dan bengkak.



Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa seksanya rasa apabila mata menjadi merah, gatal dan bengkak.

Harus diingat ya, mata adalah organ yang paling sensitif.

Apabila anda mengalami gejala-gejala ini, cuba elakkan dari menyental dan menggosok mata dengan tangan anda kerana ianya boleh memberi kesan yang lebih buruk dan mata boleh jadi luka.
.
Untuk menghilangkan simptom resdung ni, dicadangkan anda menggunakan IVMIST.
.
Kenapa IVMIST?? Inilah sebabnya:
.
✔ KESAN PANTAS
✔ RASA BERANGIN IVMIST BOLEH MENGHILANGKAN GATAL MATA
✔ SELAMAT DIGUNAKAN
✔ 100% HERBA


.



Cubalah ya. Sudah ramai yang menggunakannya dan keadaan mata mereka semakin pulih dengan izin Allah. 

Nak dapatkan IVMIST, boleh dapatkannya di SINI
Tips Hilangkan Mengantuk

Tips Hilangkan Mengantuk



MENGANTUK?

Mengantuk ketika memandu?
Mengantuk ketika buat kerja?
Mengantuk ketika membaca?


Lakukan terapi ini untuk segarkan diri anda:

1) Spray IVMist pada tapak tangan dan sedut bau IVMist dalam-dalam.
2) Gosok celah antara ibu jari dan jari telunjuk
3) Gosok pada belakang tengkuk
4) Gosok cuping telinga
5) Gosok belakang lutut
.
InsyaAllah selepas sembur anda akan kembali segar. Jom dapatkan IVMist di SINI.
Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com