Rambut gugur selepas bersalin - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Rambut gugur selepas bersalin

11 October 2017

Rambut gugur selepas bersalin

Ibu lepas bersalin dan rambut gugur tak dapat dipisahkan kan.. Isu rambut gugur selepas bersalin ni dah jadi perkara wajib.

Sebab apa ya rambut banyak gugur lepas bersalin?

Haa, ni la sebab dia..Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut banyak gugur selepas melahirkan.

Eh, eh, apa pula kaitan hormon estrogen semasa hamil ni dengan isu rambut gugur lepas bersalin?

Iye la sayang. Semasa hamil, pertambahan hormon estrogen menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak. Hanya sedikit rambut yang berada dalam keadaan rehat. Jadi hanya sedikit sahaja rambut yang gugur. Bukan kadar yang sepatutnya rambut gugur.

Sebab itu rambut wanita hamil biasanya lebat, tebal dan sihat.

Tapi....

Selepas bersalin, tahap hormon estrogen menurun (kembali pada paras normal). Jadi, semakin banyak folikel rambut masuk ke fasa berehat. Makanya, dengan kata lain lebih banyak rambut akan gugur.

Jadi, sebab itu 2 -3 bulan selepas bersalin, mereka akan mula mengalami keguguran rambut yang agak banyak disebabkan perubahan hormon estrogen ni.

Jadi, ibu-ibu lepas bersalin tu jangan risau sangat la ye bila rambut anda gugur dengan banyak lepas melahirkan. Itu adalah perkara NORMAL.

Tapi, kalau anda nak pastikan rambut sentiasa sihat dan tidak gugur secara berlebihan (abnormal), salah satu caranya boleh menggunakan shampoo santan My Home Lab yang 100% natural organik.

No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com