August 2023 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: August 2023
Jantung Lebih Sihat dengan CoQ-Trol Plus

Jantung Lebih Sihat dengan CoQ-Trol Plus

 


Anda rasa badan lemah?

Anda mudah mengantuk?

Anda cepat penat?

Anda ada masalah jantung? 


Walaupun baru je lepas makan, tapi badan tetap rasa lemah, penat dan mudah mengantuk. Badan rasa tidak bertenaga. 

Sekiranya anda alami situasi begini, mungkin anda mempunyai masalah kekurangan CoQ10 dalam badan.



Apa itu CoQ10? 


Co-enzyme Q10 (juga disebut CoQ10 atau Q10) adalah nutrien larut lemak yang mengandungi banyak unsur antioksida semulajadi yang berfungsi melawan radikal bebas yang merosakkan sistem kardiovaskular. Ia juga amat diperlukan dalam mitochondria (pusat penghasilan tenaga) yang berada dalam sel badan.


CoQ10 ditemui di dalam organ badan yang bekerja keras dan memerlukan tenaga seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. 



Bagaimana CoQ10 berfungsi.


CoQ10 bertindak sebagai palam pencucuh sel (spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP). Proses penghasilan tenaga ini akan berlaku berulang-ulang dan berterusan supaya sel badan sentiasa mempunyai tenaga yang cukup untuk berfungsi dengan cekap. 


Tanpa CoQ10 yang mencukupi, sel-sel badan tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ badan tidak dapat berfungsi dengan baik. 




CoQ10 paling banyak didapati di jantung kerana ia menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan. 


Jadi, CoQ10 sangat diperlukan sebagai antioksida dan juga nutrien yang penting dalam penghasilan tenaga. Kedua-dua fungsi CoQ10 ini akan meningkatkan fungsi jantung dan memastikan kesihatan jantung yang lebih sihat. 


Manfaat CoQ10 Kepada Jantung

CoQ10 memberi banyak manfaat kepada jantung:


• Menguatkan otot jantung.

• Peredaran darah yang sihat.

• Mengurangkan risiko penyakit jantung.

• Meningkatkan tahap tenaga yang lebih baik kepada mereka yang mengambil statin. 

 

Tubuh badan kita boleh menghasilkan CoQ10, namun keupayaan ini akan mula menurun pada usia 20 tahun dan makin berkurangan secara mendadak pada usia 40 tahun berterusan sehingga usia 80 tahun. 



Jadi, kita juga memerlukan suplemen CoQ10 bagi meningkatkan penghasilan tenaga dalam badan. 



Keistimewaan CoQ-Trol Plus Shaklee


Shaklee mempunyai suplemen CoQ10 yang terbaik yang dikenali dengan nama CoQ-Trol Plus.




Keistimewaan CoQ-Trol Plus:

✓ Membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. 


✓ Dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan optimum. 


✓ Formulasi berpaten untuk meningkatkan penyerapan CoQ10. (Paten No. MY-139379-A).


Kebaikan CoQ-Trol Plus


1. Menyokong kesihatan fungsi otak dan meningkatkan memori serta fokus. 


2. Memberi perlindungan optimum dan meremajakan kulit. 


3. Memberikan tenaga dan menguatkan otot jantung.


4. Mempercepat proses penyembuhan luka.


5. Menyokong sistem reproduktif yang sihat.


6. Menyokong peredaran darah yang sihat.

 


Semoga bermanfaat! 


Sekiranya anda dapat sesuatu manfaat daripada perkongsian tentang CoQ10 di atas, dan mahu mencuba suplemen CoQ-Trol Plus, boleh terus hubungi saya ya. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Terengganu




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Vitamin E: Betul ke Bukan Sekadar Untuk Cantik?

Vitamin E: Betul ke Bukan Sekadar Untuk Cantik?

Betul ke vitamin E hanya untuk nak cantik?


Bila sebut tentang vitamin E, sering dikaitkan dengan vitamin untuk cantik. Namun sebenarnya bukan itu sahaja, vitamin E juga mempunyai manfaat lain juga. Jom kita kenali vitamin E dengan lebih terperinci.


 Apa itu vitamin E?


Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ badan berfungsi dengan baik.


Vitamin E adalah vitamin larut lemak dan mempunyai ciri antioksidan yang berfungsi melawan radikal bebas dalam badan. 


Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan. 


Sumber vitamin E


Badan kita tidak mampu menghasilkan vitamin E, justeru kita perlu mengambil vitamin E menerusi sumber lain dalam pemakanan harian. 




Sumber makanan yang mengandungi vitamin E:

> Minyak sayuran

> Sayuran berdaun hijau gelap

> Kekacang

> Biji bijian dan semua bijirin

> Beras perang

> Jagung 

> Telur

> Rumpai laut

> Susu

> Oat

> Kacang Soya

> Ubi kentang

> Gandum



Tips Memilih suplemen Vitamin E Yang Terbaik


1. Pastikan vitamin E dari sumber semulajadi dengan melihat pada label, ada huruf 'd' kecil (d-alfa-tocoferol). Sekiranya ada huruf 'l' atau 'dl' menunjukkan ianya daripada sumber kimia atau tiruan. 

2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label. 

3. Pilih vitamin E yang mengandungi Selenium. 

Selenium berfungsi membantu tubuh dalam menghasilkan protein khas yang berperanan dalam mencegah kerosakan sel. 

Membantu fungsi kognitif (pembelajaran).

Meningkatkan sistem imunisasi badan.

Memelihara kesuburan kepada wanita dan lelaki.

Menyumbang dalam penghasilan DNA. 


Keistimewaan Vitamin E Complex Shaklee 

Suplemen vitamin E Shaklee dikenali dengan nama Vitamin E Complex dan mempunyai keistimewaan berbeza dengan produk vitamin E jenama lain di pasaran.


Di dalam 1 kapsul vitamin E Complex Shaklee mengandungi;


> 400IU vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk d-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh. 


> 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum. 


> 39.4mg ekstrak biji anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mengandungi antioksidan yng bagus. 


> Vitamin E Shaklee juga mempunyai kandungan Selenium iaitu sejenis mineral yang mempunyai fungsi antioksidan yang kuat. Selenium bekerjasama untuk menyokong fungsi vitamin E.



10 Manfaat Vitamin E Shaklee




Manfaat Vitamin E;

1# Membantu mengurangkan kesan keradangan (inflamation) 

2# Membantu mengurangkan risiko penyakit Parkinson.

3# Membantu penyembuhan luka lebih cepat. 

4# Membantu meningkatkan fungsi kesihatan mata. 

5# Membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah beta- thalasemia dan vitamin E deficiency. 

6# Membantu mempercepat pertumbuhan sel kulit. 

7# Membantu meningkatkan fungsi sistem saraf. 

8# Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang. 

9# Membantu merawat luka kecil di dalam tulang dan otak bayi pramatang. 

10# Membantu mengurangkan risiko kulit 'sunburn'. 



Testimoni Vitamin E Shaklee









Bagi anda yang ingin mendapatkan Vitamin E yang organik, terbaik dan berkesan, boleh hubungi saya ya. 



Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Terengganu




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com