March 2017 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: March 2017
Salam Rejab

Salam Rejab

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Assalamu'alaikum.

Pejam celik hari ini dah masuk 2 Rejab. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan. Cepat betul masa berlalu kan.
Rejab dah menjelma, lagi 2 bulan nak datang Ramadhan pula. Puasa dah selesai ganti ke belum? Hari ini Khamis, elok sangat la berpuasa. Tak kisahlah puasa ganti atau puasa sunat.

Kak Imah punya belum selesai lagi ganti. Hu, hu, hu. Ada beberapa hari lagi. Tahun lepas punyalah malas nak mengganti. Padan muka Kak Imah. Biasanya masuk Syawal dah 'settle' bab-bab puasa ganti. Cuma buat yang sunat sahaja la sementara tunggu Ramadhan.

Tahun ni kena berhempas pulas mengganti puasa. Tahun lepas lepas raya nak ganti puasa teringat anak masih menyusu. Takut penat. Tunggu anak masuk 2 tahun, boleh la perlahan-lahan ganti. Tapi bila anak dah masuk umur 2 tahun, Kak Imah pula disahkan berbadan dua. Kena tangguh lagi ganti puasa, dek kerana alahan awal semester.

Sudahnya dah masuk semester kedua ni baru la boleh nak mengganti puasa. Kena berhempas pulas la, sebab Ramadhan dah dekat. Harap-harap semoga cepat la dapat selesai ganti puasanya dan dapat juga la buat yang sunat sekali sebelum masuk Ramadhan yang baru. Aminn.

Kak Imah ucapkan Selamat Berpuasalah kepada semua yang berpuasa hari ini. Semoga amalan puasa kita diterima Allah. Jangan lupa jaga mata, mulut, telinga dan hati. Puasa semua sekali ya. Jangan puasa makan sahaja.

Wassalam.
Hari tanpa pampers

Hari tanpa pampers

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar
 Foto: Carian Google


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ini sehari bersamaan 24 jam si Adawiyah tanpa lampin pakai buang (pampers). Hari ini ummi hendak ucapkan tahniah dan tepukan gemuruh untuk anakanda Adawiyah. Nak dijadikan cerita, semalam kami tidak keluar ke mana-mana, terperuk di rumah sahaja bersama Adawiyah melakukan tugasan harian.

Terdetik di hati, hendak menguji si anak. Sebelum ini ummi sudah ajar dia perlahan-lahan. Tapi dalam sehari akan pakai juga lampin walau sekali. Tapi semalam, ummi nak uji dia tanpa pampers selama 24 jam

Di siang hari, selepas bangun tidur dan bersiap mandi, ummi tidak bagi Adawiyah pakai lampin. Ummi pesan pada dia, kalau hendak buang air kena pergi bilik air. Tak boleh kencing merata-rata. dia angguk sahaja. Sambil melakukan kerja rumah, mulut ummi ni selalu pot pet bertanya Adawiyah sama ada nak membuang air atau tidak.

 Alhamdulillah, sepanjang siang hari, Adawiyah sudah pandai ke tandas kalau nak kencing. Ummi agak terkejut dengan perkembangan tersebut. Cuma hanya sekali dia terkucil juga, tidak sempat ke tandas, sebab berada jauh sangat dari tandas. Tapi bab buang air besar sahaja lagi perlu diajar lagi. Dua kali dia terbuang dalam seluar, baru beritahu ummi. Alahai, tidak mengapalah, dia belum biasa lagi. Belajar sedikit-sedikit. Tapi kan, nasib baiklah dia membuang dalam seluar, bolehlah ummi basuh terus saja. Kalaulah dia membuang merata, jawabnya jenuhlah si ummi ni nak menyental lantai rumah. 

Pada malamnya, sebelum tidur, Ummi tanya Adawiyah hendak pakai pampers atau tidak. Dijawabnya tidak mahu sebab dia sudah besar. Alahai, pandai pula dia menjawab. Okey, kita cuba tidur tanpa pampers. Ummi siap letak plastik di bawah cadar, bimbang basah tilam jika dia kencing. Punyalah panas tidur beralaskan plastik, walaupun plastik itu di bawah cadar. Tapi, hendak buat macam mana, bersabarlah demi anak.

Sepanjang malam ummi tidak dapat tidur lena. Asyik terbangun sahaja, tengok anak di sebelah. Sama ada basah atau tidak seluarnya. Sampaikan ummi termimpi yang bukan-bukan. Mungkin terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Sampai ke pagi ini, Ummi tengok kering sahaja seluar Adawiyah. Cadar pun kering. Tiada tanda-tanda kencing malam. Hai, rasa pelik pula, biasanya kalau pakai pampers, memang penuh pampers di pagi hari.

Lepas Adawiyah bangun tidur, terus dia beritahu nak kencing. Ummi tunggu dia membuang. Banyak juga kencingnya. Jadi, memang betul-betul tidak kencing malam la dia malam tadi, kalau dilihat pada kuantiti air kencing itu.

Alhamdulillah, lulus ujian tidur tanpa pampers Adawiyah untuk malam pertama. Kita tengok malam ini pula bagaimana keadaannya. Harap-harap berjalan lancar jugalah. Dapat la ummi jimat duit beli pampers. Kalau tidak lancar, alamatnya jenuhlah ummi hendak membasuh cadar tiap-tiap hari.

Tahniah anakku. 
Alkisah di suatu petang

Alkisah di suatu petang

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Bismillahirrahmanirrahim.

Alkisahnya.
Suatu petang dua beranak, si anak menemani si abi di bilik gerak kerja.
Sekali si abi pun pasanglah lagu nasyid bertajuk 'Rabiatul Adawiyah'. Sajalah itu hendak tengok reaksi si anak. Si ummi pula intai-intai dari bahagian dapur. Terasa juga hendak melihat reaksi si anak. Hi, hi, hi.

Bila sampai bahagian lagu yang ada nama 'Rabiatul Adawiyah' itu, si anak ini tersengih-sengih kemudian menutup mulut. Malulah tu, orang sebut nama dia. Ha, ha, ha, ha.
Bila habis lagu, si anak minta dipasangkan sekali lagi lagu tersebut. Kali ni dia siap nyanyi lagi, sebut nama sendiri. Suka sangat ada nama dia dalam lagu.

Alahai si anak. Sudah besar, macam-macam ragam. Habis lagu, minta pasang lagi, berulang-ulang. Padan la abi, jenuh la melayan karenah anak. Naik jemu la si abi melayan lagu Rabiatul Adawiyah hari ini. Itulah, hendak sangat tengok reaksi si anak kan. Nanti kita tengok reaksi si abi la pula, bosan ke tidak melayan anaknya. Ummi tak nak masuk campur. Nanti tidak pasal-pasal ummi pula yang kena ambil alih melayan anak.

Moralnya, walaupun si ayah sibuk macam mana sekalipun, jangan sesekali mengabaikan anak. Layanlah mereka semasa mereka masih kecil. Nanti bila mereka sudah semakin besar, kita tidak tahu bila mereka akan ada masa untuk bersama kita.
Masalah Kelumur dan Gatal Kepala

Masalah Kelumur dan Gatal Kepala

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar
Foto: Siti Rahimah Abu Bakar

Assalamualaikum. Selamat pagi, selamat menjemput rezeki semua pembaca.

Hari ini Kak Imah nak kongsi sikit tentang masalah kulit kepala suami Kak Imah. Suami Kak Imah ni ada masalah kulit berminyak. Kepala selalu gatal. Dulu sikit- sikit sahaja, tapi beberapa bulan lepas dia mengadu gatal yang teruk kat kepala. Pantang cuaca panas atau makan makanan pedas sikit, gatal tu datang meremut-remut kat kepala. Kak Imah ada juga tengok-tengok, nampak macam kelemumur. Sudah guna macam-macam syampu kat kepala dia tapi tak berkesan.

Dua bulan lepas, suami ambil keputusan untuk cukur rambut dia sehingga botak licin. Tak tahan gatal katanya. Bila dah botak, alangkah terkejutnya bila tengok kepala dia dah macam panau. Tompok-tompok putih, macam fungus pun ada. Mungkin kelemumur tu dah bermaharajalela agaknya.

Lepas cukur kepala tu, suami minta Kak Imah sental kepala dia dengan limau nipis. Kak Imah pun sental la kepala beliau dengan perahan buah limau nipis. Apa lagi, terjerit-jerit suami sambil tahan sakit dek kepedihan. Agaknya tindakbalas dengan kelemumur itu agaknya. Lepas hari tu dia dah serik untuk guna limau nipis. Berkesan juga la, untuk beberapa hari sudah kurang gatal kepalanya tapi masih terasa gatal kepalanya sedikit-sedikit. Tapi bila nak lumur sekali lagi perahan limau nipis itu, suami menolak. Pedih katanya.

Beberapa hari lepas itu, ada seorang kawan tawarkan satu syampu homade berasaskan santan yang boleh rawat kelemumur dan kulit kepala. Setelah berbincang dengan suami, kami ambil keputusan mencuba. Apa salahnya kan, mana tahu berkesan.

Inilah shampoo santan yang kawan syorkan itu.

Sekarang ini sudah sebulan suami menggunakan shampoo santan tersebut. Alhamdulillah, setakat ini belum ada rungutan gatal kepala dari si suami. Katanya sedap pula pakai syampu tersebut. Bau wangi katanya. Tapi memang betul wangi pun. Bau oren gitu, tiada langsung bau santan.

 Alhamdulillah, terima kasih pada kawan Kak Imah itu. Lega rasanya masalah kelemumur dan gatal kepala suami tu dah selesai. Sekarang ini, Kak Imah dan anak pun turut sama menggunakan shampoo santan ini dek kerana bau yang wangi itu. 

Kepada pembaca yang nak cuba shampoo santan ni, bolehlah dapatkan di SINI ya. Nanti Kak Imah tolong kenalkan dengan shampoo santan. Best tau shampoo ini. Cewah, ayat macam nak kenalkan jodoh aje kan. Nanti Siti kongsi lagi apa khasiat shampoo santan ni tau.

Kalau nak tahu detail penggunaan shampoo santan ni, boleh terus whatsapp Kak Imah di 012-9636285 ya.

"Perkara baik dikongsi bersama"


Cerita baru

Cerita baru

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Lama benar tidak bersiaran di laman blog ni. Seingatnya yang terakhir adalah berkenaan Misi Diet. Lebih kurang 4 bulan menyepi.

Bukannya apa, Siti terpaksa hentikan Misi Diet Siti tu atas sebab kesihatan. Nak dijadikan cerita, beberapa hari selepas cabaran diet 2 minggu Siti tu, Siti disahkan hamil. Alhamdulillah, syukur atas nikmat tak terjangka ini.

Sebelum disahkan hamil tu, keluar sedikit darah dan berasa senak di bahagian ari-ari, mungkin kerana aktif bersenam dan berzumba agaknya. Bila diperiksa doktor di klinik, Alhamdulillah doktor sahkan hamil 5 minggu waktu itu. Maknanya semasa berdiet tu, Siti dah hamil la. Nasib baik kandungan okey, tidak terjejas dengan aktiviti lasak. Sejak disahkan hamil tu, Siti terus hentikan aktiviti fizikal diet Siti tu. Risau juga pada kandungan.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 24 minggu. Semua alahan makanan, bauan termasuk alahan ber'media sosial' pun dah habis. Sekejap sangat rasanya.

Itu sebabnya Siti tidak aktif sangat berblog. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. InsyaAllah, nanti Siti nak kongsikan sesuatu untuk tatapan semua. Tunggu tau.
Sekian dahulu.

Wassalam.
Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com