Cerita baru - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: Cerita baru

09 March 2017

Cerita baru

Teks: Siti Rahimah Abu Bakar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Lama benar tidak bersiaran di laman blog ni. Seingatnya yang terakhir adalah berkenaan Misi Diet. Lebih kurang 4 bulan menyepi.

Bukannya apa, Siti terpaksa hentikan Misi Diet Siti tu atas sebab kesihatan. Nak dijadikan cerita, beberapa hari selepas cabaran diet 2 minggu Siti tu, Siti disahkan hamil. Alhamdulillah, syukur atas nikmat tak terjangka ini.

Sebelum disahkan hamil tu, keluar sedikit darah dan berasa senak di bahagian ari-ari, mungkin kerana aktif bersenam dan berzumba agaknya. Bila diperiksa doktor di klinik, Alhamdulillah doktor sahkan hamil 5 minggu waktu itu. Maknanya semasa berdiet tu, Siti dah hamil la. Nasib baik kandungan okey, tidak terjejas dengan aktiviti lasak. Sejak disahkan hamil tu, Siti terus hentikan aktiviti fizikal diet Siti tu. Risau juga pada kandungan.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 24 minggu. Semua alahan makanan, bauan termasuk alahan ber'media sosial' pun dah habis. Sekejap sangat rasanya.

Itu sebabnya Siti tidak aktif sangat berblog. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. InsyaAllah, nanti Siti nak kongsikan sesuatu untuk tatapan semua. Tunggu tau.
Sekian dahulu.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com