Bismillah..
Assalamualaikum semua. Lama tak bersiaran di sini. Ada yang rindu tak??
Kak imah bukannya apa, sejak dua menjak ini sibuk sedikit dengan medium baru iaitu shopee. Budak baru nak up la katakan, baru nak kenal perniagaan e-commerce. Dulu-dulu pandai shopping je.Sekarang ni cuba menjerumuskan diri dalam menjual la pula.
Kak Imah mula menjual di shopee sudah lebih kurang 9 bulan. Tapi sejak kebelakangan ini baru dapat rentak yang menarik yang telah membuatkan Kak Imah sedikit sibuk.
Seronok juga berniaga e-commerce ni, terutamanya di shopee. Nak tahu sebabnya apa?
Sudah tentulah sebab utamanya hasil jualan kan. he,he,he. Kalau bisnes tak dapat untung tu bukan bisnes la namanya kan. Tapi sebenarnya faktor yang lebih penting adalah dari segi persekitaran dan operasi shopee ni lebih menarik dan mudah berbanding e-commerce lain. Berbisnes di shopee ini percuma je tau, tak perlu bayar yuran bulanan ke apa. Buka je akaun, isi detail peribadi dan upload product dah boleh terus menjual. Senang sangat.
Tapi kalau nak lebih advance, nak lebih untung dalam menambah hasil jualan, anda boleh masuk kelas la. Kak Imah dapat kenal ramai peniaga-peniaga dalam pelbagai bidang bisnes, walaupun bukan dari niche bisnes kak Imah melalui shopee ni tau. Dengan kepelbagaian inilah Kak Imah dapat buka peluang terokai cabang bisnes lain yang Kak Imah rasa berkaitan dengan minat kak Imah.
Kak Imah juga dapat banyak ilmu-ilmu baru yang sebelum ini kak Imah tak faham dan tak tahu pun ilmu itu tersangatlah penting. Rupanya betul la kata-kata otai bisnes, kalau kita nak bisnes kena set minda sebagai orang bisnes. Kena duduk dalam "circle bisnes" yakni berkawan dengan mereka yang berniaga juga. Mereka mempunyi aura yang luar biasa.
Berada di kalangan mereka yang mempunyai minda bisnes ini mendorong Kak Imah sentiasa berfikiran positif. Jika semangat jatuh sekalipun, ianya tak akan down lama-lama. Sekejap saja, semangat akan kembali pulih.
Tipulah kalau cakap orang bisnes ini senang kaya, duit sentiasa ada kat tangan, tak macam orang makan gaji. Sebenarnya orang bisnes ni la lagi struggle tau. Jatuh bangun itu pasti ada dalam bisnes. Bahkan rezeki orang bisnes ni tak menentu. Mungkin hari ini hasil jualan banyak, tapi untuk hari esok belum tentu lagi.
Eh,eh terpanjang pula membebel. Berbalik kepada shopee itu tadi, seronok juga berniaga di shopee ini sebenarnya. Jika dibandingkan dengan e-commerce lain, shopee ini ada kelebihannya tersendiri.
Kak Imah tak perlu nak fikir nak karang ayat panjang-panjang untuk tarik perhatian pembaca. Kadang-kaang orang yang baca karangan ayat iklan kita itu belum tentu tertarik kan. Tapi dengan shopee ni, Kak Imah cuma bagi detail produk sahaja, customer yang akan datang kat kita.
Tambah pula, berbisnes di shopee ni Kak Imah dapat circle bisnes selepas masuk kelas.
Eh, eh. Menjual di shopee pun ada kelas khusus ke? Jawapannya mestilah ada. Dalam kelas shopee ni cikgu-cikgu ajar dari A sampai Z tau. Mula dari cara buat akaun shopee sampailah cara nak tingkatkan jualan di shopee. Kelas pula kekal seumur hidup. Bila kita dah ada kedai shopee kita sendiri pun masih boleh tanya cikgu-cikgu bila ada apa-apa kemusykilan. Cikgu akan bagi jalan sampai jumpa hujung pangkal tau. Memang best sangat.
Pendek kata, sesiapa sahaja boleh berniaga di shopee. Dengan satu akaun anda sudah boleh shopping dan juga boleh menjual dengan akaun yang sama. Mudah sangat. Kenapa perlu bertangguh, sekiranya peluang sudah ada di depan mata. Rebut peluang sebelum syarat shopee menjadi lebih ketat.
Kalau anda nak lagi jelas, boleh masuk kelas atas talian melalui aplikasi telegram sahaja. Tak perlu keluarkan peluh dan tambang ke kelas dalam bilik khusus.
Kelas shopee terbaharu (Shopee Seller Coaching Batch 11.0) yang akan diadakan adalah seperti berikut:
Tempoh : 8 hari
Hari : Isnin - Rabu
Tarikh : 6-9 Ogos 2018 dan 13-16 Ogos 2018 (Tiada kelas Jumaat, Sabtu Ahad)
Tempat : Kelas Online di Telegram.
Kalau anda hendak tahu detail tajuk yang akan diajar dalam kelas, anda boleh rujuk dan buat pendaftaran di SINI.
Tak rugi masuk kelas. Ilmu dapat, kawan dapat, duit pun masyukkkk. hi,hi,hi
No comments:
Post a Comment