#entri 60
Teks: Siti Rahimah Abu Bakar
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bernafas di dunia ini. Hari ini 19 September 2016, usia Siti menjejak 31 tahun (Masihi). Kalau dihitung tahun Hijriah, tambah lagi lebih kurang 2 tahun, jadinya 33 tahun (Hijriah) usia Siti. Alahai, dah masuk '3 series' dah orang kata. Sudah patut sedar yang diri ini sudah makin berumur. Hu,hu,hu.
Namun, Siti bersyukur Allah masih memberi nikmat kesihatan yang baik dan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat nyawa dan nafas. Kalaulah sekaya mana pun kira, tapi kesihatan terjejas, tidak ke mana juga.
Alhamdulillah, Siti ucapkan terima kasih tak terhingga kepada kedua ibu bapa yang banyak berkorban mengandung, melahirkan, mendidik, menjaga dan membesarkan Siti sehingga sekarang. Tanpa mereka, siapalah Siti.
Terima kasih juga kepada semua saudara, jiran, rakan taulan di alam realiti mahupun alam maya yang masih mengingati dan memberi ucapan serta doa pada tarikh keramat ulangtahun kelahiran Siti ini.
Bila usia sudah makin berumur ini, rasa hati sudah tidak begitu teruja mahu menyambut ulangtahun hari lahir. Tidak seperti semasa zaman bujang dahulu. Namun, Siti sangat-sangat menghargai setiap ucapan dan ingatan semua kenalan samada ucapan di media sosial facebook, whatsapp, mahupu secara bersemuka. Terima kasih semua.
Oh ya, tidak pernah sesekali dilupakan ucapan terima kasih sayang dihulurkan kepada sang suami yang sanggup menerima diri ini sebagai teman hidup, walaupun diri ini banyak kekurangan. Terima kasih juga atas sambutan hari lahir yang ringkas tapi bermakna (ada sikit rasa berbunga-bunga dalam hati). Senyum.
Terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment