#entri 65
Teks: Siti Rahimah Abu Bakar
Semalam sedang asyik berfacebook, Kak Imah ada terbaca satu post tentang misi diet seorang rakan facebook. Kak Imah baca perkongsian beliau. Rupanya beliau merupakan seorang yang sudah banyak kehilangan berat badan hasil daripada rutin dietnya, dan sekarang masih dalam proses penurunan 5kg berat badannya. Bukan itu sahaja, beliau juga ada membuka tawaran kelas diet melalui aplikasi whatsapp. Jadi, boleh sangat la kalau nak berdiet.
Kebetulan Kak Imah memang sedang dalam mood diet. Berat badan naik mendadak semasa mengandung, dan lepas bersalin tidak turun-turun juga. Cuma Kak Imah tidak tahu cara yang betul.
Jadi, apa lagi, Kak Imah pun join la. Hari ni Kak Imah dah daftar dah dalam group whatsapp diet itu. Group Diet Mokcikss namanya. Kelasnya akan bermula 13.10.2016. Buat masa sekarang ni, kumpul-kumpul tips pemakanan saja dahulu.
Setakat sampai saat ni, dah banyak info-info berkaitan gaya pemakanan diet yang Kak Imah dapat. InsyaAllah nanti jikan berkesempatan, Kak Imah kongsikan serba sedikit ya.
Semoga niat dan usaha Siti hendak diet untuk sihat dan kurus ini berhasil. Semoga urusan Kak Imah dipermudahkan-Nya. Amiinn.
No comments:
Post a Comment