2019 - Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat: 2019
Musim raya, kudis pun boleh berjangkit. Solusinya?

Musim raya, kudis pun boleh berjangkit. Solusinya?

Nak cerita satu kejadian.

Di musim raya ni kan, semua sanak saudara duk berkumpul ramai-ramai.Anak-anak seronok main bersama.

Dalam duk main tu, ada salah seorang anak yang ada masalah kulit. Berkudis. Entah tak tahu apa punca. Dah seronok main sama-sama tu berjangkit la dengan si sepupu yang lain.

Mamanya pula tak perasan si anak ni dah berjangkit. Sedar tak sedar anak duk menggaru gatal. Bila periksa, mak ai dah berkudis agak teruk dah. Beberapa tempat lain di badan  ada kesan bintik-bintik kecil, mungkin baru lagi. Dan jika digaru mungkin akan jadi lebih teruk.

Dah la tengah syok beraya di rumah mak saudara, sedar-sedar kaki anak dah berdarah sdbab kudis bergesel dengan sdluar jeans. Aduh, mesti pedih tu.

Musim raya ni klinik pun mana ada buka. Mood masih beraya. Dalam kecemasan macam ni, susah la nak cari ubat on the spot kan.

Kebetulan saya memang dah biasa standby krim herbal blend ni kat dalam beg, bawa ke mana-mana. Sebab banyak sangat gunanya ni di waktu kecemasan.

Anak-anak tiba-tiba gatal, ruam-ruam alergik, kena gigitan nyamuk dan serangga, ada luka-luka kecil,  sapu je herbal blend.

Lalu saya cadangkan pada mama si anak ni. Terus disapunya. Dibeli satu tiub herbal blend ni untuk standby kat rumah.

Beberapa hari kemudian, semalam si adik whatsapp tanya herbal blend tu ada lagi tak? Nak letak kat kudis kaki anaknya.

Sebabnya dia perasan anak si mama yang letak herbal blend itu hari dah kering dah kudisnya. Bila tanya letak apa? Katanya letak Herbal Blend yang saya kasi.

Anak si adik ni pula guna ubat klinik. Bila letak ubat kudis nampak kering sekejap, lepas itu berair balik kudis tu. Kesian la kat anak, sakit nak mandi, nak main.

Umur anak baru 3 tahun, tak reti lagi nak kontrol gatal. Digarunya sana sini, yang kudis tu berjangkit lagi kat tangan dan telinga. Makin teruk pula.

Jadinya semalam si adik ni orderlah Herbal Blend tu, nak cuba sapu kat kaki anak dia.

Selamat mencuba!

In Shaa Allah, Herbal Blend dapat bantu. Rasa seronok bila dapat feedback positif dari customer. Lagi seronok bila dapat membantu mereka yang dalam kesusahan. Rasa satu kepuasan.

So, raya-raya ni standby la krim Herbal Blend ni satu tiub dalam beg. Banyak sangat gunanya, tambah-tambah masa dalam darurat/kecemasan.

Pengedar Shaklee Kuala Nerus

Nak beli Produk Shaklee?
Nak JOIN AHLI Shaklee?

Nak dapatkan vitamin Shaklee secars percuma?

Boleh terus hubungi saya:

Email: sitirahimahabubakar@gmail.com
📲 Call/Whatsapp: 010-5511909
Facebook: Pengedar Shaklee Kuala Nerus
Instagram: Shaklee Kuala Nerus

Cara Kecutkan Fibroid

Cara Kecutkan Fibroid



Zaman sekarang ni kita kerap diberitakan tentang penyakit yang seringkali dialami oleh kaum wanita seperti fibroid, cyst, PCOS dan endometriosis bukan? Jika dahulu, penyakit sebegini sangat jarang didengar malah ada yang tidak pernah dikenali pun.

Tahukah anda, penyakit-penyakit yang saya sebutkan tadi sebenarnya boleh mempengaruhi tahap kesuburan wanita dan menyukarkan pasangan untuk mendapatkan cahaya mata.

Hari ini, saya hendak kongsikan dengan anda tentang salah satu daripadanya iaitu penyakit fibroid.





APA ITU FIBROID?


Fibroid adalah sejenis ketumbuhan sel yang tidak normal pada dinding rahim (uterus). Ianya juga dipanggil sebagai leiomyoma. Terdapat pelbagai jenis fibroid merangkumi saiz yang berbeza dan lokasinya pada dinding rahim. Pelbagai saiz fibroid yang ditemui dari saiz milimeter sehingga boleh menjadi sebesar lebih 10cm.

Walaupun fibroid ini merupakan ketumbuhan tidak berbahaya, anda juga perlu tahu bahawa kurang 1% daripada fibroid ini boleh bertukar menjadi fibroid jenis berbahaya yang dinamakan leiomyosarcoma.

Fibroid seringkali berlaku pada wanita. Nisbah kekerapannya dalam 3 orang wanita, seorang akan mempunyai fibroid. Kadangkala kewujudannya tidak disedari pun.
Fibroid berlaku berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Oleh kerana itu fibroid berkait dengan obesiti. Hal ini adalah kerana lemak-lemak degil yang terkumpul dalam badan menyimpan hormon, dan seterusnya menyumbang kepada terjadinya fibroid.

Bagi wanita yang mempunyai fibroid dan kemudian putus haid (menopouse), mereka kehilangan bekalan hormon-hormon ini dan ini menyebabkan saiz fibroid akan mengecut. Tetapi jika wanita yang sudah putus haid dan fibroid tidak mengecut sebaliknya makin membesar atau makin bertambah jumlahnya, kemungkinan fibroid ini adalah dari jenis bahaya (leiomyosarcoma).

Bagi mereka yang hamil dan mempunyai fibroid besar di bahagian bawah rahim, ia boleh mengganggu pemusingan bayi dalam rahim. Kemungkinan bayi akan tiba-tiba berada dalam keadaan songsang atau melintang disebabkan fibroid besar yang menghalang bayi berpusing kepalanya ke bawah.







Gejala-gejala Fibroid

Antara tanda-tanda fibroid adalah:
1   1)    Kitaran haid yang tidak normal
-       Darah haid keluar berwarna gelap atau keluar tanpa henti sehingga boleh menyebabkan anemia.  
-       Sakit senggugut yang teruk.

2   2)    Perut terasa buncit
-       Mungkin disangka lemak terkumpul yang menyebabkan perut buncit tapi sebenarnya bengkak dari rahim atau ovari.

3   3)    Kerap terasa ingin buang air (kecil/besar)
-       Terasa seperti ada ‘benda’ yang menekan bahagian pundi kencing pada rektum.

4   4)    Rasa sakit di bawah perut yang mencucuk-cucuk
-       Terasa sakit pada hari biasa walaupun bukan ketika waktu haid. Hal ini adalah disebabkan berlaku perubahan degenerative pada fibroid yang menyebabkan sakit.
-       Fibroid yang besar jenis tergantung di luar rahim boleh terpintal (torsion) dan menyebabkan rasa sakit.

5    5)    Susah untuk hamil
-       Mereka yang mempunyai fibroid sukar untuk hamil. Jika mereka hamil pun, janin tidak lekat lama. Fibroid pada dinding rahim yang melibatkan penempelan boleh menjejaskan proses penempelan janin dan berakhir dengan keguguran.  

6    6)    Ketidakselesaan ketika bersama suami yang boleh mengganggu hubungan suami isteri



Apa Perlu Buat Jika Anda Alami Simpton-simpton Ini?


Kebiasaannya mereka yang mempunyai fibroid akan merasa sakit yang kuat pada bahagian sekitar perut seolah-olah sedang mengalami contraction untuk bersalin.
Sekiranya anda mengalami simpton-simpton sebegini, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor.

Apa rawatan yang biasa doktor lakukan?

Sekiranya anda didapati mempunyai fibroid, kebiasaannya doktor akan sentiasa memantau keadaan pesakit fibroid bagi memastikan saiz fibroid tidak membesar dan tidak akan secara drastik melakukan pembedahan bagi masalah fibroid.

Fibroid yang tidak menimbulkan masalah atau fibroid yang bersaiz kecil tidak perlu dibuang. Ianya akan kecut dan hilang dengan sendiri apabila sudah menopouse.

Tetapi sekiranya saiz fibroid membesar dan boleh memudaratkan pesakit, jalan penyelesaian yang akan diambil adalah dengan melakukan pembedahan untuk membuang fibroid tersebut. Pembedahan merupakan pilihan terakhir jika semua rawatan tidak berhasil merawat fibroid.

Dan pesakit perlu jelas tentang beberapa risiko yang mungkin dialami selepas pembedahan fibroid seperti risiko fibroid tumbuh semula, pendarahan dalam rahim, dan rahim terpaksa dibuang.


Cara Menangani Masalah Fibroid

Bagi menangani masalah fibroid, pesakit perlu menjaga pola pemakanan seharian dan berhenti mengambil makanan yang boleh menyebabkan fibroid menjadi semakin besar. 


Selain itu, pengambilan suplemen yang tepat sangat membantu.
Pengambilan suplemen yang bersesuaian sangat penting bagi menangani masalah fibroid. Dan saya sangat cadangkan mereka yang mengalami masalah fibroid untuk mengambil suplemen Shaklee. Ianya boleh mengecilkan saiz fibroid dan juga mampu mengecutkan fibroid sepenuhnya.




Antara vitamin suplemen Shaklee yang sesuai diambil bagi masalah fibroid:

1    1)    Vivix
-       Kandungan Vivix adalah tinggi antioksida dan phytokimia. Ia membantu untuk melindungi dan memperbaiki sel-sel yang telah rosak. Bagi pesakit fibroid, Vivix sangat membantu untuk mengecutkan fibroid.

2     2)    Carotomax
-       Carotomax merupakan vitamin A, dan berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel teroksida dan juga mengurangkan radikal bebas. Kehadiran fibroid menyebabkan darah keluar dengan banyak daripada badan. Vitamin A daripada suplemen Carotomax membantu dalam pembentukan darah merah dalam badan. 

3      3)    Vitamin C
-       Vitamin C membantu untuk mengurangkan kekejangan dan kesakitan pada rahim. Salah satu tanda fibroid, pesakit akan kerap merasa sakit yang mencucuk-cucuk di perut seolah-olah kontraksi. Vitamin C berfungsi melegakan tekanan kesakitan tersebut. Vitamin C juga mempercepatkan penyerapan vitamin dan mineral dalam badan.
 
4       4)    Vitamin E
-       Vitamin E sangat membantu bagi mengurangkan gejala estrogen berlebihan yang menjadi penyebab kesakitan pada perut dan senak akibat fibroid. Vitamin E membantu melegakan simpon-simpton perubahan mood disebabkan hormon tidak stabil.
5        5)    Omega Guard
-       Kandungan Omega-3 dalam Omega Guard sangat bagus untuk pesakit fibroid kerana ia dapat mengurangkan inflamasi (keradangan) akibat tekanan fibroid.

6        6)    Vitalea
-       Kandungan zat besi dalam vitalea sangat penting untuk membantu pembentukan darah merah. Pesakit fibroid mudah mengalami anemia kerana kerap kehilangan darah yang banyak. Jadi, mereka memerlukan dos zat besi yang berganda untuk proses pembentukan darah merah.



Jadi, bagi anda yang mempunyai tanda-tanda dan simpton fibroid, silalah berjumpa doktor anda segera. Hal ini penting kerana jika betul ianya adalah fibroid, kita dapat mencegah fibroid daripada tumbuh membesar dalam badan serta dapat mengelakkan risiko berbahaya kepada nyawa kita.


TESTIMONIAL PESAKIT FIBROID


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Pencegahan Fibroid Shaklee ini, anda boleh terus order di sini.
ORDER NOW


Dan sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan khidmat nasihat PERCUMA serta cara untuk mendapatkan keahlian secara PERCUMA, anda boleh terus hubungi saya. Saya akan berikan konsultasi terbaik untuk kesihatan anda.

Siti Rahimah
Whatsapp : 010-5511909

Pendapatan Sampingan, Perlu atau Tidak?

Pendapatan Sampingan, Perlu atau Tidak?



Hujung bulan dapat gaji, senyum lebar saja kan. Tapi tak sampai seminggu, licin dah habis semua gaji.

Bukan membeli apa pun. Beli barang keperluan sahaja, tapi macam tidak cukup saja gaji sebulan. Itu belum lagi keinginan hendak beli barang kehendak itu ini.

Barang kehendak terpaksa postpone beli gaji bulan depan, sebab tidak cukup duit bulan ini. Tapi, bila dapat gaji bulan depan pun sama, tak dapat beli lagi. Postpone lagi. Penatlah hidup macam ini.

Kos sara hidup kat Malaysia sekarang ni makin tinggi, harga barang semua naik. Naiknya cepat, turunnya tidak. Yang jadi masalahnya, gaji rakyat tidak juga naik-naik. Jadi, macamana nak tampung belanja bulan-bulan.

Pendapatan Sampingan

Salah satu cara nak tampung belanja itu adalah dengan buat dua kerja dalam satu hari. Dapatlah side income, bolehlah nak cover belanja dapur.

Hendak buat kerja apa untuk dapat side income ya? Siang sudah kerja, malam kerja juga nanti tak terjaga pula suami dan anak-anak.

Ni ha, Kak Imah nak offer pada anda yang mana hendak buat income tepi untuk sertai Kak Imah buat bisnes shaklee. Bolehlah bantu suami tambah pendapatan. Tidak perlu masa yang banyak pun, bisnes secara online sahaja, bila-bila masa lapang saja sudah boleh on.

Bab modal tidak perlu risau, hanya RM65 permulaan untuk daftar sebagai ahli, dan anda sudah boleh terus berbisnes shaklee. Berkenaan produk, tak perlu risau hendak beli produk untuk simpan stok, order online sahaja nanti shaklee akan poskan.

Apa yang bestnya bisnes shaklee ni?


Produk shaklee ini sudah bertapak lama, sejak 100 tahun lalu. Memang telah terbukti siap ada kajian klinikal yang proven lagi, Jadi, anda tidak perlu risau kelulusan KKM serta sijil halal, semua ada.

Yang menariknya, anda boleh dapat bonus tau bulanan dan juga bonus kereta. Yang lagi best jika betul-betul buat, anda juga boleh bercuti ke luar negara free sahaja sebab shaklee sponsor. Anda hanya perlu bawa duit untuk membeli belah sahaja.

Tapi denga syarat, janji siapa buat, dia dapat. Itu sahaja kaedahnya. Kalau tidak buat betul, tunggu goyang kaki sahaja, buatlah kerja apapun takkan dapat hasil juga bukan?

Family shaklee pun selalu buat seminar, kelas, bengkel. Jadi anda tidak perlu risau jika tidak pandai bisnes. Kak Imah akan bantu anda buat sampai jadi.

Jadi, anda yang nak dapat side income boleh terus hubungi Kak Imah ya di 010-5511909. In Shaa Allah, Kak Imah tunjuk jalannya.

Yang mahu dapat free register, anda boleh dapatkan promosi sepanjang Februari 2019 ini. Pembelian mana-mana starter pack, anda jimat 10% dan dapat bonus serta free membership. Dah berdaftar, anda sudah boleh terus berbisnes. Untung betul bukan?
.

Apa itu Vivix Shaklee dan Manfaatnya?

Apa itu Vivix Shaklee dan Manfaatnya?



APA ITU VIVIX SHAKLEE?




Vivix merupakan minuman botani yang lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Ianya merupakan campuran sempurna Polifenol yang membantu anda untuk hidup lebih sihat dan aktif.

Penghasilan Vivix telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel termasuk;
·         membantu melindungi dan membaiki kerosakan DNA,
·         mempengaruhi pengawalaturan genetik untuk menmanjangkan jangka hayat sel,
·         membantu penghasilan tenaga dari mitokondria dan,
·         melambatkan pembentukan protein AGE.

Kandungan Vivix Shaklee:




1)        Anggur Muscadine
  
Salah satu buah-buahan semulajadi yang paling sukar diperolehi dan paling berkuasa. Anggur Muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, ia menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.




Kandungan anggur muscadine dalam setiap botol Vivix dihasilkan menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

Anggur muscadine merupakan anggur liar yang sangat istimewa. Ia mempunyai sumber antioksida dan anti radang. Ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti baik untuk kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah, melambatkan proses penuaan, mencegah kanser serta sebagai anti-virus dan anti-bakteria.

Ia turut menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal. Ia juga dapat memanjangkan umur dan pengeluaran tenaga pada peringkat sel. Selain itu, ia turut mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat.


2)        Lobak Ungu




Lobak ungu mempunyai sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical. Ia dapat menggalakkan penglihatan yang sihat serta meningkatkan keanjalan salur darah.

Lobak ungu juga mengandungi anthocyanins (antioksidan mustajab) yang bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Asid klorogenik di dalamnya bertanggungjawab mengurangkan diabetes.  


3)        Elderberry Eropah





Elderberry mengandungi Vitamin C yang tinggi dan sangat bermanfaat dalam mencegah jangkitan daripada virus dan bakteria. Ia juga mengandungi anthocyanins yang bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-virus.

Ia mampu mencegah dan mengubati kanser, meningkatkan imunisasi tubuh badan, menurunkan kadar kolesterol, mengatasi dan merawat masalah diabetes serta meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal. Ia menggalakkan perkembangan sel-sel normal dan sihat.


4)        Knotweed Jepun



Knotweed Jepun aau dikenali sebagai Polygonum Cuspidatum mempunyai sumber resveratrol yang sangat tinggi. Ia berfungsi menggalakkan kadar keradangan yang sihat dengan meningkatkan peredaran darah dan merencatkan pengumpalan platelet darah.

Knotweed jepun ini digunakan untuk melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.


Apakah Manfaat Vivix Untuk Kesihatan?
Vivix telah terbukti berkesan untuk kesihatan:

Jantung, Hati dan Darah
·         Membantu pesakit diabetes dengan mengawal paras gula dalam darah.
·         Menurunkan tekanan darah
·         Mencegah dan mengurangkan strok
·         Membantu pesakit jantung
·         Mengurangkan lemak dalam darah
·         Mengatasi masalah athsma dan alergik
·         Membantu kesihatan sel badan

Kanser dan Tumor
·         Melawan dan mencegah kanser
·         Menghalang pertumbuhan tumor
·         Membantu memulihkan sel rosak akibat kemoterapi
·         Bertidak sebagai anti keradangan

Kesihatan Seksual dan Hormon
·         Meningkatkan tenaga
·         Meningkatkan hubungan intim
·         Meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma
·         Meningkatkan kesihatan prostat
·         Menstabilkan hormon estrogen
·         Membantu masalah mati pucuk

Kesihatan Otak dan Emosi
·         Bertindak sebagai anti-depresi
·          Menguatkan ingatan
·         Mencegah Alzheimer
·         Membantu masalah imsomnia

Kesihatan Mata, Rambut dan Tulang
·         Menguatkan tulang
·         Memperbaiki glaukoma dan rabun
·         Membantu memulihkan arthritis
·         Melambatkan uban dan keguguran rambut

Anti-Penuaan dan Kecantikan  
·         Meningkatkan tenaga
·         Melambatkan penuaan
·         Mengurangkan pigmentasi
·         Mengurangkan tanda penuaan dan kedutan
·         Memberikan kulit lebih tegang dan gebu

Boleh menghentikan tabiat merokok




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vivix shaklee, boleh order di sini.


Anda juga boleh hubungi Kak Imah untuk dapatkan konsultansi PERCUMA. 

Hubungi: 010-5511909 (Rahimah)





Oh ya, Shaklee Malaysia dah buat promosi bermula Disember 2018 sehingga 28 Februari 2019, setiap pembelian twin pack vivix dengan harga RM684.00, anda jimat RM76.00 dan akan dapat tumbler shaklee, kos penghantaran dan keahlian PERCUMA  serta cashback.




Vitamin Wajib Dibawa Semasa Bercuti atau Melancong

Vitamin Wajib Dibawa Semasa Bercuti atau Melancong


  • Vitamin yang wajib dibawa Semasa Bercuti atau Melancong




Semasa travel, apa yang biasa anda bawa? Benda yang wajib bawa, tak boleh tinggal?

Perkara paling penting yang sering diambil ringan dan terlepas pandang ketika travel atau bercuti adalah KESIHATAN. Kita biasa buat list pakaian apa hendak dibawa, kelengkapan peribadi seperti toiletries, gajet elektronik (telefon pintar, kamera, chargers, laptop dan lain-lain), keperluan makanan dan sebagainya. Tapi kita sering terlepas pandang aspek kesihatan diri kita semasa packing barang hendak bercuti.

Alaa kita sihat tiada penyakit, kenapa perlu sediakan suplemen @ vitamin? Pentingkah suplemen?
Kita sangka kita sihat, kita tak perlu ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Masa travel, kita perlu tenaga yang kuat bukan?

Bila dah namanya travel makan angin, takkan nak terperap di bilik hotel sehari suntuk sehingga habis percutian kan? Nak kena jalan-jalan pusing-pusing barulah dapat pengalaman di tempat orang. Bak kata pepatah, “jauh perjalanan luas pemandangan”.



Jika bercuti di negara orang, sangat penting untuk kita sediakan keperluan bekalan ubatan dan suplemen terutamanya bagi anda yang bergantung kepada ubat-ubatan tertentu. Bukan senang nak cari sumber ubatan di tempat orang tau? Tambah-tambah di negara dunia ke-3, wujud banyak ubat palsu.

 Vitamin Yang Wajib Dibawa Ketika Bercuti

Ketika bercuti, biasanya kita akan menghadapi beberapa cabaran seperti:
  • ·         Perlu banyak bergerak atau berjalan ke sana-sini.
  • ·         Perubahan cuaca dan persekitaran
  • ·         Kurang rehat dan tidak cukup tidur
  • ·         Makan minum yang tidak menentu dan tidak seimbang
  • ·        Sembelit kerana kurang serat dan air dalam badan


Cabaran-cabaran ini mungkin akan mengganggu tahap kesihatan diri kita dan boleh menyebabkan kita jatuh sakit.

Saya kongsikan antara suplemen/vitamin keperluan wajib dibawa ketika bercuti:

  1. 1)    Ostematrix

Ostematrix ini paling penting perlu ada semasa bercuti. Sebabnya kita perlukan tenaga dan tulang yang kuat bila travel. Confirm penat dan sakit badan serta kaki pun rasa nak tercabut kan.

Dalam ostematrix ni ada kalsium, magnesium, vitamin D, mangan, boron yang sangat penting untuk otot kita. Magnesium di dalam ostematrix akan membantu melegakan otot-otot yang sakit. Ia juga membantu badan kita relaks (terutamanya bagi anda yang selalu alami jet-lag semasa travel) dan mendapatkan tidur yang berkualiti supaya dapat bangun pagi esoknya dengan cergas untuk sambung berjalan.

Ostematrix ni juga bantu supaya kita tak sembelit sepanjang tempoh percutian. Best kan, bercuti dengan senang hati. Kalau bercuti sambil tahan sakit perut (akibat sembelit) memang tak selesa dan boleh mengganggu perjalanan percutian kita kan?

  1. 2)    Vivix

Botol Vivix ni kecil sahaja, senang dibawa dan banyak manfaat terutama semasa bercuti. Bagaimana Vivix membantu semasa travel?

Vivix membantu meningkatkan stamina dan tenaga otot supaya kita kekal cergas untuk berjalan-jalan. Boleh dikatakan Vivix ini ibarat energy booster la. Vivix bertindak terhadap sel badan dan meningkatkan keupayaan mitokondria (iaitu pusat tenaga sel) bagi menghasilkan tenaga kepada badan kita.

Vivix juga membantu memberikan kelegaan pada lutut. Kajian menunjukkan resveratrol (bahan utama dalam Vivix) berkesan dalam mengatasi masalah keradangan sendi. Jadi, sangat penting Vivix dibawa bersama semasa bercuti, kerana kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi. Kemungkinan sakit sendi, tiba-tiba seliuh ke kan. Nauzubillah, minta dijauhkanlah perkara buruk sepanjang tempoh percutian. 


  1. 3)    Vitamin Penguat Antibodi

Badan yang kuat sukar untuk jatuh sakit kan. Macamana nak dapatkan badan yang kuat semasa bercuti? Secara asasnya, kita perlu kuatkan sistem imun badan kita dahulu barulah sukar untuk virus penyakit datang pada kita.

Salah satu cara kuatkan imun badan semasa bercuti adalah dengan NutriFeron sebagai immune booster. NutriFeron dapat mengelakkan diri kita daripada demam selsema dan pertahanan dari penyakit berjangkit.

Selain itu, satu lagi vitamin wajib penguat antibodi adalah Sustained Release Vita-C Plus. Bagi anak-anak, boleh bekalkan mereka dengan Chewable-C Plus, sepanjang tempoh bercuti supaya imun antibodi mereka kuat dan mengelakkan demam. Tentu memenatkan dan tidak selesa percutian jika anak demam kan. Terasa seperti mahu segera pulang berehat di rumah.   

Sebagai persediaan awal, anda juga boleh bawa Garlic Complex yang juga merupakan immune booster. Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang dapat membantu badan kita melawan serangan penyakit. Ia sangat disarankan terutama bagi anda yang ada masalah alahan termasuk alahan terhadap makanan laut (seafood).

  1. 4)    Vitalea

Vitalea merupakan multivitamin pertama yang berusia lebih 100 tahun. Ia berfungsi menambah tenaga segera supaya kita cergas sepanjang percutian.

  1. 5)    B-complex

B-Complex memainkan peranan dalam mengurangkan stres semasa travel terutamanya bagi ibu-ibu yang bercuti bersama anak-anak kecil. Macam-macam ragamnya.
 
  1. 6)    Krim Herbal Blend

Krim serbaguna Herbal Blend sangat penting untuk dibawa bersama semasa bercuti. Krim ini tanpa steroid dan selamat digunakan untuk mengelakkan sunburn dan boleh juga digunakan untuk anak-anak sekiranya terkena gigitan serangga atau ruam-ruam pada kulit anak. Krim ini hanya untuk kegunaan luaran sahaja.

“Mencegah Itu Lebih Baik Dari Merawat”

Jadi, bagi anda yang merancang untuk bercuti bersama keluarga mahupun sahabat handai, di samping senarai kelengkapan diri, jangan lupa sertakan sekali senarai suplemen dan vitamin Shaklee sebagai persediaan kesihatan yang optimum sepanjang percutian.

Selamat bercuti dan nikmatilah percutian dengan seronok tanpa gangguan kesihatan.

Untuk Pertanyaan dan order vitamin Shaklee untuk travel, anda boleh SMS/ Whatsapp/ Telegram +010-5511909 (Kak Imah)

Atau anda juga boleh terus order produk Shaklee secara online menggunakan credit card / debit card. Klik butang ORDER NOW di bawah.


Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com