Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat
Jantung Lebih Sihat dengan CoQ-Trol Plus

Jantung Lebih Sihat dengan CoQ-Trol Plus

 


Anda rasa badan lemah?

Anda mudah mengantuk?

Anda cepat penat?

Anda ada masalah jantung? 


Walaupun baru je lepas makan, tapi badan tetap rasa lemah, penat dan mudah mengantuk. Badan rasa tidak bertenaga. 

Sekiranya anda alami situasi begini, mungkin anda mempunyai masalah kekurangan CoQ10 dalam badan.



Apa itu CoQ10? 


Co-enzyme Q10 (juga disebut CoQ10 atau Q10) adalah nutrien larut lemak yang mengandungi banyak unsur antioksida semulajadi yang berfungsi melawan radikal bebas yang merosakkan sistem kardiovaskular. Ia juga amat diperlukan dalam mitochondria (pusat penghasilan tenaga) yang berada dalam sel badan.


CoQ10 ditemui di dalam organ badan yang bekerja keras dan memerlukan tenaga seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. 



Bagaimana CoQ10 berfungsi.


CoQ10 bertindak sebagai palam pencucuh sel (spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP). Proses penghasilan tenaga ini akan berlaku berulang-ulang dan berterusan supaya sel badan sentiasa mempunyai tenaga yang cukup untuk berfungsi dengan cekap. 


Tanpa CoQ10 yang mencukupi, sel-sel badan tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ badan tidak dapat berfungsi dengan baik. 




CoQ10 paling banyak didapati di jantung kerana ia menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan. 


Jadi, CoQ10 sangat diperlukan sebagai antioksida dan juga nutrien yang penting dalam penghasilan tenaga. Kedua-dua fungsi CoQ10 ini akan meningkatkan fungsi jantung dan memastikan kesihatan jantung yang lebih sihat. 


Manfaat CoQ10 Kepada Jantung

CoQ10 memberi banyak manfaat kepada jantung:


• Menguatkan otot jantung.

• Peredaran darah yang sihat.

• Mengurangkan risiko penyakit jantung.

• Meningkatkan tahap tenaga yang lebih baik kepada mereka yang mengambil statin. 

 

Tubuh badan kita boleh menghasilkan CoQ10, namun keupayaan ini akan mula menurun pada usia 20 tahun dan makin berkurangan secara mendadak pada usia 40 tahun berterusan sehingga usia 80 tahun. 



Jadi, kita juga memerlukan suplemen CoQ10 bagi meningkatkan penghasilan tenaga dalam badan. 



Keistimewaan CoQ-Trol Plus Shaklee


Shaklee mempunyai suplemen CoQ10 yang terbaik yang dikenali dengan nama CoQ-Trol Plus.




Keistimewaan CoQ-Trol Plus:

✓ Membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. 


✓ Dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan optimum. 


✓ Formulasi berpaten untuk meningkatkan penyerapan CoQ10. (Paten No. MY-139379-A).


Kebaikan CoQ-Trol Plus


1. Menyokong kesihatan fungsi otak dan meningkatkan memori serta fokus. 


2. Memberi perlindungan optimum dan meremajakan kulit. 


3. Memberikan tenaga dan menguatkan otot jantung.


4. Mempercepat proses penyembuhan luka.


5. Menyokong sistem reproduktif yang sihat.


6. Menyokong peredaran darah yang sihat.

 


Semoga bermanfaat! 


Sekiranya anda dapat sesuatu manfaat daripada perkongsian tentang CoQ10 di atas, dan mahu mencuba suplemen CoQ-Trol Plus, boleh terus hubungi saya ya. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Terengganu




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Vitamin E: Betul ke Bukan Sekadar Untuk Cantik?

Vitamin E: Betul ke Bukan Sekadar Untuk Cantik?

Betul ke vitamin E hanya untuk nak cantik?


Bila sebut tentang vitamin E, sering dikaitkan dengan vitamin untuk cantik. Namun sebenarnya bukan itu sahaja, vitamin E juga mempunyai manfaat lain juga. Jom kita kenali vitamin E dengan lebih terperinci.


 Apa itu vitamin E?


Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ badan berfungsi dengan baik.


Vitamin E adalah vitamin larut lemak dan mempunyai ciri antioksidan yang berfungsi melawan radikal bebas dalam badan. 


Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan. 


Sumber vitamin E


Badan kita tidak mampu menghasilkan vitamin E, justeru kita perlu mengambil vitamin E menerusi sumber lain dalam pemakanan harian. 




Sumber makanan yang mengandungi vitamin E:

> Minyak sayuran

> Sayuran berdaun hijau gelap

> Kekacang

> Biji bijian dan semua bijirin

> Beras perang

> Jagung 

> Telur

> Rumpai laut

> Susu

> Oat

> Kacang Soya

> Ubi kentang

> Gandum



Tips Memilih suplemen Vitamin E Yang Terbaik


1. Pastikan vitamin E dari sumber semulajadi dengan melihat pada label, ada huruf 'd' kecil (d-alfa-tocoferol). Sekiranya ada huruf 'l' atau 'dl' menunjukkan ianya daripada sumber kimia atau tiruan. 

2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label. 

3. Pilih vitamin E yang mengandungi Selenium. 

Selenium berfungsi membantu tubuh dalam menghasilkan protein khas yang berperanan dalam mencegah kerosakan sel. 

Membantu fungsi kognitif (pembelajaran).

Meningkatkan sistem imunisasi badan.

Memelihara kesuburan kepada wanita dan lelaki.

Menyumbang dalam penghasilan DNA. 


Keistimewaan Vitamin E Complex Shaklee 

Suplemen vitamin E Shaklee dikenali dengan nama Vitamin E Complex dan mempunyai keistimewaan berbeza dengan produk vitamin E jenama lain di pasaran.


Di dalam 1 kapsul vitamin E Complex Shaklee mengandungi;


> 400IU vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk d-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh. 


> 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum. 


> 39.4mg ekstrak biji anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mengandungi antioksidan yng bagus. 


> Vitamin E Shaklee juga mempunyai kandungan Selenium iaitu sejenis mineral yang mempunyai fungsi antioksidan yang kuat. Selenium bekerjasama untuk menyokong fungsi vitamin E.



10 Manfaat Vitamin E Shaklee




Manfaat Vitamin E;

1# Membantu mengurangkan kesan keradangan (inflamation) 

2# Membantu mengurangkan risiko penyakit Parkinson.

3# Membantu penyembuhan luka lebih cepat. 

4# Membantu meningkatkan fungsi kesihatan mata. 

5# Membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah beta- thalasemia dan vitamin E deficiency. 

6# Membantu mempercepat pertumbuhan sel kulit. 

7# Membantu meningkatkan fungsi sistem saraf. 

8# Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang. 

9# Membantu merawat luka kecil di dalam tulang dan otak bayi pramatang. 

10# Membantu mengurangkan risiko kulit 'sunburn'. 



Testimoni Vitamin E Shaklee









Bagi anda yang ingin mendapatkan Vitamin E yang organik, terbaik dan berkesan, boleh hubungi saya ya. 



Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Terengganu




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu / Kuala Nerus

Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu / Kuala Nerus

 Assalamualaikum dan salam ceria para pengunjung blog kak Imah.


Bagi yang belum mengenali, saya Siti Rahimah juga dikenali dengan panggilan Kak Imah, merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu sejak tahun 2018. 


Bagi anda yang berada di kawasan sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang memerlukan suplemen dan khidmat nasihat tentang pemakanan tambahan boleh terus hubungi saya. Kak Imah menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery (COD) bagi kawasan berdekatan dan juga pengeposan bagi anda yang berada di luar kawasan. 


Untuk lebih penjimatan, kak Imah sangat sarankan anda untuk berdaftar sebagai Ahli Shaklee dan nikmati banyak kelebihan dengan Shaklee. Ahli Shaklee akan mempunyai akses terus ke laman web Shaklee di mana banyak maklumat tentang produk dan info kesihatan boleh diperoleh. 


Sebagai ahli Shaklee, anda juga akan sentiasa diguide  bersama group support khas yang disediakan spesial untuk ahli Shaklee, serta akan turut mempunyai kelebihan untuk mendapatkan tips kesihatan daripada pakar nutrisi Shaklee juga. 


Kak Imah juga merupakan Business Leader Shaklee yang sah. Sejak berbisnes Shaklee, Alhamdulillah kak Imah sentiasa mendapat duit pendapatan terus dari Shaklee setiap bulan tanpa gagal.


Dan untuk makluman para pembaca, setiap ahli Shaklee yang menjalankan bisnes Shaklee berpeluang untuk mendapat 3C iaitu Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Trip daripada pihak Shaklee. Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai 3C ini, anda boleh berhubung dengan kak Imah ya. 


Dan sekiranya anda para pembaca sedang mencari peluang untuk mendapat pendapatan tambahan, kak Imah sangat mengalukan anda untuk join Kak Imah segera.  Anda boleh terus hubungi kak Imah 011-56241909 ya. Kak Imah bersedia untuk guide anda cara untuk menjana pendapatan dari bisnes Shaklee setiap bulan. 


Bagi anda yang berada di sekitar Kuala Terengganu serta Kuala Nerus, dan ingin bersua muka dengan kak Imah untuk mendapatkan produk Shaklee mahupun untuk memulakan bisnes Shaklee, jangan segan silu klik link di bawah ya untuk kita berjanji temu. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Pengalaman Peritnya Alahan Teruk Semasa Hamil: Apa Perlu Buat

Pengalaman Peritnya Alahan Teruk Semasa Hamil: Apa Perlu Buat

ALAHAN TERUK MASA HAMIL TAPI BADAN TETAP CERGAS 


Assalamualaikum dan salam ceria. Terima kasih kerana sudi membaca coretan kak Imah. Entri kali ini kak Imah nak bercerita sedikit tentang pengalaman kak Imah alami alahan teruk semasa hamil tapi badan tetap cergas.


Teringat semasa mengandungkan anak ketiga 2 tahun lepas. Perit betul alahan ketika itu hampir 8 bulan alami alahan.


Mengandungkan si kakak-kakaknya sebelum itu masuk 4-5 bulan dah kembali normal dah hilang alahan. Tapi giliran mengandungkan si adik ketiga ni sampaikan 7-8 bulan masih lagi terasa alahan tu. 


Alahan bau yang teruk, tak boleh makan nasi putih walau sesuap pun, ayam pun tak boleh telan. Berat badan turun mendadak. 


Memang perit betul. Paling teruk siap warded hospital masuk air sebab kurang air dalam badan. Tapi nurse Klinik Kesihatan yang mengiringi semasa dalam ambulans masa tu rasa pelik sebab badan kak Imah nampak sihat segar je, macam normal tak sakit, sembang kencang masa kat klinik dan dalam ambulans. Tapi sebab result air kencing tak cantik. Terus pecut naik ambulan ke hospital.


Mujur masa tu dah kenal Shaklee dah. Vitamin untuk ibu hamil 1 set lengkap wajib ambil tiap hari. 


Dan salah satu vitamin yang paling membantu semasa alahan tu adalah Hero Kiddo. Sejenis vitamin dalam bentuk gummies yang kaya dengan  ekstrak vitamin C, vitamin D, Zink dan Elderberry. 





Masa alahan tu, tekak selalu mual. Hero Kiddo ni memang wajib kak Imah bawa ke mana-mana. Ketika tengah mual, saya kemam dan kunyah Hero Kiddo. Kurang sikit rasa nak muntah. Lagi pula Hero Kiddo ini rasa sangat sedap, malahan anak-anak kak Imah pun menggemari vitamin Hero Kiddo ni. 


Dan satu lagi best, semasa sepanjang kehamilan tu kak Imah tak ada masalah sembelit. Salah satu sebabnya Hero Kiddo ni bantu pelawasan juga, selain pil kalsium Ostenutrix yang bantu melembutkan najis. Jadi, semasa hamil saya tiada isu 'berkampung' di tandas sebab sembelit. 



Alhamdulillah suplemen set hamil  Shaklee banyak bantu bagi tenaga dan cukupkan nutrien bayi sepanjang kehamilan. 


Dan memudahkan proses bersalin juga. Memudahkan bukaan jalan ketika bersalin. Ketika dalam labor room hendak bersalin, sekejap je teran terus keluar puteri ketiga ini. Awalnya doktor anggarkan jam 10.30 malam bersalin sebab bukaan baru 4-5cm. Tapi, tak dijangka jam 8.30 malam dah bukaan penuh rasa nak teran dengan nurse dan doktor sorang pun tiada kat bilik (sebab mereka dah set 10.30 malam baru dijangka bukaan penuh, jadi mereka berkejar fokus kat bilik bersalin yang lain).


Mujur tiba-tiba ada sorang doktor masuk bilik untuk tengok rekod pada laptop, terus kak Imah cakap tak tahan dah nak teran. Rupanya kepala bayi dah kat hujung nampak rambut dah. Terus kelam kabut nurse dan doktor. Siap nurse bebel kenapa tak jerit panggil staf, kelakar betul bila ingat kembali.


Alhamdulillah, syukur ditemukan dengan suplemen best Shaklee ni. Sangat membantu kehamilan dan juga sepanjang penyusuan selepas bersalin. Sehingga sekarang kak Imah masih setia dengan suplemen Shaklee kerana badan rasa lebih sihat lepas amalkan suplemen Shaklee. 


Dan suka juga untuk kak Imah kongsikan pengalaman dan testimoni Shaklee ini kepada pembaca sekalian. Moga- moga sedikit sebanyak dapat membantu dapat manfaat bagi pembaca yang sedang mengalami alahan ketika hamil. 


Sekiranya ada di kalangan pembaca yang mengalami alahan dan sedang mencari suplemen untuk atasi alahan, boleh hubungi kak Imah ye. InshaAllah kak Imah bantu selagi terdaya. 


Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Vita-Lize : Multivitamin Shaklee Berwajah Baharu

Vita-Lize : Multivitamin Shaklee Berwajah Baharu

Multivitamin Shaklee kini berwajah baru. Bakal memasuki pasaran pada Jun 2023. 

Vita-Lize berwajah baru bakal memasuki pasaran Malaysia Jun 2023. 


Jika sebelum ini, multivitamin Shaklee ni dikenali dengan nama Vitalea, identiti barunya bakal diganti dengan nama baharu Vita-Lize seiring dengan penambahbaikan bahan dalam kandungannya.


Tahukah anda, Vita-Lize ini merupakan multivitamin tertua di dunia seusia satu abad dan dihasilkan oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1915. Semasa awal kewujudannya dikenali dengan nama Vitalized Mineral. Dan daripada singkatan "Vitalized Mineral" inilah yang terhasilnya perkataan "Vitamin". 


Multivitamin pertama dunia Vitalized Mineral kini berwajah baru dengan nama Vita-Lize


Seiring dengan inovasi dan kajian demi kajian, sentiasa ada penambahbaikan dalam penghasilan multivitamin ini. Daripada namanya Vitalized Mineral, dinaiktaraf menjadi vitalea dan kini dengan formulasi baru ianya bakal dikenali dengan nama Vita-Lize. 












 

Hidup Ini Satu Ujian

Hidup Ini Satu Ujian

Hidup ini tidak selalunya indah. Akan ada masanya kita akan ditimpa masalah yang bertimpa-timpa. Ketika ditimpa masalah dan rasa down, kita perlukan kata-kata motivasi yang boleh menaikkan kembali semangat hidup. 


Hidup ini adalah ujian. Sebaik mana pun diri kita, kita tetap akan diuji. 

Ujian hidup kita tidak sama dengan orang lain.


Kita mungkin tidak diuji dengan soal harta, kita punyai harta yang makan 7 keturunan tak habis. Tapi dalam masa yang sama mungkin kita diuji dengan soal pasangan.  


Kita mungkin punyai keluarga bahagia, anak-anak cantik sihat, suami penyayang. Namun, mungkin kita akan diuji dengan ibu ayah yang sedang sakit atau soal masalah mertua ipai duai. 


Jika kita tidak diuji dengan soal keluarga, ibu bapa, mertua atau ipar duai, mungkin juga Allah datangkan ujian dengan pekerjaan atau perniagaan. 


Mungkin kita tidak diuji dengan soal pekerjaan,  dan perniagaan kita sentiasa maju, tapi Allah hadirkan ujian kesihatan untuk kita.


Jika kita tidak diuji dengan soal kesihatan, maka mungkin juga kita diuji dengan iman. 


Dan bermohonlah pada Allah moga-moga kita sentiasa diteguhkan iman, dan tidak dibolakbalikkan hati kita dari pandangan Allah. Kerana dengan iman yang kuat, InshaAllah segala ujian yang Allah hadirkan dapat kita jalani dengan tenang. 


Adakah ujian tanda Allah murka atau tidak sayangkan kita?


Pelbagai lagi situasi ujian yang Allah hadirkan. Namun percayalah di sebalik setiap ujian, Allah akan hadirkan hikmah yang cantik kejadiannya di hujung ujian. 


Setiap ujian yang Allah hadirkan untuk kita itu sebenarnya mematangkan kita. Dan mungkin juga melalui ujian yang kita hadapi itu satu jalan yang Allah sediakan untuk mengangkat darjat kita di SisiNya. 


Apa yang penting, kita lalui setiap ujian dengan husnuzon bersangka baik dengan takdir Allah, sabar dan sentiasa tenang. 


Janganlah kita jadikan ujian itu sebagai jarak untuk kita jauh dari Allah. Tapi jadikanlah ujian sebagai tali penguat pengikat kita dengan Yang Maha Esa.


Dan ingatlah, dunia ini merupakan satu tempat ujian bukan tujuan. Sepertimana kita belajar di sekolah, perlu lalui ujian dan peperiksaan untuk lulus ke next level. 


Begitu jugalah ujian hidup yang Allah aturkan untuk kita lalui ini juga cara untuk Allah ganjarkan nikmat next level (mungkin syurga ganjarannya) bagi yang berjaya lulus ujianNya. 


SesungguhNya Allah Maha Mengatur dan Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. 


NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Mudahnya Renew Keahlian Shaklee

Mudahnya Renew Keahlian Shaklee

 Assalamuaikum dan salam sejahtera semua. 

Hari ini Kak Imah nak kongsi cara mudah nak renew keahlian Shaklee. Bagi yang sudah berdaftar sebagai ahli Shaklee, tahniah Kak Imah ucapkan kerana telah memilih suplemen terbaik Malaysia untuk kesihatan anda. Bagi yang belum berdaftar sebagai ahli Shaklee, boleh JOIN SHAKLEE sekarang dan nikmati pelbagai kelebihan sebagai ahli Shaklee. 


Boleh hubungi Kak Imah tau untuk tahu lebuh lanjut mengenai kelebihan sebagai ahli Shaklee. 


Bagi yang sudah berdaftar dan mempunyai ID Shaklee, tentu sedia maklum yang keahlian Shaklee perlu diperbaharui setiap tahun tau.  Pihak Shaklee tetapkan untuk renew keahlian Shaklee setiap tahun sebagai cara untuk mendapatkan rekod kemaskini data customer yang aktif dari semasa ke semasa. 


Menjadi perkara biasa jika kita berdaftar dan menjadi ahli dengan mana-mana organisasi, perlu untuk perbaharui keahlian dalam tempoh tertentu bagi memudahkan pihak organisasi mengenalpasti customer yang betul-betul aktif berada dalam organisasi. 


Untuk Renewal Shaklee sebenarnya sangat mudah tau. 

Shaklee menetapkan tarikh lahir kita sebagai tarikh tamat tempoh keahlian bagi tiap tahun supaya mudah untuk kita ingat. 


Dan untuk memperbaharui keahlian Shaklee, cukup mudah. Setiap ahli Shaklee hanya perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya satu produk Shaklee yang mempunyai UV point dan automatik keahlian Shaklee akan terus dikemaskini sebagai aktif. Tidak perlu untuk buat apa-apa pembayaran yuran tambahan, hanya perlu kekal aktif dengan hanya membuat pembelian menggunakan ID sendiri. 


Pihak Shaklee juga akan remind kita dalam  tempoh 3 bulan sebelum tamat tempoh keahlian. Dan ahli yang membuat sebarang pembelian dalam tempoh 3 bulan sebelun tamat keahlian pun boleh dikira renew dan ID automatik aktif sehingga tamat tempoh tahun hadapan.


Macamana   cara nak renew keahlian?

Ahli Shaklee boleh terus buat pembelian di website SHAKLEE menggunakan ID serta kata laluan masing-masing dan jangan lupa untuk klik ✅ Renewal untuk mengaktifkan keahlian. 

Selain itu, jika ahli Shaklee berada berdekatan dengan mana-mana branch Shaklee seluruh Malaysia, anda juga boleh terus renew keahlian di kaunter branch sambil mencuci mata serta shopping di branch sekali. 

Jika anda sebelun ini berdaftar keahlian dengan Kak Imah, anda juga boleh hubungi KAK IMAH untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara renew. InshaAllah kak Imah akan cuba bantu anda. 

Peluang Renewal Keahlian dengan pakej murah


Oh ya, jika ada di kalangan anda yang tempoh keahlian Shaklee bakal tamat dalam tempoh lagi 3 bulan, kak Imah mahu khabarkan satu berita gembira. 

Pada bulan ini, pihak Shaklee ada buat promosi kaw kaw tau. Setiap pembelian set di bawah ini, anda boleh terus renew keahlian juga secara automatik. 




Setiap pembelian twinpack Vitamin C atau ESP dengan harga tak masuk akal RM99 sahaja, anda boleh terus perbaharui keahlian anda. 








Juga pembelian mana-mana set Rahmah juga boleh terus aktifkan kembali ID Shaklee.  

Kedua-dua promosi Flash Sale dan promosi Set Rahmah ni amatlah murah tau. Memang rugi jika tak dapatkan set ini. Sudah alang-alang mahu renew keahlian, apa kata rebut peluang penjimatan sekali. 


Promosi ini bakal berakhir pada 31 Mei 2023, lagi 5 hari tau. 

Dan bagi yang belum berdaftar sebagai ahli Shaklee, juga boleh rebut peluang untuk mendapatkan keahlian PERCUMA dengan pembelian set promosi ini juga. Jimat RM35 yuran pendaftaran keahlian tau. 


Sekiranya anda berminat untuk mendaftar keahlian, boleh DAFTAR AHLI hari ini.  Jika ada sebarang kemusykilan dan perlukan khidmat nasihat, anda boleh terus hubungi kak Imah ya. 

Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#pengedarShakleekualanerus

#shakleereadystock


Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com