Keistimewaan Vitamin C Shaklee
Tips Berhenti Merokok
Hari ini Kekmah nak kongsi sedikit mengenai salah satu cara untuk berhenti merokok.
Sebelum itu, anda tahu tak perokok ni ada dua jenis tau. Perokok Primer dan Perokok Sekunder.
Apa pula perokok primer, sekunder ini? Dah kalau mereka yang letak rokok kat mulut lepas itu sedut asap rokok itu namanya perokoklah kan? Ada pula yang sekunder tu apakah ia?
Sebenarnya orang yang merokok letak rokok pada mulut dan sedut asap secara terus itu namanya Perokok Primer. Manakala jenis yang sekunder ini adalah orang sekeliling yang tidak merokok tapi menyedut asap rokok hasil daripada perokok primer.
Golongan sekunder ini sebenarnya lagi terdedah dengan bahaya bahan kimia daripada asap rokok berbanding perokok premier itu tadi. Kesannya boleh menyebabkan terjadinya kanser tau. Kebiasaannya golongan sekunder ini terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak yang mana suami/bapa merokok (perokok primer) kerana mereka lebih mudah terdedah dengan asap rokok siang dan malam.
Bagi golongan wanita (seorang ibu) mana yang tidak ingin suami berhenti merokok kan?. Apatah lagi bila sudah mempunyai anak kecil. Kesihatan anak menjadi keutamaan kan. Tapi hendak berhenti merokok itu bukanlah semudah berbicara ABC. Tambah lagi jika suami perokok tegar, amat sukar untuk jauhkan diri dari rokok.
Jadi, hari ini Kekmah nak kongsikan satu alternatif cara berhenti merokok.
Kebiasaannya salah satu punca mereka yang merokok adalah untuk mendapatkan ketenangan dan menghilangkan tekanan. Kesan ketenangan daripada merokok ini adalah disebabkan oleh fungsi nikotin daripada rokok yang masuk ke badan dan terus ke pusat saraf yang seterusnya memberikan rasa tenang kepada perokok.
Untuk pengetahuan anda, mereka yang merokok terus ini mempunyai banyak toksin terkumpul dalam badan. Toksin terhasil daripada kandungan bahan kimia daripada rokok seperti nicotine, ammonia, arsenic, stearic acid dan sebagainya. Bahan kimia bertoksin ini apabila terlalu banyak berkumpul dalam badan akan memberi bebanan kepada organ paling penting badan iaitu organ hati perokok dan boleh merosakkan fungsi hati.
Jadi untuk rawatannya, organ hati perlulah didetox untuk melancarkan lagi fungsi hati tersebut. Macam mana hendak detox hati? Kekmah cadangkan mengambil suplemen DTX Complex untuk detox hati.
DTX Complex bertindak sebagai penapis toksin dalam badan dan membantu menyingkirkan racun dan bahan toksin yang berkumpul dalam hati. DTX Complex juga menggalakkan fungsi hati yang sihat. DTX Complex mengandungi bahan semulajadi Milk Thistle Seed (ekstrak biji benih pokok susu tisel) yang menyokong keupayaan badan untuk mengekalkan hati yang lebih sihat.
Selain DTX Complex, dicadangkan juga pengambilan Vivix bagi perokok. Vivix mempunyai antioksidan yang sangat tinggi dan ianya membantu menyingkirkan toksin terkumpul dalam badan sekaligus membaikpulih sel-sel badan yang sudah rosak. Tambah lagi sel badan perokok sangat cepat rosak disebabkan tindakbalas pelbagai bahan kimia daripada rokok yang berkumpul bertahun-tahun di dalam badan. Jadi, Kekmah sangat cadangkan pengambilan Vivix sebagai suplemen pembaikpulih semula sel badan yang telah rosak.
Pengambilan DTX Complex dan Vivix secara konsisten akan memberikan kesan tidak selesa, pahit dan meloyakan apabila perokok kembali merokok. Keadaan ini akan menyebabkan perokok semakin menjauhkan rokok.
Bagi golongan sekunder yang sentiasa terdedah dengan asap rokok, anda juga perlu menguatkan antibodi badan bagi menapis toksin asap rokok daripada memasuki badan. Bagi golongan sekunder ini, Kekmah cadangkan anda mengambil suplemen vitamin C (Vita-C Plus) secara konsisten untuk menguatkan antibodi dan sebagai perlindungan daripada toksin asap rokok. Penyakit datang tidak berbau. Mungkin dengan menghidu asap rokok secara tidak sengaja boleh menyebabkan penyakit kepada diri kita kan. Kata orang, mencegah itu lebih baik dari merawati.
Semoga perkongsian Kekmah berkenaan salah satu ikhtiar berhenti merokok bagi perokok premier dan tips mencegah bagi perokok sekunder ini memberi manfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Sekiranya anda ingin mencuba set Shaklee tersebut di atas, jangan segan silu berhubung terus dengan Kekmah ya. Boleh terus hubungi Kekmah di SINI.
Apa Kata Pengguna Vitamin C
Ramai yang cakap vitamin C ini bagus untuk rawat masalah kesihatan kita terutamanya masalah kulit. Tapi apa buktinya?
Pagi-pagi ini jom kita cerahkan biji mata kita lihat apa kata pelanggan tentang vitamin C shaklee.
Sudah jelas Vita-C Plus (Vitamin C Shakelee) terbukti membantu mengatasi banyak masalah kulit dan menguatkan sistem imun tubuh badan kita.
Amalkan ambil vitamin C setiap hari selain boleh mencantikkan kulit, yang lagi best ianya boleh meningkatkan sistem imun badan, antibodi badan jadi lebih kuat. Itu perkara yang penting yang perlu sangat kita jaga. Kalau badan sudah cantik luaran tapi antibodi tidak kuat, penyakit mudah menyerang. Cantik itu sudah tidak lagi bermakna apabila badan kita sakit. Betul tak?
Jadi, anda yang inginkan kulit cantik dan sihat serta kuat tubuh badan, jom amalkan Vitamin C dalam diet seharian anda. Boleh hubungi Kekmah untuk order dan konsultasi percuma.
whatsapp: 010-5511909
Facebook: Siti Rahimah
Page: Pengedar Shaklee Kuala Nerus
Instagram: Shaklee Kuala Nerus
Kepentingan Vitamin B Complex Untuk Badan Kita
Anda sudah ambil vitamin B belum hari ini?
Vitamin B ni penting sangat untuk fungsi tubuh kita kerana ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga untuk sel-sel badan kita.
Awal pagi badan memanglah terasa segar dan cergas lagi bukan? Tetapi nanti apabila sudah petang, selepas sudah penat buat kerja itu dan ini, tubuh badan pun sudah lesu tidak bermaya.
Amalkanlah Vitamin B Complex shaklee.
Kepentingan Vitamin B Complex Shaklee
Vitamin B Complex shaklee dilengkapi dengan kesemua lapan vitamin B yang diperlukan badan, iaitu Vitamin B12, Riboflavin, Tiamin, Niasin, Asid Pantotenik, Biotin, Vitamin B6 dan Asid Folik.
Kesemua lapan vitamin B ini sangat diperlukan untuk menjadikan tubuh badan kita sihat.
Antara fungsi Vitamin B Complex shaklee:
Antara fungsi Vitamin B Complex Shaklee:1) Menghasilkan tenaga dan membantu meningkatkan kemampuan berfikir.
2) Merangsang pertumbuhan kanak-kanak
3) Penting untuk kesihatan kulit, mata, kuku dan rambut
4) Mencegah stres dan menguatkan antibodi tubuh
5) Mencegah anemia dan penting untuk proses pembaikan sel darah merah
Untuk ibu hamil sangat digalakkan pengambilan Vitamin B Complex shaklee ini kerana ianya sudah All in One. Tidak perlulah hendak telan pil asid folik yang memang betul-betul mencabar lidah semasa hamil.
Kekmah faham sangat bagaimana rasanya seksa hendak makan tiap 4 jenis pil wajib untuk ibu hamil sepanjang kehamilan. Tambah-tambah pil asid folik warna kuning kecil itu bukan? Sangat susah hendak menelannya kerana rasa pahitnya itu yang melekat pada lidah boleh membuatkan kita rasa hendak muntahkan balik segala isi perut.
Dengan vitamin B Complex Shaklee ini sudah dilengkapi dengan asid folik sekali dalam satu tablet, jadi selamatlah lidah anda dari rasa pahit ubat kuning kecil itu.
Untuk mendapatkan kesan optimum untuk kulit serta kesihatan ibu dan anak, anda digalakkan mengamalkan set kehamilan shaklee. Ianya sudah cukup lengkap dengan segala keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh sepanjang kehamilan dan ianya boleh juga terus diamalkan ketika daIam pantang dan selepas habis pantang. Sangat menjimatkan bukan?
Terbukti Mudah dan berkesan.
Jadi yang hendak order atau inginkan khidmat nasihat berkaitan kesihatan boleh hubungi kekmah ya.
whatsapp: 010-5511909
Facebook: Siti Rahimah
Page: Pengedar Shaklee Kuala Nerus
Instagram: Shaklee Kuala Nerus
Hidup Sihat, Hidup Hebat
Anda boleh merancang pelan pemakanan sihat anda dengan membuat pilihan makanan yang menyihatkan seperti pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijian penuh, dan produk susu bebas lemak atau rendah lemak.
Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan anda untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh serta dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.
Flashfelt Hijaiyah Mesra Bayi
Siapa kata barang mahal tak boleh jual? Susah nak jual? Jika kena pada prospek dia, insyaAllah ada rezeki akan masuk.
Alhamdulillah, dapat lagi order FLASHFELT HIJAIYAH. Order dari shopee.com.my/sitirahimah_ab
Duit bukan menjadi masalah utama jika kita tahu nilai sesuatu barangan. Berbaloi beli barangan dengan harga premium, dengan fungsi kegunaannya sangat menjimatkan.
Macamana boleh jadi menjimatkan pula, dah kalau beli dengan harga premium yang ekslusif tu?
Ni contoh dia..
Flash felt ni.. Kalau kat luar, kedai-kedai buku biasa bersepah flashcard yang harga murah, bawah RM10 pun banyak kan..
Tapi.. Kita tengok apa nilai yang ada pada flash felt ni yang tak sama pada flashcard biasa. Nilai apa yang membezakan..
Material flashfelt ni daripada kain felt, bukan kertas biasa atau cardboard keras biasa. Flashfelt ni dijahit kemas khas untuk anak-anak seawal 1 hari sehingga 6 tahun. Yang 6 tahun ke atas pun boleh aje kalau nak guna juga.
Tahu sahaja la kalau bayi kecil pegang benda, mesti nak digenggam ramas kan.. Lepas itu bawa masuk mulut, letak rata-rata. Flashfelt ni diperbuat daripada material kain felt kan.. Opkos la boleh dikeronyokkan, boleh dibasuh jika kotor dan boleh dibawa masuk mulut. Ianya memang selamat untuk bayi. Don't worry okay.😉😎
Satu set FLASHFELT ni boleh tahan bertahun-tahun. Guna, kotor, basuh, jemur, guna balik.. Memang tahan lasak la kata orang.
Banyak lagi kelebihan flashfelt ni yang nak bagitahu. Tapi.. Kalau taip panjang-panjang pun ada ke orang yang baca ni?? Hurmm.. 😒
Nampak tak, jika kita tahu perbezaan nilai yang kita dapat dari sesuatu barang itu, kita takkan kisah nak keluarkan lebih sedikit peruntukan untuk dapatkan NILAI tersebut. Tambah lagi kalau ianya untuk anak kesayangan kita kan. BERBALOI-BALOI.. 👍👍😍
Cara Bisnes di Shopee
Assalamualaikum semua. Lama tak bersiaran di sini. Ada yang rindu tak??
Kak imah bukannya apa, sejak dua menjak ini sibuk sedikit dengan medium baru iaitu shopee. Budak baru nak up la katakan, baru nak kenal perniagaan e-commerce. Dulu-dulu pandai shopping je.Sekarang ni cuba menjerumuskan diri dalam menjual la pula.
Kak Imah mula menjual di shopee sudah lebih kurang 9 bulan. Tapi sejak kebelakangan ini baru dapat rentak yang menarik yang telah membuatkan Kak Imah sedikit sibuk.
Seronok juga berniaga e-commerce ni, terutamanya di shopee. Nak tahu sebabnya apa?
Sudah tentulah sebab utamanya hasil jualan kan. he,he,he. Kalau bisnes tak dapat untung tu bukan bisnes la namanya kan. Tapi sebenarnya faktor yang lebih penting adalah dari segi persekitaran dan operasi shopee ni lebih menarik dan mudah berbanding e-commerce lain. Berbisnes di shopee ini percuma je tau, tak perlu bayar yuran bulanan ke apa. Buka je akaun, isi detail peribadi dan upload product dah boleh terus menjual. Senang sangat.
Tapi kalau nak lebih advance, nak lebih untung dalam menambah hasil jualan, anda boleh masuk kelas la. Kak Imah dapat kenal ramai peniaga-peniaga dalam pelbagai bidang bisnes, walaupun bukan dari niche bisnes kak Imah melalui shopee ni tau. Dengan kepelbagaian inilah Kak Imah dapat buka peluang terokai cabang bisnes lain yang Kak Imah rasa berkaitan dengan minat kak Imah.
Kak Imah juga dapat banyak ilmu-ilmu baru yang sebelum ini kak Imah tak faham dan tak tahu pun ilmu itu tersangatlah penting. Rupanya betul la kata-kata otai bisnes, kalau kita nak bisnes kena set minda sebagai orang bisnes. Kena duduk dalam "circle bisnes" yakni berkawan dengan mereka yang berniaga juga. Mereka mempunyi aura yang luar biasa.
Berada di kalangan mereka yang mempunyai minda bisnes ini mendorong Kak Imah sentiasa berfikiran positif. Jika semangat jatuh sekalipun, ianya tak akan down lama-lama. Sekejap saja, semangat akan kembali pulih.
Tipulah kalau cakap orang bisnes ini senang kaya, duit sentiasa ada kat tangan, tak macam orang makan gaji. Sebenarnya orang bisnes ni la lagi struggle tau. Jatuh bangun itu pasti ada dalam bisnes. Bahkan rezeki orang bisnes ni tak menentu. Mungkin hari ini hasil jualan banyak, tapi untuk hari esok belum tentu lagi.
Eh,eh terpanjang pula membebel. Berbalik kepada shopee itu tadi, seronok juga berniaga di shopee ini sebenarnya. Jika dibandingkan dengan e-commerce lain, shopee ini ada kelebihannya tersendiri.
Kak Imah tak perlu nak fikir nak karang ayat panjang-panjang untuk tarik perhatian pembaca. Kadang-kaang orang yang baca karangan ayat iklan kita itu belum tentu tertarik kan. Tapi dengan shopee ni, Kak Imah cuma bagi detail produk sahaja, customer yang akan datang kat kita.
Tambah pula, berbisnes di shopee ni Kak Imah dapat circle bisnes selepas masuk kelas.
Eh, eh. Menjual di shopee pun ada kelas khusus ke? Jawapannya mestilah ada. Dalam kelas shopee ni cikgu-cikgu ajar dari A sampai Z tau. Mula dari cara buat akaun shopee sampailah cara nak tingkatkan jualan di shopee. Kelas pula kekal seumur hidup. Bila kita dah ada kedai shopee kita sendiri pun masih boleh tanya cikgu-cikgu bila ada apa-apa kemusykilan. Cikgu akan bagi jalan sampai jumpa hujung pangkal tau. Memang best sangat.
Pendek kata, sesiapa sahaja boleh berniaga di shopee. Dengan satu akaun anda sudah boleh shopping dan juga boleh menjual dengan akaun yang sama. Mudah sangat. Kenapa perlu bertangguh, sekiranya peluang sudah ada di depan mata. Rebut peluang sebelum syarat shopee menjadi lebih ketat.
Kalau anda nak lagi jelas, boleh masuk kelas atas talian melalui aplikasi telegram sahaja. Tak perlu keluarkan peluh dan tambang ke kelas dalam bilik khusus.
Kelas shopee terbaharu (Shopee Seller Coaching Batch 11.0) yang akan diadakan adalah seperti berikut:
Tempoh : 8 hari
Hari : Isnin - Rabu
Tarikh : 6-9 Ogos 2018 dan 13-16 Ogos 2018 (Tiada kelas Jumaat, Sabtu Ahad)
Tempat : Kelas Online di Telegram.
Kalau anda hendak tahu detail tajuk yang akan diajar dalam kelas, anda boleh rujuk dan buat pendaftaran di SINI.
Tak rugi masuk kelas. Ilmu dapat, kawan dapat, duit pun masyukkkk. hi,hi,hi














