Vitamin Cantik Sihat Vitamin Cantik Sihat
Tawaran Insentif Bisnes Paling Best di Malaysia

Tawaran Insentif Bisnes Paling Best di Malaysia

Alhamdulillah sedar tak sedar rupanya sudah 9 tahun kak Imah jadi pengguna Shaklee. Pada awalnya dulu kenal dengan set detox badan kerana masalah sembelit kemudian diikuti dengan produk ESP semasa dalam tempoh berpantang anak sulung sehinggalah sekarang jadi pengguna tegar Shaklee dan telah menggunakan hampir kesemua produk Shaklee yang ada di pasaran. 


Dah alang-alang menggunakan produk Shaklee dan dapat kesan yang baik untuk kesihatan, kak Imah mula berkongsi kebaikan Shaklee kepada sahabat-sahabat mukabuku (facebook) dan tidak menyangka dengan hanya berkongsi manfaat Shaklee boleh mendatangkan sumber pendapatan.  


Masa awal-awal mulakan bisnes Shaklee dulu, fokus kak Imah hanya untuk berkongsi manfaat dan mendapatkan duit tambahan sahaja tanpa mengetahui tentang tawaran insentif yang Shaklee bagi kepada setiap pengedarnya. 


Modal Rendah Hanya RM35 sahaja?

Setelah beberapa ketika memulakan bisnes dengan hanya bermodal RM65 (ketika itu)  untuk pendaftaran, (sekarang modal untuk bermula bisnes hanyalah RM35 sahaja tau)  rupa-rupanya mendatangkan hasil yang tidak disangka-sangka. 


Dengan hanya bermodalkan RM35 sahaja, tetapi pengedar Shaklee boleh dapat hasil sehingga ribu-ribu sebulan. Malah ramai pengedar yang sudah mendapat pendapatan puluh ribu ringgit hingga ratus ribu ringgit sebulan. Bayangkan modal 2 angka (RM35) sahaja, tapi boleh dapat pendapatan hingga 5-6 angka sebulan. Sudah mengalahkan gaji menteri tau. 



Bukan itu sahaja, setelah berkecimpung dalam bisnes Shaklee ini, barulah kak Imah tahu rupanya Shaklee juga ada offer insentif lain yang cukup lumayan untuk setiap pengedarnya. Jom kak Imah ceritakan apa yang kita sebagai pengedar Shaklee boleh dapat daripada bisnes Shaklee ni.


Insentif Shaklee: 3C


Insentif Shaklee tawarkan untuk setiap pengedarnya cukup lumayan iaitu merangkumi 3C. 

Apa itu 3C? 

3C yang ditawarkan oleh Shaklee adalah Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Trip. 

#1. Cash Bonus

Cash Bonus atau Bonus Tunai merupakan insentif Shaklee yang paling asas. Setiap ahli yang berdaftar dengan Shaklee dan membuat pembelian dengan nilai 150uv point layak untuk mendapatkan bonus tunai ini. Tak perlu jadi pengedar Shaklee, hanya berdaftar jadi pengguna sahaja pun sudah boleh dapat Cash Bonus ni tau. Apatah lagi bila dah jadi pengedar Shaklee, lagi banyak Cash Bonus lain yang boleh kita dapat. 



Cash Bonus asas yang ditawarkan oleh Shaklee.


Bagi yang baru bermula jadi pengedar Shaklee, secara asasnya boleh dapat bonus 21% pendapatan sehingga RM2000 tau. Jadual pendapatan ini hanyalah anggaran sahaja tau. Malah sudah ramai pengedar yang baru bermula bisnes dan sudah dapat pendapatan lebih dari ini. Pendek kata, kita akan dapat bonus berdasarkan apa yang kita usahakan. 



Oh ya, ini merupakan bonus tunai yang Shaklee bayar tau secara bulanan, tidak termasuk untung runcit sehingga 25% hasil jualan tiap-tiap produk yang kita jual. Jika dikira untung runcit juga, lagi banyak pendapatan yang kita boleh dapat. 



Malah, bukan ini sahaja Cash Bonus yang Shaklee bayar tau. 


Lagi banyak Insentif Shaklee offer untuk pengedar yang aktif.




Selain bonus tunai asas (Bonus runcit dan Bonus Kumpulan Peribadi), Shaklee juga membayar bonus lain juga kepada pengedarnya yang layak seperti Leadership Bonus (Bonus kepimpinan) dan juga Infinity Bonus (Bonus Infiniti tanpa had) sehingga 1.5%. 


Bonus-bonus ini merupakan insentif Shaklee bayar kepada pengedar atas usaha mereka mengembangkan bisnes masing-masing. Lagi kuat kita usaha, lagi banyak offer Shaklee yang kita boleh capai. 


Menarik bukan? 

Jadi, anda yang berminat ingin tahu lebih detail tentang Insentif Shaklee ini boleh Tanya Imah, Imah sedia bantu.



#2. Car Bonus


Selain bonus tunai, Shaklee juga menawarkan Car Bonus (Bonus Kereta) kepada pengedarnya yang layak.


Master Maisarah, salah seorang penerima Bonus Kereta yang menggunakan bonus tersebut untuk belikan kereta untuk dihadiahkan kepada ayahnya tersayang



Bonus kereta yang Shaklee tawarkan ini bukan dalam bentuk sebiji kereta tau, tapi dalam bentuk tunai (Cash) iaitu pembayaran wang terus ke dalam akaun pengedar. Dan pihak Shaklee tidak menghadkan kita gunakan duit tersebut untuk kegunaan kereta sahaja. Terpulang pada kita nak buat apa dengan duit bonus kereta tersebut sama ada nak buat bayar kereta bulan-bulan, atau nak shopping barang peribadi mahupun untuk simpanan. 



Super upline master saya yang manfaatkan bonus kereta untuk kegunaan seisi keluarga dan untuk simpanan masa depan juga. Best kan?!


Dan lagi best, bonus kereta yang Shaklee tawarkan ini sekali kita berjaya capai, kita akan sentiasa dapat bonus ini tiap bulan sampai bila-bila tau. Seumur hidup. 


Shaklee tidak limitkan tempoh tertentu pembayaran bonus kereta, selagi mana kita aktif berbisnes Shaklee selagi itu kita akan dapat bonus kereta ini. Paling minima bonus RM500 sehingga unlimited. Malahan ada pengedar yang dapat bonus kereta ribu hingga puluh ribu sebulan. Bonus kereta sahaja, tidak termasuk bonus tunai lain. 


Best bukan? 

Tawaran yang mungkin tidak tercapai dek akal kita, tapi percayalah melalui bisnes Shaklee sudah ramai yang berjaya ubah hidup kepada yang lebih baik. 



#3. Convention Trip

Satu lagi Insentif Shaklee yang cukup lumayan ditawarkan adalah Convention Trip (Trip Percutian). 



Mungkin di kalangan kita ramai yang mempunyai impian untuk travel ke luar negara tapi terpaksa kuburkan impian tersebut kerana sukar untuk dicapai, tambah lagi dengan keadaan ekonomi zaman sekarang agak membebankan. 
Banyak lagi keperluan hidup yang lain yang jauh lebih penting.


Namun, jika anda ada impian untuk melancong, bercuti atau travel ke luar negara, anda boleh realisasikan impian tersebut dengan Shaklee. 


Tiket trip ke Switzerland tahun 2022. 

Antara momen-momen ketika berada di Switzerland 2022.  




Shaklee menawarkan percutian 5  hingga 6 bintang kepada pengedarnya yang layak merangkumi 2 trip setahun iaitu insentif Percutian Regional dan International. 


Untuk tahun 2024, Shaklee tawarkan trip travel menaiki Cruise Singapore to Phuket (Regional) dan trip travel ke Jepun (International). 



Trip percutian dengan Shaklee sangat best tau. Semua diuruskan oleh pihak pengurusan Shaklee, dari segi pengangkutan, penginapan, makanan semua PERCUMA. 


Hotel yang disediakan oleh Shaklee bukan calang-calang tau. Memang hotel 5-6 bintang punya lah. 




Ya, semua Shaklee belanja. Kita hanya bawa diri dan pakaian sahaja. Urusan lain-lain Shaklee yang uruskan. Dan trip melalui Shaklee ini sangat eksklusif tau, pengangkutan dan penginapan terbaik Shaklee sediakan, bab makanan Shaklee pastikan betul-betul penyediaan makanan adalah halal dan bersih. Jadi, kita tidak perlu khuatir dan was was untuk makan setiap hidangan. 



Shaklee siap sediakan hadiah juga untuk setiap pengedar yang mengikuti trip. Dan ini merupakan salah satu hadiah eksklusif jam tangan berjenama, hadiah daripada CEO Shaklee sendiri.



Untuk insentif Percutian International, Shaklee turut offer pakej umrah secara percuma sekiranya kita tidak berminat mengikuti trip ke lokasi yang ditawarkan. 

Jadi, kita boleh pilih samada mahu ke negara pilihan Shaklee atau menunaikan umrah melalui pakej umrah bersama Shaklee. 


Shaklee sediakan gift alat kelengkapan umrah

Boleh bawa ahli keluarga terdekat juga untuk umrah bersama Shaklee



Dan pakej umrah yang pihak Shaklee tawarkan cukup eksklusif, dari segi penerbangan yang terbaik, hotel penginapan yang paling dekat dengan masjidilharam (bagi memudahkan jemaah), makanan yang terbaik. Dan semua yang ditawarkan adalah percuma, jemaah hanya bawa diri dan pakaian sahaja. Tidak perlu risau tentang perbelanjaan kerana urusan semua diuruskan oleh pihak Shaklee.


Sudah ramai pengedar Shaklee yang sebelum ini tidak terlintas di fikiran pun akan menjejakkan kaki ke negara orang, tapi melalui bisnes Shaklee ini mereka berani untuk berimpian serta telah menjejakkan kaki ke luar negara. 


Kami mengalu-alukan anda yang berminat untuk turut serta bersama kami realisasikan impian dengan Shaklee. Untuk tahu lebih detail dan join kami boleh  Tanya Imah, Imah sedia bantu.



 Rahimah, 
No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus




#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklcee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock

Tips Kurus Dengan Cepat Mesti Cuba

Tips Kurus Dengan Cepat Mesti Cuba

 Beberapa hari lagi nak tiba raya. Lagu raya dah mula berkumandang, bazar raya mulai dipenuhi pengunjung yang memcari persiapan hari raya. Tidak kurang juga televisyen mula memaparkan episod dan rancangan menarik sepanjang Syawal. 

Itu petanda raya dah nak tiba. 


Tidak kurang juga ramai yang mula update status di media sosial ingin kurus di pagi raya. Persoalannya, sempat ke lagi nak kurus?


Hari ini Kak Imah nak kongsi beberapa tips yang boleh digunakan untuk kurus dengan cepat dan berkesan yang mesti anda cuba.


Sebelum itu, anda kena titikberatkan 2 perkara dalam proses untuk cepat kurus iaitu defisit kalori dan sentiasa bergerak aktif.


1) Defisit Kalori 

Berat badan bertambah atau berkurang adalah berkaitan dengan tenaga dan kalori. Ianya adalah mengenai bagaimana kita megawal atau merancang pengambilan kalori berbanding dengan pengeluaran kalori dari badan kita. Jadi, kita perlu faham konsep pembakaran lemak dalam sistem tubuh badan. 


Defisit kalori terbentuk apabila jumlah tenaga makanan (kalori) yang diambil dari sumber pemakanan adalah berkurangan berbanding jumlah kalori yang sepatutnya badan kita perlukan. Setiap individu mempunyai keperluan kalori harian yang berbeza.



Cara pengiraan keperluan kalori badan. 

Untuk lebih memudahkan cara pengiraan kalori juga boleh diperolehi dengan memuat turun aplikasi yang berkaitan. 

Contoh aplikasi pengiraan kalori yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar. 



Apabila pengambilan kalori daripada pemakanan seharian yang kurang berbanding keperluan kalori badan yang sepatutnya, badan automatik akan 'memaksa' penggunaan lemak-lemak badan untuk proses pembakaran dan menukarkan lemak kepada tenaga untuk digunakan bagi menampung kekurangan akibat defisit kalori tadi. 

Pembakaran lemak sedia ada dalam badan ini akan mempercepat penurunan berat badan.  

 
 

2)  Sentiasa bergerak aktif dan bersenam

Selain faktor defisit kalori, satu lagi perkara yang membolehkan berat badan turun dengan cepat adalah dengan sentiasa bergerak aktif serta bersenam. Kedua-dua perkara ini sangat berkait rapat. 


Apabila seseorang telah mengamalkan defisit kalori yang memaksa lemak badan untuk dibakar, adalah wajar untuknya turut melakukan aktiviti senaman yang dapat mempertingkat lagi proses pembakaran lemak dari badan. 

Badan yang telah kekurangan kalori dan ditambah pula dengan aktiviti senaman yang turut memerlukan tenaga menjadikan badan berhutang lebih banyak tenaga. Tenaga yang diperlukan akan diambil daripada lemak badan. Dengan peningkatan hutang tenaga kepada badan, penurunan berat badan akan lebih cepat berlaku. 


Senaman seeloknya dilakukan 3 kali seminggu secara berkala. Sekiranya tidak dapat melakukan senaman akibat dihambat dengan kesibukan bekerja, pastikan anda sentiasa bergerak aktif. 

Dengan bergerak aktif seperti melakukan kerja rumah dengan kadar lebih laju berbanding biasa, banyakkan pergerakan di dalam pejabat dan melazimi berjalan sedikit jauh dari biasa akan menyebabkan tenaga badan akan lebih banyak digunakan dan kalori badan akan terbakar. 


Tips Kurus Dengan Cepat

#1. Kurangkan Karbohidrat dan Lebihkan Protein


#2. Berhenti pengambilan Makanan Proses


#3. Ikuti saranan pemakanan Suku-Suku-Separuh yang sihat


#4. Elak minuman/makanan manis, cukupkan ambilan air masak

#5. Makan makanan berserat tinggi








Rahimah, 

No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus



#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock


PENAFIAN: 

Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.



SHAKLEE BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA

SHAKLEE BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA

Kebelakangan ini perniagaan atas talian (bisnes online) rancak tumbuh bak cendawan tumbuh lepas hujan. Apatah lagi sekarang  zaman serba mudah, semua benda hanya di hujung jari sahaja. 


Bagi mereka yang sedang mencari peluang menambahkan pendapatan, bisnes online lebih menjadi keutamaan kerana ianya lebih mudah dari segi akses, target audien serta fleksibiliti masa dan ruang kerja. 


Untuk entri kali ini, Kak Imah ingin kongsikan salah satu peluang bisnes online terbaik di Malaysia. Bagi yang sedang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan yang boleh dilakukan bila-bila masa di mana jua anda berada, jom baca entri ini sampai habis tau. 


Bagaimana mahu mencari bisnes online yang terbaik? Jom kita semak. 

Ciri-ciri bisnes online 2023 paling digemari


1) Zero modal atau modal rendah 

Tahun 2023 ini ramai yang terkesan dengan keadaan kewangan yang tidak stabil. Untuk memulakan bisnes, seeloknya carilah bisnes yang tiada modal seperti dropship atau bisnes bermodal rendah tapi dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan. 

Bisnes Shaklee merupakan satu bisnes yang bermodal rendah hanya RM35 sahaja untuk memulakan bisnes. Malahan ada juga kaedah untuk memulakan bisnes tanpa modal juga. Namun, pulangan hasil daripada bisnes Shaklee adalah tiada limit (unlimited). Kita yang tentukan berapa pendapatan yang kita mahukan.


2) Tidak perlu simpan stok yang banyak

Kebanyakan bisnes atas talian (online) mahupun offline memerlukan penyimpanan stok yang banyak untuk menampakkan bisnes berjalan. Namun, bisnes Shaklee tidak begitu. Pihak pengurusan Shaklee sendiri tidak menggalakkan setiap pengedar Shaklee menyimpan stok yang terlalu banyak. Cukup sekadar menyediakan stok mengikut keperluan dan permintaan pelanggan sahaja. 

Jadi, setiap pengedar Shaklee tidak perlu mengeluarkan kos yang terlalu besar untuk mendapatkan stok daripada HQ. 


3) Bisnes yang fleksibel (dari segi masa dan tempat)

Sebuah bisnes yang terbaik merupakan bisne yang dijalankan secara fleksibel dari segi masa dan tempat. Maksudnya walaupun di mana kita berada, kita boleh menjalankan bisnes tanpa perlu risaukan premis ditutup atau staf bercuti. Dan bisnes yang fleksibel dari segi masa di mana kita boleh jalankan bisnes pada bila-bila masa. 

Bisnes sebegini ada pada bisnes Shaklee. Setiap pengedar Shaklee boleh jalankan bisnes di mana-mana jua dan bila-bila masa. Tidak perlu menyewa atau menyediakan premis perniagaan, cukup sekadar mempunyai gadjet dan jaringan internet untuk memulakan bisnes. Bahkan ramai pengedar Shaklee yang hanya merupakan surirumah yang hanya menjalankan bisnes dari rumah sahaja. 



4) Sistem yang mudah dan senang diakses

Bisnes yang terbaik haruslah mempunyai sistem yang mudah dan memudahkan peniaga. Pengalaman kak Imah pernah menjalankan bisnes online edutoys, barangan kanak-kanak serta penjagaan kesihatan sebelum ini yang memerlukan ejen mendapatkan stok order dari leader atasan. Namun, ia menjadi satu masalah apabila leader atasan sudah tidak aktif dan kita sebagai ejen sukar untuk mendapatkan stok serta berurusan dengan pihak HQ. 

Namun, hal ini langsung tidak menjadi masalah sejak Kak Imah menjalankan bisnes Shaklee. Hal ini kerana Shaklee menyediakan sistem website yang lengkap dan mudah diakses. Setiap pengedar malah pengguna Shaklee boleh mendapatkan stok terus daripada website Shaklee secara terus menggunakan id masing-masing tanpa perlu melalui orang tengah (leader atasan). 

Dan laman web Shaklee juga lengkap dengan segala info yang diperlukan oleh pengedar untuk mempromosikan produk. Pengguna Shaklee berdaftar juga mempunyai kelebihan yang sama untuk mengakses segala info kesihatan dan produk yang disediakan walaupun mereka tidak menjalankan bisnes.   



5) Bisnes secara berjemaah  

Menjalankan perniagaan ada pasang surut, turun naiknya. Apabila bisnes berterusan mendapat keuntungan, kita akan rasa semangat dan gembira. Tapi apabila bisnes tidak mendapat sambutan, kita mudah untuk down dan berputus asa. 

Apabila bisnes dijalankan secara berjemaah, kita akan berada dalam satu circle bersama mereka yang turut sama ingin berjaya dalam niche bisnes yang sama. Dengan adanya sokongan dan motivasi daripada cirlce jemaah menjadikan kita sentiasa semangat dan tidak akan down berlamaan.

Melalui bisnes Shaklee, Kak Imah dapat rasai suasana jemaah begini. Walaupun masing-masing menjalankan bisnes yang sama dengan kita, tapi mereka saling menyokong antara satu sama lain dan bersaing secara sihat. Malah Kak Imah belajar banyak ilmu agama juga melalui jemaah bisnes Shaklee ini, bukan hanya ilmu bisnes semata-mata. 
 

6) Produk yang sentiasa high demand dan terbukti berkesan serta selamat

Bisnes yang terbaik mestilah berasaskan produk yang sentiasa mempunyai permintaan daripada pengguna. 

Shaklee merupakan satu bisnes yang mempunyai permintaan yang tinggi tidak kira masa, maksudnya bisnes yang bukan trending semata-mata yang mana sampai satu masa akan hilang dari radar. Tetapi Shaklee merupakan bisnes yang sentiasa dicari-cari sepanjang masa. 

Produk Shaklee mempunyai landmark study dan kajian telah membuktikan produk Shaklee terbukti semulajadi selamat, dan berkesan kepada pengguna. Faktor ini menjadikan bisnes Shaklee sentiasa mendapat permintaan tinggi tak kira masa. 



7) Bayaran bonus bulanan yang lumayan dan adil


Walau apa jenis bisnes pun kita inginkan keuntungan bukan? Bisnes yang terbaik merupakan bisnes yang 




 

 

Vitamin Kulit Cantik Dengan Harga Rahmah

Vitamin Kulit Cantik Dengan Harga Rahmah

Assalamualaikum dan salam ceria sahabat. 

Alhamdulillah kita sudah masuk fasa 10 Ramadhan ke-2 untuk 1444H tahun 2023, Fasa pengampunan dosa-dosa. 

Dalam masa yang sama, tidak ketinggalan kita juga mahu persiapkan diri untuk kehadiran Syawal kan. Sebut pasal hari raya, sudah tentu di pagi raya 1 Syawal kita mahukan penampilan yang cantik dan menarik kan. 


Pada entri kali ini, saya nak kongsikan satu berita gembira tau untuk semua yang mahukan kulit yang cantik di pagi raya. Shaklee ada buat satu promosi yang sangat tak masuk akal iaitu Promosi Vitamin Kulit dengan harga Rahmah.

  

Promosi Kaw Kaw Vitamin Kulit Cantik harga Rahmahl


Ada apa yang best sangat tentang 2 vitamin Set kulit cantik ni? 

ESP

ESP (Energizing Soy Protein) merupakan protein soya yang berkualiti tinggi. 


ESP merupakan protein soya yang penting untuk bantu kulit jadi lebih cantik berseri. 


Kepentingan protein untuk badan kita tersangatlah banyak. Protein terdiri daripada asid amino yang merupakan blok dalam penghasilan setiap sel badan kita. Badan kita menggunakan protein untuk membina dan membaiki tisu badan. 

Protein penting dalam menghasilkan otot, kulit, tisu, tulang, sendi, rambut, darah, dan pelbagai organ yang lain. Selain itu, protein juga penting dalam  penghasilan enzim, hormon, haemoglobin dan antibodi. 


Nampak tak betapa pentingnya fungsi protein dalam badan kita. Semua fungsi organ badan kita berkait dengan protein. Lagi-lagi dalam penghasilan kulit badan yang cantik, kita nak orang nampak kita cantik dan kita sendiri yakin yang kita benar-benar cantik kan. 


Protein membina tubuh kita, ibarat batu bata yang membina blok rumah. Ia penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu badan termasuk kulit kita. 


Protein ESP berperanan membina, melindungi, melembapkan dan menganjalkan kulit.


Antara kelebihan Protein ESP Shaklee:

❤ ESP menggalakkan pembaharuan sel kulit yang lebih sihat.

❤ Keistimewaan ESP Shaklee menggunakan sumber protein soya non-gmo iaitu soya yang tidak diubahsuai secara genetik

❤ Setiap hidangan ESP membekalkan 14gram protein yang berasaskan tumbuhan, bebas dari lemak yang biasa ada dalam protein haiwan. 

❤ Protein ESP mengandungi kesemua 9 asid amino yang sangat penting untuk keperluan badan kita.

❤  Yang paling penting, ESP mengandungi isoflavon (yakni sebatian semulajadi yang terdapat dalam soya) yang membantu mengikat reseptor estrogen di kulit kita. Ini akan membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen juga. 



Sustained Release Vita-C

Vitamin C shaklee dikenali sebagai asid askorbik memainkan peranan besar dalam fungsi serta penyelenggaraan tubuh kita terutamanya kulit. 


Fungsi vitamin C bukan sekadar untuk kulit, tapi menyeluruh untuk sistem badan.


Di antara fungsi vitamin C untuk mencantikkan kulit:

🌽 Vitamin C bertindak sebagai antioksida dan melindungi kulit kita dari sinaran uv.

🌽 Vitamin C juga bertindak sebagai agen pengurangan pigmentasi.

🌽 Vitamin C berfungsi sebagai agen antiradang. 

🌽 Vitamin C juga merupakan molekul penting dalam penghasilan kolagen (sejenis protein yang terdapat dalam kulit, otot, tulang, saluran darah, sistem pencernaan dan tendon) badan kita, serta melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif. 


Kolagen penting dalam badan kita untuk meningkatkan keanjalan kulit supaya kulit lebih kukuh dan lembut, serta mengekalkan kelembapan kulit untuk mengurangkan kedutan. Jadi, fungsi vitamin C sangat penting dalam penghasilan kolagen bagi mencantikkan lagi kulit kita. 


Vitamin C bukan sahaja vitamin untuk cantikkan kulit sahaja, malah ianya mempunyai kelebihan untuk kuatkan sistem imun badan serta fungsi-fungsi lain badan kita.  Dan Sustained Release Vita-C merupakan vitamin C terbaik di pasaran. 


Testimoni Vitamin Kulit Cantik

Saya kongsikan beberapa testimoni vitamin kulit cantik daripada pelanggan kami yang telah mendapat kesan kulit lebih cantik setelah mengamalkan vitamin ini. 


#TESTIMONI 1



#TESTIMONI 2



#TESTIMONI 3

Vitamin kulit cantik bukan hanya untuk wanita, malah para lelaki juga boleh cuba dan dapat kesannya. 


Ini hanya beberapa maklumbalas yang saya kongsikan. Hakikatnya sudah ramai yang telah mendapat kesan baik daripada vitamin kulit ini. 

Mereka sudah dapat kesannya. Anda bila lagi?


Tambahan pula, untuk bulan April 2023 ini, Shaklee buat tawaran yang cukup tak masuk akal menjadikan lebih ramai pelanggan mengambil peluang dapatkan vitamin kulit ini dengan harga murah. 


Promosi Vitamin Kulit kali ini, 

Set kulit cantik : satu tong ESP dan sebotol vitamin C dengan harga hanya RM99 sahaja. Sedangkan harga asal RM288.75. 


Perbezaan harga yang sangat ketara kan. Memang kaw kaw betul harga rahmah yang Shaklee tawarkan untuk promosi kali ini. Murah sangat-sangat.

Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan vitamin cantik harga rahmah ini SEGERA! 


Dan setiap pembelian vitamin kulit harga rahmah ini anda boleh dapat pendaftaran keahlian Shaklee secara PERCUMA juga. 

Boleh daftar di SINI ya. 


Boleh hubungi kami untuk order. Saya  sebagai Pengedar Sah Shaklee Kuala Nerus juga menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery (COD) bagi kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Bagi yang berada di luar kawasan, jangan risau kerana saya juga membuat pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 


Bagi anda yang berada kawasan Kuala Terengganu, Kota Bharu (Kelantan) dan Pasir Puteh (Kelantan) yang memerlukan vitamin Shaklee, kami juga mempunyai pengedar di kawasan berkenaan yang boleh melakukan  perkhidmatan Cash On Deliver (COD) terus kepada anda. 


Rahimah, 

No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock


--------------------------


PENAFIAN: 

Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


 




















MERIAHNYA SHAKLEE FUN DAY 2023

MERIAHNYA SHAKLEE FUN DAY 2023

 Assalamualaikum dan salam ceria. 
Entri kali ini saya sangat teruja hendak kongsikan tentang satu event anjuran Shaklee di seluruh Malaysia, yang dinamakan Shaklee Fun Day.

Event ini telah diadakan pada 18 Mac 2023 yang lepas. Cukup meriah eventnya. 






Shaklee Fub Day ini diadakan di empat cawangan Shaklee terpilih iaitu Home Office Shaklee Petaling Jaya, Branch Johor Bahru, Branch Kota Bharu dan Branch Kuala Lumpur. 

Istimewanya pada hari tersebut, semua boleh hadir memeriahkan majlis, boleh bawa keluarga dan rakan-rakan juga. Dan Shaklee memberi banyak kelebihan dan tawaran kepada ahli sedia ada dan juga ahli yang baru mendaftar pada hari tersebut. 

Antara kelebihan yang ditawarkan oleh Shaklee pada hari tersebut adalah seperti:

UNTUK AHLI SEDIA ADA

  1. Setiap pembelian 100uv point dalam satu resit layak untuk mendapat gift Punch & Ceramic Mug with Lid 400ml percuma.
  2. Setiap pembelian 150uv point dalam satu resit layak untuk mendapat gift Punch & Ceramic Mug with Lid 400ml percuma dan notebook. 
  3. Setiap pembelian 200uv point dalam satu resit layak untuk mendapat gift Punch & Ceramic Mug with Lid 400ml percuma, notebook, dan Blue Shimmer Cosmetic Case.
  4. Setiap pembelian 300uv point dalam satu resit layak untuk mendapat gift Punch & Ceramic Mug with Lid 400ml percuma, notebook, Blue Shimmer Cosmetic Case,  Youth Cleanser dan Firm Device.
  5. Setiap pembelian 500uv point dalam satu resit layak untuk mendapat gift Punch & Ceramic Mug with Lid 400ml percuma, notebook, Blue Shimmer Cosmetic Case,  Youth Cleanser, Firm Device, vitamin Alfalfa Complex saiz L dan Shaklee Grocery Bag Device. 

UNTUK AHLI BARU

  1. Ahli baru yang mendaftar dengan bayaran pendaftaran RM35 atau pembelian produk Shaklee bernilai 100uv point (anggaran RM450) pada hari berkenaan akan mendapat percuma payung. 
  2. Pembelian berikutnya 150uv point dalam satu resit akan mendapat percuma payung dan notebook. 
  3. Pembelian berikutnya 200uv point dalam satu resit akan mendapat percuma payung notebook, dan City Bag.
  4. Pembelian berikutnya 300uv point dalam satu resit akan mendapat percuma payung, notebook,  City Bag dan D'Daun Bag 
  5. Pembelian berikutnya 500uv point dalam satu resit akan mendapat percuma payung, notebook, City Bag, D'Daun Bag dan vitamin Alfalfa Complex saiz L.




Makna kata, semakin banyak kita membeli, semakin banyak kita akan freegift yang akan kita perolehi. 

Anggaran Harga Setiap Item Freegift di Shaklee Fun Day

  • Payung Shaklee, RM28
  • Notebook, RM12.90
  • City Bag, RM25
  • D'Daun Bag, RM52
  •  Alfalfa Complex, RM92
  • Ceramic Mug with Lid 400ml, RM28.80
  • Shaklee Shopping Grocery Bag, RM25

Jika dilihat pada harga setiap item, bukan calang-calang freegift yang Shaklee tawarkan. Berbaloi sangat bila dapat membeli dan dapat percuma banyak gift.

Dan sambutam untuk event Shaklee Fun Day ini tersangatlah meriah. Keempat-empat cawangan Shaklee yang terlibat suasana penuh dengan pengunjung, sejak awal pagi. 






KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU


5 KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU 









Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang  Intermittent Fasting, salah satu kaedah diet yang mudah dan berkesan untuk turunkan berat badan.

Sekarang ini sudah menjadi trend ramai yang pernah dan sedang buat Intermittent Fasting ini. Namun, ada beberapa perkara yang sering kebanyakan orang terlepas pandang mengenai keburukan Intermittent Fasting.





Tidak adil rasanya jika disembunyikan tentang keburukan Intermittent Fasting ini dan hanya dedahkan kebaikan semata-mata. 

Jom kita semak 5 keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu. 


1. Tiada Panduan Khusus Pelan Pemakanan Harian


Intermittent Fasting merupakan satu kaedah diet dengan menghadkan tempoh makan, contohnya kita ada eating window selama 8 jam dan berpuasa selama 16 jam. Namun tiada kaedah atau panduan mengenai pelan pengambilan pemakanan yang khusus.


Ada orang yang buat Intermittent Fasting ini tanpa pelan pemakanan khusus dan akhirnya berat turun hanya 2kg sahaja untuk tempoh 4 bulan.


Di samping itu, tanpa panduan pemakanan juga akan menyebabkan kita makan berlebihan pada waktu eating window. Ianya seolah-olah tiada kelebihan dari melakukan Intermittent Fasting tersebut.

Jadi, tanpa panduan pemakanan yang khusus ketika intermittent fasting boleh memberi kesan:

• Tidak berjaya kuruskan badan.
• kebarangkalian untuk terlebih makan.


2. Kadar Kolagen Badan Berkurang 90% 


Intermittent fasting akan menyebabkan kesan kepada kulit kita dari segi penuaan kulit (kulit menjadi kering) dan hilang keanjalan disebabkan kekurangan 90% kolagen daripada badan. 

Jika kita perhatikan, ada yang buat intermittent fasting mendapat manfaat dengan dapat kuruskan badan, tapi dalam masa yang sama kulit mereka juga makin mengendur dan kering, seolah-olah nampak lebih tua.

Kenapa hal ini terjadi?


Apabila kolagen berkurangan dalam badan, kulit kita akan menjadi semakin kurang elastik dan ini akan menyebabkan kulit kendur dan kedutan mulai timbul. Sebab itulah muka kita akan nampak lebih tua. 


3. Kulit Menjadi Gatal


Lagi satu keburukan Intermittent fasting adalah kulit menjadi gatal. Simptom kulit gatal ini bukan disebabkan intermittent fasting tetapi disebabkan oleh dehidrasi (kurangnya air di dalam badan). Bahkan semasa berpuasa Ramadhan atau puasa sunat juga ramai yang mengalami kulit kering dan menggelupas yang menyebabkan kegatalan serta boleh jadi menyakitkan juga. 


4. Gangguan Tidur @ Imsomnia 


Gangguan tidur atau imsomnia juga merupakan satu lagi keburukan intermittent fasting. Apabila tidak ada panduan pemakanan khusus boleh menjadi punca kita menahan lapar sehingga waktu tidur. 


Rasa lapar yang teruk akan meningkatkan tahap kortisol kita menyebabkan terhentinya  pengeluaran melatonin yang kita perlukan untuk berasa mengantuk dan terus tidur. Apabila ianya berterusan selama beberapa hari, kesan daripada tidak cukup tidur akan menyebabkan badan tidak dapat memecahkan lemak, tahap tenaga badan berkurangan, dan boleh mempengaruhi keadaan mood juga. 


Inilah yang menjadi sebab mereka yang mengalami imsomnia semasa berpuasa atau ketika intermittent fasting. 


5. Sakit badan, otot dan Mood Swing


Antara kesan sampingan kebiasaan yang dialami oleh mereka yang berpuasa termasuk intermittent fasting adalah sakit kepala, kekejangan otot dan keletihan. Simptom-simptom ini adalah disebabkan oleh kekurangan elektrolit dalam badan. 

Kekurangan elektrolit ini boleh diperbaiki dan dicegah dengan cara memastikan badan kekal terhidrat dengan menambah sedikir suplemen elektrolit. 

Salah satu minuman elektrolit yang boleh dicadangkan adalah Performance Drink. 
 
 
Perfomance Drink merupakan minuman tenaga yang membekalkan elektrolit dan pastikan badan sentiasa terhidrat.


Selain itu, mereka yang buat diet termasuk intermittent fasting, kebanyakannya selalu akan cepat moody, rasa kemurungan, cepat rasa lapar dan pening. 




Jadi, buat intermittent fasting tidak salah. Tetapi buatlah dengan ilmu beserta dengan support group yang betul untuk elakkan kita membuat kesilapan yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Dan jangan lupa untuk lengkapkan nutrisi badan dengan pengambilan Supplement Terbaik yang bersesuaian seperti yang dicadangkan.


 

Kaitan Autophagy dan Intermittent Fasting


Terdapat satu manfaat daripada perlaksanaan Intermittent Fasting (IF) iaitu autophagy. 

Autophagy adalah merupakan cara sel-sel membersihkan dirinya yang rosak, untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat.

'Auto' bermaksud diri, dan 'phagy' bermaksud makan. Jadi, autophagy bermaksud "makan sendiri". Ia juga dirujuk sebagai "self eating" yang memberi manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan. 








KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENTS TERBAIK DI MALAYSIA

KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENTS TERBAIK DI MALAYSIA

Hari ini kita lihat terdapat banyak jenama produk suplemen makanan tambahan di Malaysia. Namun, bagi saya Shaklee merupakan suplemen terbaik yang pernah saya amalkan dan masih setia dengan produk Shaklee sejak tahun 2018 sehingga hari ini. 

Anda juga boleh lihat artikel saya yang sebelum ini berkenaan Set Kurus Shaklee yang merupakan salah satu set vitamin terbaik Shaklee tahun ini. 


Kenapa saya memilih jenama Shaklee dan yakin Shaklee merupakan suplemen terbaik?

Pada entri kali ini saya akan kongsikan kenapa Shaklee merupakan suplemen terbaik di Malaysia.



Kenapa Shaklee Supplement Terbaik Malaysia


Anugerah Trusted Brand Reader Digest


Alhamdulillah, Shaklee Malaysia telah diiktiraf sebagai Trusted Brand Reader Digest di Malaysia, bagi kategori vitamin dan suplemen untuk dua tahun berturut-turut iaitu tahun 2021 dan 2022. Shaklee memenangi Gold Award yang mana ianya sebaris dengan jenama terkenal yang lain.

Saya sebagai pengguna dan pengedar Shaklee, saya begitu teruja dan bangga apabila Shaklee dinobatkan sebagai vitamin dan suplemen terbaik di Malaysia. Anugerah yang bukan calang-calang boleh dapat ni. 



Shaklee memenangi Gold Award Trusted Brand Digest Reader bagi kategori Vitamin dan Suplemen untuk 2 tahun berturut-turut. 



Anugerah ini merupakan anugerah berprestij yang dijalankan oleh pihak ketiga yang menjalankan tinjauan awam terhadap pembaca Digest Reader dan tidak berpihak kepada mana-mana organisasi. 


Yang menariknya kebanyakan pembaca  Reader Digest ini terdiri daripada golongan elit seperti para doktor, jurutera, peguam, CEO Syarikat, ahli korporat dan sebagainya. 



Masters yang turut bersama meraikan kejayaan Shaklee. Master Siti Nurazlina (4 dari kiri) dan Master Zainul Anuar (5 dari kiri) merupakan upline master saya 



Lagi membanggakan, semasa penyampaian anugerah ini, dua orang super duper upline master saya iaitu Master Coordinator Siti Nurazlina bt Noh & Zainul Anuar bin Samni yang merupakan Shaklee Ellite Master merangkap ahli jawatankuasa Majlis Penasihat Lapangan Shaklee  juga dijemput hadir bagi meraikan penghormatan tersebut.



Melangkaui Organik


Produk Shaklee merupakan produk yang berasaskan sumber semulajadi dan melangkaui organik.


Shaklee amat menitikberatkan sumber bahan mentah yang akan digunakan untuk menghasilkan produknya. Akan diuji berkali-kali bagi memastikan produk selamat.



Pendekatan Shaklee adalah untuk uji, uji, dan uji setiap kali bahan mentah sampai. Istilah ini dinamakan beyond organic di mana Shaklee akan lakukan segala yang boleh untuk memastikan bahan mentah yang diterima tidak tercemar dan sekiranya terdapat bahan tercemar, maka bahan mentah tersebut akan ditolak dan tidak digunakan sama sekali. 


Bahkan Shaklee sangat menitikberatkan sumber bahan mentah tersebut dipantau dari aspek biji benih yang digunakan serta sumber tanah untuk tanaman terdiri daripada tanah yang tidak menggunakan bahan kimia. 

Hal ini bagi memastikan setiap hasil akhir produk yang akan dikeluarkan dalam keadaan yang terbaik untuk pengguna mendapat kesan terbaik. 


Terbukti Semulajadi, Selamat dan Berkesan


Setiap bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan produk Shaklee perlu melalui 350 ujian untuk memastikan ianya sentiasa berkualiti dan bebas daripada sumber bahan tercemar, serta racun serangga. 


Shaklee sentiasa komited dengan ujian untuk setiap bahan dan hasil produk yang dihasilkan. 



Selain itu, Shaklee juga sangat komited dalam menghasilkan produk terbaik dengan menjalankan lebih 100,000 ujian setiap tahun. 


Landmark Study 


Salah satu kelebihan yang ada pada Shaklee adalah Landmark Study. 




Landmark Study merupakan satu kajian yang dilakukan untuk membuktikan sesuatu perkara itu dinilai dan dilihat oleh semua orang. Landmark Study yang dijalankan untuk Shaklee adalah dilakukan oleh pihak ketiga iaitu pihak yang tiada kaitan dengan Shaklee yang membuktikan ketelusan hasil kajian. 

Kajian ini dilakukan oleh Dr Gladys Block iaitu wakil daripada satu institusi penyelidikan yang hebat iaitu University of California, Berkeley (UC-Berkeley) bersama pasukan pengkajinya. 

Dr Gladys Block ini bukan calang-calang orang tau. Beliau merupakan tokoh hebat dalam bidang Epidemiologi & Public Health Nutrition yang mana setiap hasil dari ujikaji beliau yang baik atau buruk tetap akan dipublishkan. Ini bermaksud bukan keputusan yang baik sahaja yang akan ditonjolkan tapi setiap hasil ujian akan diterbitkan.

Dan Dr Gladys Block juga yang menghasilkan piramid makanan yang kita sering gunakan itu. Hebat bukan?

Produk Shaklee juga termasuk dalam ujikaji beliau, dan ternyata hasil kajian membuktikan mereka yang memakan suplemen dan vitamin Shaklee jauh lebih baik kualiti hidupnya berbanding mereka yang makan vitamin jenama lain mahupun mereka yang tidak memakan apa-apa suplemen.  


Vitamin Tertua di Dunia 


Shaklee juga merupakan suplemen terbaik di Malaysia kerana mempunyai satu-satunya multivitamin yang tertua di dunia iaitu Vitalea. 



Vitamin pertama yang dihasilkan di dunia, Vitalized Minerals. Kini dikenali dengan nama Vitalea.



Dr. Forest C Shaklee iaitu pengasas produk Shaklee juga merupakan pengasas kepada nama 'vitamin' itu sendiri asalnya dari perkataan Vitalized Mineral dan merupakan vitamin pertama di dunia. Kini, Vitalized Mineral dikenali dengan nama Vitalea dan masih berada di pasaran sehingga hari ini. 


Vitamin pertama dunia kiii dikenali dengan nama Vitalea Iron Plus




Walaupun sudah lebih separuh abad di pasaran, tapi masih menjadi salah satu multivitamin terbaik yang menjadi rebutan. 


Ini membuktikan setiap produk vitamin dan suplemen yang dihasilkan oleh Shaklee adalah yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan. Jika tidak, manakan dapat bertahan selama berpuluh tahun di pasaran kan. 



Jadi, memang tak syak lagi Shaklee merupakan Supplements Terbaik di Malaysia. 

Sekiranya anda nak cuba suplemen terbaik Shaklee ini, boleh terus hubungi saya ya.


Rahimah, 

No. Tel: +6011-5624 1909

Follow dan Like kami di FB: Pengedar Shaklee Kuala Nerus






#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarShakleekualanerus
#shakleereadystock

---------------



PENAFIAN: 
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


Vitamin Cantik Sihat © . Designed by MaisarahSidi.com